Pernah dengar tak apa itu Honey Citron Tea? Honey Citron Tea merupakan minuman herba turun temurun di Korea. Ia merupakan teh herba yang diperbuat daripada buah “Yuja”, atau dikenali sebagai buah citron. Buahnya wangi dan berkulit tebal. Oleh itu, nama asalnya “Yujacha”.
Di luar Korea, ia dikenali sebagai “Yuzu”. Selain minuman herba, Yuja dijadikan sebagai ramuan untuk pencuci mulut, koktel, dan hidangan utama. Senang kata, buah ini digunakan dalam masakan Asia dan Mediterranean. Rasa buah Yuja ini lebih kepada pahit dan dia tak ada banyak jus macam buah citrus yang lain.
Haa biasanya di kedai makan makanan Korea selalu ada minuman ini. Di pasaraya pon ada jual dalam balang besar. Banyak perisa yang kita boleh pilih. Biasanya yang popular Honey Citron warna kuning tu lah. Kalau nampak je mesti tak tahu nak guna untuk apa kan? Sapuan roti ke? Snek ke?
HANYA BANCUH UNTUK HILANGKAN SELSEMA
Orang Korea selalu amalkan teh ini lagi-lagi pada musim sejuk. Jangan risau teh herba ini tak mengandungi kafein. Boleh dikatakan ia satu minuman tradisional. Mak-mak Korea selalu bancuh untuk anak-anak bila demam selsema.
Apa kebaikan dia? Ia meningkatkan sistem ketahanan badan, baik untuk kulit, mengandungi antibiotik dan bagus untuk peredaran darah. Perasan tak kenapa kulit orang Korea licin je semua haa sebab mereka rajin minum teh herba ni.
Bukan itu je, kalau sakit tekak pon boleh amalkan untuk kurangkan sakit dan tak selesa tekak tu. Tapi macam mana nak bancuh? Jom kita tengok!
Ads
BAHAN-BAHAN:
Honey Citron Tea (tak kisah jenama apa)
2. Madu
3. Air suam / sejuk
Ads
CARA PENYEDIAAN:
Ambil 3-4 sudu kecil Honey Citron
Campurkan 1-2 sudu kecil madu. Jangan banyak sebab honey citron dah manis
Kacau sebati dengan air suam / sejuk ikut pilihan sendiri
Amalkan sehari sekali. Jika sakit tekak, amalkan 2 kali sehari
Berikutan penularan virus covid-19, tentunya keadaan di klinik mahupun hospital dipenuhi dengan ramai pengunjung yang ingin membuat saringan kesihatan.
Pun begitu, seorang doktor ini ingin memberi peringatan kepada orang awam yang merancang untuk mendapatkan rawatan atau pemeriksaan doktor mempertimbangkan perkara-perkara berikut untuk kebaikan bersama.
Sebagai seorang doktor yang bertugas di klinik, saya mohon agar kalian semua mempertimbangkan perkara berikut jika hendak ke klinik:
1. Tak usah bawa orang yang tak sakit ke klinik. Hanya orang sakit dan seorang pengiringnya(jika perlu) sepatutnya hadir ke klinik. Orang sihat harus kurangkan kontak dengan orang sakit.
2. Jika tak sakit, sekadar teringin nak minta MC, eloklah batalkan niat ke klinik. Silap hari, anda bukan balik bawa MC, tetapi SARS-CoV-2. Tak berbaloi langsung ambil risiko begini.
3. Jika ada gejala, sila pakai topeng penutup muka (mulut dan hidung) dan duduk jauh (jarak 1 meter) dari pesakit lain ketika di ruangan menunggu. Kurangkan menyentuh persekitaran.
4. Jika ada sejarah berkunjung ke negara China, Jepun, Korea, Taiwan atau Hong Kong, serta ada pertemuan rapat dengan individu positif COVID-19, maka disarankan terus ke hospital.
5. Tak perlu bersalaman dengan doktor. Tak usah suruh anak salam (dan cium tangan) doktor. Kurangkan berbual kosong. Fokus pada beritahu masalah kesihatan.
6. Keluar sahaja dari klinik, terus pulang rumah. Tak usah singgah di mana-mana tempat awam dahulu. Sebaik sahaja tiba di rumah, sila mandi dan salin pakaian yang bersih.
Di masa-masa seperti ini, perlu lebih awas dan berhati-hati. Semoga dikurniakan kesihatan berpanjangan.
Keracunan makanan, remaja 17 tahun, kanak-kanak perempuan 2 tahun meninggal dunia. Polis mengesahkan remaja 17 tahun dan seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun maut dipercayai akibat keracunan daripada makanan yang disediakan di sebuah sekolah di Gombak.
Memetik laporan Harian Metro Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, pihaknya menerima laporan daripada keluarga kedua-dua mangsa berhubung kejadian itu semalam.
Mangsa pertama berusia 17 tahun memakan makanan yang dibawa balik oleh ibunya daripada satu program di sebuah sekolah. Mangsa serta ibu dan bapanya mengalami cirit-birit selepas memakan makanan itu kelmarin.
