Tiap rasa sayang, kasih dan cinta itu terlalu subjektif untuk diungkai. Ungkap Nicholas Sparks, cinta itu seperti angin, kita tidak mampu melihatnya tetapi mampu merasakannya. Dua watak peranan utamanya sahaja yang mampu menyedari akan setiap ‘rasa’ yang diberikan ini.
Pun begitu, ramai suami yang tidak pandai mempamerkan setiap ‘rasa’ ini kepada pasangan masing-masing. Bukahkah semua rasa ini hanya pinjaman yang diberikan Allah SWT kepada kita.
Mengapa kita tegar menyembunyikan semua rasa ini kepada pasangan kita, iaitu isteri tercinta. Buat lelaki bergelar suami, lepaskanlah..lepaskan semahunya untuk isteri kita.
Biarkan dia tahu bahawa waktu yang tersisa, pinjaman Allah SWT ini adalah untuknya seorang! Apa suami patut buat? Tip ini pastinya mampu membantu anda.
Jangan Ego
Jangan kalah pada ego seorang lelaki. Benar lelaki punya ego sendiri namun jika anda dapat mengetepikan rasa ego ini untuk pasangan pastinya anda terasa nikmat sebenar cinta. Rendahkanlah sedikit ego anda. Bukan untuk siapa tetapi untuk anda sendiri.
Tiada Lagi Hari Esok
Anggap sahaja seperti tiada lagi hari esok untuk anda menatap wajah isteri atau suami. Ajal maut di tangan Allah. Bayangkan andai hari esok Allah mengambilnya pergi daripada sisi anda. Berikan rasa itu sebaiknya setiap kali anda melihatnya. Jika anda tahu bahawa tiada lagi hari esok, pastinya hari ini anda akan cuba sebaiknya meluahkan setiap bait kata cinta yang pernah diluahkan satu masa dahulu. Tidak rugi anda mulakannya sekarang.
Luahkan Rasa
Tidak ada salahnya jika anda meluahkan rasa cinta saban hari untuk isteri. Ungkapan “I love You” atau “Sayang Awak” bukanlah terlalu susah untuk dilontarkan. Tidak mahu dengan mulut, pesanan ringkas pastinya lebih buat anda berani. Luahkan semahunya. Biar ringkas asalkan sampai maksudnya.
Belajar Kongsi
Tidak hanya anda, ajarlah anak-anak turut sama memberikan ungkapan sayang ini saban hari. Mulakan ungkapan I love you setiap pagi dan sebelum tidur di malam hari. Ajar anak-anak turut melakukan perkara yang sama. Bila sudah menjadi kebiasaan, lama kelamaan ia menjadi aktiviti wajib yang sukar untuk dilepaskan. Mulakan hari ini.
Sentuhan Fizikal
Jika anda tidak tahu caranya atau malu untuk memulakan segalanya, gunakan pendekatan berbeza namun ringkas. Cukup hanya dengan cara fizikal anda. Sentuhan tanda sayang jangan sekali-kali dilepaskan. Pautlah lengannya mesra setiap kali tidur. Biar hanya sedikit sentuhan tapi benar-benar memberi makna. Isteri pasti tahu anda menyayanginya.
Simbolik 2+1
Suami terutamanya sering menggunakan bahasa badan untuk menyampaikan rasa cinta dan sayang. Apa kata sesekali ubah cara ini. Sekalikan bahasa badan anda bersama ungkapan dan luahan rasa melalui ucapan. Simbolik 2+1 ini pasti buat hidup anda lebih bermakna. Percaya bahawa semua ini tidaklah mendatangkan kerugian.
Jangan Lokek Pujian
Pujian kebiasaannya diluahkan daripada lubuk hati yang dalam. Pujian daripada pasangan dianggap perkara paling manis untuk dikenang. Saban hari pasti buat anda tersenyum riang dek kerana pujian suami atau isteri. Jadi berusahalah untuk saling memuji sebagai salah satu tanda anda mencintainya sepenuh hati. “Sayang..awak nampak cantik hari ni.”Dah cukup buat isteri gembira!
Ringankan Tangan
Ringankan tangan bukan hanya untuk sebarang kerja rumah, sebaliknya ringankanlah tangan anda untuk mengirim sistem pesanan ringkas kepada pasangan setiap kali anda keluar bekerja. Cuba anda bayangkan jika tiba-tiba menerima ungkapan ‘I miss you’, bukankah ianya cukup membuatkan kita tersenyum sepanjang hari. Pasti hati berbunga riang. Cubalah.
