Waktu siang sekarang ni panas bukan main lagi! Kadang-kadang tidur malam pun bila datang bahangnya, boleh berpeluh jadinya. Kipas pula, baru je lepas basuh tapi dh selalu guna, cepat la berhabuk. Nak buka basuh, malas!
Jadinya… Yang mana kipas tebal dengan kotoran tu, boleh la cuba cara mudah ini. Tak payah susah nak buka tau, sembur je, tunggu 5 minit, siap! Haaa nak tahu caranya, semak kat bawah.
CARA NAK BERSIHKAN KIPAS MEJA DENGAN PANTAS, 5 MINIT SIAP!
Nak bersihkan kipas ni salah satu perkara yang malas nak buat tapi time panas nak angin kuat. Macam mana tu ye? Nak bersihkan kipas ni senang je sebenarnya. Jom follow cara ni!
1.Bahan rahsia pertama ialah cuka makan. Bukan guna satu botol ni tau. Hanya setengah gelas sahaja.
2.Kemudian, masukkan bahan rahsia kedua iaitu baking soda. Masukkan 3 sudu baking soda ke dalam gelas. 3 sudu je tau, jangan lebih-lebih pula ye.
Ads
3.Bahan yang terakhir sekali ialah pencuci pinggan. Masukkan 2 sudu pencuci pinggan ke dalam gelas berisi soda bikarbonat dan cuka tadi. Kemudian kacau-kacau dengan sudu.
4.Selepas dah siap korang tuang ke dalam botol spray. Botol spray kecil ni dekat eco pun ada. Jangan rembat yang kakak atau mak korang punya dah la. Nanti tak pasal-pasal tak boleh makan.
5.Spray campuran 3 bahan tadi pada permukaan kipas.
Ads
6.Kemudian balut kepala kipas dengan plastik. Make sure plastik tu lagi besar dari kepala kipas. On kan suis kipas dan tekan pada kelajuan maksimum dalam masa 5 minit.
Ads
7.Tada! Bersihkan. Tak perlu susah-susah nak tanggalkan kepala dan bilah kipas. Lepas ni tiap-tiap minggu cuci kipas.
Idea mewujudkan Kedai Percuma Pak Nil tercetus ketika pengacara nombor satu tanah air ini turun padang membantu mangsa banjir.
Ketika itu, Aznil Haji Nawawi menjalankan kerja mengumpul golongan sukarelawan bagi membantu masyarakat di Bukit Canggang, Banting, Selangor membina semula hidup baru dan menyalurkan bantuan.
“Semuanya bermula dengan hanya makanan yang dimasak penduduk kampung secara rewang bermodalkan wang sumbangan yang saya kutip di kalangan pengikut media sosial saya.
“Ketika itu dalam sehari kami berjaya menyediakan hampir 1000 bungkusan makanan kepada mangsa banjir. Malah selepas banjir surut, mulalah mereka bergerak pulang dari PPS ke rumah masing masing.
“Ketika itu saya tinjau dan amati, kesemua mereka terpaksa mengumpul barang semula dan membaik pulih rumah mereka. Bahkan barang keperluan asas mereka tiada langsung.
“Daripada situ saya fikir kenapa tidak diwujudkan kedai percuma berkenaan,” kata sambil memberitahu kedai percuma yang ditempatkan di sebuah kawasan di situ ditubuhkan pada 30 Disember lalu.
Menurut Pak Nil lagi, cetusan usaha pemberian bantuan kepada mangsa banjir tempoh hari di situ bermula selepas dia dihubungi salah seorang pengikut Instagram berkongsi sisi ceritanya mengenai kemusnahan daerah itu akibat banjir.
“Ketika menjejaki kawasan itu, saya lihat ramai penduduk yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) tinggal sehelai sepinggang. Bantuan orang ramai dan badan bukan kerajaan (NGO) pun kurang.
“Untuk permulaan ketika itu, saya menghubungi syarikat yang pernah bekerjasama seperti jenama Eskayvie dan Nakada.
“Pihak jenama itu bermurah hati untuk menghantar barang keperluan asas seperti minyak, telur, air mineral, sardin, selimut, bantal, lampin bayi dan sebagainya.
“Timbul idea juga untuk mengumpul belian barang asas ini menerusi duit sumbangan orang ramai. Saya beli sendiri barangan itu menggunakan duit sumbangan diberikan.
“Ia kemudiannya diletakkan di sebuah kedai di kawasan berkenaan yang diberi nama Kedai Percuma Paknil,” katanya.
Tambahnya lagi, mangsa banjir boleh ke kedai itu untuk mengambil barang keperluan secara percuma mengikut keperluan mereka sahaja.
“Kedai ini mengalu-alukan barangan keperluan yang boleh dihantar terus ke sana atau menyalurkan duit sumbangan ke akaun saya.
“Ia akan berterusan beroperasi jika terus menerima sumbangan orang ramai atau pertubuhan kerajaan mahupun swasta,” katanya.
