Tahniah diucapkan buat pelakon dan usahawan, Fizo Omar yang bakal menimang cahaya mata keempatnya tidak lama lagi.
Menerusi hantaran yang dimuat naik di TikTok, Fizo atau nama lengkapnya Wan Hafizol Wan Omar berkongsi akan kehamilan isterinya, Fazeera Nazri.
“Dapat adik baru. Alhamdulillah.
“Kakak dan adik kena get ready untuk menjadi kakak-kakak yang baik. Terujanya nak sambut adik baru,” tulisnya.
Ads
Dalam pada itu Fizo juga meluahkan rasa syukurnya yang tidak terhingga atas kurniaan rezeki itu dalam keluarganya.
“Alhamdulillah. Cahaya mata nama diberi yang datang tak kira ruang dan waktu. Yakinlah pada lorong dan corong rezeki yang hadir daripada cahaya itu. Tidak salah firasatku, benarlah perjanjian dari yang Esa ini.
“Kami bersyukur kerana munculnya cahaya mata yang kami ada, sepi tak lagi terasa kerana tawa kecilnya pemecah kesunyian.
Ads
“Walau ada rintangan, di waktu kesempitan, kami kekal percaya akan ada sinar rezeki di setiap cahaya mata bagi meneruskan kehidupan di dunia ini.
“Alhamdulillah, kami bersyukur kepada-Mu kerana kami tahu rezeki bukan dilimpah dalam bentuk kekayaan sahaja. Namun, ianya disimbah dalam bentuk kesihatan, cahaya mata dan ketenangan,” ujarnya lagi.
Dalam entri itu juga, Fizo turut berkongsi beberapa kepingan gambar terkini isterinya dengan baby bump yang jelas kelihatan.
Ruangan komen usahawan ini turut dihujani dengan ucapan tahniah malah mendoakan agar kehamilan ini dipermudahkan.
Terdahulu, Fizo dan Fazeera mendirikan rumah tangga pada 21 Oktober 2021. Pasangan ini dikurniakan dengan dua orang anak perempuan iaitu Wan Khaleeda dan Wan Umaira. Fizo turut mempunyai seorang cahaya mata lagi, Wan Maryam menerusi perkahwinan terdahulunya.
Perasan tak, biasanya kita apabila memasak tentu ada perkakasan tertentu yang menjadi kegemeran kita untuk digunakan. Contohnya, dalam banyak-banyak periuk yang kita ada, mesti ada satu dua yang menjadi periuk yang sering kita gunakan berbanding periuk-periuk atau kuali yang lain.
Mungkin kerana saiznya atau material periuk itu menjadikan kita sentiasa ingin menggunakan periuk tersebut untuk menyediakan menu untuk keluarga.
Disebabkan itu juga, periuk ini akan lebih nampak kusam. Jadi bagamana anda ingin kembalikan aura periuk tersebut seakan baru dan berkilau
Jadi ini yang perlu anda lakukan.
Bahan-bahan:
Asam Keping
Cara buat:
Langkah pertama: Didihkan asam keping bersama air.
Langkah kedua :Masukkan perkakasan atau periuk ke dalam bekas air mendidih tadi.
Langkah ketiga : Pastikan tenggalam keseluruhan bekas di dalam air asam keping tadi. Biar sehingga 2 minit.
Langkah keempat : Kemudian keluarkan dan boleh dicuci seperti biasa dengan menggunakan sabun pencucui pinggan.
Selain itu, oleh kerana kita selalu sangat menggunakan periuk yang sama pastinya jangka hayat periuk tersebut mudah rosak seperti berlakunya kebocoran. Hendak dibuang sayang, maklumlah periuk kegemaran. Jadi lakukan 4 petua berbeza ini untuk pastikan periuk yang bocor boleh digunakan kembali.
KAPUR MASAKAN
Mula-mula, bersihkan dulu periuk dan keringkan. Kemudian, ambil kapur makan dan tampal di bahagian periuk yang berlubang. Tepek ikut ketebalan yang sesuai hingga betul-betul menutup lubang.
Bila tampalan dah kering, bolehlah gunakan periuk itu semula. Biasanya boleh test dulu dengan rebus air. Kalau periuk dah tak bocor lagi, bolehlah guna untuk masak macam biasa.
