Ramai wanita suka membeli belah set periuk masakan. Antara yang menjadi kegilaan para mak-mak adalah bekas masakan jenis kaca.
Bagi yang suka memasak, pastinya mengenali beberapa jenama terkenal.
Kali ini menerusi perkongsian Masak Apa Tak Jadi Hari Ni Official, Puan Si Diyang Iffah meluahkan rasa kecewa apabila bekas kacanya pecah semasa memasak juadah hari raya baru-baru ini.
Perkongsiannya telah menarik perhatian warganet yang simpati dengan situasi yang dialami. Rata-rata memberikan tip penggunaan dan memilih cara yang betul bekas kaca berkenaan.
Ikuti perkongsian ini.
_________________________________
Haddoii.. Masa beli kt Langkawi, bukan main orang tuu kata boleh masak atas api. Kawan kawan, pls , caserol jenama apa yer yg boleh masak atas api. Mokcik memang suka panaskan mkanan dlm kaserol.Tq. KEMPUNAN nk mkan ketupat cicah kuah kacang sempena RAYA Puasa Shawal.
WARGANET KONGSI TIP
Meninjau bahagian komen, rata-rata warganet simpati dan memberi beberapa tip dan cadangan untuk dijadikan panduan. Antaranya adalah;
“Jenis ni rasanya mmg x blh msk atas api…biasa brand vision, corning ware blh msk atas api..”
“Mangkuk jenis ni biasa lepas utk microwave n oven…direct api mmg tak boleh.”
“Mana ada periuk yg boleh masak atas api bentuk bujur.. utk hidang je. Biasa caserol jernih yg boleh guna utk memasak warna gelap mcm vision. Corelle yg bunga2 tu pun boleh.”
“Apa2 jenama pun kalau Dari Suhu sejuk beku kepada Suhu panas mendidih memang Akan pecah, tu Nasib Baik pecah, silap2 boleh meletup.
Kalau Nak panaskan tab boleh Guna bekas yg Kita gunakan untuk bekukan makanan, kena defrost dulu. Bila dah dapat Suhu bilik barulah panaskan.
“Vision tu straight guna dari beku tp guna api slow. Setakat ni Alhamdulillah dah 10tahun lebih pakai.
“Casserole ialah bakeware. Apa jenis casserole ori atau tidak, langkawi atau import mmg tak boleh direct atas stove. Walaupun dpt jaminan dr kedai, itu hanyalah trick utk lariskan barangan jualan sahaja. Casserole hanya sesuai utk microwave dan oven sahaja. Klu ada yg ckp boleh tu maybe tgu masa or belum sampai masa je nk jd mcm ni.
Berbeza dgn vision dan corning, sbb dua ni mmg cookware dan tahan atas api, oven dan microwave.
Ramai yg salah faham antara dua jenis ni.
Casserole – bakeware
Corning n vision – cookware
Jd jgn compare ketahanan dua jenis ni klu digunakan dgn cara yg salah.
Ni info google : Unfortunately, you cannot use your casserole over direct heat from a stovetop range. Your clue is that the casserole is sold as bakeware, and is not marked or labeled as safe for the stovetop. Very few ceramic or glass items are safe for stovetop cooking, although some will be usable for induction ranges.
“Yg paling penting kena ingat kalau pun cookware tu mmg jenis boleh direct api pun jgn sekali2 panaskan atas API sebaik keluar dr petisejuk…periuk xtahan lama dan mmg poleh pecah jgk. Biar hlg dulu sejuk dia sblm dibakar.
Pelbagai manfaat hasil perkongsian yang dipaparkan tadi. Tip ini boleh jadi panduan buat mereka yang bercadang untuk memiliki bekas masakan jenis kaca.
Seperti yang kita ketahui, keju merupakan makanan digunakan untuk penghasilan yang pelbagai juadah termasuk kek, pasta keju dan sapuan. Ramai antara kita menggemari keju untuk dijadikan hidangan seisi keluarga. Namun, apabila membeli makanan ini, pastikan alert kandungan pembuatannya.
Menerusi facebook, Nor Zailina menasihati mengenai bahan pembuatan keju agar halal dimakan.
IKUTI PERKONGSIAN INI.
Saya bimbang bila tengok orang Islam beli keju tanpa membaca bahan-bahan yg terkandung di dalamnya atau sekiranya ada logo Halal negara pengeluar keju itu. Terdapat pelbagai jenis keju dijual di pasaraya. Jadi, bagaimana memilih yang HALAL?
* Pastikan ada logo Halal dari pengeluar di negara berkenaan. Contohnya, keju dari Australia mesti ada logo Australian Halal Board. Begitu juga keju dari France, New Zealand dll.
