Setiap pasangan yang berkahwin sudah tentunya ingin hidup semati dengan pasangan seterusnya meniti usia tua hingga ke hujung nyawa. Namun, siapa kita untuk mengatur hidup dan sudah pasti kena percaya kepada qada dan qadar.
Namun, sebelum terlambat setiap pasangan harus menghargai dengan sepenuh hati. Sebagaimana perkongsian saudara Khairul Abdullah yang menyentuh hati bahawa kita harus mengambil peluang yang ada ketika pasangan di sisi.
Lakukana aktiviti bersama dan indah-indah. Semoga ia menjadi momen yang indah untuk dikenang. Jika ajal datang menjemput, nescaya kita akan rindu momen itu.
Ikuti perkongsian ini.
Setelah kehilangan, baru aku sedar yang aku tak cukup memberi pada isteri aku. Biasalahkan, lepas dah tak ada baru kita sedar apa yang kita hilang kan?
It’s too late.
Beberapa bulan terakhir, kami ada plan, ambil cuti, hantar anak-anak ke tadika dan kami nak pergi dating, nak tengok wayang, nak makan dengan tenang, dia nak pergi spa serta itu ini.
Ads
Kami sempat keluar sekali jer, tu pun beberapa jam sahaja, tak sempat tengok wayang pun. Tapi sebab dapat jalan berdua dan pegang tangan tak lepas, seronok kemain.
Lepas tu bila balik ke normal rutin, pegang tangan jadi kurang, nak bersembang pun kurang, gurau senda pun kurang, semuanya kurang. Sibuk dengan kerja dan anak-anak punya pasal.
Tiba-tiba dia diambil Tuhan.
Terus aku rindu segalanya, terus aku ingat segala benda yang kecil dan remeh temeh. Ya Allah, kalaulah masa tu boleh undur macam-macam aku nak betulkan balik.
1. Nak selalu pegang tangan dia. Walaupun nampak kecik, tapi dia sangat suka. Aku rasa semua perempuan suka kot bila laki dia pegang tangan sambil berjalan. Sungguh, aku teringin sangat nak buat tu.
Ads
Gambar hiasan
2. Nak selalu ucap sayang dan rindu. Kadang bila dah kahwin lama, kita tak ambil endah benda gitu. Alah dah sama-sama faham yang i love you dan you love me.
Tapi sebenarnya ungkapan tersebut jika keluar dari mulut sangat lebih memberi makna. Kalau dia masih hidup aku nak ucap setiap kali bertentang mata. Sungguh.
3. Nak ringankan tugas dia sebagai ibu. Aku sanggup buat semua kerja rumah agar dia tak penat dan dapat tumpu uruskan anak-anak dan juga aku. Dapat dia bergelak tawa dan gomol anak-anak selalu. Aku pun dapat tempiasnya. Sungguh, aku sanggup.
Gambar hiasan
4. Nak selalu bagi bunga kat dia. Dulu sebelum kahwin kemain romantik, asal jumpa jer bagi bunga, asal bagi bunga jer, jumpa. Lepas kahwin jarang-jarang sangat aku bagi kecuali special ocassion.
Ads
Aku tahu dia suka bunga, mata dia “sparkling” setiap kali dapat bunga. Tapi tulah, bila dah lama aku rasa macam alah tak perlu lah. Sungguh, aku nak bagi bunga pada dia setiap minggu. Sekuntum pun cukup asalkan bagi.
5. Aku nak bersembang lama dengan dia. Inilah yang paling aku inginkan. Demi Allah sunyi gila walaupun ada riuh dan hiruk pikuk jeritan dan tangisan anak-anak. Kalau diberi peluang aku nak duduk dan pandang wajah dia, bersembang lama-lama dengan dia, nak cerita segalanya pada dia.
Gambar hiasan
Sungguh.
Begitulah, sesekali rindu datang, aku pun mengenang. Acapkali aku kesal kerana tak berikan sepenuhnya pada dia.
Kau yang belum kehilangan, hargailah apa yang kau masih ada.
Pada usia 75 tahun, penyanyi terkenal era 1970-an, Datuk DJ Dave masih kekal berstamina dan aktif dalam lapangan aktiviti yang dilakukannya.
Penyanyi lagu Menjelang Hari Raya itu berkata, dia menjaga kesihatan dengan bersenam, bersukan dan mengawasi pengambilan makanan sejak dari zaman muda.
