Terkini, berita yang amat menyentuh hati dan mengundang rasa pilu ini, apabila dua mayat ditemui di tepi Jalan Impiana 5, Taman Impiana, hari ini.
Seorang wanita dan bayi lelaki yang dipercayai baru dilahirkan ditemui dalam keadaan yang sangat menyedihkan.
Kehilangan nyawa yang begitu tragis ini pasti memberi kesan yang mendalam kepada kita semua, lebih-lebih lagi apabila melibatkan nyawa yang masih begitu muda dan penuh harapan.
Menerusi laporan Berita Harian, mangsa wanita yang dipercayai berkemungkinan meninggal dunia akibat komplikasi bersalin itu dijumpai dalam keadaan sedang memeluk mayat bayi terbabit.
Ads
Difahamkan, mayat dipercayai dua beranak itu disedari seorang pejalan kaki kira-kira jam 8 pagi tadi sebelum melaporkannya kepada pihak polis.
Ads
Menurut sumber, wanita itu dipercayai adalah seorang warga Indonesia dengan rambutnya diwarnakan serta memakai baju bercorak kotak-kotak, manakala bayi terbabit pula masih bertali pusat.
Difahamkan, hasil pemeriksaan awal mendapati tiada kesan darah atau kecederaan lain pada mayat terbabit, namun siasatan lanjut dijalankan untuk mengenal pasti sama ada wujud sebarang unsur jenayah dalam kejadian itu.
Ads
Sementara itu Ketua Polis Daerah Kulai, Asisten Komisioner Tan Seng Lee, mengesahkan penemuan dua mayat berkenaan tetapi tidak mengulas lanjut.
Beliau berkata, semua butiran lanjut akan dimaklumkan kelak.
Cuaca panas dan kering dijangka berterusan hingga pertengahan, akhir bulan depan – METMalaysia. Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) menjangkakan keadaan cuaca panas dan kering yang sedang melanda negara kini akan berterusan sehingga pertengahan atau penghujung bulan hadapan.
Menurut Ketua Pengarah METMalaysia, Dr Mohd Hisham Mohd Anip, cuaca seperti ini merupakan satu fenomena biasa yang berlaku di luar tempoh peralihan monsun, khususnya di penghujung Monsun Timur Laut dan sepanjang Monsun Barat Daya.
“Ketika ini, negara berada dalam tempoh peralihan monsun yang dijangka akan berterusan sehingga pertengahan atau akhir bulan hadapan,” jelas beliau.
Tambah beliau, fasa peralihan monsun ini lazimnya membawa keadaan cuaca yang panas ketika waktu tengah hari, manakala kelembapan meningkat pada waktu petang hingga awal malam di kebanyakan kawasan.
Beliau turut menjelaskan bahawa corak tiupan angin yang tidak menentu dan sering berubah arah menjadi punca utama kepada ketidakstabilan cuaca yang dialami kebelakangan ini.
Sehubungan itu, orang ramai disarankan agar sentiasa mengambil maklum mengenai perubahan cuaca dan mendapatkan maklumat terkini serta amaran cuaca melalui laman web rasmi METMalaysia, aplikasi myCuaca dan juga saluran media sosial agensi tersebut.
Ibu tunggal desak siasat kematian anak, disyaki dipukul hingga maut selepas jalani latihan Palapes. Seorang ibu tunggal mendesak agar siasatan segera dan menyeluruh dijalankan berhubung kematian anak sulungnya, Syamsul Haris Shamsudin.
Pemuda berusia 22 itu meninggal dunia ketika menjalani latihan Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di Skudai, Johor pada Isnin lalu.
Ummu Haiman Bee Daulatgun, 45, berkata kematian anaknya berlaku semasa sesi latihan di Lapang Sasar Inokulasi Tempur, Pulada, Ulu Tiram, Johor. Namun, punca sebenar kematian masih belum dikenal pasti dan menimbulkan pelbagai persoalan.
Menurut beliau, hasil pemerhatian terhadap jenazah semasa proses bedah siasat di Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru, mendapati terdapat kecederaan fizikal yang serius pada tubuh anaknya, tidak selari dengan penjelasan awal yang diberikan bahawa kematian berpunca daripada sawan.
“Pada awalnya saya dimaklumkan oleh pihak PALAPES bahawa sebab kematian anak saya adalah kerana kekejangan dan sawan ketika menyertai latihan itu pada hari ketiga, sedangkan ketika saya melihat jenazah anak saya, keadaannya sangat menyayat hati dengan kecederaan yang dialami pada tubuhnya.
“Darah membuak-buak mengalir dari hidung dan matanya dengan kesan lebam pada tubuh dilihat seperti dibelasah. Saya tak berpuas hati dengan alasan diberikan pihak PALAPES UTM bahawa keadaan anak saya itu berpunca daripada sawan,” katanya dalam satu sidang media di firma guaman Naran Singh & Co, di ibu negara.
