Menyediakan sajian Nasi Lemak pastinya menjadi kewajipan bagi semua ibu-ibu buat anak dan suami. Sajian istimewa dihujung minggu. Malah anak-anak pun tertunggu-tunggu bila masa hendak makan.
Pun begitu menyediakan kelengkapan Nasi Lemak ini sedikit merumitkan. Bukan hanya nasi dan sambal tetapi mesti lengkap dengan telur rebus, hirisan timun dan paling penting ikan bilis goreng dan kacang tanah.
Menyediakan kacang tanah goreng ini selalu menjadi kelemahan apabila sering hangus setiap kali memasaknya. Ini cara tepat untuk memasak kacang tanah. Confirm tak hangus!
Kena cuba petua ini.
Ads
Begini caranya:
1. Tuang minyak ke dalam kuali.
2. Tanpa tunggu minyak panas, terus sahaja masukkan kacang tanah.
Ads
3. Biarkan hingga minyak panas dan biarkan digoreng hingga masak.
4. Hasilnya kacang takkan jadi hangus. Pasti!
Ads
#Pilih Sangai
Selain itu, anda juga boleh menggunakan kaedah yang sama, cuma masukkan minyaknya sedikit sahaja dan sangailah kacang hingga masak. Pastikan kacang terus dikacau sentiasa. Hasilnya kacang tidak akan hangus malah lebih rangup dan cepat masak.
#Sejuk Dahulu
Begitu juga ketika memasak Sambal Bilis Kacang, pastikan kacang digoreng dalam kaedah yang sama tanpa memanaskan minyaknya terlebih dahulu. Asingkan kacang hingga sejuk kemudian barulah dimasukkan bersama ikan bilis.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Kalau raya tak sah rasanya jika juadah laksa utara tidak dihidangkan buat tetapi. Jika bukan raya pertama, pada hari kedua atau ketiga pasti laksa jadi santapan utama buat tetamu.
Laksa yang sedap sememangnya cukup digilai dan teringat-ingat walaupun perut masih lagi kenyang. Apa lagi ketika perut lapar.
Bagaimana hendak sedapkan rasa kuah laksa. Anda harus cuba tip ini untuk jadikan kuahnya sedap dan tahan lama. Cuba dahulu dan persiapkanlah diri untuk sajian di hari raya nanti. Pasti tetamu makan bertambah. Selamat mencuba.
Laksa Lebih Tahan Lama
Petua untuk menjadikan laksa putih tahan lama adalah dengan merebusnya bersama asam keping. Cara ini buat laksa tahan lama dan tidak cepat basi. Rendam dahulu laksa sebelum direbus dan kemudian barulah direbus bersama asam keping. Selepas masak, angkat dan basuh hingga bersih. Toskan airnya. Selesai.
Guna Ikan Selayang
Ramai orang utara sukakan ikan kembung kerana rasanya yang ‘ringan’ dan enak namun untuk menjadikan laksa yang sedap dan power gunakan ikan selayang atau ikan sardin. Ikan sardin bukan hanya banyak isinya tetapi paling penting isinya lebih manis, lemak dan enak. Jadi kena cuba.
Rebus Sekejap
Selepas ikan dibasuh bersih, rebuslah ikan dengan asam keping. Pastikan sebaik airnya mendidih, tutuplah apinya kerana jika dibiarkan lama rasa manis ikan akan hilang. Malah isi ikan juga jadi pecah dan makin susah untuk di asingkan daripada isinya. Kisarlah ikan seperti biasa.
Kisar Tulang
Tulang ikan jangan pula dibuang sebaliknya kisarkanlah sekali bersama sedikit air dan tapiskan. Air daripada tulang ini lebih manis rasanya.
Jangan pula dibuang.
Bawang Banyak
Untuk menyediakan kuah yang lebih manis dan enak rasanya, pastikan penggunaan bawang besar yang banyak. Disyorkan 3 hingga lima biji. Jangan pula gunakan bawang besar Holland kerana rasanya berbeza. Kisarkan bersama cili kering dan juga belacan.
Belacan Sedap
Untuk menjadikan kuah laksa yang sedap, belacan juga kenalah sedap. Jangan sesekali menggunakan belacan kering yang dijual di pasaraya. Belacan yang sedap adalah belacan yang basah dan tidak terlalu gelap warnanya. Sebaiknya guna sahaja belacan yang dibuat sendiri oleh pihak-pihak tertentu. Jangan sesekali dibakar belacan tersebut. Hilang rasa sedapnya untuk kuah laksa.
