Setiap kali tiba hujung bulan, pasti ramai yang tersenyum gembira kerana dah sampai masanya untuk dapat gaji. Namun kegembiraan itu tidak lama, selepas ditolak hutang dan perbelanjaan itu ini, hanya tinggal suku sahaja baki yang ada. kadangkala tidak mencukupi untuk membayar semua hutang.

Inilah yang membuatkan ramai mengeluh kerana bukan sahaja tidak mampu membeli barangan yang dihajati, malah untuk menyimpan pun tak boleh. Bayangkan kalau yang bergaji 5-6k sebulan pun tidak mencukupi apatah lagi yang lagi rendah kan.

Tetapi jika kita bijak dalam membuat kiraan dan bajet, pasti tidak akan timbul masalah.  sebenarnya semua ini ada jalan penyelesaian. Cuma kena guna formula yang betul.

berikut adalah perkongsian dari  Nur Aliah Mohd Nor dengan berpandukan Formula 30:60:5:5.

Caranya mudah, cuma ikut kita buat perbelajaan dan simpanan mengikut apa yang telah ditetapkan


Hati ini rasa gelisah pula bila tahu ada orang yang bergaji RM8000 sebulan tapi nak simpan RM1000 sebulan tu pon sangat susah!

Sini Lia kongsikan 1 formula yang dipanggil ‘kompas kewangan’. Guna je formula mudah ni untuk selamatkan kewangan korang.

Kompas kewangan terbahagi kepada 4 iaitu:
Untung (30%) Terpaksa (60%) Bocor (5%) Sampah (5%)

Dapatkan dulu pendapatan bersih korang. Kerja biasa: Gaji kasar – KWSP – SOCSO – Zakat = Gaji bersih. Kerja sendiri: Pendapatan kasar – belanja bisnes – cukai pendapatan = pendapatan bersih

#No.1 Untung (30%)
30% ini adalah SIMPANAN yang kita akan ketepikan dari gaji yang kita dapat setiap bulan.

Simpanan ini termasuklah dengan:

> Simpanan jangkamasa pendek. > Simpanan jangkamasa panjang. > Simpanan emergency. > Simpanan pelajaran. > Simpanan pencen. > Simpanan pelancongan. > Simpanan wakaf. > Simpanan sedekah.

Contoh tempat terbaik untuk buat simpanan:

> Tabung Haji. > Saham. > Unit Trust. > Takaful (Islamic Insurance). > EPF, > ASB. > Hartanah
> Emas

#No.2 Terpaksa (60%)
Maksud terpaksa ini ialah semua jenis belanja komitmen sara diri dan keluarga termasuklah semua jenis loan.

Contoh loan:
> Loan rumah. > Loan kereta. > ASB Financing. > Personal loan. > PTPTN

Contoh sara diri dan keluarga:

> Minyak kereta. > Bil telefon. > Bil api air. > Keperluan keluarga. Lia faham setengah orang loan itu amat penting untuk kegunaan sesuatu perkara atau sesuatu tujuan. Lain orang lain kegunaannya.

#No.3 Bocor (5%)
Bocor ni maksudnya bukan keperluan sangat, kita boleh kawal lagi di bahagian bocor ni.

Contoh:
> ASTRO. > Kredit kad. Kalau di bahagian bocor ini lebih dari 5%, boleh lah potong apa-apa perkara yang tak penting contohnya unifi dan astro.

#No.4 Sampah (5%)
Untuk sampah 5% maksudnya boleh guna dan belanja dengan bahagianya.

Contoh:
> Fast food (McDonald, KFC). > Tealive, Starbucks. > Karoke. > Tengok wayang. Kenapa penting guna formula ini? Sebab kita nak wujudkan 5 tiang impian kewangan kita.

5 tiang impian kewangan
Cipta duit (melalui business atau makan gaji)

> Urus pendapatan kita dengan baik menggunakan kompas kewangan. > Lindung harta dengan baik
> Labur harta untuk masa depan. > Agihkan harta dalam keadaan yang baik setelah meninggal dunia.

Lia yakin dan percaya, dengan tip mudah ini dapat bantu korang untuk uruskan kewangan dengan lebih baik. Semoga bermanfaat!

Nota tambahan: Jangan lupa untuk sedekah dan zakat ya. Lebihkan memberi, lebihlah rezeki kan.

Tinggalkan Komen