Filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan yang mencetuskan fenomena dalam kalangan rakyat Malaysia ketika ini. Memasuki hari ke 10 jumlah kutipan telah mencapai RM39.2 juta!
Namun keterujaan menonton filem ini, ada yang tidak sedap didengar apabila ada segelintir penonton filem ini tidak menjaga tertib semasa di dalam pawagam.
Menerusi perkongsian Syukrie Sufian meluahkan rasa kekesalannya terhadap sikap penonton berkenaan menerusi grup Movie Addict MY .
Namun tidak mahu mengeruhkan keadaan bimbang akan menganggu orang lain, dia mengambil keputusan untuk mengalah.
Dia berharap para penonton menjaga adab ketika menonton filem. Moga kisah ini menjadi iktibar untuk kita semua.
Selesai menonton Mat Kilau. Saya bukan nak review filem ini, tapi nak review adab segelintir (skala kecil) perangai orang kita (rakyat Malaysia).
Saya beli tiket ini sehari sebelum waktu tayangan iaitu 30 Jun 2022 dan saya telah memilih seat saya G08 dan G09 yang berada di row tengah.
Memandangkan waktu tayangan pukul 7:40, jadi saya dan pasangan tunaikan kewajipan Maghrib terlebih dahulu dan kami masuk hall agak lewat sedikit (dalam 7:50 dan beranggapan 10 minit pertama selalunya iklan sebelum tayangan bermula).
Ads
Bila sampai, kami lihat hall dah penuh dan tayangan telah bermula (sebelum scene orang melayu ditemb*k). Jadi kami pergi ke row kami untuk mengambil tempat duduk, malangnya row tersebut PENUH dan dipenuhi dengan “satu keluarga”.
Kami jadi pelik, salah masuk hall ke? Bila nak ketempat duduk tu, tiba-tiba ada suara berkata, “dah penuh la, pergi duduk kat atas”. Saya baru nak cakap ni tempat saya ni, tetapi pasangan tarik saya ke tempat duduk atas (yang bukan seat kami).
Agak tak selesa, sebab kami risau ambil hak orang lain, disebabkan ada penonton yang masuk selepas kami. Kami memang dah nekad, kalau ada orang claim tempat duduk dia, memang kami decide nak keluar je.
Ads
Nak buat kecoh dalam wayang pun tak best juga, sebab benda dah start nanti menggangu penonton lain pulak.
Cumanya nak pesan kepada kawan² dalam group, sekiranya kalian membeli tiket wayang TOLONGLAH DUDUK DITEMPAT YANG KALIAN PILIH. Ya, mungkin silap kami sebab masuk lewat tetapi saya rasa untuk 10-15 minit lewat tu perkara biasa sebab tak semua masuk panggung on time, ada yang skip iklan.
Jadi kami pun menonton dengan pengalaman yang tak seronok dan gelisah sebab takut ada penonton yang datang lebih lewat. Maaf posting agak panjang, sebab saya nak mengingatkan kalian supaya tidak mengambil hak orang lain, seperti mana British mengambil hak orang Melayu dalam Mat Kilau.
Mungkin ada yang akan kata, kenapa tak duduk je seat yang kosong atau marah je la keluarga tersebut. Macam saya cakap, saya cuba untuk tidak mengeruhkan keadaan sebab ceritanya tayangan sudah bermula.
Edit: Bukan taknak panggil staff atau halau keluarga tersebut. Saya kena rational, sebab kalau panggil staff, satu row kena bangun. Dah mengganggu pandangan penonton lain. Atau lebih teruk, mungkin akan buat mereka tak puas hati. Dah jadi isu bergaduh pulak kat situ. Dan pandangan penonton lain pulak, “laa isu seat je kot, duduk je la mana²”. Sumber : FB Syukrie Sufian
Setiap anak tak sama perangai dan karenahnya. Itulah yang membuatkan sesetengah ibu bapa pening kepala. Lagi- lagi kalau memiliki anak ramai. Semua nak kena layan memang bikin ibu bapa pening.
Yatt Hamzah, antara seleberiti yang sering memuat naik perkongsian menerusi laman instagramnya. Selain rajin berkongsi resipi memasak, dia juga tidak lokek bercerita mengenai anak-anaknya.
Ibu yang baru memasuki usia 40 tahun dan kini sedang hamil anak keenam ini berkongsi cerita mengenai anak kelimanya yang mana pembersih orangnya.
Susah jadi pembersih ni..Terlalu pembersih pun kena marah.