Turut hadir peguam yang mewakilinya, Datuk Naran Singh.
Ummu Haiman turut mendedahkan bahawa selain kesan pendarahan yang banyak pada hidung dan mata yang dipercayai berpunca daripada hentakan kuat pada bahagian kepala, jenazah anaknya juga mempunyai kesan lebam serta luka di beberapa bahagian badan termasuk leher dan bahu.
Sehubungan itu, satu laporan polis telah dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang pada 31 Julai bagi mendesak siasatan dijalankan segera bagi mengetahui punca sebenar kematian Syamsul Haris.
“Saya syak anak saya dicederakan, dipukul atau dibelasah atau dengan kata lain dibunuh oleh mereka yang turut menyertai kem PALAPES berkenaan.
“Setakat ini punca kematian diklasifikasi sebagai ‘pending laboratory investigation’ (menunggu hasil penyelidikan makmal) dan saya difahamkan laporan sampel yang dihantar ke makmal itu diperoleh dalam masa tiga bulan,” ujarnya.
Syamsul Haris merupakan pelajar Semester 2 Ijazah Sarjana Muda Sekuriti Siber UTM dan baru sahaja menyertai latihan PALAPES bermula Sabtu lalu, yang dijadualkan berlangsung selama sembilan hari dan sepatutnya berakhir pada Ahad ini.
Tambah Ummu Haiman, perbualan terakhir mereka berlaku pada malam sebelum kejadian, apabila arwah menghubunginya melalui WhatsApp bagi memaklumkan tentang tugasan yang perlu diselesaikan segera dan menyerahkan telefon bimbit kepada pihak PALAPES.
“Malam sebelum hari kejadian arwah ada WhatsApp saya memandangkan dia perlu segera menghantar dan menyiapkan tugasan yang diarahkan oleh pensyarah.
Waktu itu dia sempat mengatakan dia perlu menyerahkan semula telefon kepada pegawai PALAPES.
“Sempat juga dia berpesan ‘Maa (emak), saya dah nak masuk baris… Saya kena serah telefon sekarang… Maa jaga diri baik-baik…’ Dia juga ada katakan yang dia gembira apabila berjaya buat latihan tembakan pada hari Ahad itu juga dan kemudian hari berikutnya (Isnin) saya terima berita anak saya meninggal dunia,” katanya dalam nada sebak.
Jenazah Syamsul Haris telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Rinching Ulu, Semenyih, Selangor. Pihak keluarga kini berharap agar keadilan dapat ditegakkan demi mengenal pasti punca sebenar kejadian tragis ini.
Sekali lagi, anak pelakon, Rita Rudaini berkongsi khabar gembira apabila anak sulungnya, Airit Rayyan Rizqin berjaya memperoleh keputusan cemerlang. Lebih bangga anak sulungnya itu telah meraih Anugerah Pengetua. Tahniah Ryan!
Muat naik di Instagram milik pelakon itu berkongsi kegembiraan kejayaan anaknya telah meraih perhatian wargamaya.
Foto berkenaan memaparkan keputusan Purata Nilaian Gred (GPA) 3.842 yang diraih Ryan di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Sungai Besar, Selangor.
Menerusi kapsyennya pelakon Mami Jarum Junior itu meluahkan rasa syukur dengan kejayaan anaknya.
“Alhamdulillah…Ryan dapat anugerah pengetua lagi hari ini ni.”
Terima kasih HR ryan mami ustazah @norfaiza8 wakil kan untuk Ryan
“…flyhigh Ryan…”
NETIZEN KAGUM KECEMERLANGAN ANAK
Dalam pada itu, meninjau di ruangan komen, rata- rata wargamaya mengucapkan tahniah kepada anak pelakon itu yang menunjukkan kecemerlangan dalam akademik.
“Hebat ibunya tahniah rayyan
“Congrats ryan! Fly high. Kejar 4 flat
“berkat doa ibu.. semoga berjaya dunia akhirat rayyan
Terdahulu, pada tahun lepas, Ryan yang menuntut mengikuti aliran Ulul Albab di Maktab Rendah Sains MARA Sungai Besar meraih GPA 3.99 dan disenaraikan sebagai 10 pelajar terbaik bagi Tingkatan Dua.
Kecemerlangan anak sulung Rita Rudaini bukan sahaja dalam bidang akademik tetapi bidang sukan.
Sebagaimana baru-baru ini, Rayyan meleburkan beberapa rekod balapan Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD) Sabak Bernam 2024.
Lebih manis lagi Rayyan dalam proses untuk bergelar Huffaz al-Quran dalam tempoh dua tahun lagi semasa di Tingkatan Lima.
Kes bayi tertukar di hospital mencetuskan trauma apabila seorang bapa mendakwa bayi perempuan mereka diserahkan sebagai bayi lelaki selepas rawatan di wad.