Salam takziah buat aktor Sharnaaz Ahmad atas pemergian bapa tercinta, Datuk Bazir Ahmad Nazir Ahmad.
Perkhabaran duka itu dimaklumkan sendiri oleh Sharnaaz menerusi laman Instagram miliknya, mengundang rasa simpati ramai.
“Hero saya baru sahaja meninggal dunia dengan aman pada pukul 1.40 pagi
“Dia tidak pernah berputus asa berjuang, tetapi jantungnya berhenti berdetak. Dia akan selamanya menjadi hero dan juara saya!
“I love you papa. Al-Fatihah papa. Terima kasih kerana menjadi ayah yang hebat kepada kami semua.
“I am half as strong as you, half as good father as you.. Now teach me to be a great one like you from heaven,” titipnya pilu.
Sharnaaz turut memberi tahu, solat jenazah akan dilakukan di Masjid Syed Eyusof, Georgetown selepas solat Asar dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kebun Lama, George Town.
Terdahulu, pelakon Polis Evo 3 itu memuat naik foto bapanya yang ditahan di Pusat Perubatan Universiti Malaya.
Rakan selebriti dan warga maya merakamkan ucapan takziah buat Sharnaaz dan berharap beliau dikurniakan ketabahan dan segala urusan mereka sekeluarga dipermudah.
Sumber:sharnaazahmad
Sudah 25 Berniaga Apam Balik, Tapi Harga Masih 50 Sen. Ramai Suka Sebab Rangup Walaupun Dah Sejuk
Kalau ditanya apakah hidangan waktu petang yang paling sedap untuk dinikmati bersama keluarga, pastinya ramai yang memilih apam balik rangup. Di kombinasi pula dengan teh o panas, pasti terasa nikmat menikmatinya.
Namun tak ramai peniaga yang mampu membuat apam balik dengan rangup. Ada yang hanya rangup ketika panas sahaja sudahnya lembik bila ianya sejuk.
Bagi seorang peniaga, Muhammad Puzee Mat Ajid yang telah berniaga kuih tradisional ini sejak 25 tahun yang lalu, apam balik buatannya digemari kerana ianya sedap dan rangup walaupun telah sejuk.
Dan yang paling menarik, walaupun sudah lama berniaga, Puzee masih mengekalkan harga bagi setiap apam balik ini iaitu 50 sen.
Puzee berkata pulangan yang diraih mungkin tidak seberapa tetapi apa yang lebih penting kepadanya adalah dia dapat menderma sambil berniaga.
“Niat utama saya untuk membantu mereka yang kurang bermampuan dalam keadaan ekonomi mendesak hari ini.
“Rezeki ni Allah dah tetapkan, jadi tak perlu risau yang kita akan jatuh miskin kalau kita bersedekah,” ujar Puzee yang berniaga di Pantai Remis, Perak.
Peniaga berusia 63 tahun itu berkata walaupun dia bermurah hati dalam memberi, kewangannya dirasakan sentiasa mencukupi dan berkat daripada itu dia mampu membesarkan enam anaknya.
[EKSKLUSIF] Kalau Nak Jadi Perdana Menteri Kenalah…Nasihat ‘Deep’ Tun M Kepada Umar
Perniagaan apam balik itu diambil alih daripada abangnya dan Puzee menyediakan apam balik itu setiap hari.
Anak watan Kampung Sungai Batu, Perak itu berkata proses penyediaan melibatkan pengulian 10 kilogram (kg) tepung dengan campuran beberapa bahan lain untuk menghasilkan kira-kira 1,000 keping apam balik.
“Pada awalnya, saya meletakkan harga tiga keping apam balik RM1, kemudian menjadi lima keping RM2 dan terakhir sekeping 50 sen agar pelanggan mampu beli.
“Saya cuma mahu membantu pelanggan yang sempit kewangan, untung belakang cerita kerana saya percaya pada kekuatan rezeki dan sudah ada bahagian yang tersedia untuk saya,” katanya.
Puzee membuka gerainya setiap hari kecuali Jumaat, dari pukul 9 pagi hingga 3 petang.
Sementara itu, seorang pelanggan tetap bernama Meredayu Naim berkata kerangupan tekstur apam balik itu adalah apa yang menjadikannya ia unik.
“Jika balik ke Pantai Remis saya pasti singgah ke gerai Pakcik Puzee sebab anak saya amat gemarkan apam balik beliau, rasa sedapnya lain dari yang lain, masih rangup walaupun sudah sejuk,” ujarnya.
Manakala bagi Maisarah Zainul Abidin, 33, dia memuji usaha yang dilakukan Puzee untuk mengekalkan harga apam balik 50 sen sekeping dan wajar menjadi contoh kepada peniaga lain.
“Harganya memang murah sebab rata-rata yang saya tengok peniaga jual pada harga RM1 atau 70 sen sekeping. Saya rasa memang berbaloi kalau beli banyak.
“Selain dari harganya yang murah, saya juga memilih untuk membeli apam balik dari Puzee kerana dia sangat peramah dan pandai menjaga hati pelanggan,” katanya.
[ARTIKEL PANAS]
[TIPS]
Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club
Pemuda Ini Kongsi Cara Kilatkan ‘Bontot’ Kuali Dengan Hanya Guna 3 Bahan Sahaja. Kos Tak Sampai RM5
Bagi orang dapur, pasti anda ada ‘favourite’ kuali yang selalu digunakan untuk memasak.
Tak kisahlah walaupun kuali tersebut sudah berkerak di bahagian bontot, tapi itulah kuali terbaik untuk anda.
Walaupun ditukar dengan kuali yang lebih mahal, tetap tidak setanding dengan kuali pilihan anda itu. Kadang kala, pemakaian kuali ini boleh mencecah puluhan tahun, atau senang kata dibawa turun temurun dari nenek, ibu dan seterusnya kepada anda.