Kongsinya, dia sama sekali tidak pernah bersetuju dengan sebarang suntikan vitamin atau rawatan tertentu yang hanya bersifat sementara.
“Tidak! Saya tak pernah buat perkara seperti itu. Saya tak pergi ambil suntikan untuk awet muda. Saya tak bohong!
“Saya tak pernah buat botox atau apa pun. Saya cuma bersenam di rumah dengan kerap dan tidak pergi ke gim. Saya juga mengamalkan makanan seimbang kerana bagi saya kita perlu bakar kalori yang kita ambil dari makanan kita.
“Tak lupa saya ambil vitamin seperti vitamin C dan D. Saya akan lebih banyak buah-buahan dan sayur-sayuran. Saya juga sukakan ulam selain mengurangkan pengambilan daging danbanyak makan ikan kerana ia penting,” katanya semasa ditemui pada majlis sambutan ulang tahun kelahirannya ke-75 di Rumah Titian Kasih, Titiwangsa baru-baru ini.
Semasa majis tersebut, DJ Dave atau nama lengkapnya, Irwan Shah Abdullah mendendangkan tiga lagu dan berbesar hati menyampaikan sumbangan wang tunai dan cenderahati kepada premis tersebut, termasuk setiap penghuni.
Mengulas sambutan tersebut, DJ Dave yang juga Presiden Yayasan Kebajikan Artis Tanah Air berkata, perkara itu sudah dilakukan sejak lima dekad lalu.
Katanya, ia adalah usaha murninya meraikan kanak-kanak, golongan istimewa, kurang upaya, asnaf dan mereka yang kurang berkemampuan.
“Selama 50 tahun dalam industri seni, tradisi itu sudah saya amalkan tanpa mengira bangsa dan agama.
“Sejak kecil, saya sudah dididik supaya sentiasa membahagiakan dan menghargai orang lain tanpa mengira darjat,” katanya.
Dalam pada itu, pelantun lagu Masa Merubah Segalanya ini tidak lokek untuk berkongsi tips untuk kekal aktif.
“Saya ikut nasihat ayah saya yang mana kalau nak melakukan sesuatu lakukan dengan baik jangan lakukan sesuatu yang boleh mendatangkan musibah kepada diri sendiri.
“Saya senang hati berkongsi tips ini dengan orang lain, tiada rahsia untuk saya kekal sihat,” ujarnya.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Dua hari lepas, ramai berkongsi result UPKK yang diduduki oleh pelajar tahun lima. Ada yang berkongsi rasa gembira, syukur tak kurang juga yang berduka dengan keputusan yang diperoleh. Apa pun yang diperoleh, percayalah anak-anak sudah lakukan yang terbaik. Maka terima dengan hati yang reda dan terbuka. Jauh lagi perjalanan mereka.
Seperti dikongsi bapa bernama Jalaludin Abd Aziz apabila anaknya memperoleh keputusan yang baik di dalam peperiksaan tersebut. Walaupun tidak cemerlang dan mendapat straight A, namun bapa ini cukup bangga dan terharu. Malah mereka seisi keluarga juga terkejut dengan keputusan yang diperoleh anaknya itu.
Apa tidaknya, anak yang selama ini berada di kedudukan tercorot dalam kelas, akhirnya berjaya membuktikan mampu raih 4A.
Yg nie ayah kena tulis…… Mira x dapat pun 8A… Tapi keputusan dia mmg buat satu famili terkejut… Dgn xde A langsung masa percubaan. Dgn setiap exam dia yg kami boleh agak no kedudukan dia…
.
Dgn dia lambat berjalan dan lambat bercakap dulu….ia mmg satu kejutan!! Buku pun jng harap dia baca kat rumah..mmg harap 100% jasa baik cikgu sek petang je…Tima kasih banyak cikgu² semua… dlm kepala kami mmg D..E..D..E….
4A..1B…3C…bagi kami dah Alhamdulilah dan sangat cemerlang.. Seminggu sebelum sek cuti dulu…mira menagis masa balik sekolah kebangsaan bila sorg cikgu suruh dia ge sekolah pendidikan khas… Aku nak ge jumpa n tanya cikgu tu….tp mira seboleh² tak bagi aku jumpa cikgu tu….aku cuma nak tau je keputusan exam anak cikgu tu… Tak pe mira…its ok…ayah n mak tau mira banyak lagi keistimewaan lain.
