Sejak memasuki bulan Julai, didapati sebahagian harga barang mulai naik harga. Tinjauan di media sosial mendapati ramai warganet mengeluh mengenai kenaikkan harga barang.
Ada yang berkongsi gambar harga barang-barang tertentu dengan paparan harga. Ada juga mengeluh duit RM50 sekeping untuk satu barang sahaja. Pelbagai lagi keluhan.
Namun kenaikkan harga ini tetap berlaku dalam ekonomi negara. Sebagai pengguna ketika ini tiada cara lain untuk mengawal ia berlaku. Cara paling pantas adalah berbelanja secara berhemah supaya bajet keluarga masih dapat di kawal.
Ikuti perkongsian tip mengenai kewangan yang dicadangkan oleh Pakar Kewangan ini, Azizul Azli Ahmad agar menjadi panduan bersama.
Gambar sekadar hiasan
Saya bawa isteri beli barang dapur semalam. Memang terasa sangat harga barang kering naik harga.
“Sebenarnya setiap hari kami tukar harga barang bang. Barang sampai mesti harga baru”.
Cerita staff yang kerjanya susun susun barang sahaja.
Buatlah pilihan yang baik ketika nak beli barang. Pilih yang benar benar perlu sahaja.
1. Kurangkan makan diluar, harga makanan luar semakin mahal.
Ads
2. Beli barang yang kita selalu pakai dan habiskan.
3. Sekarang bukan zaman cuba cuba makanan lagi, makan untuk kenyang bukan sebab makanan viral.
4. Jangan bazirkan sumber makanan yang ada. Biar kurang jangan berlebih lebih baik.
5. Pembaziran makanan waktu majlis kenduri perlu dihentikan. Buat kecil biar bermakna, bukan besar dan membazir.
6. Waktu gawat begini, pastikan kita ada aset yang mudah ditunaikan.
7. Jaga baik baik aset yang beri aliran tunai seperti Rumah sewa, perniagaan dan sebagainya.
Ads
Kawan kawan,
Selain jaga keluarga kita kena banyak berdoa.
Moga dipermudahkan urusan kita menjaga keluarga kami.
Peniaga Tunggu Masa Naikkan Harga
Dalam pada itu, akhbar Kosmo juga membuat liputan mengenai kenaikan harga. Apa yang pasti, kita memastikan berbelanja mengikut keperluan bukan kehendak.
Pelakon jelita, Puteri Aishah,27, selamat melangsungkan majlis pernikahan dengan ahli perniagaan, Muhammad Firdaus,28, yang diadakan di Ballrooms JW Marriot Kuala Lumpur jam 11:15 pagi tadi.
Puteri atau nama sebenarnya Puteri Aishah Sulaiman dinikahkan oleh Qadi Ustaz Mohd Abdul Nasir Abdullah dengan disaksikan bapa Puteri, En. Sulaiman Abd. Rahman.
Pada majlis itu, Puteri menerima mas kahwin RM300 beserta 5 dulang hantaran daripada pihak lelaki. Sementara pihak perempuan menyerahkan 7 dulang.
Bagaimanapun, jumlah wang hantaran dirahsiakan atas permintaan keluarga.
Majlis yang diadakan secara sederhana membabitkan keluarga dan kenalan terdekat kedua belah pihak itu menyaksikan Puteri dan Firdaus mengenakan busana bewarna putih.
Puteri Aishah tampil anggun dalam persalinan Rismanruzaini berkata, dia sudah lama menantikan saat ini dan berharap ikatan perkahwinan akan berkekalan hingga akhir hayat.
“Alhamdulillah majlis dirancang berjalan lancar selepas beberapa kali ditangguh akibat pandemik Covid-19. Saya bersyukur apabila impian kami untuk melihat perkahwinan ini disaksikan oleh keluarga kedua belah pihak tercapai.
“Saya dan suami juga memohon maaf kerana tidak dapat menjemput rakan-rakan artist yang lain atas sebab Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan(PKPP),”kata Puteri Aishah.
Menurut Puteri, dia mengakui FIrdaus memiliki setiap ciri-ciri lelaki idamannya.
“Sepanjang dua tahun mengenali Firdaus, saya menyukai keperibadiannya. Dia seorang yang baik dan mengutamakan keluarga. Dia sangat menyayangi dan meletakkan keluarganya nombor satu.
“Malah, dia juga sentiasa menyokong minat saya dalam bidang lakonan. Dia juga sudah bagi lampu hijau dimana saya boleh teruskan kerjaya ini selama mungkin,”katanya.
Dalam pada itu, majlis resepsi pasangan bahagia ini bakal diadakan di JW Marriot, Kuala Lumpur, malam ini.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
1 Jan 2023
10:40PM ERT26 Kluang – Wakaf Bharu ➡️Saya ambil semua dalam 1 Koc (T8) dan bookin katil bawah untuk lebih selesa dan dapat view yang lebih cantik dan sedikit luas berbanding katil atas.
➡️Perjalanan mengambil masa selama 14Jam dan akan sampai di Wakaf Bharu Keesokan harinya iaitu Pada 2 Jan 2023.
➡️Saya parking di KTM Kluang berdekatan Kluang rail coffee ,kena pakai TnG card dan bayaran dikenakan max RM5 untuk sehari,open car park tapi still selamat sebab berpalang.
➡️Dari Kluang sampai Ke Kuala Lipis korang kena tidur dan berehat sebab malam tak nampak apa pun view,tapi dari Merapoh sampai la ke Tumpat korang kena bangun untuk tengok sunrise dan view yang cantik di sepanjang perjalanan sehinggala sampai ke destinasi terakhir.
➡️Cafe ada sediakan makan untuk breakfast tapi pilihan makanan amat limited,kalau nak minum-minum dan makan maggi cup sambil lepak dekat cafe pun nice.Saya dah siapakan stock makanan awal-awal sebab trip family ni ramai and incase ada yang lapar tengah-tengah malam tu kan ada jugak bekalan.
1:00PM Sampai di Stesen Wakaf Bharu,Kelantan.
➡️Train lewat tiba 30mins dari jadual asal ➡️Kami sewa van untuk 1 hari setengah dengan kos RM450 ,van Hiace 12 seat sesuai sangat untuk trip family ni. ➡️Destinasi Pertama selepas Lunch kami pergi jalan-Jalan dan shopping di Kompleks Bebas Cukai,Pengkalan Kubor,Tumpat. ➡️Dalam perjalanan balik ke Kota baru,kami Singah bergambar di Wat Machimmaram,Tumpat.
5:30PM ➡️ Sampai di Kota Bharu terus check in di Ibis style Kota Bharu ,aim stay hotel ni sebab saya dapat offer yang menarik dan kebetulan ada pool,boleh bawa anak-anak buah mandi tapi awas ya,pool dia dalam dan tiada pool kanak-kanak,korang kena bawa pelampung dan awasi anak-anak korang.
8:30PM Banyak kedai makan yg viral tutup,kami cari Dinner di sekitar bandar KB dan terus balik ke Hotel untuk berehat.
3 Jan 2023
8:00AM-6:00PM
📍Breakfast di Kopitiam Kita 📍Cari ole-ole di Pasar Khadijah 📍Picnic di Pantai Nami Malaysia,juga di kenali sebagai Pantai Senok yang terletak di Daerah Bachok. 📍Minum petang sebelum balik malam nanti,kami cuba ICT di Warung Acu Tera Sotong Celup Tepung.
7:00PM
➡️Return semula Van Sewa di station Wakaf Bharu. ➡️Mandi,solat,Makan dan tunggu train ERT27 untuk balik semula Ke Kluang.
8:45PM ➡️ Train ERT27 sampai on time ,masuk je train semua terus tertidur kepenatan.
4 Jan 2023
9:40AM
Train ERT27 sampai di Stesen KTM Kluang dan kami beransur pulang.
Tips
✅korang boleh downloads Apps KITS KTMB dan buat tempahan seawal sebulan untuk pastikan korang dapat katil bawah dan koc yang bersesuaian.
✅Elakan pilih katil di no awal dan akhir (1&3 dan 37&39) sebab tingkap dia ada 2 section dan korang tak akan dpt view yang penuh sbb ada panel tingkap.
✅Bagi mereka yang tak nak ada ganguan orang keluar masuk dari koc ke koc untuk ke cafe boleh pilih di koc yang hujung sekali (T8/9) agak bising sedikit sebab dekat dengan engine lokomotif untuk ERT26 (JB sentral-Tumpat),kalau untuk laluan balik insyallah tiada bunyi engine sebab Koc Hujung Kepala Lokomotif akan berada di hadapan sekali.
✅Pastikan korang ambil masa dan keluar sekejap untuk bergambar di stesen Gua Musang sebab view dia sangat cantik dan trai akan berhenti sedikit lama di sana.
✅Ruang bagasi tidak disediakan ya,barang dan beg boleh diletak ditepi katil di laluan di dalam koc,kalau dalam perjalanan balik korang tershopping banyak,korang boleh book extra 1katil untuk kumpulkan satu tempat untuk mengelakan kehilangan barang dan memudahkan pergerakan nak turun dari train nanti.Macam saya ada beli 2 katil kanak-kanak tapi masa balik barang banyak sangat,jadinya 2 orng anak buah saya tidur sekali dan lagi satu katil kami buat cargo space untuk kami.
✅Warga emas/pesara kerajaan ada diskaun konsesi sebanyak 50% tetapi kena buat pendaftaran di kaunter ataupun online melalui apps KITS terlebih dahulu.
✅Tiket kanak-kanak untuk umur 4-12 tahun,manakala 3 tahun ke bawah adalah percuma dengan syarat mereka perlu duduk bersama Ibu/bapa dan umur dikira mengikut bulan kelahiran ya.
✅Untuk Penumpang yang datang dari lembah klang ataupun utara,korang boleh naik ETS sampai ke stesen Gemas untuk try naik Sleepers Train/Jungle train/Express Rakyat Timuran ni.Boleh semak jadual dan rancang perjalanan kerana 1 hari cuma 1 jadual perjalanan sahaja.
Wow! Menarik percutian keluarga. Pasti akan buat ahli keluarga terkenangkan momen indah ini. Apa lagi, jom ikuti cara percutian keluarga ini.
Cuti sekolah yang sudah bermula sejak Sabtu lalu memberi peluang kepada ibu bapa untuk mencipta momen bersama anak-anak. Selain merangka percutian bersama anak, ada baiknya kita pastikan anak-anak dalam keadaan baik dan sihat.
Tambah pula musim hujan yang melanda negara kini. Jadi perlu berhati-hati. Dr Kamarul Ariffin Noor Sadan berkongsi langkah yang perlu diambil mak ayah sepanjang cuti ini.
Cuti sekolah dah bermula! Ibubapa mohon beri perhatian perkara-perkara ini. Sebagai ibubapa, sangat penting untuk kita pastikan anak-anak sentiasa dalam keadaan sihat dan selamat sepanjang cuti sekolah ini. Berikut adalah beberapa langkah yang perlu diambil oleh ibubapa untuk tujuan itu:
◾️Galakkan anak anda untuk makan makanan yang seimbang, serta elakkan makanan berlemak dan manis yang berlebihan. Selain itu, pastikan mereka minum secukupnya. Ini akan membantu mereka mengekalkan tahap tenaga yang diperlukan.
◾️Pastikan anak anda mendapat tidur yang mencukupi pada setiap malam, iaitu sekitar 7-8 jam sehari. Tidur yang cukup penting untuk kesihatan fizikal dan mental mereka, dan akan membantu mereka kekal terjaga dan fokus sepanjang hari.
◾️Galakkan anak anda untuk kekal aktif sepanjang cuti sekolah dengan mengambil bahagian dalam aktiviti luar dan sukan. Ini akan membantu mereka untuk kekal sihat dan cergas, serta mencegah mereka daripada menjadi malas dan tidak aktif.
◾️Ingatkan anak-anak anda tentang pentingnya untuk sentiasa selamat. Ini termasuk mengelakkan dari terlibat aktiviti jenayah, elak bercakap dengan orang yang tidak dikenali, memberitahu ahli keluarga ke mana mereka pergi, dan sebagainya.
◾️Pantau masa skrin anak anda dan pastikan mereka tidak menghabiskan banyak masa di dalam peranti mereka. Terlalu banyak masa skrin boleh menyebabkan kekurangan aktiviti fizikal, gangguan tidur, dan interaksi sosial yang berkurangan.
◾️Kemaskini pengambilan vaksinasi mereka: Jika anak anda perlukan sebarang vaksinasi semasa cuti sekolah, pastikan untuk menjadualkan temujanji dengan klinik terdekat. Ini akan membantu melindungi mereka dari penyakit yang boleh dicegah.
◾️Galakkan anak anda untuk mengamalkan amalan kebersihan yang baik, seperti mencuci tangan kerap dan mengelakkan menyentuh muka mereka, untuk mencegah penularan penyakit. Pada musim sekolah, kes penyakit berjangkit akan meningkat.
Secara keseluruhan, kuncinya adalah untuk membantu anak-anak anda mengekalkan gaya hidup sihat semasa cuti sekolah.
Ini akan memastikan mereka sentiasa sihat dan ceria, serta bersedia untuk kembali ke sekolah apabila semester baru bermula kelak.
Semoga bermanfaat!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.