Hukum mudah sesetengah masyarakat kononnya pelajar mendapat semua A adalah bijak sudah menjadi fahaman dan pegangan sesetengah ibu bapa sejak sekian lama. Tidak hairanlah ada ibu bapa yang berlumba-lumba mahukan anak mereka terbaik. Tanpa sedar, mereka ini melahirkan anak-anak bersifat robot, tiada jiwa dalam segenap ilmu yang dipelajarinya. Itu belum bab silibus yang serba menekan.
Bayangkan, anak-anak yang baru memasuki darjah 1 sudah ditekan untuk berfikir yang bukan ditahap pemikiran mereka. Tekanan demi tekanan bahkan silibus bertukar membuatkan anak-anak ibarat tikus makmal yang dijadikan bahan uji kaji.
Justeru, perubahan yang berlaku di dalam sistem pemerintahan baru ini dilihat mungkin menjadi pemangkin dalam mengatasi hal yang kian kronik ini. Tidak hanya ibu bapa, bahkan rata-rata warga pendidik turut mengharapkan Menteri Pendidikan yang baru dilantik, Dr Mazlee Malik berupaya mengubah sistem pendidikan sesuai dengan keperluan pelajar.
Hal ini turut dikongsikan oleh ZF Zamir menerui laman facebooknya. Zamir menerima sms dari seorang teman yang menyatakan tekanan diterima pelajar ketika menjawab soalan peperiksaan yang terlalu tinggi tahap pemikirannya. Sehinggakan ada pelajar yang menangis kerana tidak boleh menjawab soalan tersebut.
Ini antara butiran sms tersebut:
Ads
“Mir, agak-agak Dr Maszlee akan ubah tak silibus melampau aras tinggi untuk anak di sekolah? Plus agak-agak dia tau tak perangai Bahagian Perkembangan Kurikulum (BPK) & Lembaga Peperiksaan yang tak seiring sejalan? Plus dia tau tak pegawai kat MOE selalu kondem Cikgu saja tanpa mahu mendengar keperluan sebenar murid-murid kat sekolah?
Aku tengok soalan Tahun 1 exam tadi, ada anak menangis tak boleh jawab, aku rasa down sebab aku tengok soalan memang susah, format sama macam tahun 6, cuma direndahkan aras dan dikurangkan panjang petikan.
Aku tak faham kenapa dari Tahun 1 sibuk nak ikut format ni? Zaman kita dulu jawab soalan Bahasa Melayu darjah 1 seronok je mewarna, suai, isi tempat kosong, sambung ayat. Ini dah jawab petikan. Cuba tengok buku teks dan buku aktiviti tahun 1 – tahun 3,tinggi aras soalan, anak baru terkial-terkial nak baca dan eja, dah suruh faham petikan dan jawab soalan pemahaman.
Ada anak memang boleh buat, ramai pun. Cikgu nak ajar memang seksalah, tapi Cikgu biasanya okay je, akan cari jalan. Tapi kalau begitulah bentuknya dari tahun 1 hingga ke tahun 6, ya Allah betapa bosannya.
Ads
Kalau cakap kat MOE, kat BPK, ingat diorang nak terima ke? Balik-balik Cikgu juga yang salah, sebab dia cakap cikgu juga yg gubal silibus. Cuma yang kita tak tahu, Cikgu yang macam mana yang diorang ambil ni? Background macam mana? Jelas tak konsep perkembangan kanak-kanak?
Aku tak tau nak cakap kat sapa, aku down sangat tengok budak stress jawab soalan. Tahun 1 kot, panjang lagi perjalanan hidup dia. Satu yang aku rasa diorang tak faham, nak jadikan anak cerdik bukan dengan jadikan silibus susah, soalan susah, nak jadikan anak cerdik kena banyak beri dia peluang, beri pendedahan, cuba gunakan semua deria dalam kelas, beri ruang dia berkembang, bukan tekan dengan benda yang bukan tahap dia,”
Ads
Dr Mazlee perlu dapat informasi yang betul
Tidak pasti apa Dr Maszlee akan jawab, tapi bagi Zamir yang penting Dr Mazlee perlu dapat informasi yang betul.
Iaitu dari orang yang melaksanakan di bawah. Bukan dari orang atas yang selama ni dalam semua laporan tak tulis satu pun keburukan MOE ni sebab nak puaskan hati orang atas.
Aku rasa ini cabaran baru. Untuk bekerja bersama-sama birokrat dalam MOE serta yang paling penting adalah untuk cakap kepada Menteri perkara-perkara yang menyakitkan macam ni.
Untuk ubah mindset birokrat termasuk Ketua Jabatan di setiap lapisan tu satu hal. Untuk belajar turun dan terima realiti – supaya perubahan boleh dilaksanakan tu satu hal lain.
Aku cuma jawab ke Cikgu atas ni aku tak boleh janji apa. Tapi aku boleh cuba sampaikan. Dan minta doa semua. Terutama untuk Dr Maszlee yang akan angkat sumpah sekejap lagi jam 5.30 petang (Nota ini ditulis pada 21/5/2018), supaya kita semua boleh bekerja sama-sama untuk buat perubahan ni.
