Berkebun memang sesuatu yang menyeronokkan. Tetapi tahukah kita bahawa sebelum mula berkebun perlu ada ilmu berkaitan dengan tanah dan cara membuatkan pokok kekal subur.
Jika hanya tanam dan siram sahaja tidak mencukupi untuk memastikan pokok hidup.
Sebagaimana lelaki ini berkongsi tip menarik bagaimana untuk mengelak serangan serangga. Biasanya kita akan guna semburan pelbagai bahan masak tetapi beliau menggunakan paracetamol.
Ikuti perkongsian beliau
Ko ingat aku ada masa nak kasi buah/daun ku busuk dimakan ulat!”. Untuk masalah daun dimakan ulat..daun berkerinting…buah selalu busuk…itu petanda pokok ‘sakit’..n kalo dah sakit…Paracetamol jawap dia. Ambil pil paracetamol sebarang jenama.. belah 2 atau 4..n tanamkn ke tanah di pokok yg sakit..in sya Allah pokok akan sihat n daun pokok segar serta buah x busuk lagi. Justifikasi dia, Paracetamol terkandung dadah, bila kita tanam, pokok akan menyerap dadah dari paracetamol dan menyebar ke seluroh jasad pokok…daun akan menjadi pahit..dan ulat n serangga akan hindari pokok tersebut selama mana Paracetamol ada dalam jasad pokok. …selamat mencuba.
paracetamol…sebarang jenama..paling baik kalu yg dah lupus tarikh..dari di buang..tanam pada pokok sakit. Dan ada yg akan tanya..klau pakai yg Actif fast tu bolih ke…? lagi cepat!.. Jawap nya x bolih sebab Aktif fast dlm bentuk cairan…bila di curah pd pokok…lepas tu kita siram plak….x ker sia sia tu…
di belah 2…bergantung pd saiz pokok..
Ads
Di belah 4…tanam kiri dn kanan pokok..
jauh sikit dari pangkal pokok..utk pokok pasuan..6″-9″ dari pangkal pokok..klau lebih pun x ada masalah..sebab dlm pasuan..
Ads
paracetamol akan terlarut secara perlahan..dan di ambil pokok secara sikit sikit…
Cuaca panas yang berterusan menjadikan penyaman udara atau ‘air conditioner’ bagaikan suatu ‘keperluan’ pada pada kediaman masa kini.
Namun cara penggunaan penyaman udara yang tidak bijak boleh menyumbang kepada pembaziran elektrik sekaligus meningkatkan bayaran bil setiap bulan.
Agar tidak pening kepala melihat bil elektrik setiap bulan, berikut adalah langkah bijak yang perlu dilakukan jika anda menggunakan penyaman udara di rumah.
1. Tutup Suis Utama
Tutup suis utama setiap kali menutup suis aircond. Tabiat menutup suis utama nampak seperti tiada beza tetapi tahukah anda bahawa dengan melakukan ini, anda telah jimat 10% dari jumlah penggunaan elektrik di rumah!
Walaupun anda telah menutup penghawa dingin menggunakan alat kawalan jauh tetapi tidak menutup suis utama, tenaga untuk siap sedia masih lagi menggunakan elektrik tanpa anda sedari.
2. Set Masa
Gunakan pemasa (mod tidur) untuk menutup penghawa dingin anda secara automatik selepas beberapa jam apabila bilik telah sejuk atau selepas kita tidur. Anda boleh ON untuk satu atau dua jam kemudian tutup secara automatik dan gunakan kipas.
Tengah malam lebih sejuk, jadi anda tidak perlu menggunakan penyaman udara. Ketika kita tidur, suhu badan kita sebenarnya akan menurun dan pada masa tersebut, kita tidak perlukan persekitaran yang sejuk. Penyaman udara lebih diperlukan untuk memberi keselesaan ketika kita hendak tidur.
