Betullah orang kata, apabila sudah bergelar ibu segala penat lelah hilang tatkala menatap wajah si kecil, demikian juga dengan usahawan terkenal Neelofa.
Usai 4 bulan melahirkan bayi sulungnya, dia mengakui segala masalah hilang dan hatinya rasa tenang sebaik sahaja melihat wajah anak kesayangannya, Muhammad Bilal.
Rasanya setiap ibu berhadapan dengan cabaran tersendiri dalam menguruskan anak kecil mereka. Apa lagi ketika tempoh berpantang dan keadaan diri dimana hormon masih belum stabil.
Bagaimanapun, betul kata orang semua persoalan akan terjawab selepas 40 hari berpantang. Semuanya menjadi lebih baik apabila seorang ibu itu selesai menjalani tempoh berpantang.
“Walau apa pun cabaran yang datang, saya akan sentiasa rasa tenang setiap kali melihat wajah anak,” katanya.
Walaupun baru bergelar ibu, namun Neelofa tidak kekok menguruskan anaknya. Sementelah dia rajin bertanyakan tip penjagaan anak kepada rakan-rakan serta sentiasa mengikut nasihat doktor.
Ads
“Ramai kawan-kawan sudah bergelar ibu, jadi setiap kali ada masalah saya akan hubungi mereka bertanyakan tip yang sesuai.
“Saya tidak ada amalan spesifik dalam menguruskan anak. Lebih banyak mengikut nasihat doktor dan ibu tentang apa yang terbaik,” katanya.
Bak kata pepatah, “Kasih ibu bawa ke syurga, kasih ayah sepanjang masa”. Itulah yang ditunjukkan oleh setiap bapa di dunia ini yang sedaya upaya bekerja keras demi membahagiakan keluarga kecil mereka.
Ditetapkan tarikh 19 Jun setiap tahun sebagai hari bapa, tidak ketinggalan buat guru vokal dan juga penyanyi, Ernie Zakri untuk membuat ucapan khas buat suaminya sempena hari bapa pada hari ini.
Melalui perkongsiannya di Instagram, Ernie yang merupakan isteri kepada penyanyi Syamel membuat video khas koleksi video Syamel dan anak mereka, Khawla dengan ucapan pujian bahawa suaminya adalah ayah yang terbaik yang anak mereka miliki.
” This is for you, Daddy @syamel_official . You’re the best Daddy to Khawla she’s so lucky to have you. Daddy obses dengan Khawla (in a good way 😅) & selalu nak yang terbaik untuk anak soleha ni.
“Bila Khawla dah besar, I will give you all the videos macam mana Daddy sayang you sangat.” tulisnya di ruangan kapsyen.
Yang menjadi tarikan dalam ucapan ini apabila Ernie membongkar rahsia Syamel menyanyi ketika tidur!
” Jangan terkejut, satu masa nanti Khawla akan tengok Daddy mengigau dalam tidur dan akan buat concert selalunya. Paling tak pun, Daddy buat presentation/bagi ucapan dalam mimpi. Lihatlah bukti last part. Mimpi mimpi pun kena on point tau nyanyi. 🥲” tambahnya.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata turut mengucapkan selamat hari bapa kepada Syamel. Malah ada juga yang terhibur menonton video penyanyi yang popular dengan lagu ‘hidup dalam mati’ ini menyanyi ketika tidur.
Terdahulu, Syamel dan Ernie diijabkabulkan di Masjid Puncak Alam, Selangor pada 22 Mac tahun lalu. Mereka dianugerahkan cahaya mata sulung iaitu Nur Khawla Soleha yang kini berusia hampir 4 bulan.
Webinar Aku Tak Serik Bersalin merupakan webinar kehamilan dianjurkan untuk para ibu hamil yang menanti kelahiran cahaya mata. Membariskan ramai speaker-speaker hebat yang terdiri daripada pakar dalam bidang masing-masing. Antaranya Dr Maiza Tusimin, Dr Siti Sarah Aishah, Dr Tengku Puteri Zainab, Ustazah Fatimah Syarha, Encik Fhais Salim dan selebriti Ezzaty Abdullah. Jom daftar secara percuma di SINI!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Jika kita dapat baik pulih diri kita secara betul, Allah SWT akan ubah anak-anak dan semua orang di sekeliling kita.
Juga, semakin rapat kita dengan Allah SWT, maka Allah SWT akan perbaiki hubungan kita dengan semua orang.
Mulai hari ini BAIK PULIH diri secara menyeluruh dengan:
1. Jaga solat 5 waktu dan lakukan solat-solat sunat qabliah dan ba’diah untuk menampung segala kekurangan dalam solat-solat fardhu kita.
