Bukan biasa-biasa aje jika anak mengadu kawan minta belanja makanan atau minta duit sekolahnya. Biasanya situasi ini dialami oleh anak yang baru memasuki darjah satu. Kini walaupun sudah memasuki bukan kedua, tentunya ada anak yang mengadu sebegini.
Hari ini, perkongsian yang dipaparkan oleh guru ini Mohd Fadli Salleh ada benarnya. Ibu bapa jangan anggpa ia perkara biasa dengan mengatakan ia perkara biasa. Menurut guru sekolah rendah ini, situasi ini jika dibiarkan boleh menjadi pencetus kepada kes buli di sekolah.
Beliau turut berkongsi apa tindakan yang perlu dilakukan oleh anak kita apabila berlaku situasi sebegini.
Kes murid minta duit kawan, ambil makanan, minum air kawan, ambil pensel dan barang gini banyak berlaku terutamanya murid tahap 1.
Bagaimana nak atasi masalah seperti ini?
Wajib lapor pada guru Pertama sekali, mesti laporkan pada guru kelas. Wajib laporkan agar guru tahu. Kadangkala cikgu tak tahu hal ini berlaku.
Ibubapa pula tak nak report risau guru akan kata mereka ni terlampau manjakan anak atau segelintir ibubapa rasa benda ni biasa.
“Biasalah, budak-budak.”
Tak tuan-tuan, hal ini bukan biasa. Hal ini mesti dimaklumkan pada guru agar guru boleh ambil tindakan. Murid yang suka meminta itu perlu dinasihatkan. Malah mungkin akan ada amaran jika berterusan.
Guru pula perlu ambil perhatian tentang aduan sebegini. Sekali imbas nampak remeh, namun kesannya besar pada murid yang dibuli dan pembuli akan terus membuli.
Ya, hal seperti ini sebenarnya sejenis buli juga.
Ads
Pesan pada anak kena tegas
Langkah kedua, kena pesan pada anak-anak agar bertegas pada tempatnya.
“Tak boleh, ini duit saya!”
“Jangan ambil makanan saya lagi.”
“Jangan ambil pensel saya!”
Kata pada anak, biarlah hilang kawan yang suka ambil kesempatan. Carilah kawan lain yang lebih baik dari itu. Tidak rugi hilang kawan yang suka ambil kesempatan ini.
Kanak-kanak ni cukup kalah dengan ayat,
“Kau tak beri aku tak nak kawan.”
Mereka ini begitu takut kehilangan kawan. Ayat begitu sangat banyak dijadikan senjata oleh pembuli cilik. Sayangkan hubungan itu, maka anak kita terus diambil kesempatan.
Ads
Dah sampai masa kita didik anak memilih kawan yang betul. Dah sampai masa kita ajar anak menolak dan menjaga hak mereka. Dah sampai masa kita ajar anak kita tidak lagi boleh diperguna.
Bersedekah
Dan langkah terakhir adalah langkah paling murni dan terpuji.
Bersedekah.
Buat bekal makanan lebih, bagitahu anak,
“Nanti adik kongsi dengan kawan yang selalu ambil makanan adik tu ya. Mungkin keluarga dia miskin. Ni mama buatkan lebih dah. Bagi kat kawan satu, adik satu.”
Kalau rajin, cuba siasat kawan anak kita tu. Mungkin dia anak yatim. Mungkin keluarga dia miskin. Sesekali kirim duit lebih pada anak suruh belanja kawan itu jika mereka benar-benar tidak mampu.
Itulah yang paling terpuji dan murni.
Guru beri amaran sehingga lapor pada ibu bapa
Ads
Namun jika kawan anak itu memang anak orang berada, tapi memang sikap dia yang suka meminta-minta, laporkan pada cikgu.
Lapor sekali tak jalan, lapor dua kali. Dah lapor dua kali anak kita masih dibuli, masih diambil makanan dan duit, lapor pula tiga kali.
Lapor dan terus lapor sehingga tindakan yang sepatutnya diambil guru.
Aku pernah handle kes begini. Budak yang membuli itu tidak makan saman.
