Bagi anda yang berdepan masalah bibir gelap, kering serta merekah, cuba praktikkan petua ini. Ia cara paling selamat merawat bahagian bibir yang diketahui sangat lembut dan sensitif.
Ia boleh diamalkan setiap hari kerana bahannya mudah didapati dan yang penting selamat. Tiada kesan sampingan bahkan tidak memudaratkan jika termasuk di dalam mulut atau termakan.
Perkongsian oleh Afieyzea Aleeschaylee untuk anda yang mempunyai masalah bibir kering dan pecah selain mengelakkan ia kehitaman.
Haa, hari ini Afiey nak share pula cara tradisional dijamin selamat untuk menyihatkan bibir kita perempuan yang suka pakai lipstick ni kadang tak sedar ada bahan-bahan yang dicampur tak elok untuk bibir dan semestinya kunyit tetap ada dalam setiap petua.
Bahan-bahan:
Kunyit
Ads
Madu
Cara-Caranya:
Ads
Campurkan kunyit yang di tumbuk halus ke dalam madu
Sapukan pada bibir
Biarkan 10 minit dan gosok rata bibir
Khasiat kunyit untuk bibir:
kandungan antiseptik & anti bakteria semulajadi dalam kunyit membantu masalah bibir kering dan luka..
kunyit juga kaya dengan Vitamin C semulajadi memberikan tona untuk bibir kehitaman..
kunyit juga mengandungi anti-inflamasi juga membantu mengurangan kehitaman pada bibir..
Khasiat madu untuk bibir :
membantu memberi tona / memerahkan bibir secara semulajadi
mengubati bibir kering rosak , pecah & hitam
melembabkan bibir
* Tips – tips lain , jangan terlalu kerap menjilat bibir anda ianya akan membuatkan bibir bertambah kering , minum air putih secukupnya.
Ads
*Buat banyak boleh simpan dalam peti nanti boleh pakai lagi.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Ramai betul suka makan daging goreng kunyit. Jika dulu sebelum pandemik menu ni memang macam goreng pisang panas, sentiasa ada permintaan jika makan di kedai.
Sekarang ni dah kena duduk di rumah dan banyak kedai makan tak beroperasi tentu teringin nak makan menu macam ni lagi.
Jadi, ikuti resipi yang dikongsi oleh puan Nana Ismail yang menyediakan tip supaya daging goreng kunyit kekal lembut dan tak liat walaupun dah sejuk.
TIPS NAK GORENG DAGING KUNYIT SUPAYA LEMBUT DAN CARA YANG BETUL
Ramai betul yang goreng daging terlalu lama sebab nak pastikan dia lembut dan masak. Masalahnya bila buat macam tu, daging akan bertambah kecut, kering dan lembut masa tengah panas-panas ja.
1. Daging tu nak senang potong dan tak julinggg mata nak usya urat-urat dia adalah dengan balik-balikkan daging tu dalam kuali panas tanpa minyak. ( dalam dia of coz la masih mentah). Nanti korang akan nampak urat dia lebih jelas dan mudah nak potong. Takdelah dia nyekk nyekk macam jeli.
2. Lepas dah hiris nipis, korang goreng daging tu tanpa minyak biar air daging tu keluar dan kering. Lepas tu angkat laaa.
3. Haaaa dah settle 2 step tu baru la korang lumur daging buh kunyit dan garam. Korang boleh tengok daging nana tu haaaa. Nampak kering macam daging yang direbus kan?
4. Lepas tu korang buh minyak then goreng macam biasa. Tempoh nak bagi lembut daging tu singkat ja.Korang akan perasan, daging tu nampak tak kecut dan berjusssss gituuu.
5. Lepas tu macam biasa laaa tumis bawang, cabai, buh sayur then bagi terjun balik daging tu. Settle.
Adanya aplikasi Whatsapp di dalam telefon seakan suatu yang penting dan telah pun diterima semua sebagai medium untuk berhubung. Malah tak dinafikan, dalam telefom kita akan ada macam-macam group Whatsapp dan kadang-kadang membuatkan kita boleh tersenyum sepanjang hari. Ada sahaja cerita dan gambar-gambar lawak untuk dijadikan bahan ketawa.
Begitulah perkongsian pengalaman Khairul Hakimin Muhammad mengenai group Whatsapp mereka tujuh beradik di status facebooknya baru-baru ini dan telah menarik perhatian ramai warganet untuk turut berkongsi cerita berkenaan group whatsapp keluarga masing-masing.
Memberi maklum balas pada hantarannya yang terdahulu di facebook, Khairul Hakimin Abdullah telah berkongsi cara didikan ibu ayahnya hingga membuatkan hubungan mereka tujuh beradik sangat rapat dan mesra. Bolehlah dijadikan panduan dan info bermanfaat.
Didikan Dari Kecil
Jika kalian baca posting saya tentang group whatsapp adik beradik kami malam tadi, kalian akan baca ada komen-komen tentang hubungan adik beradik. Kami 7 beradik, emak abah dah didik dari kecil:
1. Sesiapa yang meminta bantuan, kena minta. Tak minta tak ada siapa tahu. Duk diamkan diri takkan merubah apa-apa. Tak boleh letak dalam kepala kita susah, kena semua orang ambil tahu. Mesti kena kasi tahu. Semua orang ada kehidupan dan tak sempat nak sentiasa fikir tentang kehidupan orang lain.
Apabila beritahu, akan sampai pertolongannya. Tak beritahu mereputlah hanggggg. Apa ingat kami ada kuasa membaca fikiran orang ke nyehhhhh. Tak adanya. Kena kasi tau okeh.
