Pelakon dan hos, Elly Mazlein memuatnaik sebuah video yang memaparkan gelagat anak lelaki, Haider Mateen yang sangat manja dan rapat dengannya.Video yang di ambil ketika selebriti ini dan keluarga pergi bercuti baru-baru. Haider yang sedang dipangku oleh Elly Mazlein memeluk dan mencium pipi ibunya tanpa henti. Biarpun hanya nampak sisi wajah anak lelaki namun rata-rata geram melihat gelagatnya itu.
Selain gelagat Haider, turut kelihatan di dalam video tersebut adalah anak perempuan Elly iaitu Putri Sara Sefhia yang sedang mandi di kolam bersama papanya, Mohamad Azlan Che Nuh.
Sememangnya Sefhia cukup manja dengan papanya kerana sebelum ini banyak dikongsikan keakraban dua anak beranak ini.
Ads
menerusi kapsyennya, Elly turut menguarakan pertanyaan kepada pengikutnya adakah anak lelaki sememangnya sangat manja dengan ibu.
Ibu mana yang tidak keruan apabila anak yang ditatang bagaimanakan minyak yang penuh mengalami kesakitan.
Begitulah situasi menyedihkan buat ibu ini, Cik Puan Ammy yang berkongsi coretan mengenai anaknya mengalami sawan. Beliau juga berkongsia tip juga jika menghadapi situasi ini.
Sejak semalam ramai rakan dan ahli keluarga mesej bertanyakan tentang keadaan Mahsuri. Bila, bagaimana dan kenapa Mahsuri boleh terkena sawan demam… Bukan niat nak menyepi tapi masih dalam keadaan terkejut. Hari ini bila perasaan dah tenang, saya cuba menceritakan apa yang berlaku dan puncanya. Di kesempatan ini juga saya kongsikan sedikit sebanyak panduan yang diberi oleh doktor jika menghadapi anak yg mengidap #Sawan_Demam.
1-2 Ogos adalah satu malam yang amat panjang untuk saya sekeluarga… Malam yang tidak sanggup kami lalui lagi kerana setiap saat hanya berhujan dengan deraian air mata… Mengharap doa dimakbulkan kerana sedar diri ini tidak terlalu sempurna disisiNya… Allahu Akbar.
Ia bermula pada petang Rabu. Mahsuri tiba-tiba demam tetapi tidak terlalu panas. Dia aktif seperti biasa. Saya hanya memberi ubat demam kepadanya dan seperti selalu membawa dia berniaga. Di tempat niaga, dia juga aktif. Makan apa yang ingin dia makan dan main apa yang dia ingin main. Saya tidak terlalu risau memandangkan setiap kali Mahsuri demam ianya tidak akan lama, sehari dua ia akan ‘kebah’.
Habis niaga, jam 11 malam kami sampai dirumah. Mahsuri masih demam. Rutin harian saya, setelah sampai dirumah saya pasti akan mandikan Mahsuri apatah lagi jika dia tidak sihat. Saya pasti akan mandikannya berkali-kali dalam satu malam. Tetapi tidak pada hari ini, mungkin kerana pada waktu itu saya terlalu penat tambahan pula dia nyenyak tidur, maka saya tangguhkan untuk esok pagi. Entah kenapa, malam tu saya rasa tidak sedap hati untuk tidur didalam bilik. Saya bawa Mahsuri tidur diruang tamu. Dia sedar dan minta makan. Kebetulan abangnya juga sedang makan. Setelah beberapa suap Mahsuri makan, dia minta untuk menonton ABC Song (youtube). Dia juga aktif seperti biasa.
Jam 2 pagi… Semuanya bermula disini. Saya terbangun dari tidur kerana rasa seperti digigit (Mahsuri breast feeding). Selalunya dia tidak pernah menggigit. Saya alihkan mukanya dan betapa terkejutnya saya bila dapati matanya telah keatas dan seluruh badanya kejang. Saya menjerit sekuat hati memanggil suami yang tidur dibilik. Nasib baik menyebelahi saya kerana memilih tidur diruang tamu kerana terang. Jika saya tidur di bilik pasti tidak nampak keadaan Mahsuri kerana gelap. Suami bergegas bangun dan mendakap Mahsuri. Alhamdulillah badannya kembali lembut dan matanya kembali normal. Tetapi ianya bertahan selama beberapa minit sahaja, badannya yang lemah tadi tiba-tiba menggigil dan dia mengetap giginya. Tanpa berlengah lagi, kami terus membawanya ke hospital. Sewaktu di dalam kereta, saya lihat bibirnya biru dan matanya sudah tertutup, badannya juga sudah terkulai. Ya Allah…
Pada waktu itu hanya tuhan sahaja tahu perasaan kami. Tanpa berlengah lagi, saya mencengkam mulutnya yang terkatup rapat dengan kuat dan memasukkan jari terlunjuk saya bagi membantu Mahsuri bernafas. Terbukanya mulut Mahsuri, banyak air liur yang berbuih keluar mengalir. Mahsuri kembali kejang. Walaupun bergitu kami lega kerana Mahsuri masih bersama kami. Dalam perjalanan kami tempuhi satu sekatan jalan anggota PDRM. Suami sedaya upaya bunyikan ‘hon’ banyak kali sambil kami menjerit
“tolong tuan… Anak saya sawan…”
Berkali-kali supaya kereta dihadapan ketepi untuk memberi laluan kepada kami. Alhamdulillah PDRM telah memberi kerjasama yang baik dan amat kami hargainya. Sepanjang jalan, pada tiap kali Mahsuri berhenti menggigit dan terkulai, saya akan menggoncang tubuhnya sekuat hati sambil memanggil namanya berharap dia ‘respon’.
