Sukar diungkapkan dengan kata-kata bila membaca kisah ibu dan anak ini. Hanya kerana takut tidak diterima oleh pihak hospital akibat ketiadaan wang untuk bersalin di hospital, nyawa ibu dan kandungannya melayang.
Sukar untuk menerima kenyataan masih ada yang berfikiran sedemikian tetapi itulah hakikatnya. Kisah ini dikongsikan oleh lelaki bernama Kuan Chee Heng.
Dia yang cukup dikenali sebagai Uncle Kentang yang juga merupakan aktivis masyarakat berkongsi kisah tersebut dilaman facebooknya.
Ads
Tiada wang bersalin di hospital
Hati saya robek….melihat jenazah baby dan mak kaku ….. Hanya kerana tiada duit untuk bersalin di hospital…. . Suami hanya sewa bilik rm 250 sebulan. Merantau ke malaysia…. Kerja sebagai welder… Gaji tak seberapa….
Ads
Nak bawa isteri bersalin di hospital perlu banyak duit…. Akhir nya terkorban baby dan mak…. Mati dalam masa bersalin…. Baby pun meninggal dunia…. Mak dan baby… Sedekah lah doa doa yang baik untuk mereka berdua…
Ads
Wahai orang seberang… Jangan takut… Jangan khuatir… Pergi bersalin di hospital…. Kami malaysia tak busuk hati…. Tak kan doktor halau kamu dari hospital ….. Jangan bimbang sangat…. Kami manusia bukan haiwan….
Kami ada hati… Doctor pun ada hati… Malaysia pun ada hati…. Jangan terkorban begini sahaja… Hari ini saya akan uruskan kedua dua mereka bersama ayah mereka…. Saya akan jumpa ayah nanti…..
Semoga kamu berdua di tempatkan di syurga… Bersama sama mereka yang beriman….. Kami doakan yang terbaik……..anak dan suami mu kami akan bantu untuk meneruskan perjuangan hidup…saya akan bantu, kami akan bantu… Rest in peace.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sebut sahaja tentang hutang, tentu antara kita ada pengalaman yang tersendiri sama ada sebagai orang yang memberi wang atau yang berhutang. Sebagaimana kita semua maklum, hutang itu menjadi tanggungjawab dan amanah untuk dilunaskan oleh setiap yang berhutang.
Pun begitu, tidak dinafikan ramai juga yang tidak mahu membayar hutang; tidak mampu sering dijadikan alasan untuk terus melengahkah bayaran bahkan ada yang hingga buat-buat lupa untuk melunaskan hutang tersebut.
Senang kata, kalau bercakap tentang hal menuntut hutang memang tidak pernah habis kisahnya. Bahkan hingga menyebabkan pemberi hutang pula yang terpaksa menangih wang tersebut dipulangkan.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Namun lain pula kisahnya yang dikongsikan oleh Ustazah Huda di media sosial bila berkongsi sekeping gambar berupa wang syiling dan beberapa wang kertas bernilai RM1 dan RM5 dengan kapsyen yang cukup menarik tumpuan dan perhatian warganet.
Ini perkongsiannya dan jadikan ia inspirasi buat semua.
Dah lama saya nak tulis tentang amanah (hutang), Allah izinkan saat ini. Gambar di bawah ni adalah pinjaman yang dibayar adik saya. Terharu hanya Allah yang tahu saat melihat dia mengangkat satu plastik besar yang mengandungi sejumlah wang syiling RM1,000 dan keseluruhannya termasuk wang RM1 dan RM5 ini total RM3,000.
Saya hanya mampu membalasnya dengan doa moga Allah terus deraskan lagi rezqinya. Allah nilai usaha gigihnya dengan berniaga mengumpul wang ini untuk menyelesaikan segala amanahnya.
Teringat adik saya pernah cerita kisah seorang sahabatnya yang sangat baik dan telah meninggal dunia di usia yang sangat muda. Suatu hari arwah datang dalam mimpi sahabatnya dan dalam mimpi tersebut arwah minta tolong sahabatnya cari nota yang dia tinggal dan tolong selesaikan hutangnya.
Selepas terjaga dari mimpi sahabat arwah mencari nota yang di maksudkan arwah dan dia terjumpa sticky note yang tertulis hutang arwah dan dia segera menyelesaikan hutang tersebut.
Selepas dengar kisah ni saya sangat terpanggil untuk menulis perihal hutang. Ya benar hutang memang dibenarkan dalam Islam. Tapi satu perkara penting yang kita selalu lupa ialah mencatat hutang-hutang kita. Realiti berlaku sekarang ramai yang menganggap hutang adalah perkara kecil. Sedangkan Allah cerita panjang tentang hutang dalam Ayat 282-283 Surah Al-Baqarah. Bukalah Quran tafsir dan hayatilah terjemahan ayat 282-283 ini.
Baginda Nabi Muhammad s.a.w juga meninggalkan pesan pada kita dengan sabdanya :
“Berhati-hatilah kamu dalam berhutang, sesungguhnya hutang itu mendatangkan keresahan di malam hari dan menyebabkan kehinaan (aib) di siang hari” (Hadith Riwayat Al-Baihaqi)
“Ruh seorang mukmin itu tergantung dengan hutangnya hingga lah dia melunasinya.” (Hadith Riwayat Tirmidzi).
