Wanita zaman dahulu menggunakan bahan semula jadi untuk mengekalkan kecantikan dan kesihatan diri. Berbeza dengan wanita sekarang yang lebih banyak bergantung kepada produk moden berasaskan bahan kimia. Mungkin kerana mereka malas dan berasa leceh bila perlu membuat sendiri produk berkenaan.
Tapi apabila lihat perkongsian Afieyza Aleeschaylee rasanya ramai yang akan berubah fikiran.
Mengamalkan susu kunyit badam madu wajahnya tampil berseri dengan kesan ‘pinkish’ yang diidamkan kaum hawa. Petua yang diamalkan itu menurutnya adalah amalan orang tua dulu kala bagi menaikkan seri wajah.
Katanya untuk wajah berseri dari luar, dalaman juga perlu dijaga dan dirawat. Salah satu caranya dengan mengamalkan petua ini.
Jom ikuti perkongsian daripada Afieyzea Aleeschaylee
Hai kesayangan semua. Okey afiey dah janjikan ni lah minuman kegemaran Afiey kat umah tau. Bukan je cantik luar tapi dalaman pun cantik, cerah berseri ” pinkish ” dari dalaman.
Petua nenek-nenek dulu naikkan seri wajah. Nah korang cubalah dan rajin-rajin tau, confirm bangun pagi nampak muka wowwww!!
Ads
Afiey suka minum sebelum tidur lagi-lagi waktu datang bulan. Selamat mencuba dan SHARE! Biar umur masuk 30 tahun janji tetap 19 tahun kan.
Susu Kunyit Badam Madu
Bahan – bahan :
Susu rendah lemak
Ads
1 inci kunyit ditumbuk kasar
2 sudu madu
3 biji badam ditumbuk kasar
Ads
Cara membuat:
Panaskan susu masukkan kunyit hidup
Kacau perlahan kemudian kemudian masukkan badam.
Tuang susu dalam gelas, masukkan madu.
Kacau dan boleh terus diminum.
Amalan
Minum dua kali seminggu sebelum tidur. Boleh diamalkan waktu datang bulan.
Jika mahu dijadikan minuman harian, jangan letak kunyit.
Sumber: Afieyzea Aleeschayle
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Bukan mudah belajar dalam situasi pandemik Covid-19, apatah lagi tanpa pengawasan guru sepertimana di sekolah. Cabaran yang dilalui anak-anak kini cukup sukar dengan segala kerja sekolah dan pembelajaran secara online cukup memberi tekanan lebih-lebih lagi kepada anak-anak yang tinggal di kawasan yang sukar mendapat capaian internet.
Kisah adik ini patut dijadikan contoh, kegigihannya keluar dari kawasan rumah semata-mata untuk mendapatkan capaian internet yang bagus patut dipuji. Bukan dirumahnya tiada internet tetapi ‘line’ tidak beri kerjasama.
Perkongsian menerusi laman Twitter Aiman Paku baru-baru ini tular apabila gelagat dua kanak-kanak ini berusaha untuk mendapatkan capaian internet. Gelagat mereka mendapat perhatian apabila si abang terpaksa berada di tepi jalan untuk berkomunikasi bersama guru semasa sesi PdPR. Manakala adiknya setia menemani abangnya bersama-sama ‘motosikalnya’.
“Nasib adik datang naik moto teman kat tepi…“ Sian anak sedara aku, nak dapat internet punya pasal untuk kelas online. Duduk la kat luar rumah rumahnya kat tengah ladang sawit. Line tak kuat. Nasib adik datang naik moto teman kat tepi. Best of luck Afiq Ho.
Saya share gambar ni sebab nampak comel budak-budak ni kat luar study. Bukan meraih simpati cakap diorang ni orang susah ke apa ya. Mereka bahagia je hidup kat situ, cukup makan pakai. Internet je kureng.
Dalam rumah dapat je internet kalau nak Whatsapp. Tapi untuk dapatkan video kelas yang jelas dan terang tu, kurang la. Sangkut-sangkut. Jadi dia pun duduk la diluar dengan harapan tak sangkut-sangkut cikgunya bercakap tu. Mohon netizen jangan marah ya.