Aku bagi nasihat dengan lembut tak jalan. Aku bagi amaran pun tak jalan. Suruh ganti duit sampai ke sudah tak ganti walau pembuli tu bawa duit RM4 sehari. Sehingga lebih RM30 hutang tak berbayar.
Akhirnya aku hubungi ibubapa pembuli dan maklumkan sikap anak mereka. Ibubapa murid tersebut mengganti duit kawan anaknya dan meminta maaf.
Mereka didik pula anak mereka di rumah dan selepas itu kejadian ini tidak lagi berulang.
Sebab itu lapor pada guru penting. Jangan ambil tindakan terus hubungi mak ayah pembuli dan maklumkan sendiri.
Akan jadi pergaduhan antara ibubapa pula nanti. Akan jadi bermasam muka.
Jika guru yang laporkan, InsyaAllah ibubapa boleh terima.
Semoga sedikit perkongsian aku kali ini memberi manfaat kepada ibubapa yang sering dalam dilema bila kes ini berlaku pada anak-anak mereka.
Sejak perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan tentu kita digalakkan membeli barang keperluan rumah untuk digunakan dalam tempoh yang lama. Ia bertujuan bagi memastikan ketua keluarga tidak kerap keluar.
Jadi untuk mengelakkan pembaziran, kita harus tahu cara yang dan berkesan untuk menyimpan bahan dapur supaya tahan lama dan segar. Ia termasuk barangan basah seperti daging, ayam, ikan dan sayur-sayuran.
Melalui seorang pengguna Twitter @anasulianna beliau berkongsi cara penyimpanan barang basah supaya tahan lama dan kekal segar. Viral hingga raih 9.7K retweet. Ikuti perkongsian.
Balik beli groceries, rehat kejap, pastu bukak lagu duduk dapur sorang2 cuci ayam, cuci ikan, packing sayur sayur. My kind of me time.
2-3 jam penat berbaloi sebab urusan masak jadi mudah, duit pun jimat sebab cara simpan betul tak cepat rosak ✨#dapoanapic.twitter.com/XEOqDaEk0X
Ayam ana pack 2-3 ketul satu pack untuk sekali masak. Sebelum ni buat 4 ketul tapi kalini size ayam besar. Makan jimat jimat sikit pasni. So kecikkan size. Ana dengan suami je makan laukz Anak2 biasa makan isi2 ayam buat sup,pasta or telur. Sekali beli 3 ekor dapat 13 packs.
SAYUR-SAYURAN DAN BAHAN KERING
• Sayur berdaun xbasuh terus potong2. Lapik tisu dapur dalam ziplock bag, masuk sayur2.
Hati ibu mana yang tidak luluh bila anak yang selama ini sihat membesar di depan mata, tiba-tiba dikhabarkan menghidap penyakit kronik. Bukan calang-calang jenis penyakit yang ditanggung; barah otak tahap 4!
Itulah dugaan besar yang harus diterima oleh Puan Nurul Ashiqin Bt Abd Rahman, 29 tahun bersama seisi keluarganya.
Menerusi akaun Facebook miliknya, ibu muda ini meluah rasa dan berkongsi derita yang ditanggung oleh anaknya serta memohon agar ramai mendoakan kesihatan anaknya itu.
Semoga keluarga ini terus tabah dan buat adik Huzaifah marilah kita sama-sama doakan semoga diberi kesembuhan, Amin.
Ini perkongsiannya.
Asalamualaikum, saya ibu kepada MUHAMMAD AL HUZAIFAH BIN AHMAD FARHAN anak kami yang berusia 3 tahun 5 bulan ,under doc hospital Pulau Pinang, telah 2 kali menjalani operation otak.
Berharap anda mendoakan anak saya yang menghidap kanser otak stage 4 supaya dipermudahkan segala urusan, di angkat segala kesakitan, sentiasa berharap ada kejaiban buatnya.
6/7/19 tiba-tiba tak boleh berjalan dah di sahkan menghidap kanser otak, sama-sama kita doakan semoga dia sembuh, mohon share supaya ramai yang mendoakan anakanda saya amin yrab alamin.
Ini pula perkembangan terkini anaknya yang dikongsikan bertarikh 20/9/19.
Sejak semalam keadaan abang merosot sikit, air liur dah start meleleh banyak dan kepala senget belah kanan, sebab kanser tu stay kat belah kanan, harap abang ok la.
