Melihat ikan keli yang terhidang di restoran nampak begitu menyelerakan sama ada dimasak sambal, gulai mahu pun digoreng.
Bahkan keadaan ikan keli yang terlihat ‘lurus’ terhidang di dalam pinggan menarik juga untuk diketahui apakah tipsnya. Agar kita juga boleh memasak ikan tersebut elok keadaannya.
Jom semak perkongsian ini.
Semalam ada ternampak post “bagaimana nak elak goreng ikan keli badan nya tak bengkok?” Soalan yang bagus sebenarnya
tapi kan…amboi … komen lawak-lawak semuanya ada komen yarabbiii macam takley bawa bincang.. boleh bawa bergaduh choiii..
Oklah ini serious…nak share sikit sebab hakak ni supply ikan keli goreng cili dekat cafe hampir setiap hari, masak sambil pejam mata aje tau..
Ads
tipsnya:
– pilih saiz ikan keli yang sederhana sebab kalau goreng bila mkn krap krup krap rangup! kalau yang besar sangat kureng sikit
– tips nak ikan keli rangup dan tak melekat sesama sendiri bila goreng
**sebelum masuk kan ikan goreng kan dulu asam keping dalam 2,3 pcs, ia juga boleh mengelak kan dari MINYaK MELETUP & MELEKAT, kalau takut juga pakai lah HELMET
** lumurkan ikan dengan garam, serbuk kunyit dan TEPUNG JAGUNG, bahan tepung jagung lah yang menyedap/merangupkan ikan
Ads
✅ guna kuali yang besar, dan minyak yang banyak serta minyak kena betul2 panas
✅ semasa goreng jangan terlalu ramai sangat letak keli tu, nanti lambat ikan nak masak sebab depa banyak “membawang” dlm tu, satu kuali dalam 4-5 ekor cukup susun bagi badan masing2 tegak lepas tu jerit kuat2
“kowang duduk diam2 kat situ!!”
Ads
✅ jika ikan tu ada yang melekat sikit jangan lah ditarik terus acik oi , nanti isi2 ikan terkoyak sekali, guna lah gunting untuk memisahkan nya, baru cantik.
Yang membuat kan ikan tu goreng jadi bengkok adalah sebab
-ikan masih half beku lagi dah goreng
-kuali kecik nau….
-minyak tak panas,dah tak menyabo nak letak ikan, mcm lah ikan tu nak lari!
-atau ikan tu memang dilahirkan semulajadi oku mempunyai masalah tulang bengkok, siann tak dapatlah nak nolong…
ikut je tips ni pasti berjaya, kau jangan asyik nak bangkang, jangan durhaka, goreng ikan je pun! sekian.
Setiap kali ke restoran masakan Thailand pasti wajib order menu Tomyam pekat. Aroma tomyam memang menyelerakan.
Hirup kuah tomyam panas-panas makan bersama nasi putih memang terangkat! Tak perasan boleh habis semangkuk.
Bagi penggemar tomyam apa kata buat sendiri pencerahnya. Tak perlu beli di kedai. Lagi selamat, bebas bahan pengawet. Maklumlah penggemar tomyam ni kalau makan hari-hari memang pun tak jemu! Jom lihat resipi tomyam tanpa perencah ini!
Sesuai untuk yang suka makan tomyam mcm zaman kita kecik dulu. Teringat pulak tomyam mak kat kampug. Sedapnya kan.
Menu ni setiap minggu mesti saya buat. Sebab anak-anak memang suka sangat. Ni sebahagian koleksi gambar tomyam tumis saya. Saya share resepi disini ye:
Bahan : Bawang besar 1bj (potong 4) * Bawang putih 2 ulas (ketuk sekali je guna lesung) * Serai (ketuk) * Daun limau purut * Tomato (potong dadu) * Cili api (ketuk) * Limau nipis Ayam (potong kecik) Sayur (carrot, bunga kobis, kubis, cendawan)
Cara:
1.Panaskan minyak 2.Tumis kan bahan yg bertanda * hingga layu 3.Kemudian masuk kan air 4.Bila dh menggelegak, masuk kan ayam 5.Renehkan biar ayam hingga masak 6.Kemudian masuk kan Sayur. 7.Jangan lupa perah kan limau nipis, masuk kan garam Dan perasa kalau suka. 8.Kalau suka daun ketumbar boleh tabur atas dia. 9.Hidangkan dgn telur dadar, Sambal belacan Dan timun. Nasi masak lebih takut tak cukup. 10.Jemput la makan, ape tunggu lagi.
