Alhamdulillah, raya tahun ini terkandung 1001 hikmah dan kisahnya yang tersendiri. Malah jika ingin diceritakan, mungkin bab ramai kaum adam telah berpeluang menjadi imam untuk solat aidilfitri di rumah, menjadi satu perkara dan pengalaman istimewa dan tersendiri untuk dikenang.
Pun begitu, membaca laporan daripada Bernama tentang gelagat segelintir individu yang telah menjadikan tongkat khutbah sebagai bahan lawak dan diviralkan, itu suatu yang amat mengecewakan.
Dan ini dikongsikan petikan penuh maklum balas daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri ( Hal Ehwal Agama), Senator Daruk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang dilaporkan Bernama.
Ini petikan akhbarnya.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri hari ini menasihati umat Islam supaya tidak menjadikan tongkat khutbah sebagai satu bahan lawak, sebagaimana yang tular di media sosial.
Ads
Beliau mengulas gelagat segelintir individu yang menggunakan pelbagai barang termasuk kayu golf, tukul ‘Thor’ watak dalam sebuah filem antarabangsa, kayu mop serta pedang ‘gergasi’ mainan ketika membaca khutbah di kediaman masing-masing selepas solat sunat Aidilfitri semalam.
“Mengenai gambar yang tular itu, tiada masalah ke atas solat sunat Aidilfitri dan khutbah yang dibacakan.
Ads
“Khutbah yang disampaikan adalah baik namun kalau boleh, apa yang hendak dipegang sebagai tongkat atau lain-lain, biarlah melambangkan keseriusan dan bukan menjadi bahan lawak. Justeru, carilah tongkat walaupun hukumnya sunat memegang sesuatu ketika berkhutbah,” katanya kepada Bernama hari ini.
Menurut beliau, solat hari raya serta bacaan khutbah yang dilakukan di rumah adalah jawapan untuk penyelesaian bagi mereka yang tidak mampu solat di masjid atau surau sebagaimana ia mula menjadi kebiasaan baharu dalam beribadah dan kehidupan, dalam usaha mengekang wabak COVID-19.
Ads
Berdasarkan rujukan yang dilakukan di laman web rasmi pejabat mufti Wilayah Persekutuan, sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Al-Hakam bin Hazan menyatakan selain daripada beberapa syarat yang perlu dipatuhi bagi pembacaan khutbah, para ulama juga menetapkan beberapa perkara sunat lain yang boleh diikuti, antaranya memegang tongkat, pedang, atau busur anak panah.
Sementara itu, bagi pembacaan khutbah pula, disunatkan bagi mereka yang melakukan solat hari raya secara berjemaah di rumah, untuk imam mereka membaca khutbah raya selepas solat hari raya selesai dilakukan manakala ia tidak dituntut bagi yang melaksanakannya secara bersendirian kerana tidak ada faedah padanya.
Sementara itu, Mufti Melaka, Datuk Abdul Halim Tawil menjelaskan pemakaian tongkat hanya sunat dan tidak menjejaskan solat.
— BERNAMA
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Demi kasih kepada ibu,wanita ini berkorban nyawanya. Sedihnya. Sehingga ke akhir hayatnya dia berbakti kepada ibunya.
Mayat wanita yang dilaporkan disambar buaya di Kampung Tanjung Bulat, Sabah dekat sini, sudah ditemui, hari ini.
“.
Memetik laporan Harian Metro, Mangsa, Norsila Sayong, 32, ditemui penduduk kampung bersama pasukan mencari dan menyelamat (SAR), 6.35 pagi tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kinabatangan, Nurul Azlan Shah Jamaluddin berkata, pada awal pagi tadi penduduk kampung yang turut menyertai SAR terdengar pergerakan reptilia tersebut sebelum memaklumkan bomba.
“Pasukan SAR kemudiannya bergerak ke lokasi dilaporkan sebelum menemui tubuh mangsa dalam keadaan kurang sempurna.
“Lokasi penemuan kira-kira 800 meter dari tempat mangsa dilaporkan disambar buaya. Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke darat sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut, ” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Terdahulu, laporan media melaporkan mangsa disambar buaya ketika memancing di tebing sungai berkenaan, 3.40 petang semalam. Difahamkan, mangsa cuba menyelamatkan ibunya daripada disambar buaya.
