Bukan ujian yang biasa-biasa buat kedua ibu dan ayah. Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun maut selepas terjatuh dari tingkat 16 bangunan Blok B, Kuarters Integrasi Hospital Sungai Buloh semalam.
Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintenden Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai insiden itu pada jam 4.28 petang dan anggota yang tiba di lokasi kejadian mendapati seorang kanak-kanak telah meninggal dunia.
Beliau berkata, siasatan awal ke atas ibu dan bapa mangsa yang kedua-duanya berumur lingkungan 30-an mendapati ketika kejadian seisi keluarga itu sedang tidur.
Ads
“Ketika ibu mangsa bangun dari tidur, beliau mendapati anak bongsunya itu berada di bahagian luar tepi jendela di ruang tamu yang telah terbuka tetapi tidak sempat mendapatkan mangsa sebelum mangsa terjatuh ke bawah,” menurutnya dalam kenyataan pada Ahad.
Mohd Hafiz berkata, kanak-kanak malang itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan yang tiba di lokasi dan punca kematian masih dalam siasatan.
Ads
“Satu kertas siasatan kes mati mengejut telah dibuka berkait kejadian tersebut dan ibu bapa mangsa juga akan diambil keterangan dalam masa terdekat,” katanya.
Sesiapa yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu boleh menghubungi mana-mana balai polis berdekatan atau Ibu Pejabat Polis Daerah Sungai Buloh di talian 03-6156 1222 bagi membantu siasatan.
Dalam pada kepenatan mengharung banjir yang melanda kawasan penginapannya dan menjaga anak yang masih kecil, seorang ibu akhirnya terlelap di keretanya sewaktu menyusukan bayi yang baru berusia 2 bulan.
Keadaan itu tanpa disedari telah mengakibatkan bayinya itu tertindih sehingga meninggal dunia kerana kelemasan.
Kejadian yang berlaku di Makassar ini sangat meruntun jiwa seumpama bertubi-tubi dugaan menimpa keluarga ini.
Menceritakan kembali bagaimana kejadian ini boleh terjadi, pasangan ini mahu berehat sebentar di dalam kereta selepas banjir melanda.
Isterinya yang ingin menyusukan bayi ditinggalkan di dalam kereta engan enjin dan aircond terpasang manakala lelaki ini keluar sebentar ke warung terdekat untuk berehat.
Dia yang datang semula ke kereta untuk melihat keadaan isteri dan anaknya itu telah mendapati isterinya sedang tidur dan mengejutkannya.
Mereka terperanjat apabil;a mendapati bayi itu sudahpun dalam keadaan pucat lesi, kaku dan sudah mula membiru serta mata tertutup rapat.
Pasangan ini terus mendapatkan bantuan daripada penduduk setempat, dan bayi tersebut terus dikejarkan ke pusat perubatan terdekat.
Walau bagaimanapun, setelah pemeriksaan dibuat bayi tersebut disahkan telahpun meninggal dunia.
Malang tidak berbau, seorang Guru Besar berputih mata selepas wang bantuan awal persekolahan berjumlah lebih RM109,000 yang diperuntukkan untuk sekolah di Beranang, Selangor hilang, apabila dilarikan penjenayah.
Difahamkan sepertimana yang laporan akhbar, wang berkenaan baru saja dikeluarkan oleh Guru Besar tersebut sebelum cermin kenderaannya dipecahkan ketika pergi membeli minuman.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian pada jam 12.17 tengahari ketika guru berkenaan mengeluarkan wang bantuan awal persekolahan dari sebuah bank di pekan Semenyih yang sepatutnya diagihkan kepada pelajarnya.
“Guru berusia 50 tahun itu berseorangan mengeluarkan wang tunai berjumlah kira-kira RM109,000 dari sebuah bank di kawasan Kampung Baru Semenyih.
“Selepas mangsa mengeluarkan wang berkenan dan meletakkan di sebuah beg, mangsa meninggalkan beg di dalam kenderaan jenis Toyota di bahagian tempat duduk hadapan sebelah penumpang, sebelum ke sebuah restoran untuk membeli minuman.
“Selang hampir 10 minit apabila kembali ke kenderaan, mangsa mendapati cermin kereta milik mangsa dipecahkan di bahagian kanan penumpang belakang, dan beg yang berisi wang tunai dicuri, “katanya dalam kenyataan, hari ini.