.
Berani cakap english…
Pandai jaga hati mak ayah…
Pandai mengaji…
Kelakar…(nie paling best)
Sentiasa nak peluk mak n ayah wpun kat tempat public. Tu yg paling best…
.
So..aku nak mintak maaf dulu kat sek keb..kalo exam UPSR mira nanti mungkin merosakkan peratus prestasi sekolah….tapi kena ingat gak, banyak je terjadi pelajar harapan sekolah pun gagal dapat Straight A masa exam….. …so itu pun merosakkan peratus sekolah gak…..
.
So..tak yah nak pandang rendah sangat kat beberapa pelajar…..terima kelebihan dan kekurangan setiap pelajar dengan hati terbuka dan kepala hotak kita akan selapang lapangnya… banyak sejarah..yg tak berapa pandai nie lah yg jaga mak n ayah bila tua nanti….
Mempelajari muzik membawa seseorang ke arah kepekaan minda yang unik. Tidak kiralah sama ada mereka menyanyi, mendengar atau bermain instrumen. Seorang guru akan mengarahkan kanak-kanak mendengar melalui kaedah yang berbeza untuk melatih kepekaan. Bermain alat muzik dan menambah gerak dalam latihan akan mendidik anak-anak mengenai pembelajaran berterusan dan membantu kefahaman membaca.
Muzik juga mempunyai peranan pendidikan yang cukup meluas termasuklah cakupannya dalam mengawal fungsi kedua-dua bahagian otak.
Fungsi otak kiri yang memainkan peranan dalam penguasaan bahasa mampu diaplikasikan dengan lebih jitu jika seorang kanak-kanak menguasai kemahiran muzik.
Mengikut kajian yang pernah dibuat, kanak-kanak yang telah mendalami bentuk lagu dan menghafal beberapa lirik lagu dengan mudah menyediakan keseragaman dalam sesuatu maklumat baru yang dibacanya. Dia akan menjadi pembaca yang lebih pantas!
Jika diamati, seorang kanak-kanak yang mempunyai bakat seni boleh berfikir dengan lebih kreatif dan mampu menyelesaikan pelbagai jenis masalah.
Seni itu luas dan seseorang boleh mempamer kreativiti diri dengan lebih terbuka. Kanak-kanak yang diperkenalkan pada jenis-jenis muzik berbeza pada awal usia dapat mendalami budaya luar dengan lebih pantas.
Muzik juga menggalakkan penglibatan ramai orang. Jadi, seorang kanak-kanak yang disuntik dengan kemahiran muzik kebanyakannya memiliki keyakinan yang lebih tinggi berbanding kanak-kanak biasa.
Mereka akan sentiasa cuba melakukan yang terbaik. Contohnya, jika seseorang kanak-kanak itu bermain di pentas orkestra, sudah tentu dia ingin menghasilkan muzik yang menyokong kepaduan bunyi bagi instrumen-instrumen yang lain. Ini satu kepuasan bagi seorang pemuzik.
Satu kajian di University of California mendapati bahawa muzik melatih perkembangan minda dengan lebih cepat.
Pelajar darjah dua di sekolah yang mendapat pendidikan muzik yang baik mendapat keputusan cemerlang dalam ujian Matematik. Jumlahnya adalah 27 peratus lebih tinggi berbanding kanak-kanak yang tidak mendapat latihan seni yang khusus. Ini membuktikan muzik bertindak sebagai wadah pantas ke arah pendidikan yang lebih berkesan.
Malah, muzik bukanlah sesuatu bebanan. Muzik melahirkan keseronokan dan rasa gembira bagi penggemarnya. Bukan itu sahaja, apa yang mustahak dalam pendidikan awal muzik adalah dapat melahirkan seorang kanak-kanak yang menghormati, sabar, dan tekun dalam menerima pendidikan muzik yang baik. Setiap ibu bapa perlu mengetahui banyak lagi faedah yang diterima oleh seorang yang mempunyai kemahiran dalam muzik.
Dalam kesibukan hidup harian, dengan kerja tak habis-habis, nak kejar dateline, urus rumah tangga lagi, kita mungkin ada terlepas pandang saat-saat kecil yang sebenarnya...