3. Tetapan Suhu
Set penyaman udara pada mode ‘Dry’.Tetapkan suhu pada 24°C atau lebih. 24°C ialah suhu yang selesa. Untuk makluman, kompresor penyaman udara akan menggunakan tenaga elektrik yang banyak apabila bekerja untuk menyejukkan udara di bawah suhu 24°C.
Apabila anda tetapkan pada suhu 24°C, kompressor akan berhenti apabila telah suhu bilik telah mencapai suhu tersebut dan akan berfungsi kembali ketika suhu bilik lebih panas. Anda jimat elektrik bila kompressor tidak digunakan. Dalam kata lain, semakin rendah tetapan suhu, semakin tinggi penggunaan elektrik.
Elakkan daripada melaraskan suhu penyaman udara di tahap terendah, iaitu 16 atau 18 darjah celcius. Sebolehnya selaraskan ia sekitar 23-25 darjah celcius sahaja mengikut keperluan. Setiap 1 darjah celcius penurunan suhu telah meningkatkan 10% penggunaan elektrik anda.
4. Gunakan Kipas
Gunakan penyaman udara bersama kipas. Buka kipas dan pintu/tingkap untuk mengeluarkan udara panas dari dalam bilik kemudian barulah gunakan penyaman udara (pastikan untuk menutup pintu dan tingkap terlebih dahulu).
5. Bersihkan Atau Tukar Penapis Penyaman Udara Setiap Bulan
Menyelenggara sistem penghawa dingin anda adalah kritikal dalam memastikan ia berfungsi dengan baik. Sistem yang tidak diselenggara dengan baik menggunakan 10 hingga 30 peratus lebih tenaga dan jangka hayat lebih pendek.
Penapis udara yang kotor mengurangkan keberkesanan unit anda, menggunakan elektrik lebih banyak dan kos yang lebih tinggi.
6. Jadualkan Penyelenggaraan Tetap Untuk Penyaman Udara Anda
Servis unit penyaman udara anda jika ia meniupkan udara panas. Anda perlukan penyaman udara untuk udara yang sejuk, bukan peniup udara panas. Jika ia tidak berfungsi dengan baik, ia tidak menjimatkan kos. Anda masih membayar bil elektrik tetapi tidak dapat apa yang anda bayar.
7. Beli penyaman udara yang ada logo Energy Star
Tukar penyaman udara yang lebih 10 tahun, kerana penyaman udara yang terlebih usia tidak lagi beroperasi dengan elok. Dengan kata lain, elektrik guna banyak, tapi bilik tak sejuk pun!
Beli penyaman udara yang memiliki logo Energy Star, logo ini menunjukkan barang elektrik tersebut lebih menjimatkan dan lebih cekap dalam penggunaan elektrik.
Jadilah pengguna yang bijak!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Menyentuh bab harta pusaka sering juga kita dengar berlakunya kes ada adik beradik atau waris si mati bergaduh berebut harta dek kerana kurang arif tentang pembahagian harta tersebut. Sering menganggap, dialah yang berhak bahkan menafikan hak orang lain. Malah, ada juga beranggapan asal harta si mati semuanya kena faraidkan.
Agar lebih jelas dan tidak terkeliru tentang hal tersebut, peguam ini jelaskan untuk info bersama.
Tak semua harta atas nama si mati adalah harta pusaka.. dan tak semua harta atas nama si mati kena difaraidkan..
Jadi, harta yang bagaimana yang akan dianggap sebagai harta pusaka dan akan tertakluk kepada hukum faraid?
Apa itu harta pusaka? Harta Pusaka ialah semua harta yang ditinggalkan oleh si mati sama ada dalam bentuk HARTA ALIH (kereta, wang tunai, akaun bank, kwsp, asb, barang kemas, saham dsb) ataupun HARTA TAK ALIH (tanah, rumah, kebun, bangunan dsb).
Pendek kata, harta pusaka ialah semua harta yang dimiliki oleh si mati semasa hayatnya dan apabila dia meninggal akan diwarisi oleh waris2 yang berhak mengikut undang2.
Harta Pusaka termasuk :
-Hutang si mati yang dijelaskan selepas kematian.