Namun perkongsian daripada seorang pemuda ini pasti akan melegakan hati anda. Terbukti ianya berkesan kerana ianya suka dilakukan terlebih dahulu pada kuali dirumahnya.
Seorang pemuda dikenali sebagai Hafiz Misron berkongsi teknik ‘double boil’ yang digunakannya untuk membersihkan kuali yang hitam terutama di bahagian bontot.
Jelasnya, dia hanya menggunakan tiga bahan sahaja iaitu baking soda, sabun dan berus kuali.
Cara-cara
1. Mesti ada kuali yang lebih besar. Letak air penuh untuk tenggelamkan kuali yang hendak direbus di dalam kuali besar itu.
2. Letak empat sudu besar baking soda (Boleh jika mahu letak lebih).
3. Ada juga yang memberi cadangan supaya diletakkan asam keping atau lemon, mungkin kerana kandungan asid yang dikatakan mempunyai sifat menghakis.
4. Tunggu air dalam kuali besar mendidih, kemudian baru letak kuali yang hitam itu.
5. Kemudian, rebus kuali hitam itu selama 30 minit atau 40 minit.
6. Selepas mendidih, matikan api dan biarkan ia sejuk selama dua jam.
7. Selepas ia sejuk, sental dengan berus kuali dan sabun mandi. Jika tiada sabun mandi, boleh juga guna sabun cuci pinggan.
9. Anda akan melihat kerak-kerak mula tanggal selepas ia diberus.
Namun harus diingat, kaedah ‘double boil’ ini mungkin tidak berupaya untuk menghilangkan terus kesemua kerak itu.
Sebaliknya, proses ini perlu dilakukan berulang kali untuk menanggalkannya secara keseluruhan.
Jika kerak hitam bawah kuali terlalu tebal, anda juga boleh menghakisnya menggunakan pisau.
Yang penting, anda perlu berhati-hati dan seeloknya memakai sarung tangan ketika melakukan proses ini.
Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club
Nuraina Anak Yang Manja, Ringan Tulang, “Itulah Satu-satunya Anak Perempuan Saya”
Nuraina anak yang manja, ringan tulang, “Itulah satu-satunya anak perempuan saya.” Nuraina Humaira Rosli, 10, kanak-kanak perempuan yang dilaporkan hilang Jumaat lalu ditemui telah meninggal dunia di kawasan berpaya di perkampungan Orang Asli Kampung Bersah, Pos Kuala Mu.
Nuraina Anak Yang Manja, Ringan Tulang, “Itulah Satu-satunya Anak Perempuan Saya”
Mayat murid tahun empat Sekolah Kebangsaan (SK) Pos Kuala Mu itu ditemukan sekitar jam 4.20 petang hasil operasi mencari yang digerakkan selepas mangsa dilaporkan tidak pulang ke rumah sejak Jumaat.
Susulan kejadian itu, seorang remaja lelaki yang disyaki membunuh kanak-kanak Orang Asli itu direman selama tujuh hari. Majistret Nurul Asyifa Redzuan membenarkan permohonan reman ke atas suspek berusia 17 tahun itu bermula hari ini sehingga 25 Ogos depan bagi membantu polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Superintendan Mohd Khaizam Ahmad Shahabudin dilaporkan berkata, hasil bedah siasat menemukan kesan koyakan pada kemaluan mangsa.
Menurutnya, laporan sama dikeluarkan Hospital Sungai Siput itu juga menunjukkan terdapat kecederaan akibat tekanan pada bahagian leher mangsa.
Dengan penemuan itu, polis tidak menolak kemungkinan mangsa telah dirogol sebelum dibunuh. Mayat murid tahun empat Sekolah Kebangsaan (SK) Pos Kuala Mu itu ditemukan sekitar jam 4.20 petang pada Sabtu hasil operasi mencari yang digerakkan selepas mangsa dilaporkan tidak pulang ke rumah sejak Jumaat.
Mangsa dijumpai dalam keadaan terbaring di kawasan berpaya di perkampungan Orang Asli Kampung Bersah, Pos Kuala Mu, Sungai Siput.
Bapa mangsa, Rosli Mahadi, memberitahu Nuraina seorang kanak-kanak yang pemalu dan suka bersendirian yang sering kekecewaannya kerana tidak mampu mengawasi anak pertamanya itu sehingga boleh menyebabkan kematian.
Tambahnya lagi, Nuraina yang juga murid tahun empat di Sekolah Kebangsaan (SK) Pos Kuala Mu adalah seorang yang manja dan ringan tulang membantu ibu serta menjaga adik lelakinya berusia empat tahun.
“Itulah satu-satunya anak perempuan saya. Selalu bila saya balik kerja, dia akan pinjam telefon untuk tengok kartun di Youtube, tetapi sekarang dia dah tak ada,” katanya sebak.
Lebih memeranjatkan, lokasi penemuan mayat Nuraina merupakan kawasan yang dipenuhi semak samun selain didiami banyak binatang berbisa.
Oleh sebab itu juga, kawasan berkenaan jarang dilalui oleh penduduk setempat kerana boleh mengancam keselamatan mereka.
“Semasa dimaklumkan anak hilang, saya dan penduduk melakukan pencarian di kawasan belakang rumah dan sekeliling kampung tetapi tidak sampai ke kawasan berpaya kerana orang kampung tidak pernah ke sana.
“Jadi saya yakin anak saya tidak akan ke sana seorang diri,” ujarnya.
Sumber: Sinar Harian 1, Sinar Harian 2
Baca artikel lain juga: Jasad Nuraina Humaira Ditemui Tidak Bernyawa, Dilaporkan Hilang Sejak Jumaat
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my