Gambar kecederaan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan ketika proses bedah siasat tersebar. Gambar keadaan mayat kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin mula tersebar di media sosial. Gambar tersebut dipercayai ketika proses bedah siasat dilakukan.
Gambar kecederaan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan ketika proses bedah siasat tersebar
Memetik Harian Metro dua gambar berkenaan dimuat naik menerusi aplikasi telefon pintar, Telegram sejak malam tadi. Kedua-dua gambar berkenaan memaparkan keadaan kanak-kanak berkenaan selepas ditemui di anak sungai berhampiran kediamannya di Apartmen Idaman, Damansara Damai.
Sebelum ini, tular kertas siasatan pembunuhan kanak-kanak berkenaan di aplikasi yang sama. Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) diminta bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung dakwaan penularan kertas siasatan terbabit.
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil dilaporkan berkata sekiranya ia kertas siasatan yang benar, pihak yang menyebarkannya perlu diambil tindakan berikutan kes berkenaan akan dibicarakan di mahkamah.
“Tindakan pihak-pihak tertentu memasukkan perkara seperti ini (kertas siasatan) dalam Telegram umpamanya, tidak diketahui sama ada maklumat itu (kertas siasatan) betul atau tidak, sama ada direka atau dibuat-buat,”katanya.
Sebelum ini, ibu dan bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin dilaporkan didakwa di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya atas pertuduhan mengabaikan kanak-kanak berkenaan dengan cara kemungkinan menyebabkan kecederaan fizikal terhadapnya, Disember tahun lalu.
Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira Abdul Manaf yang berusia 29 tahun itu dilaporkan mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Hakim Dr Syahliza Warnoh.
Pada 6 Disember lalu, mayat Zayn Rayyan ditemukan dalam keadaan terbaring di aliran anak sungai berhampiran rumahnya di Apartment Idaman di Damansara Damai dekat sini, selepas dilaporkan hilang sehari sebelumnya.
Kanak-kanak itu dipercayai dibunuh apabila hasil bedah siasat menemukan kesan kecederaan pada leher serta badannya.
Ibu bapa kanak-kanak malang itu kemudiannya ditahan pada 31 Mei lalu di sekitar Puncak Alam, Selangor dan direman selama 13 hari bermula 1 Jun lalu bagi membantu siasatan.
Ads
Berikut kronologi peristiwa menyayat hati yang menimpa Zayn Rayyan:
5 Disember 2023 – Zayn Rayyan dilaporkan hilang selepas bermain di taman permainan di rumahnya.
Keluarganya memuat naik status kehilangan Zayn Rayyan di media sosial sebelum melaporkan kehilangan itu kepada polis. Kanak-kanak itu dilapor dilihat kali terakhir memasuki belukar bersebelahan blok kediamannya.
6 Disember 2023 – Polis Daerah Petaling Jaya dan persatuan penduduk kediaman berkenaan melakukan operasi pencarian dari rumah ke rumah serta mengawal laluan keluar masuk di blok kediaman bermula 8 malam.
Jasad Zayn Rayyan ditemui di aliran anak sungai kira-kira 200 meter dari kediamannya kira-kira pukul 10 malam. Polis berkata lokasi penemuan mayat itu merupakan kawasan pencarian yang sudah dilakukan Unit Anjing Pengesan (K9) hari sebelumnya.
7 Disember 2023 – Polis mengklasifikasikan kematian Zayn Rayyan sebagai kes bunuh selepas proses bedah siasat dilakukan di Hospital Sungai Buloh. Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata hasil bedah siasat mendapati terdapat kecederaan di leher dan badan kanak-kanak itu.
8 Disember 2023 – Polis melakukan tapisan individu yang mempunyai jenayah lampau di sekitar daerah berkenaan. Polis sahkan tiada kesan kecederaan lama menjurus penderaan dikesan pada jasad kanak-kanak berkenaan.
10 Disember 2023 – Seramai 228 individu diambil ujian DNA bagi membantu siasatan yang melibatkan pemeriksaan 2,484 unit rumah dan premis perniagaan.
13 Disember 2023 – Polis menemui sehelai stokin dalam takungan air di anak sungai berhampiran lokasi mayat Zayn Rayyan dijumpai selepas Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia serta Jabatan Pengaliran dan Saliran Selangor menyedut keluar air di aliran anak sungai berkenan.