-Kutipan sewa dari harta si mati.
-Dividen/faedah yang terbit dari harta si mati.
-Premium insurans.
-Barang yang terbit selepas kematian seseorang dari hasil usaha si mati semasa hayatnya.
-Semua harta yang diperolehi oleh si mati semasa hayatnya secara halal seperti melalui jualbeli, mendapat pusaka, melalui hibah, hadiah, sedekah dan melalui wasiat.
Bukan Harta Pusaka :
-Harta yang telah diberi/dihibahkan kepada orang lain semasa hayatnya.
-Harta yang telah dijual oleh si mati.
-Harta yang telah diwakafkan.
-Harta yang dipegang amanah oleh si mati.
-Pemberian/sumbangan oleh orang yang menziarahi si mati.
-Wang pencen, ganjaran terbitan dan SOCSO.
-Imbuhan dan saguhati.
-Pampasan insurans dan manfaat takaful.
-Khairat kematian.
Banyak salah faham dan pertikaian yang berlaku tentang harta pusaka kerana kekeliruan tentang status harta pusaka tersebut. Status harta juga sebenarnya boleh dirujuk dan disemak secara terperinci dan ‘case to case basis‘ melalui dokumen harta, dokumen sokongan atau polisi tertentu yang dibuat supaya lebih jelas dan tepat.
Semoga perkongsian ringkas ini ada manfaatnya dan dapat membantu ke arah penyelesaian isu pusaka. Biar tahu jangan keliru.
Anak adalah anugerah dan amanah Allah SWT kepada ibubapa. Mereka ibarat kain yang putih yang bersih lagi suci. Kecantikan dan keindahan kain itu bergantung kepada ibubapa itu sendiri untuk mencorakkannya.
Adalah menjadi tanggungjawab kita sebagai khalifah di muka bumi ini untuk membentuk budi pekerti yang mulia berlandaskan syariat Islam. Pembentukan itu haruslah dilakukan ketika mereka masih di dalam kandungan ibu lagi.
Jika ditakdirkan mereka ini anak yang degil, keras hati, keras kepala dan nakal, janganlah anda kecewa dan patah semangat dalam menangani masalah ini. Anggaplah ia sebagai satu ujian Allah SWT kepada hambaNya yang dikasihi.
Ingat hakikat bahawa Allah SWT uji hambaNya setakat kemampuan hambaNya untuk menanggung ujian itu. Jadi janganlah sesekali merasa kecewa atau patah semangat. Malahan,
Nabi bersabda: Allah amat benci orang yang mudah patah semangat dan
syaitan amat suka orang yang mudah patah semangat.Setiap masalah berpunca daripada:
1. Hati yang kotor.
2. Fikiran yang negatif.
3. Amalan yang tidak betul.
4. Gangguan metafizikal termasuk sihir.
5. Jahil tentang agama & tanggungjawab, atau
6. Semata-mata ujian Allah SWT kerana sayangNya kepada anda.Jadi cuba semak diri anda tentang apakah punca sebenar masalah yang anda hadapi itu.
Pesan Nabi SAW:
Anak-anak yang nakal semasa kecil, akan menjadi orang dewasa yang bijaksana. Jadi tukar paradigma tentang anak anda itu. Fikiran dan kata-kata ibubapa adalah DOA YANG MAKBUL.
Sabda Nabi SAW:
Allah SWT bertindak seperti mana yang difikirkan oleh hambaNya. Nabi pesan, anak berumur 1 – 7 tahun, didik dengan kasih sayang dan banyak bergurau. Jadi bagi sesiapa yang selalu memukul anak, mulai hari ini jangan lagi memukul anak anda itu. Besar kemungkinan dia RASA CEMBURU KEPADA ADIK. Sejak ada adik, ibubapa banyak melebihkan adik tanpa sedar. Dia rasa terbiar. Pada abang atau kakak ni, kena marah atau pukul adalah PERHATIAN DARIPADA IBUBAPA! Amat sedih bila ini berlaku!