Didihkan Bahan Kisar
Didihkan bahan kisar yang terdiri daripada cili kering, belacan dan bawang besar. Biarkan dididih seketika hingga mendidih. Jika mahu rasa lebih pedas, anda boleh juga menambah sedikit cili padi ke dalam bahan kisaran. Biarkan mendidih seketika kemudian barulah dimasukkan kisaran isi ikan bersama air secukupnya.
Asam Keping
Kuah laksa yang sedap adalah dengan cukup rasa masamnya. Ini penting. Jadi masukkanlah beberapa keping asam keping, dalam anggaran 5 hingga 7 keping bersaiz kecil. Apabila mendidih dan rasanya terlalu masam, keluarkanlah asam keping ini.
Masak Lama
Bila sudah masukkan kesemua bahan, biarkan kuahnya dididihkan agak lama. Jangan pula mendidih dua hingga tiga kali terus ditutup apinya. Biarkan mendidih lama sehingga satu jam. Semakin kuah pekat, semakin sedap rasanya. Biarkan kesemua bahan mesra dan sebati kemudian barulah ditutup apinya. Selamat mencuba.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Rainbow Cookies atau ada juga yang kenal biskut ini dengan nama Biskut Lidah Kucing yang sememangnya sangat digemari ramai terutamanya kanak-kanak.
Rasanya yang manis dan rangup dimakan ditambah pula dengan gabungan warna merah, jingga, hijau, biru, kuning dan ungu sekali gus menjadikan biskut ini benar-benar mencuri tumpuan dan mempunyai peminatnya yang tersendiri.
Malah menurut perkongsian Iqa yang turut berniaga biskut ini sejak 10 tahun lalu, akui begitu banyak permintaan biskut ini daripada orang ramai sempena musim perayaan.
“Harap u guys semua pun boleh jana pendapatan menggunakan resepi ni. Guna untuk makan sendiri pun boleh. Cookies ni peminat dia adalah kanak kanak. Manis dan colorful. Yang tak suka manis boleh kurangkan gula,”kongsi Iqa di group masakan.
Jadi buat yang ingin mencuba sendiri menyediakan biskut kegemaran anak-anak, bolehlah cuba resipi yang dikongsikan oleh Iqa ini.
Kalau mahu sediakan lauk ayam goreng, bahannya sudah pasti garam dan kunyit saja. Ini pun sudah dirasakan sedap terutamanya buat anak-anak. Tapi kalau nak tahu jika hidangan ayam goreng anda akan jadi terlajak sedap jika menyediakannya dengan lima cara ini.
1. Guna Bawang Putih
Untuk mendapatkan ayam goreng yang berbau wangi, tumbukkan beberapa ulas bawang putih kemudian gaulkan bersama garam dan kunyit. Nah hasilnya ayam goreng bukan saja berbau enak malah rasanya juga lebih sedap.
2. Limau Nipis
Semasa hendak menggoreng ayam, perah sebiji limau nipis ke dalam minyak dan kemudian masukkan ayam. Ini juga petua menjadikan ayam lebih rangup dan cepat masak.
3.. Guna Kunyit Hidup
Kunyit hidup memang ‘power’ hasilnya. Tumbuk kunyit hidup dan lumur rata bersama garam rata. Keenakannya memang berbeza.
4. Telur Ayam
Mahu ayam kekal rangup walaupun selepas diangkat? Caranya dengan menambah sebiji telur ayam ketika menggaul bersama garam dan kunyit. Gorenglah seperti biasa hingga masak dan lihatlah hasilnya.
5. Gabungkan Semua
Gabungkan kunyit hidup bersama bawang putih dan tumbuk hingga halus. Gaulkan kesemuanya bersama garam rata dan goreng. Hasilkan ayam jadi lebih enak, sedap dan cukup rangup. Lengkap!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Nak berjaya dalam pelajaran? Ini nasihat Tun Dr Mahathir buat anak muda. Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, menitipkan nasihat bermakna buat generasi muda yang ingin cemerlang dalam akademik dan kehidupan, jangan cepat putus asa jika tercicir dalam pelajaran. Sebaliknya, terus berusaha dan ulang kaji pelajaran berkali-kali.