Ada orang suka isi masa lapang di rumah dengan menanam, lebih-lebih lagi bila tiap kali sentuh je tanah tu hasilnya selalu menjadi. Banyak sebenarnya tanaman yang mudah untuk dijaga, termasuklah pokok kunyit.
Selalunya, bila dapat hasil ni, kadang sampai tak terguna bila dah ambil. Elak dari membazir, boleh lah buat sesuatu yang boleh digunakan dalam tempoh masa panjang. Salah satunya serbuk kunyit homemade.
Bila buat sendiri ni, lebih puas hati terjamin kebersihannya, bebas pewarna dan pengawet! Jom tengok caranya yang dikongsikan oleh Sue Tiez.
Serbuk Kunyit Homemade
Beberapa hari lepas saya ada tuai kunyit dan share di sini cuba buat serbuk kunyit sendiri. Ini lah hasilnya. Dapat la 1 botol serbuk kunyit dari isi kunyi yang tak seberapa banyak tu.
Ads
Warna dan aroma kunyit buatan sendiri lebih terang dan wangi. Yang pasti ia lebih bersih dan bebas bahan pewarna, bebas pengawet dan orginal.
Cara buat:
1. Cuci sebersih-bersihnya kunyit tu guna berus. Tak perlu kupas kulitnya. Kalau guna berus pasti bersih.
Ads
2. Potong nipis dan jemur/keringkan (saya ambil masa 2 hari saja untuk keringkan sebab panas terik dari pagi sampai petang). Nak cuba keringkan guna oven atau air fryer pun boleh. Ada kawan-kawan kata boleh. Saya lebih suka cara semulajadi.
3. Selepas kunyit dah betul-betul kering, gunakan pengisar untuk bahan-bahan kering dan blanderkan kunyit tu sampai halus. Kemudian tapis guna pengayak tepung. Kalau perlu ulang berkali2 proses2 ni sampai dapat serbuk kunyit yang dikehendaki.
Menikmati sarapan atau minum petang dengan roti jala yang dicicah bersama kuah kari yang pekat tentu menyelerakan rasanya.
Tapi bab memasak kari yang pekat dan enak tak ramai yang tahu. Jadi disini dikongsikan resipi daripada Muhamad Fadzul Ilahi Azhar kepada yang ingin mencuba.
Ini perkongsiannya.
Orang selalu tanya.. macam mana kari saya masak.. pekat elok.. TANPA menggunakan kerisik dan buah keras.. saya masak ikut style saya . Maaf kalau resepi ni kurang jelas. Tak pandai buat resepi.. hehe.
KARI AYAM
1ekor ayam 1.8kg
3senduk bahan blend(bawang merah putih dan halia)
150gm serbuk kari
1kotak kecik santan kara
4beradik lawang, cengkit, kayu manis, pelaga
Garam, gula dan aji
Air
Panaskan minyak lebih, tumis 4beradik diikuti bahan blend.. tumis sampai kering.. masukkan sikit air.. biar sampai kering..
Masukkan rempah dan santan.. tumis sampai pecah minyak dengan mengunakan api paling slow.. selalu kacau tak bagi melekat..
Masukkan sedikit air.. jangan cair , jangan pekat.. tengah-tengah.. biar didihkan..
Masukkan gula aji dan garam..
Masukkan ayam dan kentang.. biarkan sekejap mendidih.. gaul-gaul .. dan biar masak tutup api.. api slow ya.. ni cara saya..
ROTI JALA KUNING
1kilo Tepung gandum
2sb gula
1/2sb garam
3biji telur
2sudu kecil perwarna kuning telur
1tin susu cair
Air
8sudu besar minyak
Kacau kesemuanya bahan dalam satu bekas sampai sebati.. masukkan perwarna dan minyak.. kacau hingga sebati.. adunan tak terlalu cair atau pekat
Masukkan adunan ke dalam blender blend hingga halus dan ada pusar sebesar ibu jari lelaki.. siap adunan yang cantik.. kalau tak ada pusaran masukkan air sedikit hingga menjadi pusaran.
Cuba bayangkan kalau anda ada menanam kunyit di rumah. Tentu bila-bila masa boleh dituai daunnya untuk dijadikan bahan dalam masakan yang cukup menyelerakan.
Tak ada lagi istilah ‘tangan panas’, semua boleh menanam kunyit jika ikut cara ni.
Hal ini telah dikongsi oleh Nurul ‘Izzah Zulkifli. Ini katanya :
“Tapi ada sesuatu yang tidak mematahkan semangat saya mahu menanam. Psssstt.. banyak sebab antaranya, mahu yang segar dan organik, bebas racun serangga dan menjimatkan wang! Jadi, saya kongsikan sejenis tanaman mudah untuk anda!”
KUNYIT aka turmeric atau nama saintifiknya Curcuma Longa.!
Kunyit seperti yang diketahui ada banyak khasiatnya dan digunakan secara meluas dikalangan masyarakat Asia.