Dia dalam pada itu memberitahu tidak timbul isu keselamatan memandangkan ibu dan ayah kanak-kanak ini sentiasa pantau pergerakan mereka di luar dan jalan ini bukanlah jalan utama penduduk kampung di situ. Ianya selamat.
Lama menantikan kehadiran anak perempuan kedua, akhirnya impian penyanyi dan komposer, Harry Khalifah tercapai apabila isterinya iaitu Noormala selamat melahirkan cahaya mata kelapan baru-baru ini.
Mesra disapa Apak, 41, dia melahirkan rasa gembira dan bersyukur proses kelahiran anaknya dipermudahkan.
Malah, Harry juga berkata, ini merupakan pengalaman pertama dia menemani isterinya di bilik bersalin.
Noormala melahirkan bayi seberat 3.13 kilogram itu secara normal di sebuah pusat perubatan swasta di Selangor kira-kira pukul 9 pagi.
“Alhamdulillah syukur! Selepas lama menanti akhirnya saya dapat anak perempuan kedua. Proses kelahiran dipermudahkan, isteri masuk bilik bersalin kira-kira pukul 6 pagi dan melahirkan anak kami tiga jam kemudiannya.
“Biasalah orang dah berpengalaman cumanya selama ni tujuh orang anak yang lain saya tak ada di sisi dia, tapi hari ini saya dapat teman isteri duduk tepi tengok anak keluar.
“Satu pengalaman baharu untuk saya, tak tahu nak cakap macam mana… rasa sedih, terharu dan gembira semua ada. Memang best dapat tengok kelahiran secara live tapi takut-takut tu ada la juga.
“Walaupun tak tidur sehari kerana sibuk di studio,kemudian pagi terus ke hospital tapi rasa sangat seronok. Alhamdulillah,” katanya menerusi temubual bersama mStar.
Kehidupan sebagai pasangan selebriti sering kali diselimuti dengan sorotan media dan tekanan industri. Namun, bagi Raja Syahiran dan Uyaina Arshad, kehadiran dua permata hati mereka iaitu Raja Urhan dan Raja Urayyan telah membawa sinar baru yang tidak ternilai di dalam rumah tangga mereka.
Sejak lahirnya Raja Urhan, pasangan ini merasakan cinta yang mendalam dan tanggungjawab yang semakin besar. Setiap senyuman dan tangisan si kecil itu mengingatkan mereka tentang makna keluarga yang sebenar.
Kehadiran Raja Urayyan pula menambah keceriaan, menjadikan rumah mereka penuh dengan gelak tawa dan kasih sayang. Dalam sekelip mata, kehidupan mereka berubah menjadi satu perjalanan yang penuh warna.
Keduanya tidak hanya berperanan sebagai selebriti, tetapi kini sebagai ibu dan bapa yang bertanggungjawab. Mereka sering berkongsi momen-momen indah di media sosial, menggambarkan kehangatan dalam setiap detik bersama anak-anak. Melalui setiap pos, terserlah betapa mereka menghargai masa yang dihabiskan bersama, walaupun dalam kesibukan kerja.
Belajar Jadi Baba & Mama Terbaik
Perjalanan menjadi ibu bapa tidak semudah yang disangka. Syahiran dan Uyaina mengakui bahawa mereka masih dalam proses pembelajaran. Kedua-duanya berusaha untuk menerapkan nilai-nilai positif dalam didikan anak-anak mereka, membentuk generasi yang bukan sahaja cerdas tetapi juga berakhlak.
Syahiran yang dikenali sebagai seorang yang penyayang, sering kali berkongsi betapa pentingnya komunikasi dalam keluarga. Dia percaya bahawa memberi ruang untuk anak-anak bersuara dan mendengar pandangan mereka adalah kunci kepada hubungan yang sihat.
“Cabaran untuk kami untuk mendidik anak-anak ni bila Jada (nenek) mereka ni biasalanya akan manjakan cucu. Jadi, anak tahu kalau dengan Jada atau Atok mereka boleh dapat semua yang mereka nak.