Ads
14 Disember 2023 – Stoking yang dijumpai dalam air bertakung sekitar anak sungai berhampiran lokasi disahkan bukan kepunyaan Zayn Rayyan.
23 Disember 2023 – Polis meminta bantuan Polis Antarabangsa (Interpol) dalam pencarian bukti kes Zayn Rayyan.
6 Februari 2024 – Timbalan Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Selangor Datuk Seri A. Thaiveegan menawarkan ganjaran RM20,000 kepada individu yang membantu penahanan suspek.
23 Februari 2024 – Dilaporkan tiada pihak yang tampil memberi maklumat berhubung kes Zayn Rayyan walaupun ganjaran RM20,000 ditawarkan kepada individu yang membantu penahanan suspek.
8 Mei 2024 – Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Mohd Shuhaily Mohd Zain menegaskan pihaknya masih mengharapkan petunjuk baharu.
31 Mei 2024 – Ibu bapa Zayn Rayyan ditahan di sekitar Puncak Alam oleh Polis Selangor bagi membantu siasatan polis.
1 Jun 2024 – Mahkamah Sesyen Petaling Jaya membenarkan reman pasangan berusia 29 tahun itu selama tujuh hari mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Ads
7 Jun 2024 – Mahkamah Sesyen Petaling Jaya membenarkan tempoh reman pasangan suami isteri berusia 29 tahun dilanjutkan selama enam hari lagi sehingga 13 Jun.
10 Jun 2024 – Polis membawa ibu Zayn Rayyan ke Apartment Idaman Damasara Damai untuk melakonkan semula situasi kejadian semasa kehilangan Zayn Rayyan sehingga kepada penemuan mayatnya.
12 Jun 2024 – Ibu Rayyan dibawa ke Mahkamah Sesyen Petaling Jaya bagi mendapatkan pengakuan salah wanita itu berhubung siasatan kes. Polis kemudiannya menahan datuk dan nenek Zayn Rayyan bagi membantu siasatan pada pukul 2.30 petang.
13 Jun 2024 – Ibu dan bapa Zayn Rayyan didakwa di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya atas pertuduhan mengabaikan kanak-kanak berkenaan dengan cara kemungkinan menyebabkan kecederaan fizikal terhadapnya, Disember tahun lepas.
Tak kisahlah dimana pun kita pergi, pasti akan terjumpa dengan peniaga-peniaga tepi jalan yang menjual pelbgai makanan. Kehadiran mereka ini bak cendawan tumbuh selepas hujan.
Pelbagai makanan dijual, malah ada yang berani meletakkan kiosk dan meja makan di tepi jalan.
Tidak dinafikan, kehadiran mereka ini sedikit sebanyak memberikan kemudahan kepada pemandu lebih-lebih lagi yang berkejar ke destinasi yang dituju untuk menjamah makanan, namun apa yang merisaukan masyarakat adalah faktor keselamatan dan tahap kebersihan makanan tersebut memandangkan di jalan raya penuh dengan debu.
Tular di dalam sosial, seorang pelayar telah mempersoalkan kewajaran di sebalik tindakan berani penjaja yang berniaga makanan sehingga memasang meja kiosk di bahu jalan.
“Saya bukan nak merendah-rendahkan bisnes orang tapi bukan ke ini adalah satu kesalahan? Kan bahaya?
Individu ini turut memuat naik beberapa keping gambar yang memaparkan aksi penjaja yang memegang sepanduk dan duduk di meja kiosk yang terletak di bahu jalan.
Perkongsian tersebut telah meraih perhatian warga maya yang rata-ratanya membangkitkan isu keselamatan, bukan sahaja pada penjaja tetapi juga kepada pengguna jalan raya.
Sebenarnya isu ini telah lama dibangkitkan, malah pihak berkuasa sudahpun mengambil tindakan. Namun seperti tiada kesedaran, selepas beberapa bulan, mereka akan buka semula perniagaan di situ tanpa mengendahkan notis yang diberikan.
“Bahaya atau menyusahkan orang tolak tepi. Janji masyuk (untung),” pendapat salah seorang netizen.
Namun ada juga yang berpandangan agar perkara ini patut didiamkan sahaja memandangkan ramai di antara peniaga tersebut adalah insan yang terkesan dari kejatuhan ekonomi sewaktu pendemik melanda negara dulu.