Turut dikenali sebagai salah satu ‘superfood’ yang berkesan sebagai anti-inflamasi dan antioksidan, ianya juga berguna sebagai anti-depressi, pewarna makanan dan daunnya sebagai ulam atau pembuka selera dalam masakan.
Ok, berbalik kepada tajuk kita.
Apa Yang Perlu Ada?
1. Bekas menanam.
Untuk permulaan, boleh gunakan botol plastik seperti air mineral atau bekas makanan. Tebukkan lubang di bahagian bawah botol mineral menggunakan paku atau drill. Saya gunakan pasu kecil dan bekas mineral Spritzer saiz 9.5ml sahaja.
2. Rizom aka tunas kunyit.
Ketika membeli kunyit, pilih bahagian yang telah bertunas.
3. Tanah.
Boleh didapati di banyak tempat. Lebih mudah jika dapatkan di nurseri yang berdekatan dengan tempat anda.
Cara Menanam
1. Penuhkan bekas menanam dengan 2/3 atau 3/4 bahagian tanah.
2. Letakkan rizom kunyit dengan tunas menghadap ke atas. kambus nipis sahaja.
3. Siram 2x sehari.
4. Setelah beberapa ketika, daun akan mula keluar dan sedia untuk digunakan.
Tip Tanam Kunyit
1. Gunakan air paip tadahan, air cuci ikan, atau air beras (yang boleh juga digunakan untuk mencuci muka).
2. Pastikan tanah lembab tetapi awas jangan biarkan air bertakung kerana ianya akan mereputkan ubi kunyit.
3. Posisikan bekas tanaman di tempat teduh dan tidak terlalu panas.
Bagaimana mahu mendapatkan ubi kunyit?
1. Apabila daun mulai menguning dan batang kunyit mulai kering, ianya petanda ubi kunyit telah matang.
2. Mudah sahaja, hanya korekkan keseluruhan tanaman termasuk bahagian akar.
3. Ambil bahagian yang diperlukan, bahagian yang bertunas boleh terus ditanam semula.
Cara penggunaan ubi kunyit
1. Cuci bersih dan rebus ubi kunyit.
2. Kupas dan buang kulit pada ubi kunyit
3. Jemur kering kunyit menggunakan tray.
4. Kunyit yang kering boleh dikisar halus dan disimpan sebagai serbuk kunyit di dalam bekas kedap udara.
Tips gardening di rumah.
1. Gunakan bekas tanaman dari jenis plastik: ‘reuse’ dan ‘recycle’.
2. Air siraman berupa air basuhan beras, ikan dan air hujan adalah sangat bagus. Siram anak pokok 2kali sehari menggunakan spray.
3. Baja dari kulit telur, kulit pisang, serbuk kopi dan serbuk teh adalah yang paling mudah didapati dari dapur anda.
4. Benih dan baja kompos boleh dibuat sendiri juga dari sisa dapur rumah anda.
5. Selawat dan bercakap yang positif. Bacaan :
‘La haula wala quwwata illabillahil ‘aliyyil ‘azim’
Tiada daya upayaku melainkan bantuanMu ya Allah..
Dari proses menanam hinggalah ke siraman, jangan lupa amalkan tips ini ye.
Mudahkan? Jom kita menanam.
sumber : Nurul ‘Izzah Zulkifli
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sedapnya tak boleh bawa bincang. Kalau ibu-ibu suka colek atau pencicah jenis serbuk, inilah resipi mudah tapi terangkat yang boleh dicuba sendiri di rumah. Makan pula dengan mangga muda memang sesuai sangat ni.
Rasanya yang pedas, manis dan masin memang kecur liur. Cara buat Serbuk Colek ini dikongsikan oleh Mak Hazs menerusi facebook. Kalau ibu-ibu nak cuba, bolehlah tengok resipi ini. Cukup mudah, guna 4 bahan je.
Sangai semua bahan2 kecuali gula. dah garing semua bahan2 tu… sejukan dan bland kering..
kalau ikut resepi asal bland sekali dng gula.. tapi saya guna gula pasir yg halus tu.. terus campur bahan bland tu dng gula dalam bekas asing dan gaul sebati…
*add on garam kalau x cukup masin
*boleh lebihkan cili kering jika suka tahap kepedasan yg lebih
*yang paling penting pastikan bahan2 sengai tu sejuk dahulu baru bland.. kalau tak nanti x cantik kejadiannya…
Selamat mencuba!
Jom sertai pertandingan Pilihan Keluarga Bulan Ini. Caraya mudah, klik sahaja link INI atau imbas QR code yang ada di poster. Hadiah menarik menanti anda!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Lisbon Hotel Melaka menawarkan pengalaman tenang dan mewah di Perkampungan Portugis. Dengan reka bentuk ala Mediterranean, kolam infiniti dan restoran Festa yang eksklusif, ia destinasi ideal untuk percutian keluarga.