Lumrah anak-anak kecil, pantang nampak kolam air mesti hendak berendam sahaja tahunya. Begitu juga bila nampak air hujan, mesti teruja bermain hujan.
Begitu juga kisah yang dikongsikan oleh seorang ibu tentang ragam anaknya mandi lopak air dek kerana tidak dibawa mandi kolam. Jom ikuti perkongsian menarik dan agak lucu juga jika dilihat.
Ads
Ini perkongsiannya.
Terkejut ummi…Ada cikgu bagi tahu…”Ita anak ko main air!!”.Ingatkan sikit-sikit je…rupanya dia berenang…abangnya tegur..abangnya kena kejar.
Ads
Bila tanya…jawapan dia…ummi tak nak bawa adik mandi kolam kenapa?. Ummi malas nak kejar..nanti dia lari keliling sekolah…Ummi yang penat.
Ads
Seronok berganda-berganda bila ramai penonton.
#Anak anugerah illahi.
Jika suami itu ketua keluarga, isteri itu ketua segalanya menguruskan rumahtangga. Segala keperluan suami dan anak-anak termasuk rumah di buat dengan penuh konsisten. Semuanya teratur termasuk makan minum dan pembelajaran anak.
Itu soalan kemas rumah, masak dan lipat baju semuanya dilakukan dengan hasil tip top yang tidak boleh dilakukan oleh kaum lelaki.
Sebagaimana perkongsian lelaki ini, Mohd Fhais mengakui tugas ister mencabar lantaran itu katanya, jika isteri sedang ‘me time’ usah ganggu waktunya. Itu adalah masa untuk isteri cari berehat seketika daripada memikirkan urusan rumah.
Kadang tengah makan dia berlari tengok mesin basuh lupa nak masuk dryer.
Kadang tengah borak hal lain dia boleh teringat pasal urusan sekolah anak.
Kadang tengah baring nak tidur dia boleh melompat bangun lipat baju pula.
Aduh, kesian betul jadi wanita ni. Otak tak pernah rehat.
ME TIME ISTERI
Sebab tu la kita kalau nampak isteri tengah,
– tidur
– mandi
– borak
– layan drama
– scrol shopee
Jangan di kacau sebab masa tu diorang tengah buat “Mind Relaxation”
Dia tak ingat pasal kerja.
Dia tak ingat pasal anak.
Dia tak ingat laki kat sebelah.
Kadang dia tersengih, tergelak dan termenung sorang sorang tu tanda otak dia tengah relax relax la tu. Usah di kacau!
Sikit dehem dari kita pun dah boleh “trigger” otak dia tukar dari mode relax kepada mode bekerja.
Kita ni lelaki otak tak sama macam wanita. Kita anak gelinjang depan mata pun kita boleh terlelap lagi tapi isteri selagi anak tak lelap selagi tu dia duk terbeliak otaknya. Kasihan tapi apa boleh fitrah lelaki & wanita jauh berbeza.
Wallahu A’lam,
Sumber: Mohd Fhais
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Part paling seronok waktu Syawal bagi anak-anak adalah apabila dapat mengutip duit raya dari rumah ke rumah.
Tak kiralah berapa yang diberikan, bila dapat je sampul duit raya, tersenyum lebar semuanya kan.
Balik rumah mulalah nak kira berapa jumlah yang berjaya dikumpulkan. Bukan hanya anak-anak yang teruja, malah ibu bapa pun turut sama.
Jarang sekali selebriti yang berkongsi kutipan duit raya anak-anak mereka. Namun berbeza dengan Usahawan dan hos terkenal Neelofa.
Dalam satu perkongsian terbaru menerusi akaun tiktoknya, Isteri kesayangan PU Harris atau PU Riz dilihat memuatnaik video mengira duit raya yang diterima anaknya Muhammad Bilal Mohd Harris.
Paling teruja dan mendapat perhatian ramai apabila diberitahu jumlah dikutip Sebanyak RM14K. Untunglah Bilal, kecil-kecil lagi dah dapat duit sebanyak itu.
Setiap pasangan yang berkahwin mendambakan kehadiran si kecil dalam rumah tangga mereka. Namun, hanya Allah sahaja yang tahu kesakitan yang terpaksa dilalui oleh bakal ibu ketika fasa kehamilan sehinggalah melahirkan. Pengorbanan seorang isteri dan ibu yang tidak mampu dibayar dengan harta dan wang ringgit.