Menurut Azlan pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kes itu pada jam 3.42 petang semalam.
“Sebelum kejadian, mangsa sedang memancing di tebing anak sungai yang bersambung dengan Sungai Kinabatangan.
“Lokasi itu memang menjadi lokasi memancing penduduk ketika air sungai pasang.”
“Tiba-tiba mangsa dilaporkan di sambar lalu dibawa ke dalam dan hilang.”
Tolak ibu jauh-jauh
Manakala, menurut info dari keluarga mangsa di bahagian komen laman facebook Harian Metro, katanya mangsa sempat menolak ibunya jauh sebelum disambar buaya.
“Mohon doakan anak sepupu saya dijumpai. Tadi, sempat bercerita dgn kakak nya.. Dia selamatkan mama dia juga.. dia tolak mama dia jauh2 dari dia.. dan, dia yang ditarik masuk kedalam air. Allahuakbar. Mohon doakan buat dia..” – Norhamidah Said
Makin meriahlah keluarga Zizie Izette dan suami dengan kelahiran bayi baru ini. Pastinya cahayamata yang ditunggu sudah tentu memberi rahmat buat mereka. Semalam, pelakon Zizie Izette selamat melahirkan seorang bayi perempuan kira-kira jam 12.06 tengahari di sebuah hospital swasta.
Dengan kelahiran cahayamatanya, melalui perkongsian dilaman sosial Instagramnya, Zizie melahirkan rasa syukur dengan kelahiran anaknya dan mengucapkan terima kasih atas doa peminatnya.
Terdahulu, Zizie berkahwin dengan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin pada 2009 dan dikurniakan sepasang anak kembar iaitu Aadam Zac Izette dan Aaleph Zeke Izette. Juga turut mempunyai dua lagi anak angkat bernama Nayla Nurjenna dan Aaric Zayn Izette.
“My baby girl has finally arrived today, Friday at 12:06pm. She’s a healthy baby weighing 3.32kg.
“Thank god, it’s a lot easier than what I hv experienced before. Alhamdulillah, thank u everyone for ur doa,” tulisnya.
Dalam pada itu, para peminatnya turut mengucapkkan tahniah dengan kelahiran bayi baharu mereka. Tentu comel kan, macam maknya.
Sumber: Instagram ziziezette
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Dalam dunia ini kita ada tujuh muka sama dengan diri kita, bak kata bidaan melayu pelanduk dua serupa. Ada tak dekat sini yang dah jumpa pelanduk dua serupa dengan anda? Cuba anda bayangkan reaksi anda jika anda jumpa dengan pelanduk dua serupa, begitu teruja kan?
Dalam kongsian melalui akaun Tiktok Babah Nadeen bahawa ada seorang kanak-kanak perempuan begitu ‘konpiden’ memeluk kakinya. Kanak-kanak itu menyangkakan itu adalah ayahnya
Apabila dilihat memang betul-betul sama! pakai baju dan mask hitam, muka dan rambut pun sama, cuma yang membezakan adalah tinggi beliau yang sedikit berbeza.
Yang kelakarnya, reaksi anak kecil itu terpinga-pinga apabila dikatakan itu bukanlah abahnya, malah orang lain yang tak dikenali yang hanya membeli barangan dapur pada waktu yang sama.
Anak-anak beritahu ,
“Umi, muka pakcik tu sama macam abah”
Tidak melatah apabila anak disentuh oleh orang, Babah Nadeen melayan saja gelagat comel kanak-kanak tersebut.
Video tersebut diambil oleh ibu kepada kanak-kanak tersebut milzan97 yang dikongsikan kepada babahnadeem.
Suami rendah, isteri tinggi, murah rezeki? Pernah tak anda dengar pepatah orang lama, “kalau suami rendah, isteri tinggi, murah rezeki”? Mungkin bagi sesetengah orang, ia sekadar gurauan atau kepercayaan turun-temurun, tapi sebenarnya pepatah ini menyimpan satu mesej yang lebih dalam dari sekadar perbezaan fizikal.