Tiada yang lebih bermakna dari rasa bersyukur dan bahagia melihat zuriat yang dinantikan lahir dengan selamat. Malah, lebih istimewa lagi, anak ketiga kepada pasangan Alif Satar dan Shadila Halid berkongsi tarikh lahir dengan ayahnya.
Malam tadi pelakon dan hos terkenal Alif Satar turut berkongsi berita kelahiran anak ketiganya di laman instagramnya.
Ads
Bayi lelaki seberat 3.54 kilogram dilahirkan secara normal dan lebih menarik, cahaya mata itu dilahirkan pada tarikh sama dengan tarikh lahirnya.
“Alhamdulillah, bayi dan isteri saya dalam keadaan baik. Bayi kami pun lahir dalam keadaan sihat.
Ads
“Ini adalah hadiah hari ulang tahun kelahiran yang tidak ternilai buat saya,” katanya kepada Harian Metro.
Pastinya Alif cukup gembira dengan kelahiran tersebut memandangkan sebelum ini dia sudah memiliki 2 cahaya mata perempuan. Alif dan Shad Dilla sebelum ini dikurniakan dua cahaya mata iaitu Ariana, 4, dan Alisha, 2.
Setiap kali menjelang cuti sekolah, antara aktiviti yang dilakukan adalah anak-anak berkhatan. Demikian juga dengan pelakon cantik manis Fasha Sandha.
Memandangkan mereka sekeluarga kini berada di Perlis bagi meraikan majlis resepsi Elisya & Uzair, Fasha dan suami mengambil kesempatan mengadakan majlis khatan anak sulungnya, Rayfal bersama sepupunya.“Masih di Indera Kayangan. Syukur Alhamdulillah Rayfal dah selamat berkhatan bersama sepupu kesayangan Dani Qaleef.
“Alhamdulillah semua nya berjalan dengan lancar. Rayfal dan Qaleef tak sakit, nangis sikit je masa nak cucuk bius, lepas tu, semua ok, Alhamdulillah,” ujarnya menerusi kapsyen.
Menerusi perkongsian yang sama, isteri kesayangan Aidil Aziz ini memuatnaik gambar anak sulungnya yang selamat berkhatan.
Fasha dalam masa yang sama turut merakamkan ucapan terima kasih dan tahniah buat doktor dan keluarga yang banyak membantu.
“Terima kasih doktor-doktor di Klinik Faizah Kangar. Terbaik.
“Simpan disini buat kenangan. Terima kasih buat keluarga. Kami disini mendoakan agar dipermudahkan buat mangsa-mangsa-mangsa banjir,” ujar ibu kepada tiga cahaya mata ini.
Menggunakan lantai semen di ruangan rumah seakan terlihat ringkas dan bersahaja. Biasanya untuk menaikkan seri ruangan lantai simen dan memberi keselesaan pada kaki yang melangkah, akan digunakan tikar getah.
Selain itu, anda juga boleh ‘upgrade’ identiti ruangan lantai simen dengan menggunakan teknik stencil menggunakan cat epoxy sepertimana yang dikongsikan oleh seorang anak ini berkongsi hasil kerja tangan ayahnya untuk memberi rekaan menarik seakan jubin untuk ruang lantai dapur dan bilik yang berlantaikan simen.
Jadi bolehlah anda mencuba untuk hasilkankannya seperti yang dikongsikan oleh Iefa Jovovich.
Hai semua…ayah kembali dengan hasil terbaru. Masih lagi teknik stencil paint kalau sebelum ni ayah cat stencil kat dinding, projek terbaru ayah kali ni stencil di lantai pula.
Teknik sama ja cuma penggunaan cat yang berlainan. Ayah guna cat epoxy.
Pada asalnya hanya simen sahaja.setelah di transform hasilnya seperti tiles.
Ayah memang sangat teliti and very detail bila buat projek stencil. Doakan ayah sentiasa sihat dan terus berkarya.
Teknik Stencil Paint
Ini keadaan sebelum
Langkah 1 : Cat lantai menggunakan epoxy untuk 1st layer
Langkah 2 : Begini keadaan selesai cat epoxy 1st layer
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual untuk anda merasai seperti berada di Ripleys Believe It or Not Adventureland Genting Highlands dan beberapa lagi tempat menarik di Genting Highlands!
Bila anda join event ini, anda juga layak menerima 2 tiket Ripleys Believe It or Not Adventureland Genting Highlands secara PERCUMA untuk anda sekeluarga.
Bukan itu sahaja malah banyak lagi aktiviti menarik yang boleh dilakukan bersama-sama sepanjang program ini. Jadi jangan tunggu lagi, tempat terhad! Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.