Kepayahan hidup di zaman harga barang yang naik mendadak membuatkan seorang ibu terasa cukup terbeban untuk membesarkan tiga anaknya.
Seorang ibu di Kampung Seri Wangi, Simpang Lawin terpaksa memberikan empat anaknya makan nasi kosong untuk mengalas perut tatkala dia dan suami yang bekerja sebagai tukang kebun sekolah kehabisan wang.
Halimatul Saadiah, 30, berkata, kehidupan mereka sekeluarga bergantung sepenuhnya kepada pendapatan suami sebanyak RM1,500 sebulan.
Malah katanya, wang itu juga digunakan untuk kos perubatan anak bongsu berusia dua tahun yang mengalami masalah penglihatan.
Ads
“Kesempitan duit memberi kesan kepada anak-anak kerana kerap makan nasi putih kosong untuk mengisi perut.
“Lebih menyedihkan dua anak berumur tujuh dan sembilan tahun kadangkala berkongsi makanan yang diperoleh dari Rancangan Makanan Tambahan (RMT) di sekolah kerana hanya salah seorang mendapat bantuan tersebut.
Ads
“Kalau adik terlalu lapar, abang biarkan dia makan. Abang akan makan bila pulang ke rumah,” katanya berkongsi.
Halimatul berkata, dia pernah meminta bantuan beras kerana anaknya kelaparan akibat kehabisan wang di sebuah agensi kerajaan.
Ads
“Waktu itu saya sangat terdesak. Sebelum itu, kami telah menjual kereta yang merupakan satu-satunya pengangkutan untuk menanggung kos rawatan anak.
“Kami hanya mahu memohon beras, bukan wang ringgit,” ujarnya.
Saadiah berkata, dia sentiasa berusaha menambahkan pendapatan keluarga dengan bekerja secara sambilan di kedai runcit setelah suaminya pulang dan mengambil giliran menjaga anak-anaknya.
Sumber: Kosmo Online
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sebagai ibu ayah sejujurnya kita mengharapkan anak-anak yang menuntut ilmu akan berjaya memperolehi keputusan yang cemerlang dalam setiap peringkat atau sesi pembelajaran mereka.
Sama ada ketika di peringkat sekolah rendah hinggalah ke universiti, setiap kecemerlangan yang diraih oleh setiap anak pasti akan membuatkan ibu ayah rasa bahagia dan tumpang bangga. Sekali gus menjadi inspirasi buat yang lainnya.
Memetik kisah hebat keluarga yang dilaporkan di Sinar Harian ini umpamanya, seorang hafizah yang dikenali sebagai Dr Hanah Alam Faizli, 27 yang berasal dari Shah Alam menerima pelbagai anugerah kecemerlangan Fakulti Perubatan Veterinar, Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Pengkalan Chepa di sini pada Ahad lalu, dianggap cukup luar biasa.
Difahamkan daripada pencapaian kecemerlangan yang diperolehi telah melayakkan Dr Hannah membawa pulang wang tunai keseluruhannya berjumlah RM11,250, sijil dan trofi.
Pencapaian yang diraih adalah Anugerah Kijang Emas (RM5,000), Anugerah Terbaik Projek Tahun Akhir (RM2,000), Anugerah Terbaik Paraklinik (RM1,500), Anugerah Terbaik Latihan Klinikal (RM1,000) Anugerah Kepimpinan (RM1,000) dan Anugerah Kecemerlangan Hill’s Pet Nutrition – Terbaik Peperiksaan Komprehensif (RM750).
Amal Baca Al Quran
Berkongsi rahsia kejayaannya, Dr Hannah berkata, membaca al-Quran pada setiap hari menjadi amalannya di samping memberi tumpuan 100 peratus ketika pembelajaran berlangsung sama ada secara bersemuka atau dalam talian.
Katanya, kejayaan itu bukan sesuatu yang mudah kerana menuntut pengorbanan selama lima tahun atau 10 semesta tempoh pengajian dalam keadaan kekangan
ketika pandemik Covid-19.
“Cuma, amalan saya akan fokus sepenuhnya kepada pensyarah yang ketika mereka mengajar dan mengamalkan bacaan satu juzuk al-Quran pada setiap hari.
“Sesibuk manapun saya akan tetap akan berusaha mencari waktu dan mengaji al-Quran selain berpuasa pada hari peperiksaan berlangsung serta mengamalkan memakan kismis,” katanya ketika ditemui di UMK pada Ahad.
Hadir sama, ibu bapa Dr Hannah yang merupakan, pasangan bekas pensyarah universiti awam, Rohani Abdul Rahman, 62, dan Alam Faizli Mohd Zain,63.
Dr Hannah sebelum itu menerima kesemua penganugerahan itu pada Majlis Ikrar dan Pendaftaran Ikhtisas Kedoktoran Veterinar Fakulti Perubatan Veterinar, UMK di Kampus Kota, Pengkalan Chepa di sini.
Anak kelapan daripada 10 beradik itu sebelum ini turut dinobatkan sebagai penerima Anugerah Pelajaran Diraja UMK dengan pencapaian Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) 3.94 pada Istiadat Konvokesyen UMK kali ke-10 dan 11 di UMK Bachok pada 20 November lalu.
Hannah juga adalah hafizah yang mendapat pendidikan di Maahad Tahfiz Quran Hira, Jeram, Selangor ketika berusia 16 dan 17 tahun pada tahun 2010 serta 2011.
“Ibu bapa adalah pendorong kuat dan tulang belakang yang sentiasa bersama saya semasa berdepan kesukaran dalam pelajaran melengkapkan Ijazah Sarjana Muda Doktor Perubatan Veterinar di UMK.
