Hati mana yang tak teringat, jiwa mana yang tak rindu pada keluarga tersayang. Apatah lagi lebih 13 bulan ‘terpisah’ dek panemik COVID -19. Dirinya yang terikat dengan komitmen kerja seni di Malaysia, manakala isteri dan anak-anak di Singapura.
Namun, keluarga ini akhirnya bersatu kembali. Malah terpancar keceriaan dan keterujaan di wajah aktor kacak Hisyam Hamid.
Pelakon drama Rahsia Hati Perempuan ini juga turut memuat naik perkongsian aktivitinya bersama keluarga di laman Instagram rasminya.
Apa yang lebih manis lagi, dia berpeluang meraikan ulang tahun perkahwinan ke 15 dengan isteri tercinta, Melrose Hanafi pada 2 september yang lalu.
“Bagaimanapun saya hanya dapat bertemu isteri dan anak anak hanya pada 10 0gos lalu selepas menjalani kuarantin selama dua minggu di sebuah hotel.
“Dapat melepas rindu akhirnya yang tak terbendung selama ini. Bayangkan kerana situasi tak terduga ini, saya juga buat kali pertama sambut Ramadan dan Syawal tanpa mereka.
Ads
“Selain dapat menghabiskan masa dengan mereka, saya paling takjub dapat meraikan sambutan ulang tahun perkahwinan dengan isteri dalam sebuah sesi makan berdua di sebuah restoran. Moga perkahwinan kami akan kekal sampai syurga,” katanya.
Malah, aktor yang mula mencipta nama menerusi drama Ariana Rose juga berkata, dia cuba memanfaatkan kesempatan yang ada itu sebaik mungkin.
“Selepas setahun lebih tak bersama keluarga, jadi saya cuba penuhi masa yang ada dengan mereka. Setiap hari ada saja aktiviti dilakukan bersama. Saya juga cuba selit masa berjumpa rakan taulan.
“Rutin harian saya kini selepas bangun Subuh, hantar anak (Nurish Syameliah dan Hayden) ke sekolah. Selepas itu, saya bakar kalori dengan berjoging. Tengah hari macam itu, jemput semula anak dari sekolah.
Ads
“Kalau ada masa juga, saya akan bantu isteri menguruskan jualan barangannya di butik. Malah saya juga tolong isteri buat sesi siaran langsung di media sosial untuk mempromosikan barangan dijual. Khidmat penghantaran barangan jualan pun sesekali saya buat,” katanya.
Ditanya mengenai kerjaya seninya di Malaysia, Akui Hisyam lagi kini dia menantikan isyarat daripada stesen TV3 dan produksi drama Cukup Derita Itu yang terhenti kerja penggambaran kerana sekatan pergerakan penuh Jun lalu.
Drama arahan Along Kamaludin itu hanya sempat disiarkan hingga episod 20. Baki penggambaran untuk episod 21 hingga 40 belum bermula lagi hingga kini.
“Kalau sudah dapat pengesahan untuk memulakan penggambaran kembali, barulah saya balik ke Malaysia,” katanya.
Antara amalan yang paling mudah untuk dilakukan adalah bersedekah. Ia patut dilakukan oleh setiap umat Islam kerana terdapat banyak kelebihan bersedekah.
Amalan ini sangat senang dan boleh menolong mereka yang memerlukan bantuan anda. Perbuatan bersedekah ini juga sangat dituntut dalam Islam sekiranya mampu.
Malah hari Jumaat penghulu segala hari ini. Pahala sekiranya berbuat amal pada hari ini akan dilipat gandakan.
Sebagaimana perkongsian yang dikongsi oleh seorang pengguna Twitter bernama @khairul_hafidz ini, membuktikan bahawa sedekah itu membuka jalan dan pintu rezeki lebih banyak.
“Bila menoleh kat tuan kedai yang sedang duduk.”
“Hari ini kami tak kira, hari ni Jumaat, bayar je berapa nak bayar, letak dalam kotak derma tu,” ujar tuan kedai tersebut.
Dia terus tergamam dengan sikap mulia tuan kedai itu. Di samping itu, dia juga turut mendoakan agar tuan kedai tersebut sentiasa beroleh rezeki kerana telah menunjukkan sifat yang murni itu.
Saya menunggu lama di satu kedai makan ni nak bayar makanan saya.
Bila menoleh kat tuan kedai yang sedang duduk,
“Hari ini kami tak kira, hari ni Jumaat, bayar je berapa nak bayar, letak dalam kotak derma tu”
I am speechless, moga tuan punya kedai akan sentiasa beroleh rezeki.
