Bagi mereka yang merupakan pencinta kucing, semestinya akan berasa sedih apabila kucing kesayangan yang dipelihara sejak kecil mati.
Jadi tak hairanlah jika kematian kucing peliharaan boleh membuat hati pemiliknya merasa sangat sedih. Seperti yang dialami oleh Ajak Shiro dan keluarganya.
Oscar. Dia hanya binatang.. Tapi dia ahli keluarga.. Dia hanya kucing.. Tapi dia dibesarkan.. Dia pernah buat kami marah.. Tapi dia pernah buat kami ketawa.. Dia buat tak tahu kami panggil.. Tapi dia pernah datang waktu kami baring.. Okay…kami kalah.. Kami menangis… . Simpan di sini buat kenangan..
Ads
Selamat tinggal Oscar.. Terima kasih ya Allah kerana pinjamkan dia buat kami seketika..
Sumber: Instagram ajakshiro
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Wang ringgit, kedudukan, pangkat, harta, zuriat, rumah dan sebagainya bukanlah kayu pengukur sebuah kebahagiaan.
Bahagia itu tidak dilihat pada kebendaan semata-mata, bahkan tiada gunanya harta menggunung sekiranya hati tidak tenang dan bahagia.
Kebahagiaan itu sebenarnya terletak pada diri sendiri dan hati kerana hanya diri yang dapat menentukan hala tuju kehidupan sama untuk mengecapi kebahagiaan atau kemewahan.
Berkongsi tentang bahagia orang yang berbeza-beza, Ustaza Noor Laila Aniza berkongsi penulisannya di media sosial untuk kita renung-renungkan bersama.
Bahagia Orang Berbeza-beza
Ada orang rasa bahagia boleh bagi makan dekat kucing-kucing tepi jalan. Tak cukup dengan tu, kucing-kucing yang sakit dirawatnya dan dijaga penuh kasih sayang.
Ada orang bahagia bila siap masak pada suami atau anak-anak je hidang cantik pastu tangkap gambar untuk kenangan. Satu kepuasan yang tak dapat diungkap dengan kata-kata.
Ada orang bahagia saat boleh bagi makan dekat anak-anak yatim, rasa puas boleh lihat anak-anak syurga gembira. Kasih dan sayang tu tak semua orang boleh merasa.
Ada orang bahagia dapat belikan anak-anak pakaian baru, walaupun hanya beli di pasar malam. Rasa nak membahagiakan orang tersayang tu terlalu kuat. Dapat gaji terus belanja anak tanpa fikir keperluan diri yg lama tak berganti. Nikmatnya tengok anak tersenyum bahagia.
Ada orang bahagia setiap hari bersedekah, walaupun sedikit tangannya laju memberi. Bahagia melihat orang yang susah dapat merasa dan memiliki. Tanda syukur dengan rezeki yang Allah bagi.
Ada orang bahagia dapat solat berjemaah dan mengaji Quran setiap hari, diperbaiki solatnya & bacaan. Tak kira usia atau waktu lapangnya. Dikejarnya akhirat seperti esoknya dia mahu pulang ke negeri abadi.
Ada orang bahagia setiap langkah dipenuhi doa dan zikir. Selalu berzikir mengingati Allah. Halang diri bercakap benda-benda tak baik, bercakap keburukan orang atau pun nak mencari salah orang jauh sekali. Bahagianya bila lidah tak terpisah dengan zikir.
Tak kira siapa pun kita, kaya ke miskin, apa pun pangkat kita, kita tetap manusia biasa dan sentiasa perlu perbaiki diri.
Setiap orang akan melalui saat sukar, saat diuji dengan ujian kecil dan berat, tapi Allah maha baik. DigantiNya dengan perkara yang baik-baik tanpa kita sedar.
Laluilah hidup dengan tenang, bahagiakan diri sendiri dan orang sekeliling, maafkan semua orang, bersangka baik dengan semua orang dan sayangi semua orang.
Moga Allah sayang dan kebaikan yang bahagiakan kita tu asbab untuk kita ke syurga paling tinggi. Aminn..
Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi pelajar-pelajar tahun 2021 sudah diumumkan secara rasmi hari ini. Tentu ramai anak-anak dan ibu bapa sudah hilang debaran menanti keputusan yang diperolehi.
Pasti ramai yang meraikan kejayaan mendapat keputusan cemerlang dan sudah merencana pelbagai rancangan untuk melanjutkan pelajaran.
Ibu bapa juga sudah ramai yang tersenyum lega kerana anak masing-masing sudah menamatkan pembelajaran di bangku sekolah dan sudah melangkah ke alam dewasa.
Bila anak-anak sudah semakin membesar, masing-masing sudah punya citarasa sendiri dalam membuat keputusan bergaya dan berfesyen. Namun sebagai ibu bapa kita tak boleh terus melepaskan anak-anak buat keputusan sendiri tanpa nasihat dan panduan.