“Selainnya, dua lagi abang adalah hafiz yang turut membantu serta tujuh lagi adik-beradik berjaya dalam pelajaran turut menjadi pembakar semangat,” katanya.
Minat Haiwan
Mengulas berkait minat terhadap haiwan terutama binatang buas bermula ketika berada di sekolah menengah dan kerap kali menjadi sukarelawan di Zoo Negara Malaysia, Ampang, Selangor.
“Ketika itu, saya dapat mendekati banyak binatang buas untuk memberikan makanan dan sempat memperoleh pengalaman merawat seekor harimau belang betina bernama Pia yang mengalami muntah.
“Saya juga sangat teruja melakukan pemeriksaan kesihatan terhadap singa serta menyimpan hasrat membuka sebuah klinik haiwan pada masa depan,” katanya.
Ibu bapa mesti risau bila tengok anak macam tak berapa nak beri perhatian. Bila dipanggil, tak berapa nak respond.
Yang jenis bila datang dekat. Terus lari atau nangis.
Yang degil kepala batu ni mak cakap jangan buat. Dibuatnya juga.
Bila cakap dengan mereka. Masuk telinga kanan keluar telinga kiri.
Tengok wajah pun boleh nampak fikiran melayang.
TAPI!
Bila bagi fon dekat anak tengok Cocomelon. Buat main game. Terus senyap. Jadi budak baik.
Masalah macam ni tak elok disettlekan menerusi gajet. Terutamanya ketika anak tengah membesar.
Bab fokus ni tugas prefrontal cortex.
Satu kajian dalam jurnal Russian Psychological Society (2013) kaji tentang gajet.
Perasaan kebergantungan pada gajet dan kesediaan untuk tolak penggunaan gajet.
Menarik sebab boleh lihat teknologi berkembang seiring waktu.
Kajian mendapati ada 2 faktor utama terbentuknya penggunaan gajet berlebihan iaitu ‘perubahan dalam keperluan’ dan ‘perubahan dalam psikologi.’
Boleh rewind tahun 90an dulu. Masatu takde smartphone. Takde iMac. Mesej hantar surat. Tapi takde yang ketagih surat.
Lepastu tengok pula tahun 2022. Lambakan gajet serba canggih. Keperluan berubah.
Kalau boleh semua nak online.
Pelbagai perkara boleh settle guna gajet. Surat tak guna dah. Internet ada.
Bahaya blue light artificial
Gajet ni keluarkan blue light. Matahari pun ada blue light. Cuma beza antara blue light semula jadi dengan blue light artificial.
Cahaya matahari ni bergerak melalui atmosfera.
Gelombang ni pendek tapi tenaganya tinggi menyebabkan pelanggaran dengan molekul udara.
Kesannya cahaya biru bertaburan di mana-mana. Sebab tu bila tengok langit warnanya biru.
Pemberian Tuhan. Blue light matahari ni badan kita guna untuk kawal kitaran tidur bangun. Dikenali sebagai ‘circadian rhythm.’
Kalau blue light gajet?
Tegang mata, sakit kelapa, mental fizikal terasa letih.
Ramai yang tidak sedar bahawa mereka ketagih gajet. Sayang kalau usia muda lagi dah bergantung pada gajet.
.
Mesti ada punca penyebab anak jadi tak fokus.
Boleh recheck balik anak main apa. Anak makan apa. Anak habiskan masa buat apa.
Diam-diam, rupanya pelakon, Oktovia Manrose telah selamat menimang cahaya mata perempuan setelah setahun mendirikan rumah tangga bersama suaminya yang juga bekas pemain bolasepak Melaka United iaitu Mohamad Khairul Efsan Mdisa.
Perkara itu dikongsikan sendiri oleh Oktovia atau nama sebenarnya Wan Syamira Putri Oktovia Wan Syahman di laman Instagram miliknya baru-baru ini.
Menerusi perkongsiannya, puteri tersayang telah dilahirkan ada 6 Disember 2022 yang lalu kira-kira jam 8.40 malam. Oktovia juga mengucapkan rasa syukur yang tidak berbelah bahagi kepada Allah S.W.T kerana mengurniakannya dan suami seorang lagi cahaya mata.
“Anugerah terindah amanah dari Allah. Hadiah termahal buat saya dan suami.
“Alhamdulillah saya selamat melahirkan permaisuri hati saya pada 6 Dec 22 jam 20.40 malam.
“Rahsia Allah dan perancangannya adalah yang terbaik. Sangat tidak sangka, selepas 11 tahun Allah hadiahkan lagi zuriat untuk dijaga dan dididik sebaiknya. 😍 Alhamdulillah kami dah ada sepasang ❤️” tulisnya.
Selain daripada itu, dia juga sempat memberikan ucapan sempena ulang tahun pertama perkahwinan mereka dengan mengucapkan ribuan terima kasih kepada pasangan yang sentiasa menjadikannya seorang yang istimewa.
Dia juga berharap agar zuriat mereka ini dapat membesar menjadi seseorang yang bertakwa dan taat dengan aturan Allah S.W.T.
Oktovia juga turut mengakui tidak sangka dapat kembali menimang cahaya mata selepas 11 tahun yang lalu dan sangat bersyukur dengan kuniaan ini.
Untuk rekod, Oktovia Manrose telahpun mempunyai seorang cahaya mata lelaki hasil perkahwinan pertamanya. Pada penghujung tahun 2021, pelakon terbabit telah bernikah dengan Khairul Efsan dan menimang cahaya mata perempuan pertama mereka awal Disember tahun ini.
Tahniah diucapkan kepada Oktovia dan Khairul Efsan atas kelahiran anak pertama mereka.
Sumber: Instagram Oktovia Manrose
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di