Marilah sama-sama kita mula menulis hutang-hutang kita dan tanamkan azam serta niat untuk menyelesaikan kembali segala hutang-hutang tersebut.
Pesan pada orang terdekat kita jika kita meninggal dunia bagaimana cara mereka boleh bantu melunasi hutang-hutang tersebut.
Bila kita berhutang jangan larikan diri atau bermusuhan. Jika masih belum mampu bayar hubungilah orang yang kita pernah berhutang dan maklumkan keadaan yang kita masih belum mampu melunasi hutang-hutangnya. Ingatlah sahabat, orang yang mati syahid sekalipun ruhnya masih tergantung selagi hutangnya tidak diselesaikan.
Semoga Allah bantu kita kembali mengadapnya dalam keadaan bebas dari segala jenis hutang piutang. Allahumma Aamiin Ya Allah Mujeeb.
Hati mana yang tidak sayu melihat kepayahan hidup insan lain. Lebih meruntun jiwa apabila ada yang terpaksa membawa anak bersama mencari rezeki dalam keadaan terik panas.
Anak kecil yang masih mentah sepatutnya bermain untuk menerok persekitarannya, sebaliknya terpaksa mengikut orang tua kepayahan mencari rezeki.
Yang pasti, semua ibu bapa mahu memberikan yang terbaik buat anak. Namun apakan daya, kesusahan hidup memaksa membuatkan mereka tiada pilihan terpaksa membawa anak bersama-sama menempuh kesusahana mencari rezeki yang halal.
Kepayahan hidup yang dilalui oleh penghantar makanan membawa anaknya tular sehingga menarik perhatian pelakon, Anzalna Nasir.
Melihat perkongsian Ebit Lew, ibu kepada dua orang cahayamata ini meluahkan hasrat untuk membantu lelaki berkenaan.
Hasrat ingin membantu itu diluahkan menerusi InstaStory, Anzalna yang mahu menghulurkan sumbangan dari segi keperluan bayi sekiranya anak rider tersebut adalah lelaki.
“Hanya Allah yang dapat membalas jasa Ebit Lew. Rezeki abang ni dapat motor baru,”
“Anak abang (rider) ni lelaki ke? Kalau lelaki, boleh datang ke rumah Anzalna.. banyak barang-barang bayi nak bagi kat dia.”
EBIT LEW BAGI HADIAH MOTOSIKAL BARU
Terdahulu, menerusi facebook Ebit Lew, menghadiahkan sebuah motosikal baharu kepada bapa tiga anak itu selain memintanya mencari pengasuh supaya bayi digendong tidak perlu dibawa sekali ketika keluar bekerja.
Sebak bila lihat video adik ni bawa anaknya sambil kerja menghantar makanan. Motor pinjam dengan mertua. Isteri kerja butik baju. Duit tak cukup. Menangis je masa jumpa tadi. Terharu dapat berjumpa. Saya hadiahkan motor baru untuknya dan minta adik ni cari pengasuh untuk anaknya. Nanti saya akan bantu bayar bulanan pengasuh. Ulang kali abang ni ucap terima kasih.
Saat kita merasa kita susah ada orang lain yang lagi memerlukan. Bila hadiahkan motor melihat air matanya membuat kita rasa lebih bersyukur. Besar nilai rezeki tak sangka-sangka. Semuanya dari Allah.
Semoga Allah mudahkan hidupnya. Berkatkan rezeki buat keluarga ini. Doakan buat semua saudara kita yang dalam kesusahan di luar sana yer.
Bila anak demam campak selain risaukan suhu badannya yang turun naik dengan tinggi, masalah parut kesan daripada campak ini begitu merisaukan ibu ayah. Lagi-lagi kalau anak perempuan. Bimbang parut kekal hingga mereka dewasa.
Sebenarnya bukan semua parut kekal hingga dewasa. Parut jenis campak yang halus dan kecil akan hilang dengan sendirinya apabila demam makin reda. Adakalanya parut campak jenis bebola air besar, terutama yang dikatakan sebagai ‘ibu’ campak biasanya akan meninggalkan kesan parut.
Pun begitu ia bergantung kepada tubuh seseorang itu. Ada juga yang langsung tidak meninggalkan parut.
Petua amalan berbedak yang diamalkan oleh masyarakat di utara tanah air ini pastinya buat mak ayah tak perlu risau dengan masalah parut lagi. Jadi jom kita cuba.
Pulihkan Guna 3 Bahan
Bahan-bahan:
Daun bunga melur
Beberapa tangkai daun asam gelugur
Bedak sejuk
Caranya:
1. Basuh bersih daun asam dan daun melur.
2. Kemudian kisar bersama bedak sejuk dengan sedikit air.
3. Bancuhan jangan terlalu pekat atau terlalu cair.
4. Sapukan seluruh badan selepas campak kering.
Guna Daun Semambu
Antara cara lain yang boleh dilakukan adalah berbedak dengan dengan menggunakan daun semambu. Perkongsian Puan Norhafizah Abdul Hamid juga sama iaitu amalan berbedak.
Ambil daun semambu, kisarkan hingga halus dan ‘bedakkan’ pada seluruh badan anak.
Selepas campak anak kering, anak pun dah sihat dah, mak ayah mesti cari pokok semambu. Kisarkan halus dan buatkan bedak untuk disapu seluruh badan. Bila dah berbedak maka sahlah tamatnya penyakit campak itu. Katanya.
Selamat mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di