* Rennet – bahan yang digunakan bagi menukar susu kepada pepejal keju. Biasanya ia diperbuat daripada bahagian dalaman perut binatang seperti lembu dsbnya. Jikalau lembu tidak disembelih mengikut Islam, bermakna ia tidak Halal dimakan. Kebanyakan keju dari Eropah menggunakan rennet daripada binatang. Bovine Rennet adalah rennet dari perut lembu. Porcine dari khinzir (pig/swine).
Hanya pilih rennet:
– microbial rennet (diperbuat daripada microbes, termasuk fungi dan bakteria TETAPI ada juga yg dibiak drpd sumber binatang, sila tengok tanda Halal)
– non-animal rennet (diperbuat daripada bahan kimia lain atau sumber bukan binatang)
– vegetable rennet (diproses daripada sumber tumbuh-tumbuhan)
Selain rennet, keju juga diperbuat dengan:
– proses pemerapan (fermentation)
– menggunakan cuka dan jus lemon (asid) terutama untuk pembuatan keju vegan
Fakta Penting:
1. Keju lembut (soft cheeses) seperti krim keju tidak menggunakan rennet dalam pembuatannya.
2. Baca setiap paket keju yang dibeli kerana ia mungkin Halal dalam bentuk sebuku (block) tetapi tidak Halal dalam paket yang sudah diparut (ready grated).
3. Keju dalam bentuk serbuk (kering) seperti Parmesan juga mungkin tidak Halal, jadi, berhati-hatilah selalu. Parmesan sering dihidangkan di restoran bersama Caesar Salad atau Spaghetti Bolognese.
Memberi gajet seperti telefon pintar dan tablet kepada kanak-kanak kini sudah menjadi kelaziman bagi kebanyakan ibu bapa. Jadi tidak hairanlah permintaan seperti “Ibu, nak main handphone”, “Mama, adik nak phone”, “Ayah, nak tab” dan macam-macam lagi kita dengar bila anak berasa bosan di rumah. Pasti telefon atau gajet yang dimintanya terlebih dahulu.
Akibatnya, anak-anak berkenaan menghabiskan masa berjam-jam untuk meneroka segala aplikasi dan permainan dalam gajet berkenaan hingga ada ibu ayah merasakan anak-anak zaman sekarang sudah tidak pandai atau bermasalah untuk berinteraksi dan berkomunikasi dengan orang lain. Ini kerana dunia anak-anak hanya dirinya dan gajet!
Photo by Alireza Attari on Unsplash
Memberi respon terhadap hal tersebut, Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan berkongsi pandangannya di Twitter dan pendapatnya itu menarik perhatian warganet terutamanya bagi mereka yang bergelar ibu dan ayah.
Apa yang pasti, jangan kita sebagai ibu ayah menuding jari mencari salah daripada pihak lain, namun lupa untuk menilai dan melihat sendiri punca semua ini berlaku.
Antara punca yang diutarakan olehnya yang menjadi anak seorang pendiam, pemalu, kuat meragam dan sebagainya yang dikaitkan dengan kesan penggunaan gajet oleh sesetengah ibu bapa, hakikatnya adalah sikap ibu ayah itu sendiri yang awalnya tidak sabar melayan karenah anak atau pun sibuk dengan urusan sendiri.
Jelasnya lagi, ibu ayah cepat berasa bosan bila anak ulang-ulang soalan dan akhirnya kita juga yang minta anak jangan bertanya lagi. Kalau jawab sekali pun soalan tersebut, kita akan jawab ala kadar, sepatah dua sahaja. Itu yang bila hendak senang, kita beri gajet kepada anak-anak biar mereka tidak mengganggu kita.
Maksudnya di sini, kita sendiri yang ajar anak-anak kita tentang cara komunikasi yang salah. Bila anak itu menjadi masalah sosial, kita salahkan pula sepenuhnya pada gajet. Namun hakikatnya, pengawasan dan penggunaan yang betul boleh jadi platform yang baik untuk mendidik anak-anak.
Di dalam perkongsiannya juga, Dr Kamarul memberikan tip untuk ibu ayah agar dapat ‘tinggalkan’ emosi negatif dari tempat kerja di luar pintu dengan langkah-langkah berikut :
Jangan terburu-buru masuk ke dalam rumah. Berhenti sejenak di luar pintu masuk rumah.
Tarik nafas yang perlahan dan dalam sebanyak 5 kali.
Bayangkan setiap kali hembus nafas tu emosi negatif yang berada dalam tubuh kita ikut keluar bersama hembusan nafas kita.
Tutup mata dan rasakan kembali kenangan paling menenangkan dalam hidup kita contohnya kenangan mandi air terjun atau bercuti di pulau, atau kenangan pertama kali melihat anak kita semasa baru dilahirkan.
Biarkan perasaan berada di air terjun, pantai atau pun semasa melihat pertama kali wajah bayi kita itu kembali ke hati dan minda.
Bila dah rasa emosi negatif itu mulai kendur baru kita boleh melangkah masuk ke dalam.
Sambut anak dengan senyuman dan peluk anak erat-erat sebelum berehat.