Bukan salah Jada sebab kita faham kalau cucu ni menag akan ada ‘attachment’ dengan datuk atau nenek mereka, sama macam kita kecil-kecil dulu. Kami tak marah sebab kami faham. Tambah macam mereka ni ada tiga orang yang akan manjakan cucu-cucu iaitu Jada (ibu Uyaina) serta Atok dan Tok Ibu (ibu ayah Syahiran).”
Uyaina pula tidak kurang hebatnya, dia sering menekankan kepentingan kasih sayang dan perhatian dalam membentuk emosi anak-anak bahkan kini selalu berkongsi tentang tip keibubapaan melaui perkongsian di media sosial.
Kehidupan Lebih Positif
Dengan kehadiran Raja Urhan dan Raja Urayyan, setiap hari bagi pasangan ini adalah peluang untuk memperbaiki diri. Mereka sering merancang aktiviti keluarga yang menyeronokkan, seperti bermain di padang. Dalam setiap detik yang dihabiskan, mereka belajar menghargai kebersamaan dan mengukuhkan ikatan kasih sayang.
“Kami suka bawa anak ke stadium. Padang bola kan luas dan besar jadi macam Urhan dia boleh explore sendiri. Kami beri bola dan dia akan main tendang-tendang bola. Dah dapat tendang bola, baru dia boleh berjalan.
Mungkin boleh jadi tip juga untuk parents di luar sana, kalau nak anak cepat berjalan boleh beri mereka main bola. Selalunya kita bagi anak bola, tapi Urhan sibuk kejar bola orang-orang yang berlatih di situ.”
Bagi Syahiran pula, dia sukakan bonding yang terbentuk antara dirinya dan anak dengan hanya tidur bersama. Sebelum tidur, dia biasanya akan bermain dengan anak-anak untuk mereka jadi letih dan tidur pun akan lebih lena.
“Best bila kita tidur dengan anak ni, bila dia cuddle kita. Mengendeng nak tidur dengan kita, tak perlu buat aktiviti di luar pun tapi saya tetap hargai momen semasa tidur bersama anak.”
Syahiran dan Uyaina juga aktif dalam menyokong satu sama lain dalam kerjaya masing-masing. Mereka memahami bahawa saling memberi sokongan adalah penting, bukan sahaja untuk kerjaya tetapi juga untuk menjaga keseimbangan dalam keluarga.
Dengan cara ini, mereka menunjukkan kepada anak-anak bahawa cinta dan kerjasama adalah asas kepada kebahagiaan.
“I just want to say thank you. Syahiran ni achor, nak besarkan anak-anak ni perlukan pasangan. Bukannya ada pasangan tapi semua buat seorang. Saya seorang yang sangat jujur, kadang-kadang tu jujur sangat. Apa yang perlu dibetulkan, saya akan beritahu tapi Syahiran seorang yang sangat tenang dan selalu ada dengan saya.”
Anak-anak Tak Boleh Pilih Ibu
Kehadiran Urhan dan Urayyan bukan sahaja menambah keindahan dalam kehidupan Syahiran dan Uyaina, tetapi juga membawa mereka ke arah yang lebih positif. Dalam dunia yang penuh cabaran ini, mereka telah menemukan kekuatan dalam cinta dan keluarga.
“Anak-anak ni tak boleh pilih ibu mereka. Saya sendiri pilih Mama untuk anak-anak saya. Maksudnya saya pilih isteri saya untuk jadi Mama kepada anak-anak kami. Mungkin di mata orang lain dia tak baik tapi untuk saya dia lah yang terbaik.”
Setiap hari adalah peluang untuk belajar, berkembang, dan mencintai dengan lebih mendalam. Dalam melayari bahtera rumah tangga, mereka mengajarkan kepada kita semua bahawa kebahagiaan sejati terletak dalam hubungan yang penuh kasih sayang dan pengertian.
Kehidupan sebagai ibu bapa mungkin tidak selalu mudah, tetapi dengan kehadiran anak-anak, setiap cabaran menjadi lebih berharga. Cinta yang mereka miliki adalah bukti bahawa walau apa pun yang berlaku, keluarga adalah segalanya.
Tonton video Raja Syahiran & Uyaina di sini:
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.