Perkahwinan adalah sebuah kehidupan yang membahagiakan. Jika pasangan saling menghargai pasti hidupnya gembira.

Terdapat pelbagai cara nak mengembirakan pasangan terutama isteri yang suka dirinya dihargai. Bukan tidak bermakna duit itu tidak penting, tetapi layanan dan saling menghargai juga penting untuk kebahagiaan hingga ke hujung hayat.

Harga Kegembiraan Bukan Diukur Duit Semata. Cukup Sekadar Saling Melengkapi.

Sepanjang perkahwinan saya dengan isteri saya Nora Azni, perkara yang paling saya utamakan ialah bagaimana nak menggembirakan hati dia.

Saya paling tak suka orang yang cakap “bagi duit je, isteri mesti gembira”. Kenapa letakkan harga pada kegembiraan? Kegembiraan dan berbahagia bersama pasangan adalah satu benda yang tidak ternilai. Bukan bergantung kepada wang ringgit semata-mata.

Isteri ni, tak kira yang bekerja atau suri rumah, mereka ada benda yang mereka inginkan. Dari sekecil-kecil benda sehingga sebesar-besar benda. Ada yang disimpan sebagai impian, ada yang disimpan sebagai harapan, ada juga yang disimpan sebagai hasrat kecil.

Nak merealisasikan yang besar-besar itu memakan masa. Ada yang terus kalah kat sini. Ada suami yang rasa bila isteri nakkan rumah sendiri, bermaksud isteri tu tak bersyukur atau meminta benda yang tak terlangkau dek kemampuan. Sedangkan penerimaan kita tu yang tersilap. Itu adalah impian mereka. Impian boleh jadi kenyataan kalau kita berusaha. Dan impian tidak datang dalam sekelip mata.

IKLAN

Jadi, saya fokuskan hasrat kecil itu. Apa isteri saya suka? Apa yang buat dia tersenyum? Apa yang buat dia gembira? Kadang-kala isteri ni tak bagitau secara nyata benda-benda sebegini. Dia mungkin akan cakap sekali dan terus simpan dalam hati. Ada yang dia akan bagi “hint” yang dia nakkan sesuatu. Mungkin benda yang dia suka buat, mungkin benda yang dia suka makan.

Masalahnya datang bila kita tak peka. Kita tak mendengar dan kita tak memberi perhatian. Bisikan-bisikan kecil isteri, bagi saya amat penting.

Apa yang dia suka? Apa yang dia suka makan? Apa yang dia suka buat? Selesaikan dan cari kesukaan dia dan cuba realisasikan. Hasrat kecil ini selalunya tak mahal mana. Ada yang percuma je pun. Mungkin dia suka berpelukan duduk tengok tv sekali. Peluklah. Terus kita dapat tunaikan hasrat dia dan kesannya, dia akan jadi gembira dan menggembirakan kita semula.

Sebagai contoh isteri saya. Setiap kali saya ke pasaraya atau kedai, saya tak tahu nak beli apa untuk dia. Sebab tak banyak jajan yang dia suka. Hampir semuanya dia tak suka. Tapi baru-baru ini saya perasan dia suka sangat dekat makanan nama Bruschette ni. Berkali-kali dia cakap dia suka. Dia beli satu je masa kami beli barang dapur hari tu.

IKLAN

Jadi, bersempena ulang tahun perkahwinan kami yang ke 9 semalam, saya pun beli Bruschette ni untuk dia. Tampal atas kertas tebal dan tampal 3 kuntum bunga kat atas dia. Siap hadiah ulang tahun perkahwinan kami.

Pagi tadi saya bagi kat dia, bersinar-sinar muka terus mukanya. Itulah wajah yang selalu saya dambakan. Dan disebabkan itulah saya sentiasa mendengar bisikan-bisikan hasrat kecil dia. Supaya saya boleh menggembirakan dia dan akhirnya, dia menggembirakan kami sekeluarga.

Semoga para suami amalkan mendengar hasrat kecil isteri. Jangan beratkan kepala dengan benda yang mahal, tak semestinya perlu perabih untuk menggembirakan isteri. Cukup sekadar tahu apa yang dia suka.

IKLAN

Kongsikan penulisan ini supaya dibaca oleh lebih ramai lagi pasangan.

Apa hadiah ulang tahun anda yang paling manis?

Jemput follow saya 👉 Akhtar Syamir Saya selalu menulis mengenai hubungan suami isteri, kekeluargaan dan isu semasa.

Jom join Supergroup Telegram BroOhsem Fans di mana kita boleh berinteraksi dengan lebih rapat lagi.

▶️ http://t.me/broohsemfans ◀️

BroOhsem

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI