Ruang dindin jika dibiarkan kosong tidak menarik juga. Jadi apa kata untuk memberi mood lebih segar anda buatkan bingkai yang sarat dengan daun-daunan seperti yang dikongsikan oleh pemilik akaun Marcus Jr Mekail ini.
Apa yang menariknya, hiasan dinding tersebut diilhamkan dengan tujuan untuk mudah diselenggarakan andai ingin dicuci atau dibersihkan pada bila-bila masa. Ini kerana menurut Marcus Jr Mekail, konsep yang dibuat sama seperti menggantung frame gambar.
“Just nak share projek kecil kecilan nak menambahkan sedikit sentuhan kehijaun di ruangan bersebelahan kitchen yang dah lama tertangguh.
“Kebetulan bahan utama daun artificial IKEA tu ada promo RM9.90 sekeping, normal price Rm14.90 . Boleh la digagahkan juga sebab nak pakai dalam 34 keping,” ujarnya.
Sebelum menghasilkan hiasan dinding berukuran 9 kaki X 3 kaki, turut melakukan beberapa review namun telah membuat beberapa inovasi untuk penambah baikkan.
“Tengok review dan sample yang kawan lain buat, semua guna cara gam direct daun IKEA tu kat wall.
“Tapi saya ubah sikit dengan ikat dengan cabel tie kepada netting frame dengan alasan jika esok lusa nak cuci boleh bukak dan turunkan. Sama dengan konsep gantung frame gambar jer.
“Jadi hiasan ni terdiri daripada dua bahagian, satu daun IKEA dan satu lagi frame kayu pine yang di skru dengan jumlah minima direct kepada wall konkrit,” ujarnya lagi.
Jadi untuk anda yang ingin menghias ruangan dinding bolehlah dapatkan terlebih dahulu bahan-bahan yang digunakan olehnya seperti di bawah ini.
Bahan utama:
1) Fejka IKEA 34 keping
2) Kayu pine 1×1 6 batang
3) Kayu pine 1×2 6 batang
4) Gam kayu dan skru kayu
5) Lampu LED dua roll
Ujarnya lagi, “Versi ni kira basic jer la jika nak tambah hiasan tambahan, boleh la tambah flower yang ada warna seperti putih atau merah jika berminat. Tinggal selit-selit jer celah daun tu.
“Saiz yang saya try buat ni adalah 9ft X 3ft . Agak tinggi juga dan ambil masa dalam 4 hari sebab duk tercari-cari dalam youtube cara yang mudah dan simple untuk sambung kayu pine tu sebab kita bukan full time tukang. Jadi tools tu setakat mana yang ada kita sebat,” terangnya lagi.
Ads
Turut berkongsi beberapa tip untuk berkongsi ilmu bagi yang ingin menghasilkan frame seperti ini.
Katanya, “Kayu saiz 1X1 tu saya guna untuk lapik bahagian bawah frame untuk menampakkan ketebalan frame kayu tersebut
“Manakala sambungan hujung kayu frame perlu potongan menyerong 45” , memang tak cantik dan sharp potongan nya jika kita takde tools yang betul namun jangan risau sebab kita boleh pakai wood filler untuk tutup ruang ruang yang tak cantik tu.”
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.
Anak bukan sahaja pengikat kasih sayang, malah mereka jualah penawar segala duka. Hilang segala penat tatkala dapat menyentuh dan memeluk anak sendiri.
Lebih-lebih lagi jika dikurniakan anak yang cukup memahami seperti Nadi Anaqi yang merupakan anak kepada pelakon Zahiril Adzim dan Shera Aiyob.
Dalam satu perkongsian di instagramnya, Shera memberitahu anaknya itu meminta dia berehat jika penat membuat kerja rumah.
“Mommy tengah masak tadi tiba-tiba Anaqi tanya, “Mommy tak tired ke?” Terkedu kejap kenapa dia tanya macam tu.
“Kenapa Anaqi tanya mommy macam tu?” Saja aku nak tahu apa yang ada dalam kepada dia,” tulis Shera di kapsyennya.
Rupa-rupanya, anak lelakinya memerhati segala perbuatannya selama ini yang asyik buat kerja tanpa henti.
“Terdiam aku sambil tersenyum sendiri. Memang aku penat ya amat. Tuhan je yang tahu. Sambil masak dalam kepala fikir kerja lain yang menanti untuk diselesaikan.
“Tapi bila Anaqi cakap macam tu, aku terus lupa sekejap penat. Menambah semangat aku untuk teruskan kerja.
“Betul lah anak ni penguat segalanya. Mommy doakan Anaqi sentiasa dikurniakan kebaikan dan menjadi insan hebat dunia dan akhirat. I love you so much Anaqi!,” ujar Shera lagi.
Program Hari Keluarga memang seronok jika diadakan, macam-macam aktiviti kita boleh buat bagi memeriahkan suasana. Bukan untuk kanak-kanak sahaja malah seluruh keluarga akan terlibat dan jangan tak percaya, opah pun boleh kalahkan cucu cicit dalam pertandingan yang dianjurkan.
Contohnya macam video yang dikongsikan di aplikasi TikTok oleh @sayazafirah97, berkongsi momen indah dan ceria saat mengadakan perjumpaan hari keluarganya baru-baru ini selepas sekian lama tidak boleh berkumpul akibat pendemik Covid-19.
