Bila anak demam campak selain risaukan suhu badannya yang turun naik dengan tinggi, masalah parut kesan daripada campak ini begitu merisaukan ibu ayah. Lagi-lagi kalau anak perempuan. Bimbang parut kekal hingga mereka dewasa.
Sebenarnya bukan semua parut kekal hingga dewasa. Parut jenis campak yang halus dan kecil akan hilang dengan sendirinya apabila demam makin reda. Adakalanya parut campak jenis bebola air besar, terutama yang dikatakan sebagai ‘ibu’ campak biasanya akan meninggalkan kesan parut.
Pun begitu ia bergantung kepada tubuh seseorang itu. Ada juga yang langsung tidak meninggalkan parut.
Petua amalan berbedak yang diamalkan oleh masyarakat di utara tanah air ini pastinya buat mak ayah tak perlu risau dengan masalah parut lagi. Jadi jom kita cuba.
Ads
Pulihkan Guna 3 Bahan
Bahan-bahan:
Daun bunga melur
Beberapa tangkai daun asam gelugur
Bedak sejuk
Caranya:
1. Basuh bersih daun asam dan daun melur.
2. Kemudian kisar bersama bedak sejuk dengan sedikit air.
Ads
3. Bancuhan jangan terlalu pekat atau terlalu cair.
4. Sapukan seluruh badan selepas campak kering.
Guna Daun Semambu
Antara cara lain yang boleh dilakukan adalah berbedak dengan dengan menggunakan daun semambu. Perkongsian Puan Norhafizah Abdul Hamid juga sama iaitu amalan berbedak.
Ambil daun semambu, kisarkan hingga halus dan ‘bedakkan’ pada seluruh badan anak.
Selepas campak anak kering, anak pun dah sihat dah, mak ayah mesti cari pokok semambu. Kisarkan halus dan buatkan bedak untuk disapu seluruh badan. Bila dah berbedak maka sahlah tamatnya penyakit campak itu. Katanya.
Selamat mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Mentaati suami itu dituntut oleh Islam dan seorang wanita yang sudah bergelar isteri, syurganya terletak di bawah kaki suami. Namun itu tidak bermakna anda tidak perlu mengingati dan menghargai jasa kedua orang tua yang selama ini membesarkan dan memberi sepenuh kasih sayang selain mengorbankan segala-galanya.
Di dalam Al-Quran ada menyebut tentang hal ini. Antaranya:
“Dan Kami perintahkan kepada manusia (agar berbuat baik) kepada kedua orang tuanya, ibunya telah mengandungkannya dengan keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyusukannya selama dua tahun, bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua orang tuamu, hanya kepada Aku kembalimu” (Luqman, 31: 14).
“Kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapa…” (al-Ahqaf, 46: 15).
Justeru, ikatan perkahwinan tidak bermakna anda boleh mengabaikan tanggung jawab sebagai seorang anak. Kisah yang cukup menyentuh hati dan patut dijadikan pedoman ini dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook, Faiz Mustapha.
Kesian pula pada makcik ni selepas mendengar kisahnya. Ketiga-tiga anak perempuannya lepas berkahwin tidak bekerja. Anak-anaknya bukannya calang-calang kelulusan. Anak pertama lulusan Master di Universiti Sains Malaysia (USM). Habis master bekerja sebagai research assistant tetapi berhenti selepas kahwin sebab jaga anak. Suami tak bagi kerja. Suami kata derhaka jika ingkar. Anak kedua dapat degree Universiti Putra Malaysia (UPM) terus kahwin dengan coursemate. Sempat kerja kerajaan setahun tetapi kena transfer. Terus berhenti kerja dan beranak.
Anak ketiga Degree daripada UiTm dan dua tahun cari kerja. Akhirnya dapat panggilan guru, tapi tolak sebab tak minat. Sehingga sekarang umur dah 30 tahun dan tidak bekerja. Kahwin dan beranak. Makcik dan arwah suaminya bersusah payah membesarkan anak-anak mereka bagi pelajaran. Makcik pencen kerani kerajaan dan arwah suami kerja kampung. Anak-anak minta macam-macam waktu belajar. Semuanya dipenuhi daripada laptop, handphone sehingga duit belanja sebab pinjaman yang diterima tidak cukup. Mak saudara pun banyak tolong bantu anak-anak perempuan. Akibatnya, makcik dan arwah suami ketika itu selalu catu belanja. Nak beli makanan pun berjimat sebab waktu tu anak serentak sambung belajar. Orang lain tua-tua mampu pergi umrah atau haji tapi mereka tak berkesempatan kerana masalah kewangan. Simpanan pun habis untuk pembelajaran anak-anak. Kini, makcik tinggal seorang diri. Dia bertuah sebab masih ada pencen. Boleh lah tanggung makan minum sendiri.
