Bagi sesetengah orang, mengekalkan berat badan selepas berkahwin ada yang berjaya dan tidak kurang juga ramai yang gagal. Pun begitu, jika berat badan naik sedikit mungkin tidak berapa terkilan, tetapi jika bertambah dua hingga tiga kali saiz dari berat badan asal mesti ada di antara kita akan berasa ingin juga untuk kembali langsing.
Sebenarnya dalam mengawal berat badan ini tiada yang mustahil! Semuanya terletak pada diri kita sendiri. Sebagai mana ibu anak lima ini yang mampu mengekalkan berat badan ideal seperti anak dara. Apa bila dicungkil rahsianya, siapa sangka dengan mengamalkan minum air herba yang dihasilkan sendiri, wanita ini berjaya kekal langsing dan tampak awet muda.
Untuk itu, dikongsi amalan yang dilakukan oleh wanita ini untuk manfaat bersama.
“Amalan ini saya gunakan untuk mengurangkan berat badan. Boleh juga diamal oleh ibu yang selepas melahirkan untuk membanyakkan pengeluaran susu badan.”
Selain masalah senggugut, Ada sesetengah kaum wanita mengalami masalah haid tidak teratur. Sekali gus menyebabkan ia akan mengganggu hormon di dalam tubuh. Bagi yang mengalami masalah ini apa kata cuba kaedah tradisional ini dengan mengamalkan air jamu.
Selain merawat masalah senggugut ketika haid, ia juga dapat mengurangkan keputihan *jika ditambah daun sirih.
Air jamu ini juga sangat bagus untuk membersihkan rahim selepas haid, bertindak untuk membuang angin dan memecah lemak serta mengatasi masalah bau badan. Cara untuk membuatnya juga mudah.
BAHAN-BAHAN:
• 2sm halia
• 2sm kunyit
• 2 batang serai
• 2 helai daun pandan
• 3 cawan air
• Gula batu atau madu *mengikut citarasa
CARA MEMBUAT:
1. Basuh halia dan kunyit. Boleh dihiris jika mahu. Masukkan juga serai dan daun pandan.
2. Masukkan air dan biarkan ia mereneh seketika.
3. Selepas air mengering dan dianggar menjadi satu cawan, tutupkan api. Biarkan suam sebelum ditambah madu atau gula batu ketika mahu diminum.
*Anda boleh tambahkan sebiji buah manjakani untuk merapatkan bahagian intim (tetapi tidak sesuai untuk anak dara)
*Untuk mengurangkan masalah keputihan, bolehlah ditambah dua helai daun sirih
KHASIAT:
*Membersihkan rahim selepas haid
*Mengeluarkan angin dalam badan
*Memecahkan lemak di perut
*Mengurangkan masalah bau badan
Amalkan air ini sebulan sekali dan ingin diingatkan, air ini tidak sesuai untuk ibu mengandung. Air jamu ini tidak pahit bahkan harum. Cuma jika ditambah biji manjakani akan menjadi sedikit pahit.
Jangan amalkan berlebihan kerana sirih dan kunyit berlebihan akan menyebabkan cepat putus haid.
sumber: VANILLA KISMIS
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Habbatus sauda sangat berkesan membantu menurunkan berat badan. Habbatus sauda mempunyai sifat antikeradangan, antioksidan, antibakteria, antiparasit dan antikulat. Potensi dan kelebihan habbatus sauda dalam bidang perubatan serta kesihatan bukanlah perkara baharu.
Habbatus sauda sangat baik dijadikan minuman harian bagi membantu menurunkan berat badan. Ia juga merupakan salah satu daripada herba yang banyak digunakan untuk rawatan pelbagai jenis penyakit seperti kencing manis, asma, darah tinggi, penyakit kardiovaskular (jantung) dan barah.
Habbatus Sauda kaya dengan mineral, karbohidrat dan lemak yang bagus untuk kesihatan. Kandungan zatnya adalah karbohidrat sebanyak 38%, protein (21%) dan asid lemak (35-38%) dan mineral lain (6%).
Bagi mama yang sedang dalam usaha untuk menurunkan berat badan, mama bolehlah mencuba petua yang diamalkan oleh wanita ini. Bahan asas yang digunakan ialah habbatus sauda.