Di antara perkara yang boleh dilakukan untuk bantu anak anda yang nakal untuk mendengar cakap dan terlalu manja:
1. Pastikan dia makan malam sebelum maghrib seperti yang Nabi SAW sarankan supaya mudah belajar waktu malam. Makan malam lepas maghrib buat anak mudah letih dan mengantuk bila belajar. Makanan hadam selepas 1½ jam makan. Jadi anak boleh belajar dengan berkesan dan fokus jika belajar 1 ½ jam selepas makan malam.Pastikan dia kurang makan daging merah, banyakkan daging putih seperti ayam dan ikan. Daging merah buat anak pemarah dan agrasif serta mudah melawan cakap. Pastikan mereka makan buah SEBELUM makan nasi agar badan dapat serap Vitamin C yang ada dalam buah-buahan. Vitamin C membantu tenangkan fikiran anak di samping jaga
kulit.
2. Banyakkan memeluk anak. Anak yang sering dipeluk akan tenang, kurang degil, rasa selamat dan disayangi serta tidak perlu nak buat nakal.
3. Pesan kepada anak untuk menghadap Qiblat semasa belajar atau mengaji, ini akan tingkatkan keberkatan dalam belajar.
4. Sebelum belajar, baca doa-doa penerang hati termasuk surah Al-Insyirah. Nabi suruh Ali RA baca surah Al-Insyirah untuk kuat ingatan mudah faham, jadi tenang, mudah patuh arahan ibubapa dan tidak banyak meragam.5. Letak pokok hidup, seperti pokok keladi air, di kanan dan kiri meja tempat anak belajar untuk bekalkan oksigen kepada otak anak semasa belajar.
6. Beri anak supplement yang dapat menguatkan minda, tenangkan emosi, lembutkan hati dan kuatkan daya ingatannya.
7. Bacakan di kepala anak: Al-Fatehah, ayar Qursi dan surah Al-Insyirah untuk rangsang otak dan memori anak dan jadikan dia anak yang tenang, baik akhlak, dengar cakap ibubapa dan pintar. Bacakan waktu malam semasa nak belajar dan waktu anak nak pergi tadika/ sekolah.
8. Elakkan anak memakai pakaian berwarna merah atau oren. Ikut kajian, warna merah dan oren akan rangsang anak jadi agrasif dan hyperaktif.
9. Suruh anak tidur mengiring kekanan agar otak jadi lebih pintar, puas tidur dan ikut sunnah Nabi SAW.
10. Pastikan rezeki yang ibubapa terima benar-benar berkat dengan mengelakkan perkara haram dan syubahat serta keluarkan zakat pendapatan dan zakat-zakat yang berkenaan. Rezki yang kurang berkat juga jadi punca anak jadi agrasif, tidak dengar cakap ibubapa dan extra nakal.
11. Ibubapa baik pulih diri secara bersepadu agar Allah SWT ubah anak-anak jadi hebat dan cemerlang. Prinsip hidup: Jika baik pulih diri kita secara bersepadu, Allah SWT akan ubah anak-anak dan semua orang di sekeliling kita. Juga, semakin rapat kita dengan Allah SWT, maka Allah SWT akan perbaiki hubungan kita dengan semua orang.Mulai hari ini baik pulih diri secara menyeluruh dengan:
1. Jaga solat 5 waktu dan lakukan solat-solat sunat qabliah dan ba’diah untuk menampung segala kekurangan dalam solat-solat fardhu kita.
2. Solat taubat dan istighfar 70 kali sehari setiap hari. Lakukan juga solat hajat, istikharah dan tutup dengan solat WITIR setiap malam. Nabi SAW suruh kita untuk solat witir setiap malam sebagai pembalut kepada semua amalan kita setiap hari untuk dipersembahkan kepada Allah SWT.
3. Maafkan semua orang setiap malam sebelum tidur agar hati jadi bersih, badan sihat, wajah jadi anggun, doa dimakbulkan, semua orang sayang dan anak dengar cakap kita.