Kata makcik seronok tengok anak-anak saudaranya berjaya dan tolong mak bapak. Kadang kala anak-anak saudara sedekah duit dan beli macam-macam tapi dia malu jugak nak terima. Anak-anak sendiri tak pernah bagi. Tetapi menyebabkan saya lagi sedih juga geram ialah anak- anaknya masih lagi menyusahkan hidupnya. Kadang-kadang minta pinjam duit ye. PTPTN pun tak mampu bayar. Nak minta suami bayar? Jangan harap…..
“Hafiz, tak yah kahwin lah. Kalau kahwin cari perempuan yang kerja tau”. Kata makcik pada saya sambil ketawa. Pertama kali mendengar pesanan macam itu daripada seorang wanita tua. Kejadian dan pengalaman hidup menyebabkan dia berkata begitu. Walaupun kami banyak bergelak ketawa ketika berbual, tetapi saya tahu makcik susah hati. Kepada perempuan, jika ada kelayakan, bekerja lah bantu keluarga. Janganlah mengenepikan ibu bapa dengan alasan taat suami. Your parents raised you up kan? They will be with you forever. Suami tu esok pun dia boleh cerai dan cari perempuan lain.
Hafiz CuteCarry Sejak habis universiti terus kerja non stop!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Antara yang selalunya menjadi kerisauan pada kita adalah tanaman yang di tinggalkan tanpa disiram.
Rungsing tanaman tidak dijaga dan kering apabila kembali semula ke rumah. Jika itu yang menjadi kerunsingan anda, ada baiknya anda cuba lakukan tiga
perkara ini sebelum meninggalkan rumah.
Cuba langkah yang diberikan ini.
Letakkan Pelapik Air
Sebelum bergerak pulang, pastikan kesemua pasu tanaman baik bunga-bungaan atau tanaman lain dilapik dengan pelapiknya. Paling utama, kesemua pelapik ini
diletakkan air hingga parasnya. Ini bagi memastikan adanya bekalan air yang boleh diserap oleh pokok setiap masa.
Letak Air Dalam Pasu
Selain itu, langkah lain yang anda boleh lakukan adalah meletakkan air ke dalam pasu sepenuh-penuhnya. Kemudian tinggikan sebelah pasu dengan batu atau
pelapik. Sebelah kiri pasu sebaiknya pilih bahagian yang berlubang supaya membolehkan air keluar melaluinya.
Botol Air Mineral
Ini patut anda cuba. Gunakan botol mineral yang sudah digunakan dan isilah air hingga penuh. Kemudian benamkan hujung botol ke dalam tanah. Cara ini
membolehkan tanaman sentiasa dibekalkan dengan air. Jika tanaman ditinggalkan tanpa siraman pada tempoh yang agak lama, anda boleh sahaja menggunakan
botol mineral yang besar.
Selamat mencuba dan bercutilah dengan gembira dan tenang tanpa memikirkan tanaman-tanaman di rumah. Semuanya pasti terjaga dengan baik. Paling penting
sentiasa dekatnya dengan cahaya matahari.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Masalah kemurungan dalam kalangan guru disifatkan cukup serius ketika ini terutamanya membabitkan mereka yang bertugas di bandar besar.
Baru-baru ini masyarakat dikejutkan dengan kes seorang guru wanita berusia 36 tahun yang mengalami kemurungan ditemui mati dalam keadaan terlentang dipercayai terjatuh dari tingkat lima sebuah pasar raya kerana tidak dapat menerima beban kerja yang banyak.
Demikian juga kes ibu beranak 6 yang juga seorang guru mempunyai masalah kemurungan ditemui mati lemas.
Itu bukanlah kes yang pertama, bahkan sebelum ini ada kes cubaan bunuh diri oleh guru.
Mengapakah ini berlaku. Adakah disebabkan oleh bebanan kerja semata-mata atau ada faktor lain?
Seorang wanita bernama Wanney Kie dalam perkongsiannya di laman facebook memberitahu tekanan kerja dan kehidupan rumah tangga akibat perkahwinan jarak jauh (PJJ).
Dia yang bertugas sebagai guru terpaksa berjauhan dengan suami kerana permohonannya untuk bertukar tidak mendapat kelulusan biarpun lebih 6 kali mengisi permohonan tersebut.
Pernah saya menangis dalam kereta macam orang gila lepas hantar suami naik bas. Waktu kami PJJ. Selalu! Kadang2 ank saya tengok saya menangis, dia pun turut menangis..meraung.
Bila dia meraung, saay terus berhenti menangis..sebab fokus pujuk dia. Kadang kami nangis sama2.
Pernah saya menangis ketakutan bila ada orang yang tak dikenali ekori kereta saya. Sampai satu masa saya tengok orang yang tak dikenali (jiran) senyum pun saya takut!
Pernah saya menangis sebab tertekan. Dengan tugasan di sekolah. Saya guru baru..tahun pertama mengajar, macam2 yang saya tak tau dan tekanan tu tak mampu nak cerita..itu belum lagi time dengar Nazir nak datang memantau.
