Rumahku syurgaku, ungkapan ini menjadi sebuah impian dan harapan setiap antara kita.
Sebolehnya kita mahukan rumah yang didiami oleh seisi keluarga menjadi tempat yang indah, membahagiakan dan menenangkan.
Menyentuh soal indah, selain rumah perlu dijaga rapi tidak dinafikan adanya laman yang menghijau juga turut memberi kesan istimewa dalam mencipta mood dan emosi yang tersendiri.
Umpamanya lihat sahaja laman yang diusahakan sendiri oleh pasangan suami isteri ini yang telah dikongsikan di Facebook.
Cukup sempurna dan membahagiakan keluarga ini.
Menurutnya walau penat usai pulang kerja, akan digagahi juga menyiapkan laman impian mereka yang akhirnya mengambil masa hingga seminggu untuk disempurnakan.
Untuk lebih lanjut, ayuh kita baca perkongsian sepenuhnya.
sis cuba buat taman belakang rumah ala2 mat salleh ada backyard garden.
Ads
Menurut Ummu Al Fateh, sebelum proses menanam rumput mutiara ini dilakukan selain laman perlu dibersihkan, bahkan terpaksa memecahkan kawasan simen yang ada.
Ads
Inilah tempat kami 5 beranak berkelah brekfast setiap hujung minggu.
Apabila diajukan soalan tentang perbezaan kos diantara buat sendiri berbanding upah, ini jawabnya.
Rumput tu sis pernah tanya kedai siap tanam rm3000 dia nak utk keluasan mcm ni.
Sis suami isteri beli rumput dan tanam sendiri alhamdulillah cuma rm500 kos..
Ads
semoga dapat memberi inspirasi.
Tip menanam rumput dari Ummu Al Fateh
1. Sebelum tanam rumput kna cangkul dn cabut rumput2 asal smpai akar spya dia x tumbuh celah2 nnt..
2. Pastu ratakan tanah baru boleh letak rumput yg dibeli.
3 Jika tanam rumput mutiara, ia mmg lmbt cantum..6 bulan biasanya br cntum.
Siapa yang tak sayang isteri kan? Perkongsian suami ini menjelaskan bahawa beliau seorang yang prihatin dengan permasalahan yang kaum wanita hadapi. Malah katanya wanita yang mengalami tekanan, boleh menyebabkan berat badan bertambah sekali akan menggangu kesihatan diri. Ikuti perkongsian yang dipaparkan oleh suam ini dilaman facebooknya,Mohd Fhais . Jom semak!
Isteri yang ada masalah berat badan susah naik atau turun berkemungkinan besar ada masalah stress yang kronik
Sebab stress yang kronik boleh ganggu sistem hormon dalam badan. Badan akan mengalami masalah hormon tak seimbang ( Imbalanced hormone )
Kalau nak tahu, hormon adalah bahan kimia dalam tubuh yang masuk ke dalam salur darah kita dan bergerak dari organ ke organ untuk beri arahan nak buat apa dan bila kena buat.
Jadi memang tak pelik kalau dah cuba guna macam macam produk kurus tapi badan masih lagi sama montel.
Makin stress jadi makin montel !
Bila isteri kita mengalami stress yang terlalu kronik, sesetengah hormon dalam badan akan berlaku lebihan atau kekurangan. Jadi semua sistem tubuh akan berlaku “malfunction” sebab arahan tak sampai betul.
Bukan berat badan sahaja yang terganggu malah isteri boleh mengalami masalah seperti ;
1. Kesukaran untuk tidur 2. Terlalu sensitif dengan rasa sejuk dan panas 3. Kulit kering dan kusam 4. Senang berpeluh 5. Tekanan darah tak stabil 6. Selera makan naik atau kurang tanpa sebab 7. Rasa resah & bimbang ( anxiety ) 8. Selalu rasa terlalu letih 9. Sakit kepala 10. Kemurungan ( depression ) 11. Ada bonjol di leher tiba-tiba
Banyak lagi sebenarnya, tapi ni antara yang paling utama.
Sebenarnya badan kita dah ada semua yang diperlukan untuk dapat badan yang sihat dan menawan. Secara semula jadi lagi. Bebas kesan sampingan dan mesra poket.
Jadi senang je, kalau nak isteri kita sihat dan menawan suami kena sentiasa tadah telinga dan beri perhatian bila isteri nak mengadu atau mengeluh. Sebab “bercakap” itulah terapi mengurus stress yang paling berkesan buat wanita.
