Usahawan terkenal dan juga pengasas jenama FashionValet, Vivy Yusof, selamat melahirkan bayi keempatnya petang tadi. Berita gembira tersebut dikongsikan oleh isteri kesayangan Fadzarudin Shah Anuar menerusi laman instagramnya.
Dalam perkongsian tersebut, dia turut memuat naik gambar bayi lelakinya dan turut mengumumkan nama anak Idris Ali Shah.
Di ruangan komen hantaran Instagram, rata-rata kenalan serta pengikutnya membanjiri dengan pelbagai ucapan tahniah serta doa buatnya dan bayi keempatnya itu.
aishahsyairahFinally 1 fadza junior😂, the rest are vivy junior😂😂😂
nrsulaiiimmMa shaa Allaah finally Fadza’s face😂, may Idris jadi anak soleh dan penyejuk mata for his parents and family🌻
Sebagai info, Vivy dan Fadza mendirikan rumah tangga sekitar tahun 2012. Hasil perkahwinan, pasangan sebelum ini sudah dikurniakan tiga orang cahaya mata, Daniel Azim Shah, Mariam Iman Shah dan Sarah Ilham Shah.
Kolesterol yang tinggi antara punca risiko kepada pelbagai penyakit. Pengambilan makanan yang tinggi kolesterol seperti lemak, minyak dan sebagainya antara yang patut dielakkan.
Dalam penyediaan masakan Melayu, kita tidak terlepas daripada mengambil jenis makanan kaya lemak ini dalam menu harian seperti makanan bertumis dan bersantan. Namun semua ibu harus lebih bijak menyediakan jenis makanan yang lebih sihat dan bebas daripada kolesterol tinggi untuk keluarga.
Pun begitu ada caranya untuk memastikan kolesterol yang tinggi dapat dikurangkan pada kadar yang lebih baik. Saudari Noor Azlina berkongsi caranya untuk mengurangkan kolesterol dengan hanya mengamalkan dua bahan terpilih sahaja. Menariknya, petua yang dikongsikan olehnya ini merupakan saranan daripada seorang doktor. Jom kita cuba!
Disini Kak Noor nak kongsi ilmu yang Kak Noor sendiri belajar dari seorang doktor, iaitu tip untuk menurunkan kolestrol dengan cepat dan berkesan tanpa mengambil ubat.
Bahan-bahan:
Buah nenas
Sayur sawi
1. Kisar halus dua bahan ini sampai jadi jus.
2. Minum sekali sehari.
3. Amalkan minum jus ini setiap hari.
Insyaallah dengan izinNya, kolesterol akan dapat diturunkan dengan cepat. Insyallah.
Turunkan Kolesterol Tinggi?
Sayuran Hijau
Selain sawi dan nenas yang dikongsikan wanita ini, sayuran berdaun hijau antara yang disarankan untuk menurunkan kadar kolesterol yang tinggi dalam tubuh. Sayuran berdaun hijau memiliki kandungan antioksidan yang tinggi. Bayam, kacang buncis, kacang panjang dan banyak lagi jenis sayuran hijau antara yang disarankan.
Kekacang
Walnut, badam dan segala jenis kekacang dapat mengawal kolesterol daripada terus berkumpul di dalam badan. Serat yang tinggi membantu menyingkirkan kolesterol ini.
Oat
Begitu juga dengan oat. Oat merupakan makanan yang dapat menyerap dan sekaligus menyingkirkan lemak dan kolesterol yang terkumpul di dalam badan. Amalkan oat ini setiap hari.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Lumrah bagi kebanyakan pasangan suami isteri tentu pernah melalui detik sukar dalam rumah tangga. Lebih-lebih lagi di awal perkahwinan, maklumlah orang kata baru hendak belajar mulakan hidup.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Menyentuh bab perbelanjaan rumah, sana sini serba tidak cukup. Dengan duit gaji yang ada digunakan untuk bayar rumah sewa, menampung perbelanjaan dapur dan atas sebab itu juga bukan perkara pelik makan perlu dicatu untuk mencukupkan perbelanjaan bulanan.
Itu belum lagi bila ada anak kecil, pembelian lampin pakai buang dan susu menjadi wajib beli bila kehabisan stok.
Pun begitu, berkat rezeki selepas berkahwin fasa kesusahan ini dapat juga dilalui dengan selesa. Ini sebagaimana perkongsian suami di akaun facebook miliknya. Berkongsi kepayahan dilalui hingga untuk membeli susu anak pun tiada wang di dompet.