Menurutnya, polis kini sedang menggiatkan usaha bagi mengesan suspek yang terbabit dalam kejadian berkenaan.
“Orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kes berkenaan boleh berhubung dengan mana-mana balai polis atau berhubung terus dengan pegawai penyiasat kes Inspektor Ahmad Rahmat Adnan di talian 014-5156933 bagi membantu siasatan.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan, “katanya.
Kronologi kejadian ini terjadi
– Cikgu sampai di Maybank Pekan Semenyih bersendirian
– Selesai urusan dan ambil wang bantuan pergi ke kenderaan yang diletakkan berhadapan bank. Kemudian meletakkan wang bantuan dalam beg di bawah kerusi penumpang hadapan.
– Cikgu pergi tinggalkan kereta ke Kedai mamak bersebelahan maybank untuk membeli air minum kerana dahaga.
– lebih kurang 10 minit pesan air dan patah balik ke kereta dapati cermin penumpang sebelah kanan belakang telah dipecahkan.
Meninjau di ruangan komen rata-rata warganet mempersoalkan tindakan guru besar tersebut dan tidak kurang pula ada yang turut bersimpati dengan nasib anak-anak sekolah tersebut yang mungkin tidak dapat menerima wang bantuan awal persekolahan dek kerana telah dicuri.
“Sedangkan soalan periksa atau jawapan periksa kene ambik.hantar tak boleh singgah singgah ini lagi duit,” komen salah seorang wargamaya.
“Agak2 anak2 tu blh dpt balik x duit tu? Kesian..mesti ramai yg dah excited nk duit tu,” kongsi yang lain yang turut bersimpati dengan nasib pelajar di sekolah tersebut.
“Serius la…..aku dlu nk bank in duit company belas2 ribu pun direct p bank…xberani singgah mana2 selagi duit xselamat masuk cdm…ni bawak ratus2 ribu tp mcm xdk rasa takut lgsg bleh mnyinggah beli minum plak…lain maciammmmm,” komen yang lain pula.
“Kesian. ibu bapa yg mngharap juga .. ingat dpt bantu rngan2 beli pakaian sekolah anak .. kesian anak2 juga … kesian cikgu tu juga terpaksa la cari duit ganti duit2 tu .. bukan sikit2 tu”, komen netizen yang lain.
Kata orang terlajak perahu boleh diundur, tapi terlajak perbuatan buruk padahnya.
Itulah yang berlaku kepada seorang Tiktoker yang dengan tidak berfikir panjang telah membuat konten yang mendapat kecaman netizen kerana menjatuhkan maruah TLDM.
Segalanya bermulanya apabila beliau telah berkongsi ruang dan keadaan dalam kapal TLDM bersempena dengan Hari Terbuka Armada yang membolehkan orang awam masuk ke dalam kapal perang TLDM.
Walau bagaimanapun, tindakannya yang berlakon seolah kentut pada kapal mikrofon TLDM pada bilik kawalan utama demi konten itu telah membuat para netizen kurang senang.
Meskipun sekadar lakonan, tindakan yang dilakukan bukan sahaja menjatuhkan maruah TLDM malah menjatuhkan maruah diri beliau sendiri. Lebih ironi, terdapat warga TLDM yang dilihat turut berlakon menjayakan konten beliau.
Perkongsian yang dibuat turut mendapat perhatian Facebook Malaysia Military Power yang turut mengecam tindakan wanita ini yang popular dengan menghasilkan konten yang aneh.
Selain itu, seorang pesara Tentera menerusi TikTok @fakhrintokai turut mengakui terkejut melihat tindakan wanita ini yang seolah menghina para tentera.
“Dia ini orang awam, dia mengambil kesempatan kerana di luar sana ramai yang tidak suka pada askar dan kita tidak menafikan. Jadi, dia memang menunggu peluang seperti ini untuk menghina tentera.
“Yang menyedihkan, ada anggota tentera yang terlibat. Tak tahu sama ada mereka sedar apa yang mereka lakukan, tetapi pengelibatan mereka sangat menyedihkan saya.
“Yang kasihannya pegawai pemerintah kapal, rekod dah jadi buruk. Anggota tentera yang terlibat itu mungkin akan dikenakan tindakan disiplin,” katanya.
Menerusi video terbaharu TikToker wanita ini, beliau tampil membuat permohonan maaf secara terbuka kepada pihak TLDM atas perkongsian yang tidak disengajakan beliau.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.