Nak isteri cantik menawan luaran kita kena jaga dulu dalaman dia. Jaga hormon, jaga emosi dan jaga pemakanan. Baru isteri kita sihat dan menawan setiap hari.
Mohd Fhais Selami emosi isteri nescaya emosi kita pun stabil
p/s : Post ini halal untuk dikongsikan dengan orang lain ya.
p/s : Jom dapatkan ilmu kenali emosi isteri kita di telegram saya, saya kongsi setiap hari percuma je. Join sini ?t.me/CoretanFhais
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Diakui tiada siapa yang kebal atau boleh terlepas daripada cengkaman pandemik Covid-19 ini. Terbaharu Covid-19 ini turut ‘menyerang’ arena bola sepak negara dengan pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT) Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim.
Ini seperti yang dikongsikan menerusi insta Story @hrhcrownprinceofjohor, memaklumkan bahawa selama dua minggu pemilik JDT itu berusaha melawan jangkitan Covid-19.
Katanya, beberapa minggu beliau berada dalam keadaan membabitkan fizikal dan mental dalam usaha melawan penyakit terbabit.
Namun, akhirnya pemilik JDT itu berjaya pulih dan sihat kembali seterusnya dapat menjalani kehidupan seperti biasa.
“Beberapa minggu berada dalam fasa membabitkan fizikal dan mental. Terima kasih kepada semua yang sentiasa mendoakan.
“Tapi sekarang, selepas dua minggu Covid…The Tiger(Harimau) kembali,” katanya.
Terdahulu pasukan Negeri Sembilan FC (NSFC) boleh dikatakan ‘lumpuh’ menjelang saingan Piala Malaysia bersambung hujung bulan ini apabila 20 pemain dan empat pegawai disahkan positif Covid-19 baru-baru ini.
Menerusi kenyataan media Negeri Sembilan FC memaklumkan bahawa pasukan itu terpaksa menarik diri daripada beraksi pada baki perlawanan Piala Malaysia yang akan bersambung hujung bulan ini.
Hal ini kerana, juara Liga Perdana itu terpaksa berehat panjang selepas perlu menjalani kuarantin wajib 10 hari di rumah dengan dipantau oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Bagi keluarga yang mempunyai anak autisme, tidak perlu bersedih dan merasa malu untuk berdepan dengan masyarakat sekeliling. Sebaliknya anda seharusnya berbangga dengan anugerah Allah SWT ini kerana anak istimewa hanya dianugerahkan kepada ibu bapa yang istimewa.
Itu yang dikongsikan oleh bapa bernama Mohd Nizam Zambri ini. Menurut Nizam, anaknya, Aqiel Haqqu dilahirkan normal seperti kanak-kanak lain dan tiada apa-apa masalah ketika dilahirkan. Sehinggalah pada usia 3 tahun setengah, Haqqu disahkan menghidap Mild Autism.
“Setiap anak mempunyai kelebihan atau keistimewaan masing-masing. Kami tidak menganggap kekurangan pada Haqqu sebagai penghalang untuk dia menjadi manusia hebat dikalangan mereka yang normal diluar sana. Sekiranya kita asyik menumpukan kepada kekurangan, maka kita tidak akan sedar adanya kelebihan dalam diri mereka.
“Sebab itulah sebagai ibu bapa perlu mengenal pasti kelebihan anak anda dan berusaha mengasah bakat yang mereka ada. Pada masa yang sama, elakkan daripada membuat perbandingan antara anak anda dengan kanak-kanak normal yang lain.
“Anda tahu apa yang terbaik dan sesuai untuk anak anda dan ia tidak semestinya sama dengan orang lain. Berbalik kepada Haqqu, aktiviti hiking adalah antara senaman/therapy terbaik sekaligus kami sekeluarga membawa dia menikmati alam dan juga keindahan dengan lebih dekat yg dicipta oleh penciptaNYA. Melalui pembacaan, aktiviti ini juga dapat mendisplinkan diri beliau iaitu mengikut segala arahan yg harus dipatuhi ketika mendaki.
Menurut Nizam, anaknya itu telah berjaya menawan 3 gunung sekaligus di Indonesia iaitu Gunung Merbabu (15 Ogos 2018), Gunung Andong (17 Ogos 2018) dan Gunung Prau (18 Ogos 2018).