Bila baby setahun #SuciHawaZulaikha kena marah manje2 dg abahnya sbb asyik nak sanitize tangannya jeee. Al maklumlah tak mandi lagi.. 😂😅😂 Kejadian pagi Jumaat tadi masa tunggu Bonda kat klinik. Tengok saat ke 21-23 Hawa dok cari Bondanya nak ngadu nasib minta Tolong tp Bonda takde.. Kesiannn anak Bonda..Dahlah baru baik demam, selsema lg, habis hingus semua meleleh.. 😅😅😅 Bonda masa tengok video ni tak tahulah nak gelak ke nak sedih ke atau nak marah abahnya.. Semua rasa ada..😂😂😂 Hepppp, biase abah niiii😠😡🤪 @zulfadhli_khiruddin Sayaanggg anak Bonda Hawaa.. Dah jangan nangis2 yaa.. Bonda kan ada
zulaikha_zainallhaha .. sama gan anak kita bonda . bila nampak dlam kete kita pkai sanitize dia pun nak jugak .. tapi xde lah kerap sngat mcm hawa ni smpai kena marah😂😂😂😂
Anak sulung sememangnya permata hati yang dinantikan kehadirannya oleh ibu dan ayah. Dia banyak mengajar ibu dan ayah ilmu keibubapaan dari tidak tahu apa-apa kepada serba tahu.
Ibu dan ayah menatang anak sulung bagai minyak yang penuh. Dijaga dan diberi segala keperluan yang cukup dan terbaik hanya untuk anak sulung.
Semakin membesar anak sulung dan tiba saat ibu dan ayah dikurniakan cahaya mata kedua, anak sulung dianggap sudah mampu untuk berdikari.
Tetapi tanpa sedar kita terlupa kadangkala anak sulung yang berusia kanak-kanak masih memerlukan perhatian dan belaian kasih sayang ibu ayah.
Walaupun hakikatnya tiada ibu bapa yang tak sayangkan anak namun tanpa sedar sikap dan layanan yang diberikan kepada anak sulung mengguris perasaan mereka.
Ikuti luahan perkongsian daripada Nad Masrom, Kaunselor Laktasi terkenal yang mungkin boleh sama-sama ibu ayah jadikan peringatan bersama.
Terima Kasih Anak Sulung
Foto: IG Nad Masrom
Anak pertama, banyak mengajar kita sebagai seorang ibu. Dia anak yang paling banyak mengalah. Dia anak yang banyak memendam rasa. Sekecil itu dia belajar untuk hadamkan banyak perkara.
Tak mudah. Sebab itu sekali-sekala berilah dia ruang masa. Untuk dia bebas menjadi kanak-kanak, bukan sekadar kakak yang perlu memikul tanggungjawab seperti orang dewasa.
Kita sebagai ibu kadang-kadang terlupa. Anak sulung kita hanya kanak-kanak yang bisa melakukan kesalahan juga. Dan adakalanya kita lupa jasa mereka mengajar kita banyak perkara. Terutama cabaran menyusu yang luar biasa.
Hati mereka hati seorang kanak-kanak yang sentiasa jujur meluah rasa. Bila mereka gembira, mereka akan tertawa besar. Bila mereka duka, boleh terlihat dengan mata kasar kita.
Mereka hargai setiap butir bicara kita. Maaf dan terima kasih sudah buat jiwa mereka terasa besar.
Terima kasih buat semua anak-anak sulung kita. Yang sentiasa sabar memberi peluang kepada kita. Sebagai ibu dan ayah mereka. I ❤️ U kakak!
Sentiasa Ucap 3 Perkataan Keramat
Menurut Nad, kadang-kadang kita sebagai ibu, bukan kita tak nak ekspresikan penghargaan itu. Ia ada di lubuk hati paling dalam, cuma tak terluah.
“Saya sendiri memaksa diri untuk sentiasa bercakap tentang maaf, terima kasih dan ‘I love U’ setiap hari bukan kerana saya ibu yang baik, tapi saya tahu saya sendiri perlukan semua ayat ni dulu dan saya tak nak terlewat tidak dapat melakukannya sekarang.
Foto: IG Nad Masrom
“Kami anak-beranak memang dah terbiasa dengan tiga perkataan ni. Sejujurnya waktu saya dan suami nak memulakan dulu pun agak kaget. Rasa pelik. Tapi kami cuba latih perlahan-lahan. Dari solat bersama (kadang-kadang terskip juga sebab alasan dunia), berdoa bersama, makan bersama dan saling minta maaf.
“Mungkin bagi sesetengah orang, bila diucap selalu sudah tak jadi sesuatu yang istimewa. Tapi itu barangkali lebih baik dari tak mencuba langsung kan.
“Apatah lagi jika terlewat untuk menyebutnya sampai bila-bila. Jadi, marilah kita cuba pecahkan tradisi ‘ketidakbiasaan’ ini menjadi sesuatu yang didambakan oleh anak-anak kita.”
Menurutnya impak amalan ini sangat luar biasa. Katanya lagi cukuplah kita menjadi anak yang kuat dari dulu kerana ujian untuk anak-anak kita menjadi kuat pada zaman sekarang mungkin berbeza.