2. Sesiapa yang kaya raya, biasanya akan belanja makan, hahahahahaha. Benda ini benda biasa sahaja. Tak ada apapun. Biasanya kami akan makan sate atau belilah KFC atau patin tempoyak. Hanya untuk memeriahkan suasana.
3. Kalau bergaduh, biasanya emak abah tak campur. Lantak hang. Cuma emak abah akan nasihat semua orang. Walaupun kita tahu emak abah akan menangkan yang disayang sayang yihhhhh. Namun sebagai anak, tak boleh sesekali memikirkan tentang emak abah pilih kasih.
Tak adanya menda itu. Normal sebagai ibu bapa, dia tahu anak yang mana boleh tahan tekanan, anak yang mana tak boleh. Emak ayah jauh lebih tahu tentang anak-anak.
4. Tak ada siapa paling pandai, tak ada siapa paling bodoh. Tak ada siapa paling senang, tak ada siapa paling susah. Semua sama ikut apa yang Allah kasi. Walau ada yang belajar sampai ke luar negara, sama je semuanya. Semua boleh duduk sekali burukkan menteri, gosip artis dan sebagainya. Astaghfirullah hal azim hahaha.
Fokus kami ialah semua kena senang. Tak pernah sesekali kami zikirkan “dalam keluarga kita ni akan ada yang senang, akan ada yang susah.” No way. Kami akan sentiasa cakap “kita nak senang semua sama-sama, semua akan senang! Amin!”
5. Tak berharap langsung tentang kelebihan masing-masing. Semuanya fokus kepada kehidupan masing-masing. Kalau dia kaya, doakan dia lagi kaya. Kalau dia susah, doakan dia semakin senang.
6. Kami tak peduli pun tentang orang lain. Kami fokus kami sahaja.
Siapa pandai masak, pergi masak.
Siapa malas, suka tengok tv, lantak dia.
Siapa suka membeli, bolehlah kita pau.
Siapa suka mengemas, kemas.
Siapa suka share gambar hantu kat group, kasi tau bini dia suruh lepuk.
Siapa suka melepak kat bilik, kita marah dia. Hahaha
Siapa suka mandi lama, marah dia jugak.
Hahahaha semua benda ini tak ada siapa pun ambil hati.
7. Gaduh memang ada. Yang perempuan akan mudah menangis. Namun kami lepas 5-10 minit akan bertegur macam biasa. Kahkahkahkahkah. Entahlah dulu ada jugalah tak bertegur gitu gini, namun sekarang dah tua belaka, kalau bergaduh habis situ sahaja.
8. Ipar duai langsung tak masuk campur. Lantak je kami adik beradik. Lagi senang dan happy semua orang.
Ha gitulah kami.
Tak ada benda yang istimewa pun. Pusing-pusing didikan itulah yang paling utama.
Merepek semua ada. Kena marah sokmo. Namun itulah penguat antara satu sama lain.
Kami adik beradik tak ada panggil abang kakak. Kami panggil nama manja je semua. Tak tahu emak abah dapat mana nama-nama kami. Ada 2 orang sahaja dari 7 dapat guna nama dia sendiri. Yang lain hauk nama apa entah. Mungkin guna kitab lama Mastika agaknya hahahahaha.
Kawan-kawan,
Nak happy, nak bahagia, senang sangat. Jangan bersaing dengan adik beradik. Jangan sesekali rasa diri lebih hebat. Jangan sesekali rasa diri rendah sangat. Terus rasa macam biasa sahaja.
Orang bahagia ialah orang yang bahagia yang melihat orang lain bahagia.Begitulah.
Khairul Hakimin Muhammad,
Saya anak ke-5 dari 7. Alhamdulillah.
Kain buruk adalah antara kain yang digunakan untuk membersihkan ruang dapur apabila selesai memasak.
Cara nak bersih kain buruk ini agak sukar maklumlah banyak minyak dan kotoran yang melekat pada kain itu. Kemudian perlu di sidai pada pagar. Rutin biasa dilakukan oleh kita semua.
Kini, banyak ‘kain buruk’ modern di pasaran yang dikenali sebagai tisu dapur. Yang menariknya, tisu dapur ini boleh digunakan semula. Jadi tidak mustahil ramai yang berminat membelinya.
Namun kejadian lucu yang terjadi kepada seorang guru, Mohd Fadli Salleh akibat tidak membaca lanjut mengenai tisu dapur yang ingin dibelinya, dia telah salah sangka mengenai barang berkenaan.
“Terkena aku hari ni dengan Shopee.”
“Terus aku order 3 roll. Senang. Mesti wife seronok sampai benda ni 3 roll.”
Terkena aku hari ni dengan Shopee.
Kisahnya melintas iklan High Quality Kitchen Towels 8 Layers Cotton Dishcloth Super Absorbent. Tu dia, nama produk panjang namatey.
Beribu orang beli dan review cantik. Aku memang sebelum beli apa-apa akan baca review dulu. Tengok harga, murahnyaaaa. RM3.28 sahaja satu roll.
Terus aku order 3 roll. Senang. Mesti wife seronok sampai benda ni 3 roll.
Tunggu punya tunggu, akhirnya barangnya sampai tadi. Sekali buka, dapat 3 helai sahaja. Jimbet betul. Aku ingat 3 roll. Sampai wife tanya,
“Apa benda tu bang?”
Konon nak bagi dia seronok. Sekali dia pun tak tahu apa kebenda aku beli. Kahkahkah.
Apa pun, kain ni tebal elok. Betul dia tak mohong ada 8 layers. Cantik macam dalam gambar la barangnya.
Cumaaaaa. Dalam gambar tunjuk roll, yang dapat sehelai-sehelai. Cis, terkono den niari.