Perkongsian saudara Azlan Noor cukup menyentuh hati.
Dulu bila tahu berita nak dapat baby baru, saya happy teruk. Terbayang-bayang timang dia, cium pipi pau dia, siap pakej bau syurga yang…fuhh, Tuhan saja yang tahu perasaannya.
Tapi saya lupa untuk dapat semua tu, isteri terpaksa lalui satu fasa SENGSARA terlebih dahulu. Saya sedar semuanya bila ada satu malam, Surihati saya panggil.
“Pa, cuba tengok perut mama ni? Ada merekah tak?”
Saya mendekati. Duduk di sebelah dia. Saya tundukkan dan rapatkan muka ke perutnya. Dari tepi rusuk sampai ke tengah, jelas terlihat garis-garis rekahan. Kiri kanan sama.
Saya letakkan tapak tangan dan gerakkan perlahan-lahan mengikut garis itu. Kali ini saya dapat rasa betapa panjang, dalam dan berbekasnya parut tersebut.
Ya, parut tulah yang menjadi saksi dari perut ni lah datangnya zuriat saya.
Sungguh, bila isteri sendiri mengandung, baru saya sedar besar sekali pengorbanan seorang isteri.
Mula-mula rasa mual tekak. Pastu pening muntah sampai lembik. Tambah parah hidung mula jadi sensitif pada bau tertentu. Banyak bau jadi busuk. Ada kes yang tak boleh hidu bau badan suami. Sebab bau macam longkang.
Bayangkan dengan perut makin memboyot, tidur malam memang kacau. Pusing kiri, pusing kana. Tak selesa. Mula la tak cukup tidur, siang hari cepat penat. Ini yang buat ibu mengandung stress.
Sakit pinggang, lenguh kaki, betis tarik mengkarung tak payah cerita. Saya ingat lagi, beberapa kali jugak la dalam mengandung baby ketiga ni, tengah sedap membuta tiba-tiba dengar orang mengaduh,
“Papa! Papa! Tolong kaki cramp. Aduh..”
Berdesup macam lipas kudung aku bangkit pegang kaki dia. Sapu minyak, urut-urut. Regangkan otot dia. Dah macam main bola dah gayanya.
Senang cerita, jadi serba tak kena. Duduk sakit. Berdiri sakit. Baring sakit. Mengiring sakit.
Belum cerita baby dalam perut mula menendang dan mengeras. Mau senak pundi kencing mamanya. Nasib tak terkucil je.
Bab, sakit contraction, bab nak lahirkan baby tu pulak, saya rasa saya tak layak untuk ceritakan. Hanya Allah dan ibu ibu yang pernah lalui saja yang tahu. ( Siyesly, air mata saya keluar bila ingat saat ni. )
Bayangkan, semua kesengsaraan ni akan dilalui oleh ibu mengandung selama sembilan bulan. Non stop. Tanpa rehat atau cuti.
Allahu, saya tak mampu nak gambarkan semua keadaan yang dilalui seorang isteri. Cerita selepas bersalin, berpantang, menyusu anak, berjaga malam, sungguh saya tak mampu.
Tapi percayalah wahai ibu-ibu, anda sentiasa dalam peliharaan dan rahmat kasih sayang Allah.
Kerana,
Setiap urat yang putus, Setiap otot yang sakit, Setiap bahagian tubuh yang menderita,
Ada ganjaran besar yang telah Allah sediakan buat kalian.
Percayalah, kalian memang KUAT DAN GAGAH.
Kalau tanya saya mampu tak nak gantikan tempat isteri untuk ambil tugas mengandung dan melahirkan, awal-awal lagi saya dah serender.
Tanyalah pada lelaki paling gagah dalam dunia ni pun. Aci kerat jari, dia pun tak sanggup.
Sebab apa?
Sebab Allah dah bagi kepada orang perempuan, mengandung ni adalah keistimewaan mutlak kalian.
Kepada suami,
Ingat kembali semua pengorbanan yang telah mereka lalui untuk kandungkan dan lahirkan zuriat kalian.
Hargailah mereka.
Kerana hanya itu yang mereka perlukan dari seorang teman sesyurga idaman.
Sila FOLLOW & SEE FIRST –> Azlan Noor kerana saya akan kongsikan lagi kisah-kisah inspirasi keluarga seperti ini kepada anda.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.