Umum mengetahui hingga kini masih belum ada vaksin yang ditemui untuk merawat pesakit Covid-19.
Pun begitu, terkini dikatakan pesakit yang telah sembuh, plasma darah mereka sangat bernilai untuk menyelamatkan lebih banyak nyawa.
Semoga dengan ini lebih ramai bekas pesakit Covid-19 untuk tampil menjadi penderma. Ini sebagaimana apa yang disarankan oleh doktor ini.
“Selagi kau tak mati, takda sebab kau berhenti rawat orang”
Kau patut syukur kau positif covid-19!
Beberapa hari lepas sempat berbual dengan salah seorang sahabat saya yang baru didiagnos positif covid-19. Dia tertekan. Tak tahu dari mana punca.
Dia cuma hilang deria bau. Makan tak rasa apa. Rasa nak demam tapi lepas telan panadol 2 biji terus kebah. Buat ujian, positif!
Ads
Siapa tak tertekan kalau positif. Tertekan kena kuarantin. Tertekan risaukan anak dan isteri turut dijangkiti. Tertekan mungkin keadaan diri akan jadi makin teruk.
“Kau jadi doktor kau rawat pesakit. Kau jadi pesakit, kau tetap jadi doktor”
“Apa maksud kau?”
“Kau tahu kan pasal plasma terapi? Kau muda,tiada penyakit. Kemungkinan kau sembuh tinggi. Darah kau sangat bernilai sebab mampu bagi peluang orang lain hidup”
Ads
“Aku tahu”
Sehingga kini belum ada vaksin covid-19 ditemui tapi ada satu kaedah untuk merawat pesakit covid-19 iaitu terapi plasma.
Apabila virus ini masuk ke dalam badan,badan hasilkan antibodi. Antibodi ini kekal didalam plasma darah pesakit setelah sembuh.
Di Korea, dua warga emas positif covid-19 dan dalam keadaan kritikal beransur pulih setelah diberi rawatan terapi plasma.
Ads
Di Malaysia sehingga hari ini seramai 2,108 pesakit telah sembuh dan dibenarkan pulang.Antara mereka ada yang telah dipanggil untuk derma plasma.
Darah ada dua komponen iaitu darah merah dan plasma. Apa yang kita perlukan adalah plasma manakala darah merah kita pulangkan, jadi penderma tiada rasa kekurangan darah. Kita akan menggunakan plasma bekas pesakit itu untuk merawat pesakit lain.
Kepada pesakit yang telah sembuh, darah anda sangat mahal dan boleh menyelamatkan lebih banyak nyawa. Jangan takut untuk tampilkan diri. Jangan takut derma darah.Anda adalah hero negara!
Sebarkan info bermanfaat ini pada rakan anda kerana mungkin ada dikalangan mereka terpilih untuk derma darah tapi takut untuk tampilkan diri.
sumber : Dr. Ahmad Samhan
-Hikmah menderma,Allah sebaik perancang-
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Bakal menamatkan zaman bujang dalam masa terdekat, hari ini pelakon jelita Mira FIlzah selamat melangsungkan majlis khatam al-Quran di kediamanya di Bangi pagi tadi.
Bakal melangsungkan perkahwinan dengan Wan Emir Astar, anak kepada Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datin Mastura Mohd Yazid, Mira berkata dia tidak mengadakan majlis berinai kerana tidak digalakkan keluarganya dan ia digantikan dengan majlis khatam al-Quran.
“Alhamdulillah, majlis secara sederhana ini berjalan lancar. Ia diadakan atas permintaan keluarga dan kehendak bersama. Keluarga tak menggalakkan membuat majlis berinai. Lagipun majlis khatam al-Quran lebih baik untuk diadakan sebelum menuju ke gerbang perkahwinan,” katanya.
Dalam masa sama, Mira masih merahsiakan tarikh rasmi majlis pernikahannya dengan Wan Emir yang dijangka akan berlangsung dalam waktu terdekat ini.
Pada majlis khatam al-Quran yang hanya dihadiri keluarga terdekat itu, Mira mengenakan persalinan jubah berwarna merah jambu.
Menurut Mira, majlis turut diadakan bersama adik bongsunya, Nur Aina Fadhilah yang akan melangsungkan pernikahan esok.