Mengimbas kembali sebelum disahkan mengidap kanser, nyata anaknya itu sama seperti kanak-kanak lain. Aktif dan bijak.
Ramai yang tanya sejak bila Huzaifah sakit, Huzaifah sebelum ni kanak-kanak biasa jugak lari sana lari sini, petah berkata-kata , bijak sangat, umur 1 tahun 8 bulan dah pandai cakap,umur 2 tahun lebih dah pandai baca doa makan sampai habis, abang baik semua orang sayang abang, lesung pipit abang, ibu rindukan senyuman abang tu.
Kisahnya bermula 6/7/19 tiba-tiba bangun dari tidur dia tak boleh jalan, ibu terkejut keputusan doktor yang mengatakan abang menghidap kanser otak, sampai la sekarang ibu masih menantikan abang sembuh,semua sekelip mata ibu rasa macam dalam mimpi, ibu abi menangis bila kenangkan abang, ibu abi tak nangis depan abang, ibu tak nak abg sedih.
Ibu berharap satu hari ada kejaiban buat abang, abang boleh berjalan, abang sihat , semua orang terus doakan abang , ramai yang melawat abang, ramai yang sedekahkan abang duit,, ramai yang tak putus-putus tanya khabar, rezeki anak ibu ramai yang sayang abang.
Baru sahaja Malaysia dikhabarkan dengan berita gembira apabila atlet olahraga Paralimpik negara, Muhammad Ziyad Zolkefli muncul rakyat Malaysia pertama berjaya mempertahankan pingat emas Sukan Paralimpik buat kali kedua berturut-turut.
Lebih manis, Ziyad memenangi pingat emas acara lontar peluru F20 Sukan Paralimpik Tokyo 2020 di Stadium Olimpik sebentar tadi dengan rekod dunia baharu menerusi lontaran sejauh 17.94 meter (m).
Namun tidak lama, terkini, kemenangannya dibatalkan selepas dia dianggap tersingkir kerana dikatakan lewat masuk ke call room sebelum pertandingan dimulakan.
Menurut laman Facebook Team Malaysia, pingat emas itu secara rasmi diberikan kepada atlet Ukraine, Maksym Koval, yang membuat bantahan selepas kemenangan Ziyad.
Dalam pada itu Sekretariat Malaysia membuat bantahan rasmi kepada penganjur ekoran penarikan pingat emas Ziyad sebentar tadi.
Rupanya pernah menjual Kuey Teow sebelum sertai MSN
Untuk berjaya dalam sesuatu bidang bukannya suatu yang mudah. Perlu melalui kesukaran untuk meneruskan kehidupan. Begitu juga dengan kisah Muhammad Ziyad ini yang kini menjadi bualan hangat di media sosial setelah emasnya ditarik balik. Ikuti biodata moga menjadi semangat kepada anak muda yang lain.
Menurut ayahnya, Zolkefli, sebelum Ziyad menyertai Majlis Sukan Negara, beliau menjual Kuey Teow di Jalan Tuanku Abdul Rahman.
1. Berusia 26 tahun, Ziyad menghidap masalah pembelajaran (intellectual impairment) dan ia dikenal pasti ketika beliau berada di bangku tadika.
2. Ziyad merupakan anak sulung daripada empat beradik.
3. Menurut portal Paralympic, Ziyad mula menceburi sukan ini sejak tahun 2008. Ia merupakan satu acara sukan yang wajib di sekolahnya.
4. Ziyad membuat kemunculan pertama dalam Kejohahan Paralimpik di London pada tahun 2012, dan ketika itu beliau berjaya memenangi pingat gangsa.
5. Selepas kemenangannya dalam Kejohanan Dunia 2013, Ziyad diiktirafkan sebagai Atlet Paralimpik Negara Terbaik bagi tahun 2013 oleh Anugerah Sukan Negara.
World Quran Convention 2025 mengetengahkan tema ‘Trade With Allah’ berasaskan Surah Al-Saff sebagai panduan utama solusi ekonomi Islam global. Program dua hari ini membuka ruang memahami keseimbangan antara spiritual dan ekonomi moden.