4. Untuk merangsang ahli keluarga supaya solat dan elok perangai, bacalah Surah Ibrahim (ayat 40). Ini memang doa khas untuk mohon agar diri dan keluarga jaga solat.
5. Baca Doa Pembuka 12 Pintu, Doa Membuang Sifat Negatif, Bismillah 5 dan Ayat Qursi. Pengalaman menunjukkan sesiapa yang mengamalkan doa-doa tersebut, maka orang bujang akan bertemu jodoh, suami isteri akan bertambah sayang, orang bergaduh akan jadi damai, selesai masalah, langsai hutang, anak-anak jadi hebat dan soleh, hilang perangai buruk seperti enggan solat, dan sebagainya.
6. Pagar diri dengan Fatehah and Surah 3 Qul, hembus tapak tangan dan sapu seluruh badan. Ini akan menghindar daripada gangguan manusia, binatang, jin dan sihir.
7. Lembutkan hati anak kita atau orang lain dengan Fatehah, Surah Al-Hasyr (ayat 21-24), Surah Ta Ha (ayat 1-5),Ayat Qursi dan hembus ke badan, makanan, gambar atau pakaian yang sudah dipakai sebelum dicuci atau sekadar menghembus ke arah orang itu dari jauh.
8. Layan anak lebih baik daripada biasa agar dia rasa bersalah jika ingkar perintah ibubapa.
9. Setiap kali nak masuk rumah, pesan kepada semua ahli keluarga kita untuk baca Bismillah 3 kali, senyum, beri salam dan masuk dengan melangkah kaki kanan dahulu. Ini akan menghindarkan syaitan bernama DASIM daripada masuk ke kepala kita dan ganggu manusia supaya berkonflik, suami isteri supaya bergaduh hingga bercerai berai, anak-anak melawan ibubapa, anak-anak bergaduh sesama sendiri, anak-anak jadi extra nakal, dan sebagainya.
10. Setiap kali nak nasihati anak, nak suruh anak solat atau belajar, bacalah 3 Nama Allah: Ya ‘Aziz, Ya Jabbar, Ya Mutakabbir dan hembus ke arah dia jika masih jauh atau berdehem depannya jika sudah berhadapan. Ini akan melembutkan hatinya agar dapat mendengar cakap atau hujah ibu.
11. Jika terlalu sedih atau tertekan, bacalah 3 doa Nabi SAW:
“Inna lillahi wainna ilahi rojiuun. Ya Allah, aku redha dengan segala ujianMu, berilah aku pahala atas redha ini. Ya Allah, aku ada masalah anak sukar nak dengar cakap ibubapa. Ya Allah, Kau bantulah selesaikan masalahku. Kau jadikan dia anak yang soleh, sabar, pintar, baik akhlak, mendengar cakap ibubapa, rajin belajar dan sebagainya. Insya Allah hati akan tenang dan doa akan dimakbulkan.
12. Baca Al-Fatehah, Ayat Qursi dan Surah Al-Insyirah dan hembus atas kepala anak kita setiap hari hingga aqil baligh. Ini akan membantu dia jadi anak yang soleh, pintar, berakhlak mulia dan taat kepada ibubapa.
13. Cuba nasihati anak semasa dia tidur dengan berbisik di telinganya atau sekadar bercakap dalam hati. Nasihatkan agar jadi anak yang baik, sopan santun, dengar cakap ibubapa, dan sebagainya. Ikut kajian dan pengalaman peribadi saya, jika kita istiqamah menasihati anak kita semasa mereka tidur, anak-anak insya Allah akan berubah menjadi anak yang baik.
Cuba amalkan selama 40 hari, kerana tabiat baru terbentuk dalam masa 40 hari. Insya Allah segala masalah anak yang keluarga anda hadapi akan selesai langkah demi langkah.
Selamat beramal dan moga berjaya, WASSALAM.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Asymawi, pelajar Politeknik Melaka, sanggup bekerja sebagai penghantar makanan demi menyambung pengajian dan membantu keluarga selepas melihat pengorbanan besar bapanya.