RAHSIA TURUNKAN BERAT BADAN DALAM MASA 20 HARI DENGAN HABATUSSAUDA
Ada tak kat sini yang tercari-cari resepi atau petua untuk turunkan berat badan? Resepi ni ciksu dapat dari sahabat kat seberang. Inshaallah berkesan katanya. Yang penting mudah dan selamat.
Bahan-bahan:
2 sudu besar habatussauda
1 jug air
1 sudu besar madu (sukatan untuk 1 cawan)
Sedikit perahan air limau nipis atau lemon.
Cara-cara:
1- Rendam semalam habatussauda dalam periuk yang berisi air.
2- Esok paginya, rebus rendaman tadi dengan api sederhana kecil sehingga menggelegak.
3- Apabila air sudah bertukar warna, tutup api dan tudung periuk tadi sementara menunggu rebusan tadi sejuk.
4- Kemudian, tuang ke dalam cawan dan masukkan madu serta sedikit perahan limau nipis atau lemon.
5- Kacau rata. Sedia untuk diminum. Memang sedap rasanya. Amalkan sehari sekali sebelum sarapan.
Dalam habatussauda terdapat sejenis kandungan kimia yang berfungsi untuk menghalang proses penyerapan lemak dalam badan. Sebab itulah ia berkesan untuk menurunkan berat badan.
Kandungan saponin dalam habatussauda ini juga berfungsi untuk meneutralkan dan menyingkirkan toksin dalam badan. Jadi, badan akan terasa ringan. Selain untuk menurunkan berat badan, resepi ini juga bagus untuk meredakan batuk dan selesema.
Sihat, antara nikmat yang tiada ternilai harganya. Satu anugerah yang membolehkan kita menjalani kehidupan ini bagi melakukan kerja dan aktiviti harian dengan lancar dan sempurna.
Namun hidup ini juga satu ujian, tidak selalunya indah. Hari ini sihat, mana tahu esok lusa diuji pula dengan kesakitan. Semua boleh berlaku dengan sekelip mata.
Apatah lagi bila diuji dengan penyakit kanser. Seakan satu bom jangka dapat dirasakan terjadi dalam hidup.
Ini memandangkan stigma bagi sesetengah pihak yang beranggapan jika disahkan menghidap penyakit tersebut, itu bermakna maut menanti. Sekali gus apabila disahkan mempinyau penyakit kanser dalam tubuh badan, ia menjadi detik hitam dalam hidup mereka.
Sudah pasti berita yang diterima itu membuatkan penghidap kanser tertekan, namun kisah perjuangan Nur Izzatie Mohd Rizan, 33, melawan penyakit kanser Limfoma ini boleh disifatkan menakjubkan untuk dijadikan inspirasi buat semua.
Ketepikan Kerjaya Untuk Bangkit Melawan Kanser
Memetik kisahnya sebagaimana dikongsikan di mStar, wanita yang mesra disapa Zety ini mengetahui mengenai penyakitnya selepas pulang bertugas membuat liputan Pilihanraya Umum ke-14 di Pengerang, Johor.
“Kesibukan kerja menyebabkan saya ingatkan benjolan di sebelah kanan leher saya ni beguk.
“Saya pula jenis lasak dan sememangnya dari kecil susah nak dapat penyakit, jadi saya tak layan sakit badan dan rasa lesu macam nak demam tu. Tapi keadaan makin teruk pula selepas tu dan benjolan itu tak surut, sebaliknya makin besar.
“Saya ambil keputusan ke klinik berjumpa doktor. Doktor bagi antibiotik dan ubat sapu untuk jangkitan kuman tapi tidak nampak kesanya. Saya pun ambil keputusan ke hospital swasta di Seremban,” ujar Zety yang sudah berkecimpung dalam dunia kewartawanan selama 13 tahun turut mengakui dirinya kurang pendedahan mengenai penyakit kanser sebelum ini.
Balik Kampung Berubat
Setelah mendapat keputusan buat kali kedua menerusi prosedur imbasan CT yang mengesahkan dia menghidap kanser limfoma pada tahun 2018, ahli keluarga Zety membawanya pulang ke kampungnya di Jelebu, Negeri Sembilan.
