Pak Nil atau Datuk Aznil Haji Nawawi bukanlah nama asing dalam bidang seni. Daripada deawasa sehinggalah kanak-kanak cukup kenal dengan figura ini. Tidak hairanlah beliau dilantik menjadi Ikon Pendidik.

“Hentikan Lawak Lucah, Memperlekehkan Soal Rogol & Pemeriksaan Haid Yang Buat Anak- Anak Takut Ke Sekolah- Pak NilDalam satu temu ramah baru-baru ini, Pak Nil mengulas mengenai usaha memupuk  kembali minat golongan pelajar ke sekolah usai wabak pandemik. Sekali gus membiasakan anak-anak dengan norma baharu.

Justeru tegasnya, usaha tersebut tidak seharusnya dicemari atau ditakuti dengan perkara tidak perlu. Termasuklah mengenai isu pemeriksaan haid dikalangan pelajar perempuan yang tular baru-baru ini.

“Hentikan Lawak Lucah, Memperlekehkan Soal Rogol & Pemeriksaan Haid Yang Buat Anak- Anak Takut Ke Sekolah- Pak Nil“Kita tak mahu wujud lagi golongan pendidik yang membiasakan lawak lucah termasuk yang ‘double meaning’ hingga menggalakkan perbuatan rogol membabitkan guru dan pelajar. Baru baru ini ada dakwaan pula masih ada amalan pemeriksaan haid secara fizikal dalam kalangan murid perempuan di sekolah.

“Saya harap pihak berwajib dan KPM ambil tindakan tegas kepada golongan guru yang bersikap sebegitu. Sudahlah pelajar ini sejak sekian lama tidak ke sekolah dan membiasakan Pelaksanaan Pengajaran Dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR). Sekolah itu bukan satu tempat yang ditakuti.

“Sebaliknya peringkat awal ini, ia patut dianggap lokasi seperti taman permainan untuk menarik minat semula selepas lama ‘bercuti’. Kemudian lama lama diterapkan pembelajaran yang menjadi nadi persekolahan,” tegasnya lagi.

IKLAN

Dalam pada itu, di usianya sekarang yang akan genap 59 tahun 6 November ini, Aznil atau lebih mesra disapa Pak Nil dilihat kekal menjaga tahap kesihatannya.

Malah rezekinya sejak awal fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun lalu turut diberi rezeki sebagai duta produk kesihatan, Eskayvie.

“Hentikan Lawak Lucah, Memperlekehkan Soal Rogol & Pemeriksaan Haid Yang Buat Anak- Anak Takut Ke Sekolah- Pak Nil

“Ketika PKP pertama, saya sendiri rasa hidup macam gelap. Kerja seni yang sudah dipersetujui pun ditunda malah ada yang dibatalkan. Tapi saya beroleh rezeki sebagai duta jenama produk itu.

IKLAN
“Hentikan Lawak Lucah, Memperlekehkan Soal Rogol & Pemeriksaan Haid Yang Buat Anak- Anak Takut Ke Sekolah- Pak Nil
Duta Eskayvie, Datuk Aznil Nawawi bersama produk Diffenz Junior.

“Sebagai Ikon Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), saya sendiri teruja nak pusing sekolah bertemu mereka sambil bercakap soal perlindungan diri, ilmu dan menekankan kepentingan pengambilan vitamin C dan D,” katanya.

ARTIKEL MENARIK: Sebelum Bercuti Atau Balik Kampung Kena Letak Duit Syiling Dalam ‘Freezer’, Ini Sebabnya Yang Ramai Tak Tahu!

IKLAN

Guna Hormon Air Kelapa, Rahsia Pekebun Thailand Nak Pokok Subur & Berbuah Lebat. Ini Caranya!

“Hentikan Lawak Lucah, Memperlekehkan Soal Rogol & Pemeriksaan Haid Yang Buat Anak- Anak Takut Ke Sekolah- Pak Nil

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI