Ibu Allahyarham Syamsul Haris dakwa kecederaan di dada, mata anak akibat pukulan objek tumpul. Ibu kepada Allahyarham Syamsul Haris Shamsudin, pelatih Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, Johor, mendakwa kecederaan di dada dan mata kanan anaknya berpunca daripada hentakan objek tumpul.
Ibu Allahyarham Syamsul Haris Dakwa Kecederaan Di Dada, Mata Anak Akibat Pukulan Objek Tumpul
Ummu Haiman Bee Daulatgun, 45, memfailkan permohonan untuk menggali semula kubur bagi tujuan bedah siasat kali kedua, selain meminta prosiding inkues dijalankan. Beliau percaya wujud unsur jenayah dalam kematian anaknya, yang juga pelajar tahun pertama Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Rangkaian dan Keselamatan Komputer).
Menurut Ummu, dia sendiri melihat kesan lebam di leher, dada, muka serta mata kanan arwah, yang dipercayai akibat dipukul.
“Saya telah mengarahkan peguamcara saya untuk menghantar satu permohonan untuk memohon satu inkues diadakan dan mayat anak saya digali keluar (exhume) agar post-mortem (bedah siasat) kedua dapat dijalankan untuk menyiasat punca sebenar kematian anak saya.
“Saya percaya kesan kecederaan di bahagian dada dan mata kanan jelas dilakukan dengan pukulan objek tumpul. Saya juga percaya darah yang mengalir dari hidung dan tidak berhenti sehingga jasad ditanam jelas menunjukkan, anak saya dipukul dan mengalami kecederaan di bahagian otak dan dada,” katanya dalam afidavit sokongan.
Permohonan itu difailkan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Shah Alam semalam melalui firma guaman Tetuan Naran Singh & Co, dengan menamakan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail; Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar; serta pihak berkaitan sebagai responden.
Ummu mendakwa terdapat percanggahan maklumat mengenai punca kematian anaknya. Katanya, seorang jurulatih PALAPES memaklumkan Syamsul Haris mengalami sawan ketika latihan menembak, namun gambar yang diambil menunjukkan pendarahan teruk di hidung dan lebam di mata kanan.
Ads
“Saya percaya ini tidak sama sekali menunjukkan kesan daripada sawan tetapi menunjukkan kecederaan yang dilakukan orang atau orang-orang tertentu.
“Saya juga menyatakan, alasan lain yang saya terima daripada seorang Pegawai PALAPES ialah terdapat pergaduhan yang berlaku ketika latihan PALAPES itu tetapi tidak memberi penjelasan pergaduhan itu berlaku antara siapa dengan siapa.
“Saya sesungguhnya percaya, wujudnya elemen jenayah dalam kematian anak saya,” katanya.
Beliau turut memohon bedah siasat semula dijalankan oleh pakar forensik Hospital Kuala Lumpur dalam tempoh 14 hari selepas jasad dikeluarkan, dengan kehadiran peguam atau wakil Tetuan Naran Singh & Co. Laporan tersebut diminta dikeluarkan dalam tempoh sebulan dan diserahkan kepada peguamnya.
Selain itu, beliau mahu Ketua Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah melantik pasukan penyiasat baharu dari Bukit Aman, seperti yang dilakukan dalam kes kematian pelajar Zara Qairina Mahathir, serta mengarahkan Peguam Negara mengadakan inkues.
Ads
Syamsul Haris, 22, meninggal dunia ketika menjalani latihan di Pusat Latihan Darat (PULADA), Ulu Tiram, pada 28 Julai lalu dan dikebumikan sehari kemudian di Tanah Perkuburan Islam Kampung Rinching Ulu, Selangor.
Sebelum ini, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin memaklumkan hasil siasatan jawatankuasa khas mendapati tiada unsur penderaan, dengan semua saksi termasuk pegawai dan jurulatih mengesahkan latihan yang diadakan dari 27 Julai hingga 2 Ogos mematuhi prosedur serta garis panduan ditetapkan.
Lelaki pandu myvi redah masuk kawasan sekolah, langgar lari pelajar perempuan 13 tahun. Seorang pelajar sebuah sekolah menengah cedera selepas dilanggar seorang lelaki menggunakan kereta dalam kejadian di Taman Bintang, Manjung, Perak pada petang Rabu.
Lelaki Pandu Myvi Redah Masuk Kawasan Sekolah, Langgar Lari Pelajar Perempuan 13 Tahun
Susulan kejadian itu, Polis telah menahan seorang lelaki yang terbabit dengan kejadian langgar lari membabitkan seorang pelajar perempuan berusia 13 tahun. Kejadian itu berlaku di dalam sebuah sekolah menengah di Taman Bintang, Pantai Remis.
Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Hasbullah Abd Rahman berkata, penganggur berusia 47 tahun itu telah ditahan pada hari yang sama. Suspek juga telah dirujuk ke hospital Seri Manjung untuk rawatan lanjut kerana disyaki mental tidak stabil.
Kejadian berlaku kira-kira 5.30 petang apabila kenderaan yang dipandu suspek meluru dan melanggar pintu pagar sebuah gelanggang bola keranjang hingga roboh.
Mangsa seorang pelajar perempuan yang berusia 13 tahun mengalami kecederaan di kaki kiri akibat dirempuh secara melulu ketika sedang berlatih bola tampar. Mangsa kini sedang menerima rawatan di Hospital Seri Manjung.
“Suspek merempuh mangsa sebelum melarikan diri dari tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Luar biasa dan lain dari yang lain! Sepasang pengantin mencipta kejutan dengan menggantikan kek perkahwinan tradisional dengan burger gergasi seberat 1.5 kilogram (kg) sebagai tarikan utama majlis mereka.
Menurut Dzulikhwan Ahmad Mokhtar, 50, idea unik burger dua tingkat itu tercetus daripada permintaan anak lelakinya yang mahu sesuatu yang berbeza untuk acara memotong kek ketika majlis persandingan pada November lalu.
Menerusi perkongsian video di TikTok, kek burger tersebut mendapat perhatian ramai warga maya.
Dia yang merupakan peniaga burger di Teluk Pulai, Klang itu hanya menurut permintaan anak demi hari bahagia pasangan pengantin berkenaan.
“Rata-rata tetamu yang hadir pada majlis itu teruja menunggu pengantin memotong burger. Mungkin ada yang kata pelik, tapi sebenarnya inilah yang menarik dalam kehidupan.
“Tak semestinya kek kahwin perlu mengikut tradisi biasa. Yang penting ia membawa makna dan kebahagian kepada pengantin.”
Meninjau diruangan komen, rata-rata bersetuju idea tersebut sangat menarik untuk dicuba orang ramai untuk pelbagi acara bagi mencipta kelainan dan selera.
“Barulah tak membazir nanti. Idea yang sangat menarik.”
“Selama ini buat tak tau je kalau nampak kek pengantin, yang ni memang kena minta sikit.”
“Sebagai seorang yang tak suka manis, ini lebih baik daripada kek kahwin sebenar itu.”
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Ibu bapa boleh jadi faktor ‘membiaknya’ buli, jangan hanya salahkan Guru – Asyraf Wajdi. Faktor rumah tangga dan peranan ibu bapa dilihat menjadi antara penyumbang utama kepada gejala buli dalam kalangan pelajar sekolah, menurut Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.
Ibu Bapa Boleh Jadi Faktor ‘Membiaknya’ Buli, Jangan Hanya Salahkan Guru – Asyraf Wajdi
Dalam satu kenyataan yang dikongsikan di laman Facebook pada hari Rabu, beliau menegaskan bahawa adalah tidak adil untuk meletakkan kesalahan sepenuhnya kepada guru atau pelajar semata-mata.
“Kita tidak boleh hanya menyalahkan pelajar atau pendidik. Keadaan dalam keluarga serta sikap ibu bapa turut memainkan peranan besar dalam mencorakkan tingkah laku anak-anak, termasuk kecenderungan kepada perbuatan membuli yang akhirnya terbawa ke sekolah atau asrama,” jelas beliau.
Kenyataan tersebut dibuat susulan laporan oleh media pada Isnin yang menyatakan bahawa pihak MARA telah mengarahkan siasatan segera dijalankan terhadap satu kes buli yang dikatakan berlaku di sebuah Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) di bahagian utara negara.
Insiden tersebut mencetuskan kemarahan ramai selepas satu video berdurasi 1 minit 31 saat tular di media sosial, memaparkan beberapa pelajar yang bertindak memijak dan duduk di atas seorang pelajar lelaki lain. Lebih membimbangkan, mangsa turut diikat kakinya menggunakan tali pinggang tanpa menunjukkan sebarang usaha untuk melawan.
Berikutan siasatan dalaman yang dilakukan, Asyraf Wajdi memaklumkan bahawa tujuh pelajar yang terlibat dalam kejadian tersebut telah disyorkan untuk diberhentikan daripada pengajian di institusi berkenaan.
Hasil keputusan Jawatankuasa Disiplin Maktab (JDM) mendapati bahawa daripada tujuh pelajar terbabit, dua daripadanya memainkan peranan utama dalam tindakan membuli, manakala lima lagi dikenal pasti bersubahat.
“Kesemua mereka telah dicadangkan untuk ditamatkan pengajian di MRSM sebagai langkah tegas terhadap sebarang bentuk salah laku yang mencemarkan nama institusi pendidikan,” ujarnya lagi.