“Sayang… gigit mama sayang… Jangan berhenti… Gigit kuat-kuat”
Setiap kali Mahsuri sedar dia akan kembali kejang dan bergetar. Surah Al Fatihah tidak berhenti berkumandang dari mulut suami. Kalimah syahadah juga tidak berhenti saya bisikkan ketelinganya. Pagi itu terasa perjalanan kami ke hospital sangatlah jauh walaupun jalan raya lengang. Saya tidak tahu berapa lajunya suami saya memandu namun saya masih berasa kereta itu bergerak amat perlahan sehingga saya memaksa suami memandu dengan lebih laju.
Setibanya di hospital (HTJ Seremban), Mahsuri disambut oleh beberapa orang pegawai perubatan dan terus ke zon merah. Letak sahaja Mahsuri dikatil, jari saya segera dilepaskan oleh doktor dari mulut Mahsuri. Luluhnya hati seorang ibu melihat anaknya dalam keadaan bergitu. Saya tidak pernah melihat suami saya menggigil seteruk itu. Kasihnya seorang bapa. Melihat keadaan kami yang tidak tenang. Doktor meminta kami bertenang dan menunggu diluar sementara mereka memberi rawatan kepada Mahsuri. Kami akur… Sepanjang masa kami berdoa mohon kepada Allah Swt agar diberi kesempatan kepada kami menjaga Mahsuri lagi. Berapa minit kemudian, kami dipanggil untuk menceritakan pada awal Mahsuri demam sehinggalah Mahsuri mendapat sawan demam atau dikenali sebagai #Febrile_Seizure. Saya merenung Mahsuri yang tidak sedarkan diri. Tubuh kecil itu bergetar dan matanya pejam kemas. Saya mengusap lembut kepalanya.
” Auciii… Auciii sakit ya… Mama baba ada Sayang…”
Saya bisikkan ketelinganya dengan lembut.
1 jam lebih di ’emergency room’, Mahsuri kembali tenang. Tubuhnya tidak lagi bergetar. Doktor mengatakan dia sedang berehat. Mahsuri ditolak ke ‘ward’ untuk rawatan selanjutnya.
PEGAWAI PERUBATAN BAGI INFO TENTANG SAWAN.
Semasa menunggu Mahsuri sedar saya didedahkan oleh pegawai perubatan mengenai sawan demam. Apa itu sawan demam. Apabila suami ‘up status’ di FB mohon kawan2 bantu mendoakan Mahsuri, rupanya ramai para kenalan mengalami nasib yang sama dengan kami. Ada juga yang tidak berpengalaman bertanya bagaimana ia menyerang, tanda-tanda sebelum ia menyerang dan bagaimana cara untuk merawatnya sementara ke hospital.
Di sini saya kongsikan sedikit sebanyak keterangan doktor kepada saya.
Apa itu #Sawan_Demam_(Febrile_Seizure)
Ianya disebbkan oleh demam panas d kalangan bayi atau kanak2 kecil yang normal. Berbeza dengan #Sawan_Babi_(Epilepsi) ianya adalah sawan yang berulang2 tanpa disebbkan oleh demam.
2.5% drpd kanak2 normal boleh menghidap sawan demam.
Tanda-tandanya…
? Badan terasa panas.
? Badan dan kaki tegang.
? Kaki dan tangan tersentak2 tanpa ransangan.
? Mulut berbuih.
? Terberak atau terkencing.
? Tertidur dan tdk sedarkan diri seketika. Apabila sedar kelihatan bingung dan kembali aktif.
? Kebanyakan berlaku melebihi suhu badan 38.5°c dan pada hari pertama demam.
Apa harus dilakukan…?
1. Ibu dan ayah perlu bertenang.
2. Iringkan anak kesisi badan (mengiring ke kiri).
3. Rendahkan kepalanya agar cecair yg ada dalam mulut mengalir keluar.
4. Jika anak mengetap gigi, jangan masukkan sesuatu objek atau jari kedalam mulut anak bimbang akan tercekik atau tercucuk.
5. Lap seluruh badan menggunakan air paip bukan air sejuk bg mengawal panas badan.
6. Jika sawan melebihi 5 minit, ubat diazepam (Valium) melalui dubur perlu diberi dan segeralah bawa ke hospital.
Jika demam berpanjangan.
Berikan ubat2an seperti paracetamol atau ibuprofen utk menurunkan demam. Mandi atau lap badan dengan air paip bukan air sejuk sekerap yg boleh. Bagi anak minum air sejuk, ini dpt membantu menurunkan suhu badan dan mengekalkan hidrasi.
Alhamdulillah… 2 Ogos… Jam 9 pagi Mahsuri sedar dari tidur, ayat pertama keluar dari mulutnya adalah…
“Hai… Hello mama…”
Sambil melambai tanganya… Ya Allah… Leganya hati saya… Terima kasih Allah kerana meminjamkan Mahsuri kepada kami dan memberi kesempatan kami menjaganya lagi….
Moga perkongsian menjadi iktibar bersama.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Telah diumumkan bahawa pada hari khamis ini, 13 Mei 2021, kita semua bakal meraikan Aidilfitri.
Masih sempat lagi untuk melakukan persiapan menghias rumah, menukar langsir dan sebagainya. Paling penting, rumah mesti bersih dan bebas habuk. Paling penting rumah berbau harum!
Apa kata ikut petua ni, tentu rumah kekal wangi dan bersih.
1. RUMAH WANGI SEMERBAK
Tidak perlu beli penyembur wangian lagi di rumah, guna minyak wangi DIY cukup. Caranya, sediakan satu botol penyembur, pelembut kain (Downy paling wangi), dan air kosong. Campurkan air kosong dengan Downy (1:1) ke dalam bekas penyembur, kemudian sebatikan. Sudah siap! Cuba sembur pada katil, langsir, sofa jenis fabrik, karpet, sarung kusyen. Uiihh, bau dia memang semerbak dan kekal lama tau!
2. LANTAI KILAT DAN WANGI
Teknik yang sangat berkesan, mop lantai dengan air panas dan pelembut baju yang wangi. Sediakan air panas dalam baldi, kemudian campurkan sedikit pelembut baju. Kemudian mop macam biasa. Hasilnya, lantai berkilat, bersinar dan wangi!
3. KIPAS BEBAS HABUK
Gunakan sarung bantal lama untuk buang habuk pada kipas. Kalau kita guna kain buruk atau penyapu, habislah semua habuk bertaburan atas lantai. Jadi gunalah sarung bantal lama untuk mudahkan kerja kita. Hasilnya, kips bersih, lantai pun tidak berhabuk.
4. BERSIHKAN BIDAI
Gunakan stoking lama atau span untuk cuci habuk pada bidai atau blinds. Secara tidak langsung, kita boleh cuci kedua belah permukaan bidai kalau guna stokin.
5. CERMIN BERKILAT
Hentikan teknik mencuci cermin guna kain buruk basah. Memang melekitlah cermin kita nanti. Cara tepat mengelap cermin ialah guna surat khabar lama dan pencuci cermin.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Datuk Dr. Sheikh Muszaphar dan isteri Datin Dr. Halina baru-baru ini selamat menimang cahaya mata kelima dan keenam. Ini merupakan kembar yang berlainan jantina dan diberi nama Eusoff dan Emelia.
Dalam satu perkongsian baru-baru ini, pasangan berkenaan mengadakan sesi photoshoot untuk kedua bayi tersebut bagi diabadikan sebagai kenangan.
Cukup menarik dan comel gelagat kembar berdua ini ketika dalam sesi photoshoot berkenaan. Namun, terdapat perkara lucu telah terjadi semasa sesi penggembaran tersebut dijalankan.
Kisah tersebut telah diceritakan oleh salah seorang jurugambar yang mengendalikan laman Instagram syarikat itu.
“Masa ni team kitorang dah atur pose baby. Time ni team masih belum tahu lagi baby bertukar,” tulisnya.
Menyedari tidak sengaja tertukar aksesori yang digayakan, mereka sempat memohon maaf dan mengakui kedua-duanya tampak comel walaupun berlainan jantina.
“Sorry Eusoff dan Emelia, aunty dan uncle tersilap but both of you look so cute,” jelas mereka.
Menurut mereka lagi, perkara itu disedari ketika Emelia mahu menyusu sambil Eusoff mengambil peluang untuk rehat dan tidur.
Memang comel dan menarik gaya yang ditunjukkan pasangan kembar ini. Berbaloi hasil yang dilakukan oleh team photoshoot ini.
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...