Sementara itu bercerita lanjut sewaktu kunjungan kemanusiaan ke sana beberapa kali, air matanya berjuraian tanpa diduga.
“Sedih tengok keadaan mereka. Saya sentiasa membayangkan saya atau keluarga saya melalui ujian dan dugaan itu.
“Kerana itu, saya tidak mampu duduk berpeluk tubuh, saya perlu lakukan sesuatu untuk membantu mereka membina hidup kembali,” katanya.
Pak Nil menggunakan akaun media sosialnya terutamanya Instagram dan TikTok untuk mengajak khalayak bersama-sama dengannya mencari dana untuk disalurkan kepada mangsa banjir di kawasan itu.
“Subhanallah… rakyat Malaysia sesungguhnya masyarakat yang pemurah. Hari pertama saya umum pembukaan tabung khas membantu mangsa banjir Bukit Canggang, sambutan yang diterima sungguh luar biasa.
“Menangis saya melihat keprihatinan rakyat Malaysia. Dana yang disalurkan itu saya agihkan kepada wakil saya di sana. Walaupun, tidak banyak yang diterima setiap mangsa, namun, sekurang-kurangnya mereka di sana tahu bahawa seluruh negara turut sama bersedih dengan nasib mereka dan mahu berkongsi rezeki.
“Itulah yang menjadi motivasi buat saya untuk meneruskan kerja kemanusiaan ini,” katanya.
Pak Nil percaya dengan kuasa media sosial termasuk pengaruh dan kedudukan, beliau mampu mengajak orang ramai sama-sama berganding bahu.
“Niat dan matlamat saya adalah untuk meringankan beban mangsa banjir. Bahkan, ini juga masa terbaik untuk kita seluruh rakyat Malaysia menunjukkan solidariti dengan mengenepikan perbezaan ideologi politik, batas agama, bangsa dan latar belakang.
“Hari ini, hari mereka… siapa tahu esok lusa hari kita pula?” kata Aznil yang juga pengasas Yayasan Pesona dalam nada sayu.
Bila tiba-tiba ada seekor dua lalat muncul di kawasan rumah, sama ada di ruang dapur, di meja makan bahkan di kawasan sekitar rumah sekali pun, menyebabkan kita tidak selesa dan terganggu dibuatnya. Ini memandangkan lalat sebagai mana semua maklum, adalah serangga yang mampu menyebarkan pelbagai penyakit.
Jadi apa cara yang biasa anda lakukan untuk membasmi lalat tersebut?
Selain menggunakan racun serangga atau kertas pelekat lalat, namun sebenarnya ada cara yang lebih mudah untuk anda boleh buat sendiri perangkap lalat. Caranya cukup mudah dengan hanya menggunakan tiga bahan utama iaitu gula perang, madu dan air.
Ini sebagaimana perkongsian video di tiktok oleh jdeleon716. Begini langkah demi langkah untuk membuat perangkap lalat tersebut.
4. Masukkan 1 cawan air dan kemudian dikacau rata.
5. Setelah itu letakkan bahagian atas botol yang dipotong tadi secara terbalik. Siap untuk digunakan.
Kalau bercakap tentang petua, memang ada 1001 jenis petua yang diamalkan untuk penjagaan kesihatan ataupun kecantikan dan sebagainya.
Keberkesanannya juga mengikut pengamalnya, ada yang serasi dan tidak kurang juga seakan tidak mempunyai kesan sebagaimana yang diharapkan.
Pun begitu, tidak salah kiranya mencuba sepertimana mengamalkan minum air rendaman daun ceri untuk membantu mengawal bacaan gula dalam darah untuk pesakit diabetis seperti yang dikongsikan ini.
Inilah ubat diabetes yang mampu menurunkan gula dalam darah tanpa kesan sampingan.
Penawar diabetes yang sangat mujarab. Ini terbukti kepada suami saya. Bacaan gula dalam darahnya selama ini ialah di atas 12. Selepas mengamalkan ini bacaan gulanya turun kepada 4.8.
Pokok Ceri
Caranya ambil daunnya 7 – 10 helai. Didihkan dalam 1 gelas air sehingga air tinggal setengah gelas. Untuk sekali minum.
Minum dua kali sehari. Buahnya bolehlah dibuat kudapan. Sekarang suami saya cuma amalkan sehelai daun sahaja seminggu.
Suami saya tidak perlu lagi makan ubat hospital untuk mengawal gula dalam darah. Dia juga boleh makan nasi macam biasa.
Sesiapa yang menghidap diabetes atau dalam keluarga ada sejarah diabetes, bolehlah mengamalkan ini. Semoga anda sekeluarga sihat.
Kafein dan rambut gugur sering menjadi topik perbincangan selepas beberapa kajian menunjukkan kafein berpotensi membantu merangsang pertumbuhan rambut serta mengurangkan kesan hormon DHT terhadap folikel rambut.