“Majlis ini adalah gabungan saya dan Aina kerana dia bakal melangsungkan pernikahan esok. Jadi kami mengambil peluang untuk adakan majlis ini serentak memandangkan kakak sulung yang menetap di New York dapat pulang ke Malaysia untuk menyaksikan majlis penting kami. Dia juga tidak boleh berada di sini dalam tempoh yang panjang kerana kekangan kerja,” katanya.
Terdahulu, Mira menerusi satu rakaman bual bicara santai bersama Ustazah Asma’ Harun mendedahkan sudah bertunang dengan seorang jejaka pilihan hatinya.
Manakala, pada 16 Julai lalu ketika ditemui media, Mira mengakui kini tunangan orang dan bakal melangsungkan perkahwinan dalam masa terdekat.
Sumber : Hmetro
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sebutlah apa sahaja menu utama yang dimasak setiap hari, pasti kita akan menggunakan bawang sebagai antara bahan utama di dalam ramuannya. Tanpa bawang seakan hilanglah rasa ‘manis’ dan aroma masakan tersebut.
Jadi untuk memastikan stok bawang sentiasa ada, selain perlu membelinya di pasar atau kedai-kedai runcit, ada baiknya kita mencuba untuk menanam bawang sendiri di laman rumah.
Ini sebagai mana menurut Azlina Mat Lazim, bawang sesuai di tanam di tanah lapang dengan keadaan cuaca panas dan tanaman bawang ini tidak suka dengan air.
Tambahnya lagi, biasanya untuk menanam bawang perkara utama kena lihat tujuan ia ditanam. Sama ada ditanam untuk isinya atau menanam bawang untuk diambil daunnya sahaja. Tujuan yang berbeza ini akan menentukan cara tanaman yang perlu dibuat. Ini sebagaimana yang dijelaskan detail oleh Azlina. Semoga ianya bermanfaat dan selamat mencuba!
Mudahnya Tanam Bawang
Tanam untuk tujuan dapatkan ubi bawang caranya potong akar dan kepala bawang seperti gambar di bawah.
2. Jika tanam untuk tuaian daun, hanya potong kepala bawang seperti gambar di bawah.
Tujuan potong kepala bawang untuk percepatkan proses pengeluaran daun bawang. Manakala bawang yang dipotong akar tidak boleh diambil daunnya, nanti mati pokok bawang berebut neutren
3. Bawang perlu medium 2:1.. Pasir dan tanah. Tanam hanya 3/4 sahaja dalam tanah.
bila dah kuar daun tinggi sejengkal..baru timbus bawang tersebut
Ekstra tip :
-Bawang tidak perlu racun serangga sebab serangga takut dengan bau bawang yang kuat.
-Baja masa mula-mula tanam sahaja.
-Ingat bawang macam Kambing, tak suka air. Jangan rajin mandi bawang.
Kalau untuk anak-anak, semua pasti akan ditunaikan oleh ibu ayah asalkan benda itu dalam buatkan mereka selesa. Seperti yang tular baru-baru ini seorang bapa menjadi ‘penyelamat’ bukan sahaja untuk anaknya, tetapi dengan anak-anak murid lain apabila membeli lipas untuk diletakkan ke dalam kelas tersebut.
Tindakan prihatin itu dibuat bapa pelajar terbabit selepas anaknya mengadu berasa panas di dalam kelas berkenaan yang hanya mempunyai tiga kipas sahaja manakala satu daripadanya mengalami kerosakan.
Menerusi hantaran video dibuat pemilik akaun TikTok bernama Hanafi Yahya, anaknya bernama Hariz yang belajar di Sekolah Kebangsaan Slim River, Perak mengadu panas dan berasa kasihan terhadap kawan-kawan serta guru yang berasa tidak selesa.
“Selepas melihat keadaan kelas, memang panas kerana kipas yang ada tiga di tengah-tengah satu sedang rosak. Pelajar di tepi kelas tidak dapat merasa angin.
“Selepas panggil juruteknik, saya beli satu kipas siling dan empat kipas dinding, buat pendawaian siap-siap supaya kemas dan selamat. Semoga cikgu dan rakan Hariz selesa nanti,” tulisnya.