2. Solat taubat dan istighfar 70 kali sehari setiap hari. Lakukan juga solat hajat, istikharah dan tutup dengan solat WITIR setiap malam.
Nabi SAW suruh kita untuk solat witir setiap malam sebagai pembalut kepada semua amalan kita setiap hari untuk dipersembahkan kepada Allah SWT.
3. Maafkan semua orang setiap malam sebelum tidur agar hati jadi bersih, badan sihat, wajah jadi anggun, doa dimakbulkan, semua orang sayang dan anak dengar cakap kita.
4. Untuk merangsang ahli keluarga supaya solat dan elok perangai, bacalah Surah Ibrahim (ayat 40).
Ini memang doa khas untuk mohon agar diri dan keluarga jaga solat.
5. Baca Doa Pembuka 12 Pintu, Doa Membuang Sifat Negatif, Bismillah 5 dan Ayat Qursi.
Pengalaman menunjukkan sesiapa yang mengamalkan doa-doa tersebut, maka orang bujang akan bertemu jodoh, suami isteri akan bertambah sayang,
orang bergaduh akan jadi damai, selesai masalah, langsai hutang, anak-anak jadi hebat dan soleh, hilang perangai buruk seperti enggan solat, dan sebagainya.
6. Pagar diri dengan Fatehah and Surah 3 Qul, hembus tapak tangan dan sapu seluruh badan. Ini akan menghindar daripada gangguan manusia, binatang, jin dan sihir.
7. Lembutkan hati anak kita atau orang lain dengan Al-Fatehah, Surah Al-Hasyr (ayat 21-24), Surah Ta Ha (ayat 1-5), Ayat Qursi
dan hembus ke badan, makanan, gambar atau pakaian yang sudah dipakai sebelum dicuci atau sekadar menghembus ke arah orang itu dari jauh.
8. Layan anak lebih baik daripada biasa agar dia rasa bersalah jika ingkar perintah ibubapa.
9. Setiap kali nak masuk rumah, pesan kepada semua ahli keluarga kita untuk baca Bismillah 3 kali, senyum, beri salam dan masuk dengan melangkah kaki kanan dahulu.
Ini akan menghindarkan syaitan bernama DASIM daripada masuk ke kepala kita dan ganggu manusia supaya berkonflik,
suami isteri supaya bergaduh hingga bercerai berai, anak-anak melawan ibubapa, anak-anak bergaduh sesama sendiri, anak-anak jadi extra nakal, dan sebagainya.
10. Setiap kali nak nasihati anak, nak suruh anak solat atau belajar, bacalah 3 Nama Allah:
Ya ‘Aziz, Ya Jabbar,
Ya Mutakabbir
dan hembus ke arah dia jika masih jauh atau berdehem depannya jika sudah berhadapan.
Ini akan melembutkan hatinya agar dapat mendengar cakap atau hujah ibu.
11. Jika terlalu sedih atau tertekan, bacalah 3 doa Nabi SAW:
Inna lillahi wainna ilahi rojiuun.
Ya Allah, aku redha dengan segala ujianMu, berilah aku pahala atas redha ini.
Ya Allah, aku ada masalah anak sukar nak dengar cakap ibubapa. Ya Allah, Kau bantulah selesaikan masalahku.
Kau jadikan dia anak yang soleh, sabar, pintar, baik akhlak, mendengar cakap ibubapa, rajin belajar dan sebagainya.
Insya Allah hati akan tenang dan doa akan dimakbulkan.
12. Baca Al-Fatehah, Ayat Qursi dan Surah Al-Insyirah dan hembus atas kepala anak kita setiap hari hingga aqil baligh.
Ini akan membantu dia jadi anak yang soleh, pintar, berakhlak mulia dan taat kepada ibubapa.
13. Cuba nasihati anak semasa dia tidur dengan berbisik di telinganya atau sekadar bercakap dalam hati.
Nasihatkan agar jadi anak yang baik, sopan santun, dengar cakap ibubapa, dan sebagainya.
Ikut kajian dan pengalaman peribadi saya, jika kita istiqamah menasihati anak kita semasa mereka tidur, anak-anak insya Allah akan berubah menjadi anak yang baik.
Cuba amalkan selama 40 hari, kerana tabiat baru terbentuk dalam masa 40 hari.
InsyaAllah segala masalah anak yang keluarga anda hadapi akan selesai langkah demi langkah. Selamat beramal dan moga berjaya, wassalam.
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...