“Jam 1.30 tengah hari semalam mangsa mula tidak sedarkan diri lalu bapanya menghubungi talian kecemasan MERS 999 dan mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Mangsa Kedua anak pengawal keselamatan sekolah
Menurutnya, mangsa kedua adalah anak kepada seorang pengawal keselamatan yang bertugas di sekolah berkenaan.
“Jam 10.45 semalam mangsa mengalami demam, muntah-muntah dan cirit-birit lalu dibawa ke Hospital Selayang oleh ibunya.
“Mangsa disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital. Mayat kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Selayang bagi tindakan lanjut,” katanya.
Katanya, siasatan setakat ini diklasifikasikan sebagai laporan kematian mengejut (SDR).
Menurutnya, sebarang maklumat berkaitan boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat Inspektor Khalpna Rajandhiran di talian 01250118901, atau Ketua Balai Gombak, Inspektor Heirme Che Mad 0142389151.
Terdahulu, Harian Metro melaporkan seorang remaja maut selepas dipercayai memakan tiga biji telur mata yang dibawa pulang oleh ibunya daripada satu program di sekolah.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Datuk Mohd Shahzihan Ahmad berkata, beliau mengesahkan menerima laporan berhubung kes keracunan makanan itu.
Menurutnya, sekolah rendah agama di Sungai Cincin terbabit menganjurkan program Amal Islami sebagai tuan rumah.
Keracunan Telur: Gejala, Punca, dan Cara Mengatasi
Keracunan makanan adalah masalah kesihatan yang serius dan boleh berlaku akibat pengambilan makanan yang tercemar. Salah satu sumber keracunan makanan yang biasa ialah telur. Artikel ini akan membincangkan gejala, punca, dan cara mengatasi keracunan telur.
Gejala Keracunan Telur:
Keracunan telur boleh menyebabkan pelbagai gejala, yang biasanya muncul dalam beberapa jam hingga beberapa hari selepas pengambilan telur yang tercemar. Antara gejala yang sering dialami termasuk:
Mual dan Muntah
Rasa mual yang disertai dengan muntah adalah gejala yang paling biasa.
Cirit-birit
Najis cair dan kerap buang air besar.
Sakit Perut dan Kekejangan
Sakit perut yang mungkin disertai dengan kekejangan.
Demam
Suhu badan yang meningkat.
Kelesuan
Rasa letih dan tidak bermaya.
Sakit Kepala
Sakit kepala yang berterusan.
Punca Keracunan Telur:
Keracunan telur biasanya disebabkan oleh bakteria yang terdapat dalam telur mentah atau kurang masak. Bakteria yang paling kerap dikaitkan dengan keracunan telur ialah Salmonella. Bakteria ini boleh mencemari telur melalui:
Kulit Telur yang Kotor
Kulit telur yang tercemar dengan kotoran atau najis ayam.
Pengendalian yang Tidak Bersih
Penyediaan makanan yang tidak mengamalkan kebersihan seperti tidak mencuci tangan atau peralatan memasak.
Penyimpanan yang Tidak Betul
Menyimpan telur pada suhu yang tidak sesuai atau terlalu lama.
Memasak yang Tidak Sempurna
Telur yang dimasak tidak mencapai suhu yang cukup untuk membunuh bakteria.
Cara Mengatasi dan Mencegah Keracunan Telur:
Berikut adalah beberapa langkah yang boleh diambil untuk mengatasi dan mencegah keracunan telur:
Memastikan Kebersihan
Cuci tangan dengan sabun sebelum dan selepas mengendalikan telur.
Bersihkan semua peralatan memasak dan permukaan kerja dengan betul.
Memasak dengan Sempurna
Pastikan telur dimasak sehingga kuning dan putih telur keras sepenuhnya.
Penyimpanan yang Betul
Simpan telur di dalam peti sejuk pada suhu yang sesuai.
Jangan menyimpan telur terlalu lama. Gunakan telur sebelum tarikh luput.
Elakkan Telur Mentah
Hindari makan atau minum makanan yang mengandungi telur mentah seperti mayonis buatan sendiri atau adunan kek mentah.
Pemantauan Gejala
Jika mengalami gejala keracunan makanan, segera dapatkan nasihat perubatan. Minum banyak air untuk mengelakkan dehidrasi.
Keracunan telur adalah masalah yang boleh dicegah dengan mengamalkan kebersihan dan langkah-langkah keselamatan makanan yang betul. Memahami gejala dan punca keracunan telur adalah penting untuk mengambil tindakan segera dan mencegah kes keracunan yang serius. Sentiasa pastikan telur yang dimakan bersih dan dimasak dengan sempurna untuk melindungi kesihatan diri dan keluarga.
Menghasilkan sendiri minyak urut untuk digunakan bagi kegunaan keluarga sebenarnya amatlah mudah.
Hanya dengan menggunakan bahan yang mudah didapati seperti bawang putih umpamanya dengan gabungan beberapa bahan lain, minyak urutan sudah boleh digunakan. Bukan sahaja untuk urut bahagian tubuh, tapi turut bermaanfaat untuk redakan batuk. Ini sebagaimana yang dikongsikan oleh Yatie Eimra. Jom ketahui lanjut untuk menghasilkannya.
MINYAK BAWANG PUTIH + SIRIH
Masa anak & suami batuk teruk tempoh hari, selain makan ubat & jaga pemakanan saya gak selalu urut dada & belakang badan gunakan minyak bawang putih.
Sebelum ni bila Fydh batuk teruk, saya gunakan minyak bawang putih (+daun salam), dan layurkan daun sirih untuk diletak pada dada anak. Tapi sebenarnya bukan semua orang serasi gunakan cara layurkan daun sirih ni.
Pertamanya, bagi anak yang kulit sensitif, daun sirih tadi akan menyebabkan ruam-ruam, gatal-gatal pada kulit.
Fydh ni sendiri pun tak boleh letak lebih dari 30 minit.. Kalau tak, memang akan jadi ruam dan gatal pada bahagian lekapan daun sirih.
Daun sirih ni sifatnya panas. Tak semua serasi/tahan panas daun sirih ni nak-nak kalau layurkan sirih dan gunakan minyak panas/telon. Sebab tu sebaiknya gunakan minyak bawang putih/balsam bayi yang sederhana/tak terlalu panas untuk anak kecil.
Kalau korang pernah baca post saya tentang ayat-ayat syifa’ sebelum ni, saya ada ceritakan yang mana saya dah mati akal & tak tahu nak buat apa untuk kurangkan batuk anak (walaupun dah makan ubat, batuk tetap non stop). Sebagai ikhtiar terakhir, saya gorengkan daun sirih dalam minyak bawang putih. Saya syukur sangat sebab anak serasi dengan minyak bawang putih yang dicampurkan daun sirih dan batuk mula beransur-beransur berhenti tak lama lepas tu..
Baru-baru ni disebabkan 1 rumah dah berjangkit demam dan batuk, saya buatkan stok minyak bawang putih untuk kegunaan seisi keluarga. Macam biasa jugak, saya gunakan cara menggoreng hirisan bawang putih dalam minyak zaitun dengan api yang sangat perlahan. Bila buat minyak bawang putih, saya memang wajib tambahkan daun salam gak sebab sangat-sangat membantu dalam masalah berkaitan pernafasan. Kali ni saya tambahkan bahan ke-4 iaitu daun sirih yang telah diramas-ramas. Daun sirih memang elok untuk meredakan selesema, batuk, asthma, sesak dada dan jugak sakit perut (masalah pencernaan).
Alhamdulillah, bila gunakan minyak ni memang nampak perubahannya lebih cepat. Bila anak/suami terbatuk-batuk jer, saya sapukan jer minyak ni pada dada dan belakang badan (sebaik-baiknya urut sikit), batuk pun kurang secara beransur-ansur. Sebelum tidur malam pun, sapukan dulu minyak ni pada bahagian dada, belakang dan juga tapak kaki.. InsyaAllah anak tak batuk teruk sangat tengah-tengah malam (selalunya batuk jadik lebih teruk waktu tengah malam sebabkan suhu yang lebih sejuk & posisi berbaring – kahak terkumpul banyak pada paru-paru)
Kalau ada yang alami masalah batuk berterusan dan nak cuba buat minyak bawang putih dengan daun sirih, ni saya sertakan resipinya.. Mudah²an dapat dimanfaatkan bersama.. Apa-apa pun penyakit kita/anak, jangan lupa berdoa & minta kesembuhan padaNya sebab Allah jugalah yang Maha Menyembuhkan & kita sekadar berusaha (makan ubat, ikhtiar secara alternatif, dll).
Bahan-bahan:
1 cawan (250 ml) minyak zaitun (sy guna extra virgin olive oil)
1 labu bawang putih
1-2 helai daun salam (segar/kering)
5-7 helai daun sirih diramas
Cara-cara:
1. Bawang putih dikupas kulit, dihiris nipis & dibiarkan seketika (5-10 minit).
2. Goreng daun salam & daun sirih dalam sedikit sahaja minyak zaitun hingga layu.
3. Masukkan bawang putih & tambahkan sikit lagi minyak (agak-agak tenggelam je). Panaskan dengan api yang sangat perlahan hingga garing.
4. Masukkan bahan-bahan tadi ke dalam bekas kaca & tambah minyak zaitun selebihnya (minyak zaitun akan hilang khasiat dalam suhu terlalu tinggi, sebab tu guna sikit je untuk goreng). Kacau agar sebati & biarkan suam.
Ekstra info:
-Kesannya lebih efektif jika biarkan terendam semalam
-Daun sirih/hirisan bawang perlu disimpam terendam minyak supaya tak berkulat. Sekiranya kuantiti minyak dah sikit, keluarkan daun sirih/hirisan bawang supaya minyak tak rosak.
-Gunakan 3-5 helai jer dauh sirih jika daun bersaiz besar
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...