Untuk makluman, berniaga di bahu jalan sememangnya satu kesalahan jika tidak mempunyai permit yang diluluskan oleh pihak berkuasa.
Peningkatan usia membuatkan banyak perubahan dalam diri kita. Tidak terkecuali rambut kita yang selama ini hetam mekar akan mula memutih.
Pastinya perkara ini akan memberi kesan kepada seseorang. Bukan sukar menerima kenyataan tetapi faktor ini jika berlaku secara drastik mungkin akan memberi tekanan serta menjejaskan imej seseorang.
Siapa sangka, rupanya penembuhan uban ini boleh dielakkan jika kita sentiasa mengamalkan gaya hidup yang sihat lebih-lebih lagi kurang memakai produk yang mengandungi chemikal.
Ada juga petua lain yang sangat efektif serta murah iaitu dengan hanya menggunakan daus kari sahaja. Nak tahu bagaimana caranya?
PETUA ELAK UBAN SEMAKIN BANYAK
“Wow, berkilat rambut Cik Pah! Panjang lebat dan tak ada uban. Macam mana Cik Pah jaga?
Rambut pun tak makan usia ya? “Saya bertanya terkejut melihat rambut wanita yang berusia nak masuk usia 55 tahun yang saya panggil Cik Pah.
Kami saling mengenali sudah lama. Dulu Cik Pah ini pernah membuka saloon rambut di sekitar Kuantan pada awal tahun 90 an. Akhirnya Cik Pah tutup perniagaannya sebab suaminya sakit. Cik Pah menjaga suami dan terpaksa ulang alik ke hospital.
Baru-baru ini saya terjumpa Cik Pah semasa kenduri di rumah kawan. Kebetulan Cik Pah mengambil wuduk. Sempat mata saya menjeling melihat rambut Cik Pah ketika membuka tudungnya. Macam rambut orang muda.
Tak ada uban berkilat hitam yang pasti bukan warna rambut. Asli hitam. Jeles lah.
Cik Pah rupanya ada resipi turun temurun yang di amalkan olehnya sekeluarga. Apa lagi, bila balik rumah saya terus mencuba resipi ini.
Bahan-bahan:
1. 3 tangkai daun kari. Ambik daun sahaja
2. 3 sudu besar plain yogurt.
Cara membuat:
1. Blenderkan keduanya sampai sebati.
2. Kemudian sapukan pada kulit kepala dan rambut dengan urutan yang lembut.
3. Biarkan selama 30 minit . Barulah dibilas basuh dengan syampu sehingga bersih.
4. Amalkan seminggu 1 kali.
Hasilnya, cara natural untuk penjagaan rambut.
Info tambahan:
Merujuk kajian dari India yang dilaporkan kepada Journal of Pharmacognosy and Phytochemistry, daun kari membantu mencegah uban rambut pra-matang dan hasilnya rambut masih kekal warna hitam, lebat dan berkilat dengan kandungan Vitamin B dalam daun kari.
Selepas membanggakan negara dengan kemenangan dalam pertandingan Ultimate VFX Challenge bulan lalu, Sofynak sekali lagi membanggakan rakyat Malaysia apabila memuatnaik video kolaborasi bersama idolanya Zach King.
Video ini ternyata sangat menerujakan semua apabila content yang dihidangkan betul-betul ‘next level’.
Kata Sofyank dalam laman Instagramnya,
Selepas 8 tahun saya post video di social media untuk hiburan semua, kali ini saya hadiahkan korang satu video special collaboration antara saya dan idola saya, @zachking . Collaboration ini khas untuk semua yang sentiasa bagi sokongan terhadap video kami.
Bagi yang mengikuti perkembangan Sofyank, semenangnya pemuda ini sangat mengidolakan Zach King. Malah setiap video yang dihasilkan sejak dahulu lagi kelihatan seperti idolanya. Malah ramai yang mendoakan agar kerjaya Sofyank ini berkembang seperti idolanya juga.
Ramai yang berpandangan bahawa kehadiran Sofyank sebagai salah seorang pempengaruh di Malaysia dilihat sebagai inspirasi buat semua terutama golongan muda.
Kandungan yang dipaparkan juga tidak membangkitkan kontroversi seperti yang dilakukan oleh pempengaruh yang lain untuk meraih perhatian netizen.