Sukar diungkapkan dengan kata-kata bila membaca kisah ibu dan anak ini. Hanya kerana takut tidak diterima oleh pihak hospital akibat ketiadaan wang untuk bersalin di hospital, nyawa ibu dan kandungannya melayang.

Sukar untuk menerima kenyataan masih ada yang berfikiran sedemikian tetapi itulah hakikatnya. Kisah ini dikongsikan oleh lelaki bernama Kuan Chee Heng.

Dia yang cukup dikenali sebagai Uncle Kentang yang juga merupakan aktivis masyarakat berkongsi kisah tersebut dilaman facebooknya.


“Hati Robek Lihat Jenazah Baby & Mak Kaku.” Tak Cukup Duit Ke Hospital, Ibu & Bayi Maut Bersalin Di Rumah!

Tiada wang bersalin di hospital

Hati saya robek….melihat jenazah baby dan mak kaku ….. Hanya kerana tiada duit untuk bersalin di hospital…. . Suami hanya sewa bilik rm 250 sebulan. Merantau ke malaysia…. Kerja sebagai welder… Gaji tak seberapa….

Nak bawa isteri bersalin di hospital perlu banyak duit…. Akhir nya terkorban baby dan mak…. Mati dalam masa bersalin…. Baby pun meninggal dunia…. Mak dan baby… Sedekah lah doa doa yang baik untuk mereka berdua…

“Hati Robek Lihat Jenazah Baby & Mak Kaku.” Tak Cukup Duit Ke Hospital, Ibu & Bayi Maut Bersalin Di Rumah!

Wahai orang seberang… Jangan takut… Jangan khuatir… Pergi bersalin di hospital…. Kami malaysia tak busuk hati…. Tak kan doktor halau kamu dari hospital ….. Jangan bimbang sangat…. Kami manusia bukan haiwan….

Kami ada hati… Doctor pun ada hati… Malaysia pun ada hati…. Jangan terkorban begini sahaja… Hari ini saya akan uruskan kedua dua mereka bersama ayah mereka…. Saya akan jumpa ayah nanti…..

Semoga kamu berdua di tempatkan di syurga… Bersama sama mereka yang beriman….. Kami doakan yang terbaik……..anak dan suami mu kami akan bantu untuk meneruskan perjuangan hidup…saya akan bantu, kami akan bantu… Rest in peace.

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI