Gara-Gara Seorang Pegawai positif Covid-19, Perdana Menteri Kini Dikuarantin Selama 14 hari!

Share

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin terpaksa menjalani kuarantin di rumah selama 14 hari bermula petang ini. Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan memaklumkan, tindakan itu dibuat selepas salah seorang pegawai yang menghadiri mesyuarat pasca Kabinet di pejabatnya telah disahkan positif Covid-19.

YAB Perdana Menteri telah mempengerusikan mesyuarat pasca-Kabinet di Pejabat Perdana Menteri pada hari Khamis, 20 Mei 2020. Seorang pegawai yang hadir pada mesyuarat tersebut telah disahkan positif COVID-19.

Untuk makluman, YAB Perdana Menteri telah menjalani ujian saringan COVID-19 pagi tadi dan disahkan negatif. Walau bagaimanapun, menurut Perintah Pengawasan dan Pemerhatian bagi Kontak Covid-19 (Seksyen 15(1) Akta 342), YAB Perdana Menteri perlu menjalani kuarantin di rumah selama 14 hari mulai petang ini.

Dalam satu laporan lain, tular satu memo daripada Ketua Audit Negara, Datuk Nik Azman Nik Abdul Majid yang mengesahkan beliau positif Covid-19 dan diarahkan menjalani kuarantin di hospital.

Menurut memo tersebut Timbalan Ketua Audit Negara (Prestasi), Khalid Khan Abdullah Khan diberikan tanggungjawab untuk mengambil alih tugas sebagai Ketua Audit Negara bagi memastikan tugas-tugas di jabatan itu berjalan dengan lancar dan teratur.

Gambar hiasan.

Selain itu, tugas pengauditan kewangan dan tabdir urus masing-masing dikendalikan Timbalan Ketua Audit Negara (tadbir Urus), Datuk Johari Ismail, manakala tugas pengurusan dikendalikan oleh Pengarah Sektor Pengurusan, Putra Nurwan Shah Baharuddin.

Sumber: Pejabat Perdana Menteri Sinar Harian

IKLAN