Ayuh baca perkongsian penuh daripadanyaagar dapat memberi inpirasi kepada yang lain. Mana yang baik dijadikan tauladan yang buruk jadikan sempadan.
“Saya Buka Dompet, Ada Seringgit Dua Je,”- Suami Ni Imbau Kembali Detik Susah!
“Abang, susu anak kita dah habis”
“Oh yeke? Jap saya tengok ada duit tak”
Saya buka dompet. Allahu. Ada seringgit dua je.
Masa tu, saya dan isteri tinggal di Kedah. Kami baru ada seorang anak. Kakak sulung ifa inilah.
“Macamana ek? Allah..”
Kami berdua diam. Tak tahu nak cakap apa. Anak terus menangis. Tak mahu diam.
Tanpa sedar, tiba-tiba mata kami berdua basah dengan airmata. Hati remuk dengan ujian-ujian hidup yang nak ditempuh. Sudahlah saya dan isteri seharian lapar, belum makan lagi.
Isteri pegang tangan saya.
“Jom kita bawa dia jalan-jalan. Nanti dia penat dia tidurlah”
Saya dukung anak. Kami berjalan-jalan di Pekan Jitra tanpa arah. Anak masih menangis tapi tak kuat dah. Isteri setia disisi.
Sedang jalan, nampak pasaraya besar. Keluar masuk orang beli baju. Beli barang rumah.
Lalu depan kedai makan, nampak sekeluarga gembira menjamah jamuan makan malam mereka.
Allah. Allah. Berat perasaan ni. Berat sangat. Nak berlari balik dan duduk saja dalam bilik.
Bila penat, kami duduk dan rehat.
Ayat Keramat
Isteri menyandarkan kepalanya ke bahu. Dia bagitahu sesuatu. Yang sampai hari ini, kalau saya down, saya selalu ingatkan itu.
“Abang, kita kahwin sebab Allah kan? Sebab Allah kan?”
Tiba-tiba, ada panggilan masuk.
“Amat, kat mana? Ni umi ayah baru sampai Kedah. Tiba teringat kat anak umi ni”
“Oh. Kami di Pekan Jitra”
“Takpa. Umi ayah ke sana ambil amat dan siti”
Mak ayah datang ambil kami. Ayah hulur RM300. Ayah ajak ke pasaraya. Beli barang keperluan. Saya ambil susu dengan penuh syukur.
Kalian,
Asa paling hujung, asa yang dipegang terus pada Tuhan setiap masa.
Dan, itulah hikmah berumahtangga.
Allah yang pertama.
Allah juga yang terakhir.
Jalanilah satu-satu kesakitan dan kepahitan dalam membina bahagia kita.
Percayalah pada rezeki yang sedang ditakdirkan.
Jangan terputus tali dengan Allah lagi.
Kuat dan hidupnya jiwa suami isteri itu, adalah dari rahmat Allah yang memberi.
Hari ini, kami bangun dan berdiri bersaksikan banyaknya nikmat ilahi,
Dari belasan tahun tidur berairmata menahan sakitnya hidup ini.
Sebut sahaja Mcflurry Oreo McD mesti sudah ada yang dapat membayangkan betapa enak akan rasanya. Teksturnya cukup lembut dan ditambah pula dengan kesedapan rasa dan kerangupan biskut oreo, menjadikan aiskrim Mcflurry Oreo McD ini cukup istimewa.
Oleh itu, tidak hairanlah mengapa ramai menggemarinya dan bukan hanya di kalangan kanak-kanak malah orang dewasa juga. Malah boleh dikatakan seisi keluarga pasti akan menggemari aiskrim nan satu ini.
Oleh itu, sebagai ibu mungkin ada yang terdetik di hati untuk membuat sendiri aiskrim ala-ala Mcflurry Oreo McD ini. Kiranya dapatlah dinikmati bersama seisi keluarga pada bila-bila masa yang diinginkan. Mungkin juga terlintas di fikiran, jika dapat dibuat sendiri lebih menjimatkan!
Oleh itu, ketahui resipi dan cara menyediakannya.
Bahan-bahan :
Oreo vanila-hancurkan
1/2 tin susu pekat (ikut kemanisan masing-masing)
11/2 gelas susu cair (ikut kecairan atau kepekatan yang dikehendaki)
1 sudu ovalette (pastikan halal)
Sedikit esen vanila
Cara penyediaan :
OVALETTE TU APA BENDA?
Ovalette (atau juga dikenali sebagai sponge cake stabilizer atau Quick 75) adalah sejenis bahan penstabil atau emulsifier.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.