Dalam pada masing-masing berkongsi pelbagai tips dan kejayaan anak-anak dalam SPM ada satu teguran yang nampak sedikit lawak tapi sangat penting untuk direnungkan oleh para ibu bapa.
Khairul Hakimin Muhammad yang banyak berkongsi penulisan motivasi dan teguran kepada masyarakat di Facebook juga seorang usahawan, kali ini menulis secara santai tentang masalah bau badan segelintir remaja lelaki. Jom kita baca tulisan beliau ini.
Kepada ibu bapa yang nak ambil result SPM anak hari ini, sedikit pesanan dari saya. Sudah sampai masa anak-anak lelaki kalian pakai diadoran. Kami dah berapa ramai reject temuduga kerana tak boleh tahan bau ketiak tersangat padu.
Sungguh tak main-main, kilang makanan kena bersih dan bebas bau yang bukan-bukan. Bukan bau badan tau. Bau ketiak. Lelaki ja yang biasanya begini, wanita tak ada sangat. Mereka pakai perfume sebotol setiap pagi jadi alhamdulillah selamat.
Ada yang terlepas juga masuk kerja, kami pula sampai terpaksa beli diadoran buat mereka baru lega semua orang.
Minta sangat ya ibu bapa semua. Tengokkan okeh. Zaman sekarang ketiak anak pun kita semua kena pastikan betul.
Posting ini sedikit lawak, saya tahu mesti ada yang gelak. Namun kalian kena memahami jiwa dan perasaan kami berhadapan dengan bau lebih 8 jam sehari nok. Lebih lagi jika ada visitor datang, walau pakai mask, visitor pasti tanya “bau apa ni eh? U all tak ada bau apa-apa ke?”
Nak banyak info tentang kehamilan dan persediaan bersalin, jangan lupa join webinar kehamilan PERCUMA terbesar untuk bakal papa & mama. Jom daftar nama anda di sini WEBINAR AKU TAK SERIK BERSALIN
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Dalam melayari alam rumah tangga kena ada ‘give and take’. Sering kali soal nafkah menjadi isu dalam rumah tangga. lebih-lebih lagi buat isteri yang tidak bekerja. Konon tidak perlu duit kerana segala keperluan sudah disediakan.
Jika suami yang memahami kosep perkahwinan yang sebenar pasti tahu pemberian nafkah yang sebenarnya. Tidak hairanlah jika ada antara suami yang banyak duit nanti tidak pernah lekat di tangan. Ada sahaja keperluan yang tidak mencukupi.
Biarpun sedikit, tidak mengapa kerana pemberian itu lebih bermakna kepada isteri. Yang pentingnya isteri redha dengan pemberian nafkah suami. Jika isteri tidak redha, bimbang sempit rezeki suami.
Semoga perkongsian dari Khairul Johari ini memberi manfaat kepada anda semua.
HUTANG KEPADA ISTERI
Benda paling suami terlepas pandang.. HUTANG NAFKAH.. Sebab apa rezeki selalu tak cukup? Sebab apa dapat banyak pon tak cukup? Duit habis tapi tak nampak spend untuk apa?
Hati kusut.. Tanya isteri anda,tanya dari hati ke hati.. Adakah dia redha untuk segala nafkah suami terhadap isteri.. Tanya isteri,adakah dia betul2 halalkan segala hutang nafkah yang suami berhutang tu?
Percayalah,isteri ni sebenarnya banyak benda dia pendam tapi dia takkan luahkan sebab menjaga hati.. kedua sebab nak elakkan pergaduhan.. JANGAN KEDEKUT dengan isteri..
perasan tak pasangan yang bahagia selalunya suami tak kedekut dengan isteri.. Perasan tak?? Makan isteri berkira,sampai isteri kena keluarkan duit sendiri.. dalam tak sedar,kita suami dah BERHUTANG dengan isteri..
Kite tengok isteri tak kisah,kita tahu ke dalam hati dia?
Mak Ayah dia lepaskan dia untuk menjadi isteri kamu untuk dijaga macam diorang jaga.. bukan kamu nkerah tenaga dia macam BABU.. bukan untuk kamu kerah kudrat dia siang,malam 24jam tanpa rehat..
Bukan untuk kamu lukakan hati dia sedangkan hati kamu,kamu nak dia jaga.. Kalau dia tahu layanan kamu terhadap anak dia agak2 dia akan bagi tak kahwin?
Kahwin ni bukan untuk SEDAP semata.. tapi banyak TANGGUNGJAWAB yang kena pikul.. Atas dunia boleh kite ngelat,tapi kita kena ingat Allah Azza Wajalla Maha Melihat.. Kita akan dipersoalkan kat akhirat esok2..
Jadilah suami yang bertanggungjawab. Sayangilah isteri. Jagalah perasaan isteri. Isteri lah punca rezeki suami makin bertambah. Semoga kita terus bahagia dan mendapat keberkatan daripada Allah SWT. Aamiin..
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.