Hilangkan Mengantuk Tidur Ubatnya. Tapi Elakkan Pada 10 Waktu Ni, Sebab Ianya Dilarang!

Share

Bulan puasa, tidak sama seperti hari-hari biasa. Seharian menahan lapar dan dahaga dan kadang kala  menyebabkan badan berasa letih dan mata pula sering terasa mengantuk.

Apatah lagi bila ibu-ibu ada yang tidur lewat mengurus rumah tangga dan terpaksa pula bangun awal untuk menyediakan menu bersahur untuk keluarga.

Jadi tak hairanlah bila ada masa terluang, ingin sahaja dilayan rasa mengantuk dengan tidur seketika bagi menghilangkan kelesuan.

 

Bercakap tentang tidur, rupanya kita bukan boleh tidur sembarangan.  Bahkan ada masa-masa tertentu Islam melarang kita tidur dan ini disenaraikan oleh PU Salman untuk pemahaman bersama. Jom semak.

TIDUR2 YANG DILARANG DLM ISLAM

1. Tidur sebelum Isya.

وكان يكره النوم قبلها

Nabi saw tidak suka tidur sebelum isya.
Hr Bukhari Muslim

Imam Ramli dalam kitab nihayah;

ويكره النوم قبلها أي صلاة العشاء لما فيه من خوف استمراره إلى خروج الوقت

Dan makruh tidur sebelum isya kerana bimbang terus tidur sampai ke subuh.

2. Tidur bahagian atas rumah (rooftop) yg tiada penghadang.

Nabi saw bersabda:

من بات على ظهر بيت ليس له حجار فقد برئت منه الذمة

Sesiapa yang tidur diatas rumah yang tiada penghadang sesungguhnya telah terlepas dari tanggungan.

Hr Abu Daud

3. Tidur terdedah sebahagian badan pada matahari.

Nabi saw bersabda:

إِذَا كَانَ أَحَدُكُمْ فِي الشمس ، فَقَلَصَ عَنْهُ الظِّلُّ ، وَصَارَ بَعْضُهُ فِي الشَّمْسِ وَبَعْضُهُ فِي الظِّلِّ، فَلْيَقُمْ

Apabila kami berada tengah panas kemudian mengecut bayang sehingga menjadi sebahagian dalam bayang dan sebahagian terdedah cahaya matahari hendaklah dia bangun. Hr Bukhari

Dlm kitab kasyaful qina:

وَيُكْرَهُ َنَوْمُهُ وَجُلُوسُهُ بَيْنَ الظِّلِّ وَالشَّمْسِ ، لِنَهْيِهِ عَنْهُ

Dilarang tidur dan diduk antara bayang dan sinaran matahari kerana ada larangan.

4. Tidur selepas subuh.

Imam asSafarini berkata:

يكره نومك ـ أيها المكلف ـ بعد صلاة الفجر؛ لأنها ساعة تقسم فيها الأرزاق، فلا ينبغي النوم فيها

Makruh tidurmu selepas solat subuh kerana sesungguhnya ia waktu dibahagi2 rezki maka tidak patut tidur.

Nabi saw bersabda bila melihat fatimah tidur selepas subuh:

يا بنية قومي اشهدي رزق ربك، ولا تكوني من الغافلين،
فإن الله يقسم أرزاق الناس ما بين طلوع الفجر إلى طلوع الشمس

Wahai anakku bangunlah saksikan rezki tuhanmu dan jangan tergolang dari org yang lalsi sesungguhnya Allah membahagi2 rezki antara terbit fajar hingga terbit matahari. Hr Baihaqi.

 

5. Tidur lepas asar.

Khawwat bin jubair ra berkata:

كان نوم أول النهار خرق، وأوسطه خلق، وآخره حمق

Tidur pagi merosakkan, tengahari akhlak yg baik dan tidur petang menyebabkan kebodohan. Hr Ibnu Abi Syaibah. Ibnu Hajar kata sanadnya sahih.

6. Tidur berseorang di rumah.

أن النبي صلى الله عليه وسلم نهى عن الوحدة، أن يبيت الرجل وحده أو يسافر وحده

Nabi saw melarang dari berseorang iaitu bermalam berseorangan dan bermusafir berseorangan.

Ibnu imad asSyafie dlm kitab tashilil maqasid menyatakan makruh tidur berseorangan.

 

7. Tidur meniarap .

مرَّ رسولُ اللهِ صلَّى اللهُ عليه وسلَّم على رجلٍ مُنبطِحٍ ، فقال : هذه ضَجعةٌ لا يُحبُّها اللهُ عزَّ وجلَّ

Rasulullah saw lalu pada seorang laki meniarap dan bersabda: Ini baring yang Allah tidak suka. HrBaihaqi

Ada lafaz: إن هذه ضجعة يبغضها الله
Sesungguhnya ini baring yg Allah murka.

Ada lafaz: إنها ضجعة أهل النار sesungguhnya ini baring ahli neraka.
Hadis larangan adalah sahih

8. Tidur sambil meletakkan sebelah kaki pada yang lain jika terdedah aurat.

وأن يرفع الرجل إحدى رجليه على الأخرى وهو مستلق على ظهره

Nabi saw melarang baring menelentang sambil meletakkan satu kaki pada yg lain.

Imam nawawi berkata:

أحاديث النهي عن الاستلقاء رافعا إحدى رجليه على الأخرى، محمولة على حالة تظهر فيها العورة أو شيء منها

Hadis larangan ditafsirkan sekiranya bimbang terdedah aurat atau sebahagiannya.

9. Tidur berjunub tanpa mandi dan berwuduk.

ثلاث لا تقربهم الملائكة : جيفة الكافر ، والمتضمخ بالخلوق ، والجنب إلا أن يتوضأ

3 manusia tidak dihampiri oleh malaikat : mayat non Muslim, lelaki yg mewarna tubuhnya dan berjunub hingga dia berwuduk.

10. Tidur tidak bersihkan diri.

مَنْ بَاتَ وَفِي يَدِهِ رِيحُ غَمَرٍ، فَأَصَابَهُ شَيْءٌ، فَلاَ يَلُومَنَّ إِلاَّ نَفْسَهُ

Sesiapa yg tidur dan tangannya ada bau daging lalu ditimpa sesuatu mka jangan cela melainkan dirinya.
Hr Abu Daud ,Tirmizi dan ibnu majah.

11. Tidur di laluan binatang (dan juga manusia)

وَإِذَا عَرَّسْتُمْ فَاجْتَنِبُوا الطَّرِيقَ فَإِنَّهَا طُرُقُ الدَّوَابِّ وَمَأْوَى الْهَوَامِّ بِاللَّيْلِ

Dan apabila kamu nak singgah diakhir malam jauhi dari jalan kerana ia adalah laluan binatang dan serangga. Hr Muslim

Disediakan oleh pu salman (yg suka tidur )

sumber : PU Salman 

IKLAN