ASAM JAWA
Ambil sedikit asam jawa dan pastikan tiada biji. Kemudian sapu dan tampalkan pada bahagian belakang kuali atau tempat yang bocor tadi. Tunggu sampai kering dan cuba gunakan periuk macam biasa.
KULIT PISANG
Untuk menampal, pertama sekali panaskan periuk yang bocor. Kemudian, panaskan api dan gunakan sebelah dalam kulit pisang untuk ditenyeh berulang kali pada tempat yang bocor. (Seeloknya buat di kedua-dua bahagian dalam dan luar). Selepas itu, biarkan sekejap di atas api.
KERTAS ALUMINIUM
Boleh cari di kedai hardware. Kadang-kadang di pasar malam pun ada. Harganya pun murah, mungkin sekitar RM2 saja sekaki. caranya mudah, hanya tampalkan kertas aluminium ini pada bahagian periuk yang bocor.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Tentunya seronok sangat jika kita adik beradik dapat balik ke kampung ketika ini dan dapat berkumpul serentak beramai-ramai setelah sekian lama tidak dapat bertemu dek kerana pandemik Covid-19.
Pun begitu, bila semua berkumpul keadaan rumah tentunya sesak dan memang tidak cukup bilik untuk semua. Terpaksa ada yang tidur di ruang tamu dan sebagainya. Keadaan ini tentu sahaja ada yang rasa tidak selesa.
Pun begitu kalau ada adik-beradik, anak saudara sudah berumahtangga dan sesekali berkumpul ramai di kampung, tentu ada diantaranya ambil pilihan untuk check in homestay atau motel murah untuk tidur dan janganlah dikecam atau perli keluarga tersebut.
Ini sebagaimana perkongsian Puan Insyirah Soleha, ada baiknya diambil iktibar dan panduan agar kita melihat ada betul dan baiknya check in homestay ketika balik ke kampung.
Sesekali Berkumpul Adik Beradik
Benar. Rumah itu dahulunya membesar bersama-sama dari bayi sehingga dewasa, tapi bila sudah berumahtangga ada pasangan tambahan pula kalau ibu menyusu sangat perlu ruang privasi untuk berehat dan menyusu anak.
Apalagi kalau anak-anak kecil yang ramai, terkadang nak selak pakaian duduk mengadap dinding usaha nak tutup aurat masa menyusu tapi baby pula memusing kuak lentang kuak rama-rama. Ada yang meragam menangis beriya nak suruh ibu baring untuk selesa.
Benar. Rumah itu dahulunya boleh sahaja bersesak adik beradik yang ramai, bila sudah berumahtangga ada ipar duai agak susah nak jaga aurat terutama lepas keluar tandas, takkan nak berkemban tuala pula lagi-lagi kalau dah ada anak dara.
Sepupu sepapat ramai, ada sudah bujang ada sudah anak dara tak boleh lagi nak bertepuk tampar sayang macam kecil main kahwin pondok-pondok belakang rumah nenek sambil cari biji getah buat main congkak dan kutip cendawan di pokok getah selepas hujan berhenti. Ada ikhtilat yang perlu dijaga.
Kalau 20 tahun dahulu, kita rasa meriahnya rumah datuk nenek boleh tidur ramai-ramai di beranda atau ruang tamu, hari ini kita dengar banyaknya kisah anak-anak gadis yang pernah kena gangguan seksual oleh ahli keluarga sendiri.
Tengah malam tidur separa mati sebab penat lari siang hari, tak sedar selimut terselak nampak aurat lalu pula pakcik lepas balik dari lepak di kedai kopi. Gegar juga iman walau anak saudara sendiri.
Tidur lambak di ruang tamu terutama anak dara atau ibu dara sendiri is a big no. Susah nak pelihara aurat. Dah penat seharian di dapur, tidur tak sedar aurat dah buka. Takkan nak bertudung sentiasa tambah pula musim panas kan.
Aurat Perlu Dijaga
Kadang ada yang ‘segan’ nak balik rumah mertua kerana susah nak jaga aurat.
Benar. Bukan selalu nak berkumpul ramai-ramai. Boleh saja sepanjang siang malam berkumpul di rumah ayah bonda nanti nak tidur menginap di homestay atau motel murah, bukan kerana berlagak tak mahu berpanas bertudung sekali sekala tetapi aurat juga sangat perlu dijaga.
Kalau tidak, masakan kita dengar datuk membaham cucu.
Bapa saudara seks grooming anak saudara.
Sepupu sama sepupu terlanjur.
Mungkin 20 tahun lalu kita anggap tak mengapa, lalu hari ini kita terpaksa mengubati mangsa-mangsa yang melalui ujian emosi untuk merawat mental mereka yang trauma.
Jangan ulangi kelam kisah pada masa hadapan.
Anak dara atau bujang teruna, masing-masing perlu dipisahkan. Ibu ayah ambil cakna, kerana kita mahu sekeluarga masuk Syurga.
Memang mencabar bergelar isteri pada masa yang sama bekerjaya atau menguruskan rumahtangga. Itu termasuk memasak untuk hidangan buat keluarga serta menguruskan anak-anak. Bukan suami tidak membantu, kadang kala, rasa penat menyelubungi diri.
Sebagai mana perkongsian ini. Wanita ini berkongsi cara untuk menghilangkan rasa penat dengan mengamalkan zikir.
Saya tak tahu la orang lain macam mana, tapi saya ni kadang-kadang letih juga dengan urusan seharian. Kerja hakiki, urusan rumahtangga, bagi perhatian pada anak-anak serta suami dan macam-macam lagi la. Kalau nak senarai sampai esok tak habis. Ye la. Kita bukan robot. Ada kalanya bateri kita pon habis. Kena charge. Suatu hari, saya dengar ceramah dari Ustazah Asma Harun. Mungkin kena dengan situasi saya yang sedang keletihan masa tu, jadi memang saya rasa nak amalkan terus ilmu tu. Oh ya, saya rasa semua pernah dengar tentang cerita ni. Tapi mungkin masing-masing macam saya, dengar sepintas lalu. Tak amal pun.
AMALKAN ZIKRI INI
Ustazah Asma kata, suatu hari, Saidatina Fatimah, anak Baginda Nabi (S.A.W.), datang menemui Baginda. Mengadu keletihan dan meminta tolong untuk mendapatkan seorang pembantu untuk meringankan beban dan lelahnya dan suami (Saidina Ali). Baginda tersenyum. Baginda tidak tunaikan pun permintaan Saidatina Fatimah. Tetapi Baginda beri satu hadiah, zikir untuk ubati keletihan Saidatina Fatimah dan Saidina Ali. Zikir itulah sekarang disebut zikir Fatimah. Baginda s.a.w. berkata: “Apa kamu berdua mahu aku ajarkan perkara yang lebih baik daripada apa yang kamu minta daripadaku? Apabila kamu berdua berbaring untuk tidur, bertasbihlah (Subhanallah) 33 kali, bertahmid (Alhamdulillah) 33 kali dan bertakbir (Allahuakbar) 33 kali. Ia adalah lebih baik untuk kamu berdua daripada seorang khadam.” Malahan Saidina Ali pernah berkata, “Demi Allah aku tidak pernah meninggalkannya semenjak ia diajarkan kepadaku.” Mesti semua pernah dengar kan cerita ni? Tambahan dari Ustazah Asma, Ustazah Asma suruh Istiqamah amalkan sebulan tanpa tinggal, insyaAllah kita nampak kesannya. Jadi saya pun cuba amalkan.
WAKTU BILA NAK AMALKAN
Bukan masa nak tidur saja. Masa letih basuh pinggan, masa letih handle anak-anak, masa layan anak-anak tantrum, masa tak ada tenaga atau bila-bila saya rasa letih, saya cuba zikir. Alhamdulillah. Masya-Allah memang membantu sangat-sangat. Cuma syaratnya kalau nak nampak kesan memang perlu istiqamah (buat setiap hari). Kawan-kawan, Sedangkan Saidatina Fatimah dan Saidina Ali pun letih menguruskan urusan seharian, tambahan pula kita, insan yang kurang sabar dalam menghadapi ujian hidup. Jadi kalau kita rasa letih, it’s okey. Itulah fitrah manusia. Cuma cepat-cepat ingat hadiah daripada Rasulullah. Hadiah ini memang khas untuk kita. Rugi sangat kalau kita tak amalkan. Benarlah orang kata, ilmu tanpa amal adalah sia-sia. Saya juga insan biasa. Selalu terlupa sejarah Islam. Sibuk nak amalkan ilmu semasa, sedangkan yang luar biasa di tinggalkan terus.
JKM kesan waris tiga beradik yang berada di bawah perlindungan sejak 2023. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi JKM bagi membantu proses penilaian dan kebajikan kanak-kanak tersebut.