Renungan Mesra
Pandangan mata seringkali membawa makna yang tersembunyi. Jadi belajarlah untuk memandang pasangan dalam apa jua keadaan pun. Pandanglah dia selagi dia di depan mata. Anggaplah seperti esok anda sudah tidak dapat memandangnya lagi. Kata orang, curi-curi pandang itu lebih terasa nikmatnya. Mulakan!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Minggu ini kecoh di Malaysia tentang kes bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Dek kerana ramai yang memberikan kata-kata buruk tentang beliau, pendakwah bebas, Ustazah Asma’ Harun menegur orang ramai yang gembira’ sehingga mengeluarkan kata-kata hina kepada individu tersebut.
Menurut ustazah, dia terkilan melihat orang Islam khususnya menghina sesama sendiri di media sosial dengan perkataan yang kasar dan tidak sopan.
“Ramai yang bergembira semalam, cukup mengeluarkan kalimah syukur tanpa menghina individu terbabit. Undang-undang telah tertegak, apa keburukan berlaku pada dia kita tak boleh rasa gembira dengan ayat seperti padan muka, rasakan.
“Kebaikan pastinya pernah dibuat, jangan dinafikan perkara ini mustahil semuanya jahat dan keburukan,” katanya dalam video yang dimuat naik di Instagram Anne Ngasri.
Tambah Asma’, umat Islam di Malaysia tidak perlu mengagungkan politik sehingga saling bermusuhan sesama saudara seagama.
“Tak perlu kita timbulkan fitnah lain kerana ketidakpuasan hati kita, musuh Islam tepuk tangan lihat kita bergaduh sesama sendiri dan orang bukan Islam pula mengeratkan hubungan mereka.
“Sebagai orang beriman kita tak boleh menghina atau kita tak boleh bergembira di atas kecelakaan orang lain lebih-lebih lagi saudara sesama Islam kita, tak kira siapa, bahkan orang itu pernah menghina dan fitnah kita,” pesannya.
Sehubungan itu, Asma’ mengajak orang ramai untuk mendoakan Najib agar beliau dapat berubah menjadi seseorang yang lebih baik.
Terdahulu, Najib gagal dalam rayuan akhir kes penyelewengan SRC International Sdn. Bhd. berjumlah RM42 juta.
Pelakon terkenal, Shuib Sepahtu bersama anak-anak dan mentuanya baru-baru ini berkunjung ke Baitul Sakinah As-Shariff.
Ini adalah kali kedua pelawak terkenal ini menjejakkan kaki ke sini setelah kedatangan pertamanya bersama arwah isternya, Siti Sarah pada Julai tahun lalu.
“Harini 12 March 2022, kali kedua datang ke Baitul Sakinah As-Shariff ni, tapi kali ini datang dengan mertua dan anak-anak. Kali pertama datang sini ppada 25 Julai 2021 bersama arwah isteri tercinta @sitisarahraissuddin. Datang berdua, saya yang drive.
“Sepanjang perjalanan kami karaoke, nyanyi macam-macam lagu. Seronok sangat. Bahagia rasa, alhamdulillah. Sampai je sini disambut Tuan Haji Fadhil (individu yang menjaga tempat ni), lepas tu jumpa anak-anak yatim yang ada, habis semua tempt kami tour, tempat cantik, besar, bersih,” tulisnya.
Dalam perkongsian tersebut, bapa kepada empat cahaya mata memberitahu, ini adalah impian Sarah yang diimpikan setelah bertemu anak-anak yatim yang menetap di sini.
Jelasnya, Sarah mahu memberi sumbangan bagi menyiapkan Musolla dan Dewan Serbaguna dipermudahkan dan kedua-duanya telahpun siap sepenuhnya namun sayang Sarah tidak sempat melihat hasil sumbangannya ini.
“Arwah terlalu seronok jumpa anak-anak kat sini. Kemudian diberi peluang untuk memberi sumbangan bagi menyiapkan Musolla dan Dewan Serbaguna yang masa tu dalam 70 peratus pembuatan kalau tak silap.
“Arwah nak sangat menyumbang sebab nak tengok Musolla dan dewan ni siap sebab dewan ni selain dari anak yatim kat sini guna, orang kampung yang duduk berhampiran pon boleh guna. Allah Maha segalaNya.
“Hari ini… Bila ianya sudah pon siap, arwah dah pon pergi untuk selamanya. Tapi rezeki arwah, dia diberi penghormatan bila mana Musolla dan Dewan ni di letakkan nama Sarah dan gabungan 2 lagi nama individu. Maka diberilah nama,” tulisnya lagi.
Sebagai penghormatan, dewan dan Musolla ini dinamakan sebagai Musolla dan Dewan Serbaguna Sarah Muslim Al-Attas.
Alhamdulillah, hadiah yang cukup istimewa untuk arwah Sarah di sana. Kelihatan dalam video ini, Shuib menurunkan tandatangannya ketika majlis perasmian.
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...