Dengan suhu paling sejuk 4 celcius ketika catatan di Gunung Merbabu Haqqu berjaya mengharungi keadaan paling tidak selesa yang pernah dia alami setakat ini.
Malah Haqqu antara pendaki cilik yang ditegur dikalangan pendaki2 Indonesia ketika ontrek. Sebelum Haqqu dapat menghabiskan pendakian 3 gunung ini (MERBABU, ANDONG, PRAU) sedikit persiapan/latihan telah pun dilakukan di Malaysia hampir kira kira setahun. Alhamdulillah dia berjaya menawan beberapa gunung dan juga bukit.
HARI 1 – 15 Ogos 2018 (Gunung Merbabu)
“Ketibaan kami di basecamp Gunung Merbabu, disambut dengan keadaan cuaca yg cukup baik. Haqqu ketika itu teruja untuk memulakan perjalanan mendaki. Kelebihan anak autism ini, mereka tidak akan mengenal erti penat ketika waktu berjalan.
“Malah saya dan isteri telah pun ketinggalan jauh dibelakang Haqqu ketika itu. Mujur ada guide yang mengiringi beliau ketika keadaan memerlukan beliau memanjat serta ketika berehat. Setelah hampir 4-5 jam pendakian kami selamat tiba di Merbabu dengan keadaan cuaca sejuk!
“Ketika inilah keadaan yang kurang selesa menyebabkan Haqqu sukar untuk tidur sehingga awal pagi esok. Alhamdulillah kami selamat turun dari Gunung Merbabu dan seterusnya turun ke basecamp untuk persedian pendakian berikut di Gunung Andong,”ujar Nizam.
HARI 3 – 17 Ogos 2018 (Gunung Andong)
Setelah mendapat cukup rehat dan persediaan dibuat, mereka berangkat ke basecamp Gunung Andong pada jam 4 pagi. Setelah selesai segala dokumentasi, Haqqu dengan iringan salah seorang guide telah laju ke hadapan meninggalkan mereka berdua.
“Trek bertangga sepanjang perjalanan ke Gunung Andong ini mengakibatkan kepenatan buat Haqqu dan sesekali kami mendengar suara kepenatan beliau. Jam 8 pagi kami semua selamat sampai ke puncak Gunung Andong dengan ribuan pendaki-pendaki tempatan Indonesia ketika itu.
Sememangnya ini sudah dijangka keadaan sesak pada ketika itu kerana Indonesia menyambut hari kemerdekaannya. Pengalaman bersama2 lebih 3 ribu orang warga Indonesia menyambut hari kebangsaan mereka, 17 Ogos 2018 di puncak Andong sememangnya sesuatu yang menarik yang akan kami kenang! Haqqu juga menjadi tumpuan disini kerana beliau antara segelintir pendaki muda (Malaysia).
HARI 4 – 18 Ogos 2018 (Gunung Prau)
Pendakian bermula pada jam 8 pagi dengan keadaan cuaca baik dari bandar Dieng. Gunung ini antara lokasi pilihan bagi pendaki2 tempatan. Seperti biasa Haqqu akan diiringi oleh guide yang sememangnya sudah cukup akrab sepanjang kami di Indonesia. Dengan keadaan cuaca kadangkala suhu dingin dan cerah, Haqqu sekali lagi berjaya menghabiskan pendakian untuk sampai ke gunung ketiga dan terakhir untuk trip ini.
“Seperti di Gunung Merbabu, keadaan cuaca sejuk melampau pada waktu malam telah mengakibatkan ketidak selesa kepada kami semua. Mujur dengan sedikit persediaan awal sebelum pendakian, kami dan khususnya Haqqu dapat tidur dengan nyenyak pada waktu malam!
“Terima kasih juga kepada sahabat-sahabat serta guide ontrip ketika menjaga beliau semasa naik dan turun gunung-gunung disana walaupun bahasa yang Haqqu gunakan kadangkala pening nak paham.
“Nasihat saya , jangan malu untuk bawa anak2 istimewa ini beriadah dan seterusnya menyaksikan keindahan dan kebesaranNya. Cuma kecekalan dan ketabahan untuk membawa anak2 ini adalah suatu cabaran yg luar biasa buat kami,”ulas Nizam lagi.
FB: MOHD NIZAM ZAMBARI
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di