Balingan Opah Ha Tepat Menangi Hadiah Utama
Opahnya berusia 83 tahun berjaya menewaskan anak,cucu dan cicitnya dalam pertandingan ‘baling nasib’ dan ternyata bukan sahaja ahli keluarga gembira malah seluruh wargamaya yang menonton video tersebut turut terhibur dengan aksi yang ditunjukkan oleh opah tersebut.
Apa yang lebih mengujakan dalam pertandingan ini opah yang dikenali sebagai Opah Ha berjaya membolot hadiah paling utama iaitu berupa hamper dengan hanya sekali balingan.
“Opah selalu main guli ke kecil-kecil dulu” komen salah seorang warganet dan tidak kurang juga ada yang menyakat dengan menulis di ruangan komen, “Opah dapat bakul hamper, isi dalam semua kasi kat cucu”
Memetik perkongsian daripada cucunya iaitu Wan Norzafirah Jamaludin, 24 di mStar, menurutnya aktiviti dan pertandingan tersebut diadakan bagi mengeratkan hubungan kekeluargaan yang terpaksa berjauhan sebelum ini akibat pendemik Covid-19.
Mesra dipanggil Fira, peniaga dalam talian ini berkata, majlis hari keluarga seperti ini sebenarnya sering diadakan di rumah opah di Kampung Bekut, Sungai Siput, Perak, namun kali ini mereka memilih untuk meraikannya di Chalet Impian Teluk Batik.
“Event ini adalah sambutan hari keluarga adik beradik belah mak, sejak Covid ni susah nak berjumpa jadi bila dapat berkumpul itulah masa nak eratkan hubungan kekeluargaan.
“Jadi kami buat beberapa aktiviti, macam ‘game’ yang opah menang hamper tu kami namakan sebagai ‘baling nasib’ sebab bila baling tin tu kira nasib la dapat apa,” ujarnya.
Menurut Fira lagi, selain ‘baling nasib’, opahnya juga sporting menyertai pelbagai aktiviti lain seperti ‘balingan kasih sayang’ iaitu belon isi air, acara kepit belon, mandi tepung dan pertandingan tiub belon.
“Opah cuba juga nak tiub belon tapi belon tak kembung-kembung, dia cakap ‘gigi takde’ kesudahannya cucu dia dapat belon tu,” ceritanya lagi.
Difahamkan juga sambutan keluarga kali ini telah disertai sekitar 40 ahli keluarganya.
“Kami gerak dari kampung secara konvoi, sampai je makan tengah hari dulu sebelum check in.
“Makanan pula kami buat pot luck, satu keluarga masak satu menu. Jadi kami ada 9 keluarga semua anak-anak opah, jadi adalah sembilan menu,”jelasnya yang turut memaklumkan olahnya mempunyai 28 cucu dan sembilan cicit.
Manakala untuk juadah makan malam, difahamkan keluarga ini ada buat BBQ. Tidak hanya itu, acara malam harinya turut dimeriahkan lagi dengan mengadakan pertandingan rebut kerusi kategori lelaki dan perempuan, penyampaian hadiah adik beradik, cabutan bertuah dan pemberian cenderahati kepada opah.
Mencuba rasa hidangan cucur yang menggunakan nasi mungkin jarang-jarang pernah kita merasanya berbanding cucur bawang atau bilis.
Menurut Yatie Eimra, anak-anak dan keluarganya amat menyukai rasa cucur nasi ini.
Jadi bolehlah dicuba resipi ini, alang-alang ada lebihan nasi di dapur. Jom semak.
Cucur Nasi Lemak Manis
Hari ni kebetulan ada nasi lebih, saje je buat cucur nasi lemak manis untuk breakfast. Cucur ni saya selalu buat masa Fydh susah makan dulu sebab ni antara kudapan yang mengenyangkan (ada nasi) & 1 famili pun suka makan.
Cucur nasi lemak manis ni walaupun boleh guna air panas je, tapi saya suka guna teknik buat churros.
Sebab kekadang kalau guna air tak betul-betul panas, boleh menyebabkan tepung tak cukup masak. Kalau tepung tak masak, boleh jadi liat cucurnya.. Bila nak goreng lak, macam biasa gak saya selalu gunting-gunting je sebab nak cepat.
Cucur Nasi Lemak Manis
=====================
1 cawan tepung gandum
½ cawan nasi dilenyek
½ cawan air
½ cawan santan
2 sudu makan susu tepung (optional)
5-6 sudu gula
Secubit pink salt
Cara-cara:
1. Lenyek/blend nasi dengan sedikit air (dari ½ cawan air tadi)
2. Campur semua bahan kecuali tepung. Didihkan dalam periuk.
2. Kecilkan api, masukkan tepung. Kacau laju-laju. Tutup api apabila bancuhan agak kering.
3. Kacau bancuhan tepung tadi hingga licin & tak berketul-ketul.
4. Masukkan dalam piping bag/plastik bungkus makanan & gunting-guntingkan.
5. Goreng dengan api sederhana sehingga kekuningan.
Ekstra tip
*selepas masukkan tepung, bancuhan sepatutnya akan berwarna agak kekuningan sikit (kerana adunan tepung dah masak)
*celup hujung gunting dalam minyak untuk mudahkan proses menggunting
*bagi anak 1-2 tahun, skip garam & boleh gantikan gula dengan madu (lagi sedap)