Bau ‘Ketiak Hangit’ Boleh Dikurangkan Dengan Petua Ini, Guna Dua Bahan Buat ‘Maajun’
Masalah bau badan atau ‘bau ketika hangit’ tentunya menjejaskan penampilan diri seseorang individu. Memakai deodarant bukan penyelesaian masalah ini kerana mereka yang mengalami masalah bau badan juga perlu mengamalkan penjagaan dalaman.
Amalan tradisional dan menggunakan bahan semula jadi boleh membantu mengatasi masalah bau badan. Petua mudah ini menjadikan badan berbau harum mewangi hanya dengan menggunakan dua bahan sahaja. Bau badan pun rasa segar sahaja tanpa bau yang ‘menyengat.’ Tiada lagi masalah bau ketika dan ketiak basah.
Jika terlupa atau tidak pakai deodorant pun tidak mengapa kerana badan anda tidak akan ‘mengeluarkan’ bau yang boleh membuatkan orang lain ‘sesak nafas.’ Bahan pun tidak banyak. Hanya guna dua bahan sahaja dan bahan ini memang mudah sangat didapati. Mungkin juga anda memang sentiasa ada bahan-bahan ini di rumah.
BAHAN-BAHAN:
Limau purut
Lada putih
CARA-CARA MEMBUAT:
2. Tabur lada putih. Ini anggaran. 1 biji limau purut 1 sudu kecil lada putih. Guna lada putih yang biji bukan serbuk.
3. Kukus kulit limau purut bersama lada putih tersebut lebih kurang 20 minit atau sampai kulit limau lembut.
4. Tumbuk dengan lesung batu sehingga lumat.
5. Bulat-bulatkan seakan maajun atau jamu. Jangan besar sangat dikhuatiri tercekik masa makan nanti.
6. Siap. Boleh simpan dalam peti sejuk. Ambil sebiji dan telan bersama air masak.
Kesannya boleh dirasai sebulan selepas itu. Peluh tidak lagi berbau kuat walaupun selepas bersenam di gimnasium atau jogging. Ketika datang haid tentunya bau peluh akan sedikit ‘tajam’ namun selepas mengamalkan petua ini, bau peluh tidak lagi kuat.
Walaupun anda mungkin lupa untuk makan ‘suplemen’ ini namun badan tidak lagi berbau. Memang bagus petua ini terutama buat mereka yang mengalami masalah bau badan yang kuat.
Cuti sekolah tidak dinafikan adalah antara saat yang disukai anak-anak dan juga ibu ayah. Mana tidaknya ia bermakna anak-anak dapat meluangkan lebih banyak masa dirumah bersama keluarga.
Memaknakan hubungan silaturrahim
Mempererat hubungan sesama ahli keluarga adalah sesuatu yang AMAT MAHAL. Boleh jadi, ia tidak memerlukan wang,
Tapi sama-samalah kita menjadikan aktivti harian kita penuh makna. Memperbanyak senyuman, ucapan terima kasih dan penghargaan, itu antara yang sangat diperlukan. Memperhebat kasih sayang sesama ahli keluarga, berlemah lembut dalam mendidik adalah sesuatu yang sukar tapi amat didahagakan anak.
Hidupkan keseronokan membaca!
Cuti sekolah bukan bermakna anak akan tutup terus buku dan akan buka semula apabila sekolah bermula. Jauhkan daripada persepsi buku hanya untuk belajar di sekolah. Keseronokan dan kebiasaan boleh dimulakan dengan ibu bapa sendiri. Libatkan ekspolorasi buku bersama. Hidupkan kehangatan membaca dengan kreativiti. Usaha ini memerlukan ibu bapa untuk konsisten. Biasakan berdiskusi dengan anak mengenai isi buku. Mereka lama kelamaan akan merasakan membaca ini mempunyai makna yang lain. Ia membawa mereka meneroka ilmu milik Allah. Bantulah mereka menghadapi zaman mereka. Anak-anak pada masa akan datang, maklumat sudah di hujung jari. Tapi yang penting bagaimana ilmu itu dicerna dan digunakan.
Hidupkan rutin bekerjasama dirumah
Menghidupkan rutin ini ayatnya seperti mudah. Tetapi rutin kehidupan adalah sesuatu yang memerlukan kebiasaan. Orang-orang yang cemerlang, mempunyai rutin yang baik. Ia memberi kesan kepada cara anak-anak kita mengurus kehidupan. Tetapi, kita fikirkan, bagaimana membantu anak mengikut rutin tanpa kekasaran,paksaan dan jeritan. Kita boleh bina jadual, atau flowchart bergambar, dengan sokongan reward yang sesuai. Reward tidak semestinya hadiah setiap hari. Tetapi kita boleh kumpul points dan redeem setelah mencapai target yang dipersetujui.