Kadang2 saya menangis di talian mengadu kat suami smpai sakit kepala! Last2 tertidur Pernah dulu rasa sangat penat! Bila terpaksa ulang alik ke kampung (time anak di kampung) dengan angkat stok susu untuk anak bawak naik bas.
Jiwa tak tenang takut susu rosak. Itu belum lagi kalau mak bagitau anak tak sihat. Allah!
Pernah saya balik kampung hari rabu lepas sekolah terus cari tiket bas sebab anak masuk hospital. Sekolah khamis jumaat?? Saya dah tak kisah orang atas nak cop saya apa.
Janji saya dapat tengok anak saya. Sampai satu masa saya rasa saya sangat sedih, tertekan sebab suami dan anak duk jauh. Saya buat keputusan bawa anak ke sini.
Pernah saya menangis sambil dukung anak, panjat tangga rumah tingkat 4 setiap hari dengan bawak beg laptop dan barang2 anak..itu belum lagi tambah kalau beli barang dapur.
Saya tambah lagi, bab parking. Kadang2 bab parking boleh buat stress skala 7. Kita duduk menyewa rumah flat..jangan mimpi nak ada lot parking sendiri. Yang pernah duduk kawasan flat Kl, tau la macam mana azabnya nak dapat parking.
Balik sekolah dekat pukul 7. Sah2 la tempat parking semua dah penuh. Selalu sangat sampai sejam pusing2 cari parking. Kadang2 dah pukul 8 baru naik atas rumah. Boleh bayang tak stres tu macam mana. Time menangis dalam kereta tu takyah cite la.
Memang air mata saje lah..time2 macam ni memang kita akan terbayang “kalau suami ada bersama aku kan best..” Lepas anak datang tinggal dengan saya, suami pulak berulang alik datang ke sini. Dua minggu sekali.
Bila kau PJJ, memang kau kene hadap soalan “eh, minggu ni suami datang ke?” “Eh..minggu lepas suami ko tak datang kan?” Dan sebab itu la bila orang tanya memang saya akan jawab suami saya datang tiap2 minggu! Sebab saya rasa tertekan! Dengan macam2 mulut orang.
Sedang org tak tahu kewangan keluarga kita Itu belum lagi tekanan saat kau sakit, tapi kau masih kena buat segalanya sendiri. tapi saya bertuah sebab jumpa keluarga pengasuh yang baik dan layan macam keluarga sendiri..
Saya masih ingat, saat saya mengandungkan anak saya..berjauhan dari suami dan hanya menyewa bilik berkongsi dengan orang-orang yang saya tak kenali.
Setiap hari adalah tekanan bagi saya. Saya melalui fasa kehamilan tanpa suami di sisi. Kesakitan dan kepayahan saya lalui..hanya ditemani adik dan orang-orang yang tidak saya kenali.
Kalau nak tulis semua, saya rasa pengalaman saya tak seberapa berbanding kawan2 yang PJJ dengan suami dan anak..sebab ada yang lebih lama daripada saya.
Tapi kalau bagi duit beribu pun saya tak sangup. Sebab TEKANAN tu sangat besar. Sungguh saya terkesan bila baca kes guru ditemui meninggal di tepi pantai. Ya. Dia ada masalah kemurungan.
Guru yang masih muda, punyai anak 6 org yang masih kecil dan tinggal berjauhan daripada suami. Allahu..
Saya doakan semoga kawan2 saya yang PJJ akan dapat tinggal bersama secepat mungkin.
Mohon orang atasan, bila melibatkan kes kakitangan yang PJJ ni, mintaklah budi bicara tinggi sikit. Dengar masalah mereka..ringankan beban mereka.
Jangan pula hari yang sepatut cuti, hari yang sepatut mereka pulang jumpa keluarga, diberi pula tugas..kalau tak buat atau tak datang, kena tindakan. Jangan lah macam tu..
Saya sendiri rasanya lebih 6 kali isi egtukar. Tp tak berjaya. Sebab memang hebat lah kalau kau dapat masuk ke kelantan. Tapi nasib saya agak baik. Suami saya bukan seorang guru. Jadi sistem pertukaran tu berbeza dengan guru.
Saya ingat lagi perbualan saya dengan suami di talian selepas keputusan egtukar keluar. Keputusan seperti biasa.. itu kali terakhir saya mengisi egtukar..dan saya bgtau dia.
“SAYA TAK KISAH DUDUK DI MANA-MANA PUN ASAL AWAK ADA DENGAN SAYA” Dan Rezeki suami saya di tukarkan ke sini. Allahu..
Ini antara pengalaman yang masih saya ingat..kalau nak senarai semua rasanya memang takkan mampu..
Michelle Yeoh mencipta pencapaian membanggakan apabila dinobatkan The Asian Filmmaker of the Year 2026 sempena Festival Filem Antarabangsa Busan ke-31.