Siapa yang ada tanam cili mesti biasa berdepan dengan bermacam-macam serangan penyakit pada tumbuhan tersebut.
Tak kiralah pada bahagian batang, daun bahkan buahnya juga tidak ketinggalan. Jika dibiarkan, pokok yang subur pada awalnya pasti mati jika tidak dirawat.
Umumnya, penggunaan racun adalah pilihan paling senang. Namun penggunaan racun yang kerap tidak bagus untuk tumbuhan yang dimakan.
Jadi, lebih baik untuk mengawal serangan serangga perosak kita gunakan bahan yang lebih selamat sebagaimana yang dikongsikan oleh Lebai Kudin ini.
Hari ni Lebai Kudin nak kongsi cara buat kawalan serangga sendiri untuk menghalang lalat putih @ bena putih untuk pokok cili dan sayuran.
Alhamdulillah belalang dan semut pun takde. Yang penting tiada racun berbahaya digunakan.
Ads
Bahan-bahan :
1 sudu shampoo kanak2 Johnson’s jenis soft and smooth
1 sudu cuka makan
Bancuh dalam 1 liter air
Cara-caranya:
Spray ke seluruh pokok cili terutama bahagian bawah daun.
Ads
Spray seminggu sekali atau 2 kali ikut keperluan.
Kenapa guna shampoo kanak2?
Ads
Sebab shampoo ni tiada kimia merbahaya, kurang berbuih, tidak merosakkan pokok dan tiada kesan sampingan.
Cuma cili perlu dibasuh sebelum dimakan. Selamat mencuba. Semoga bermanfaat. Inshaallah.
Sekali lagi perkongsian lelaki yang menggunakan gelaran #superdaddy ini menyentuh hati pembaca di laman facebooknya. Jika sebelum ini, saudara Khairul Abdullah sering memuat naik kisah tiga anak lelakinya selain throwback kisah bersama arwah isteri, namun perkongsian kali ini mengenai ibunya cukup berinspirasi.
Kisah ketabahan ibunya yang hidup dalam serba kesusahan namun, demi melihat wajah cucu yang dinanti selama 10 tahun, dia sanggup terbang beratus ribu kilometer ke tempat yang cukup asing, sendirian tanpa ditemani sesiapa. Namun, ibu ini selamat tiba ke destinasi tanpa sebarang masalah, biarpun dia hanya fasih berbahasa melayu. Satu kisah yang cukup mengagumkan.
Itu mak, usianya 67 tahun dan masih sihat.
Mak cuma orang kampung yang sekolahnya hanya sampai darjah 4. Lari meninggalkan sekolah dan ibu tirinya demi untuk mencari ibu kandung berbekalkan RM1.20 di dalam poket.
Hidupnya susah dari kecil sehinggalah saya lahir dia masih susah. Kami tinggal jauh di ulu, tempat jin bertendang kata mak. Rumah dikelilingi hutan dan semak.
Ular, lipan, kala jengking, biawak, musang biasa berkampung di bawah rumah atau kadangkala terlepas masuk ke dalam rumah.
Mak boleh membaca, mengira dan menulis, berkat belajar sehingga darjah 4. Selebihnya mak hanya tahu buat kerja rumah dan menoreh getah.
Dunianya hanya di kebun getah atau di rumah bersama keluarganya. Jarang ke mana-mana. Kuala Lumpur hanya dilihat di kaca tv sahaja apatah lagi tempat lain di dunia.
Namun pada 2014, saya pinta mak untuk datang melihat cucunya yang baru lahir, cucu yang 10 tahun dia tunggu. Mak setuju, lalu saya terbangkan dia seorang diri ke Frankfurt, Germany.
Seorang diri tanpa ditemani siapa-siapa demi untuk melihat cucunya Khaleef.
Semua orang gementar, mak yang hanya tahu berbahasa melayu dengan loghat Kedah yang pekat perlu terbang ke negara yang mana orangnya jarang sekali bercakap inggeris, apatah lagi bahasa Melayu loghat Kedah.
Namun mak sampai dengan selamat.
Dan hari itu, buat pertama kalinya mak melihat dunia. Dunia yang dia tak pernah bayangkan, dunia yang salji turun memenuhi gunung dan buminya. Dipegang dan dibaling-baling salji itu semahunya.
Luas dan indahnya bumi Allah ini katanya.
Sejak itu dia terbang sentiasa. Terbang melihat dunia.
Hari ini, mak terbang selang seminggu, berulang-alik untuk melihat cucu-cucunya. Lapangan terbang adalah destinasi biasa buat dia. Dia sudah mahir selok belok dan tahu cara di mana-mana airport pun.
Nak menghantar dan menjemput dia pun tak perlu masuk ke dalam dah, drop sahaja di pintu masuk dan dia tahu mana nak tuju dan tunggu sahaja di gate mana yang akan dia beritahu bila dia sampai nanti.
Yer, mak masih terbang seorang diri.
Dia frequent flyer.
Sesekali dia pinta untuk naik keretapi, bosan juga kerap sangat terbang katanya.
Saya mungkin menjadi orang yang pertama naik kapal terbang di dalam keluarga kami dan saya juga orang yang paling kerap travel.
Namun hari ini rekod naik kapal terbang paling banyak dipegang oleh mak.
Biarpun pelbagai kontroversi melanda dirinya, namun Pendakwah Bebas yang kian meningkat namanya ini begitu kental semangatnya. Tidak mudah patah semangat biar pelbagai rintangan dan dugaan melanda.
Rupa-rupanya kekuatan beliau datangnya dari insan yang cukup mulia dalam hidupnya. Patutlah anak yang hebat datangnya dari ayah yang hebat.
Berkongsi kisah insan kesayangannya yang tidak diketahui ramai, Mohd Noor Awang Ngah, 64, yang merupakan ayah kepada PU Amin rupa-rupanya adalah orang kurang upaya (OKU) cacat penglihatan (buta) sejak dilahirkan.
Amin, 29, atau nama sebenarnya Mohamad Amirul Amin Maula Lokman Hakim biarpun OKU namun itu bukan satu penghalang buat bapanya menjelajah ke seluruh negara untuk mengajar al-Quran kepada orang buta.
“Walaupun Abah buta tapi hatinya celik. Dia boleh membaca dan hafal al-Quran. Dia juga buat banyak buku Braille untuk orang buta baca. Kalau bergerak sendiri, Abah akan menaiki komuter atau bas untuk pergi berdakwah. Bayangkan dengan tongkat sebagai peneman, dakwah tetap berjalan.
“Dia tak penat ke seluruh negara untuk ajar al-Quran kepada orang buta. Dahulu dia menabur bakti menterjemah dan mengajar al-Quran di Brunei Darussalam.
“Kini walau diri makin dimamah usia, Abah masih bertenaga untuk ajar al-Quran. Alhamdulillah ada Mama yang kuat dan adik beradik yang membantu. Semoga Abah dapat melihat kami satu keluarga di akhirat kelak,” katanya.
Malahan, daripada bapanya beliau meminjam semangat untuk terus berjuang.
“”Abah selalu cakap, dalam berdakwah ada sedikit pedih kerana itu adalah lumrah. Pesannya jangan berhenti berdakwah meski dihina dan dikecam masyarakat. Setiap kali saya dihina dan dikecam, Abah akan menitiskan air mata,” katanya.
Menurut Amin, dia mudah tersentuh apabila melihat orang cacat penglihatan kutip derma, jual tisu, menyanyi tepi jalan dan golongan OKU diperlekehkan.
Dikatakan kulit telur kering mengandung banyak khasiat dan bermaanfaat untuk dijadikan sebagai baja organik untuk tanaman.
Hasil analisis dalam kandungan tanah, kulit telur menunjukkan kandungan kalsium terdiri atas kalium, kalsium, fosfor, dan magnesium, masing-masing sebesar 0,121; 8,977; 0,394; 10,541%. Kalsium (Ca) pada tanaman berperanan untuk merangsang pembentukan bulu akar, mengeraskan batang tanaman, dan merangsang pembentukan biji.
Atas sebab itu, tidak hairanlah ramai antara kita akana mengumpul kulit telur ayam untuk dijadikan baja untuk tanaman mereka. Cara ini bukan sahaja menjimatkan, malah terbukti mendatangkan hasil yang baik untuk tanaman.
Dan untuk mengetahui cara untuk hasilkan baja kulit telur ini, di sini dikongsikan langkah demi langkah untuk pemahaman bersama.
Step 1 : Kalau ada kulit telur jangan buang, kumpulkan.
Step 2 :Hancur-hancurkan kulit telur untuk mudahkan digoreng tanpa minyak di dalam kuali.
Step 3 : Sangai sehingga kulit telur berubah warna. Kemudian biarkan sejuk.
Step 4 : Masukkan dalam mesin pengisar.
Step 5 : Kisar hingga hancur.
Step 6 : Siap. Bolehlah taburkan sesudu pada pokok tanamam
Sumber : Sham Zanna Vai Berkebun D Rumah
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di