Bergelar ibu bapa adalah momen yang cukup indah dan dinantikan setiap pasangan yang sudah berkahwin. Saat isteri berkongsi berita kehamilan, suami orang yang paling teruja. Membeli itu dan ini termasuk keperluan di kecil. Biasanya barangan keperluan seperti baju dan sebagainya tidak tercicir dimasukkan.
Berbeza dengan pasangan ini. Lain yang ditunggu lain yang muncul. Yang lucu nya, si kecil yang baru menjengah dunia dipakaikan baju rona pink memandangkan ibu menyangka anak yang bakal lahir adalah perempuan. Ikuti perkongsian ibu bernama Mamad Sue ini.
Annur Annis Eryna beri mase dlm perot..keluar perot jadi Muhammad Aqil Amsyar 😁 pengalaman n suprise pling best 😅 scan 6bln kate nye prempuan..ayh redho sbb nk bby lelaki..xpuas ati..scan lgi kali ni 4dll punye kasi jelas lgi..
Doc ckp prempuan jugak..ibu pon beriye lh beli segala bju bedung brg pinky2..dgn name berbulan ibu cari 🙆 nahh skali keluar belalaiii..mase doc angkat n tnye tgok ank awk ni lelaki ke prempuan..
Ibu pon jwb..eh kenape lelaki 😄 misi n doc pon ketawa..bby kt dada ibu lgi ibu da call ayh dan xtaw nk gelak ke nk nangis..maka begelak lah kami 😂
kejadian nye jd lah Mat Jambu kt spital 😂
27/9/2019
3.18ptg
3.7kg
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Semua inginkan rumah kelihatan kemas dan teratur. Jadi jika mengunakan rak bertingkat akan dapat membantu kawasan dalam rumah kelihatan lebih luas dan tersusun.
Tentu kita akan membeli rak untuk memastikan barang-barang mudah disusun atur.
Dengan itu, perkongsian ini sungguh inspirasi menggunakan bakul pada harga RM2.10 di kedai Eco sebagai rak bertingkat. Hanya buat sendiri bakul ini, rumah terus kelihatan kemas.
Jom kita cuba!
Hasil DIY hari ni dengan bersungguh saya pergi ke kedai eco. Bakul tu 1 ikat RM2.10 ada 2 bakul. Kiranya 1 bakul tu RM1.05. Cable tai pun eco punya. Kayu tu saya kutip di stor saya je. Modal semua tak sampai RM15.00. Marilah kita berjimat!
Ini Caranya:
4 set bakul. 1 Set harga RM2.10
1 set ada dua bakul.
Batang kayu untuk dijadikan batang rak bakul.
Bakul di ikat pada kayu dengan menggunakan tali pengikat (cable tie)
Padangan rak dari sudut sisi. 3 kayu digunakan. Nak guna 4 kayu pun boleh untuk lebih stabil.
Menarik idea ini. Bila dah siap boleh lah sembur atau cat kayu dengan warna yang menarik. Tentu nampak cantik!
Mimpi ngeri setiap ibu adalah melihat anaknya jatuh sakit yang teruk. Apatah lagi, jika penyakit itu boleh membawa maut.
Seorang pengguna TikTok yang dikenali sebagai Hani telah mengongsikan perjalan anak kecilnya bernama Naira yang menghadapi penyakit yang tidak dapat disembuh tanpa pengesanan awal pada awal bulan September lalu. Naira didiagnos memiliki ketumbuhan di otak yang bersaiz 4cm. Video tersebut meraih perhatian warganet dan jumlah tontonan berjaya mencecah sejuta.
Dikatakan ketika Naira berumur 4 tahun, dia terjatuh dan terhantuk kepalanya. Gejala yang dialami adalah ketaran tangan, jalan tidak seimbang, sakit kepala dan kaki. Insan kecil itu juga tidak mampu memegang objek dengan sempurna.
Mengikuti kisah adik Naira, ibunya, Hani, membawa anaknya berjumpa dengan doktor waktu gejala anaknya semakin teruk. Doktor tersebut membuat pelbagai ujian untuk mengenalpasti punca gejalanya. Namun, doktor memberi surat rujukan kepada hospital dengan segera kerana dipercayai Naira harus menjalani pemeriksaan x-ray demi mengetahui punca gejala tersebut.
Naira dikehendaki menjalani pembedahan otak selama 6 jam atau lebih bergantung kepada keadaannya. Pembedahan tersebut berjaya mengeluarkan 96% tumor tersebut. Walaupun sudah selesai pembedahan, Naira mengalami kesan-kesan sampingan yang memerlukan Naira untuk memakai topeng oksigen dan dimasukkan tiub makanan ke dalam tubuhnya.
Adik Naira mengalami kesan sampingan seperti berasa bingung dan matanya akan melilau daripada pembedahan itu. Walaubagaimanapun, ibu bapa Naira tidak berputus asa untuk anak mereka. Hani dan suaminya kerap melawat anak mereka dan sering cuba membawa keriangan Naria kembali.
Selepas 8 hari pembedahan, Naira pulang ke rumahnya dan bersatu semula bersama keluarganya yang sentiasa membuat yang terbaik untuknya. Kini, Naira berusia 7 tahun dan mampu menjalani hidupnya seperti kanak-kanak yang lain.
Semoga artikel ini dapat memberi manfaat dan inspirasi kepada para pembaca di luar sana.