Raikan Projek-projek Mini
Membuat aktiviti tidak semestinya sesuatu yang gempak, mahal dan glamour. Ia cukup sesatu yang bermakna dan menarik buat anak. Untuk menjayakan ini, ibu ayah perlu bantu sediakan bahan-bahan yang sesuai yang asas, seperti kertas, gunting, gam, pita dan apa-apa yang dirasakan membantu. Sekiranya ingin menambah kepelbagaian aktiviti, boleh cari bahan-bahan seperti di link ini.
Beranikan Bereksperimen
Tidak dinafikan setiap anak mempunyai minat yang berbeza. Kadang-kala kita perlu membantu anak mencari minat. Bereksperimen adalah antara aktivti yang amat disukai oleh ramai anak. Ibu ayah boleh search dahulu di youtube, apakah contoh contoh eksperimen yag sesuai. Kali ini mulakan dengan berbincang bermula dengan memilih aktiviti lagi. Boleh bincangkan bahan-bahan yang diperlukan dan senaraikan. Berikan tugasan ini bersama-sama si kecil dan yang lebih tua.
Restoran Si Cilik
Kita mungkin sudah biasa bawa anak ke dapur. Kali ini apa kata bincangkan apa resipi baru yang mereka ingin cuba. Ini langkah sebagai meraikan kesukaan anak-anak. Cari resepi itu bersama, berikan peluang mencuba membuat sesuatu kelainan asalkan semuanya dijaga keselamatannya. Mungkin boleh tambahkan idea memberi pada orang-orang yang berdekatan sebagai didikan untuk sentiasa memberi.
Raikan Lukisan dan Warna
Melukis dan mewarna adalah antara kegemaran anak-anak. Tidak kira ia cantik atau tidk di mataorang dewasa. Sekiranya kita sudah biasa memberi kertas dan pensil, kita boleh perlbagaikan medium melukis dan mewarna. Ini menambahkan lagi keseronokan dan kreativiti anak. Kreativti amat membantu anak sebagai latihan kehidupan mereka. Kreativti akan meraikan keperlbagaian cara membuat keputusan, cara melihat dan menyelesaikan masalah. Membantu anak meraikan kreativiti bermakna kita melatih mereka menghadapi masa hadapan.
Hospital Kanak-Kanak
Ramai kanak-kanak yang suka bermain ‘pretend play’. Kita boleh gunakan kegemaran mereka ini untuk menerapkan kesedaran tentang pelbagai kesusahan masyarakat di luar sana. Ramai orang sakit, yang memerlukan bantuan. Ini juga boleh dipanjangkan dengan pelbagai diskusi, lakonan yang menarik . Sekali-sekala cuba minta untuk turut sama menjadi pesakit atau doktor. Pasti mereka amat teruja dengan penglibatan kita. Semasa bermain, boleh terus masukkan aktiviti menulis dan membaca seperti menulis nama pesakit atau bahagian yang sakit. Kemudian, boleh juga membuat aktiviti membaca kepada si pesakit supaya si pesakit menjadi lebih gembira!.
Berinteraksi Dengan Alam
Bercakap dengan alam, tidak bermakna kita mengajak anak bercakap sendirian. Ia sebagai galakan menggunakan alam semulajadi sebagai aktiviti penuh mengasyikkan. Anak-anak perlu didedahkan dengan alam semulajadi, melihat kehijauan alam, ketenangan air, haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Inilah masanya untuk memperbanyak diskusi dan mengaitkannya dengan kehebatan ciptaan Allah, penjelasan-penjelasan boleh di pelbagaikan, dari segi banyak sudut. Ini menyebabkan mereka menghargai ilmu dan tidak melihat hanya sekolah tempat menimba ilmu. Persepsi ini memerlukan usaha dan rutin.
Raikan Apa Sahaja Experiencial Learning.
Pernahkah anda melalui saat di mana agak sukar anda untuk memahami sesuatu yang dijelaskan. Tetapi ia menjadi berkali ganda lebih mudah apabila perkara itu anda lalui sendiri. Ya. Itu sesuatu yang amat mahal. Kadang kala mungkin agak sukar untuk mereka membaca tanpa mencuba. Inilah masanya untuk membantu anak memahami banyak ilmu-ilmu kehidupan dengan lebih bermakna. Aktiviti membiasakan anak dengan makna ini amat penting untuk kehidupan mereka. Inilah usaha-usaha yang perlu ibu ayah rutinkan sebagai usaha membantu mereka berfikir bukan menjadi generasi sekadar menghafal fakta tanpa menghayati.
Sumber: FB Maryam Thoraya Ariffin
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.