Terima kasih. Kalau ada pahala di setiap resepi yang saya kongsi ni, saya sedekahkan buat arwah Abang sy AmreyFaizal bin Alaui.
Sebut sahaja namanya, mula terbayang akan kelembutannya serta adunananya yang gebu pasti membuatkan anda tak cukup hanya sebiji sahaja.
Itulah penangan Donut. Namun, apabila ibu-ibu cuba buat sendiri dengan resepi yang dikongsi adakalanya tidak menjadi. Lama menguli tepung tapi hasilnya donut tidak selembut yang diingini.
Nah, admin kongsikan resipi air tangan dari puan Shima Chym. Moga bermanfaat!
Actually pernah share dulu. Tapi harini kita share lagi skali resepi donut tanpa perlu rehatkan doh.
Donut gebu gebas uli tangan😅
Bahan2 (untuk 2 cawan tepung)
Bahan A * Yis – 2 sudu besar * Susu pekat – 2 sudu besar * Air suam – 3/4 cawan * Garam – 1 sudu teh
Bahan A di atas ☝️campurkan dan biarkan campuran yis tu kembang.
Bahan B * Marjerin – 2 sudu * Tepung gandum – 2 cawan
Gaulkan bahan B di atas ☝️. Guna tangan je.
1. Campurkan bahan A & bahan B. 2. Uli guna tangan je sampai takde adunan melekat dekat tangan. 3. Bulat2 kan doh jadi lebih kecil. Saya genggam & keluarkan
dekat celah genggaman je. (boleh refer gambar).
4. Buat bulatan kecil dekat tengah2. Tarik2 guna jari je. 5. Dah siap boleh terus goreng. Tengah2 goreng nanti sure donut kembang.\
6. Boleh salut gula or coklat or anything yang korang suka.
Ok selamat mencuba.
Ikhlas dari Mamy Chym Cuckoo
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Makanan melekat pada kuali ketika menggoreng menyebabkan kita jadi geram kan. Lebih-lebih lagi apabila makanan tersebut contohnya ikan, habis hancur isinya. Walaupun minyak sudah betul-betul panas tetapi masih lagi melekat. Bukan itu sahaja, kesan tersebut agak sukar untuk dibersihkan.
Untuk menghasilkan gorengan yang cantik dan tidak melekat pada kuali, ikutilah petua-petua berikut yang dikongsikan oleh Pn. Norazmawati Md Yusof dari Terengganu.
Petua 1
Mula-mula masukkan minyak ke dalam kuali dan kemudian panaskan. Setelah minyak cukup panas, sebelum menggoreng sama ada ikan, ayam, daging, tauhu dan lain-lain, taburkan sedikit garam ke dalam kuali tersebut. Biarkan beberapa ketika. Kemudian barulah mula menggoreng. InsyaAllah ayam/ikan/daging anda tidak akan melekat lagi di kuali.
Petua 2
Selain daripada garam, anda juga boleh masukkan beberapa keping asam gelugor ke dalam minyak panas sebelum memasak. Kesannya, bukan hanya masakan anda tidak melekat pada kuali, tetapi ia juga membuatkan hasil gorengan anda menjadi lebih garing dan enak sekali.
Petua 3
Panaskan kuali dengan sedikit minyak dan goreng asam jawa dalam minyak panas hingga garing. Kemudian keluarkan asam jawa dan tambahkan minyak dalam kuali. Goreng ikan seperti biasa.
Petua 4
Setelah minyak panas, masuk 2-3 ketul bawang putih ke dalam minyak tadi kemudian baru masukkan ayam/ikan/daging, gerenti tidak melekat.
Petua 5
Perapkan dengan sedikit cuka atau asam limau nipis, insyaallah tidak lekat dan gorengannya lebih enak dan minyak pun tak terserap dalam masakan.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Fizz Fairuz tinggalkan Suria FM demi keluarga dan anak-anak. Fizz Fairuz undur diri sebagai penyampai radio Suria FM selepas 1 tahun 6 bulan. Pelakon berpengalaman, Datuk Fizz Fairuz, mengejutkan peminat apabila mengumumkan pengundurannya sebagai penyampai radio Suria FM selepas 18 bulan bersama segmen Morning Morning Suria.