“Kesedaran tentang kanser memang kurang dan ia beri kesan pada diri hinggakan kurang tidur sebab stres. Asyik fikir apa nak buat dengan hidup.
“Lebih-lebih lagi apabila ramai yang menasihatkan supaya tidak teruskan rawatan kemoterapi,” katanya sambil menambah kansernya dalam kategori tidak agresif.
Berkongsi pengalamannya, Zety berkata kesakitan yang dialami begitu perit dan sukar digambarkan sekitar pukul 5 pagi di mana dia akan alami batuk berterusan dan wajahnya akan membengkak.
Lebih menyeksakan apabila mengalami sakit pada tubuhnya hinggakan berat badannya turun mendadak dan menyebabkan Zety sukar untuk duduk.
Keadaan Semakin Parah
Disebabkan keadaan semakin parah, pada tahun 2019 paru-paru wanita ini dipenuhi air membuatkan dirinya semakin lemah untuk bergerak.
“Masa tu saya dah tak larat. Nak tidur pun secara menelungkup di sofa, sebab dengan cara itu saja saya boleh bernafas.
“Disebabkan keadaan saya semakin lemah, emak bawa saya ke hospital dan rawatan yang dibuat menyebabkan air dikeluarkan dari paru-paru, semuanya lebih kurang 10 botol,” katanya.
Bercerita lanjut, wartawan penyiaran stesen televisyen terkemuka di negara ini mengakui mencuba rawatan alternatif hingga berdepan masalah untuk mendapat rawatan susulan di hospital.
“Saya ingat lepas makan ubat alternatif, kesannya lebih baik sebaliknya keadaan semakin parah,” luah wanita yang mendakwa ditinggalkan suami yang dikahwininya selama empat tahun ketika berdepan dugaan akibat penyakit itu.
“Diberi 2 Pilihan, Koma Atau Paru-paru Ditebuk…”
Walaupun banyak hospital telah menolak untuk merawatnya, namun Zety bersyukur ada sebuah hospital di Seremban bersedia membantunya.
“Saya diberi pilihan untuk koma atau paru-paru ditebuk tetapi saya tolak kedua-duanya dan saya memilih untuk ditebuk,” ujarnya yang bersyukur kerana mempunyai ibu yang bersusah payah membantunya.
Ditanya mengenai tugasnya sebagai wartawan, graduan Ijazah Komunikasi Korporat Universiti Infrastruktur (IUKL) yang belum dikurniakan cahaya mata itu akui apabila terpaksa melepaskan kerjayanya bagi memberi tumpuan kepada kesihatan dirinya.
“Bila dah kena macam ni, banyak urusan dunia harus dilepaskan kerana fokus utama adalah rawatan untuk segera sembuh,” katanya.
Energy Positif Bantu Segera Pulih
Bagaimanapun, Zety tidak terpaksa menerima hakikat apabila terkena jangkitan virus sehingga lapisan pertama paru-paru sebelah kanannya bernanah dan terpaksa melakukan pembedahan untuk membuang lapisan tersebut.
Setelah segala ujian yang ditempuhi wanita ini, dia akhirnya pulih daripada penyakit kanser pada Jun 2020 dan sejak itu hanya perlu melakukan pemeriksaan secara berkala dan dapat kembali bertugas seperti biasa.
“Saya rasa salah satu sebab saya segera pulih kerana saya memaafkan “Saya rasa salah satu sebab saya segera pulih kerana saya memaafkan orang. Bila kita maafkan orang ni, energy positif membantu saya cepat pulih.
“Jangan anggap penyakit yang Allah beri ini satu musibah, sebaliknya ia anugerah daripadaNya. Sebenarnya melalui dugaan ini jugalah kita boleh kenal orang di sekeliling kita. Siapa yang ada dan bantu kita ketika sakit sebab saya sendiri banyak hilang kawan masa sakit,” ujarnya.
Nasihatnya buat sesiapa yang didiagnosis menghidap kanser supaya tidak membuang masa mendengar cakap-cakap orang terutama yang gemar mencadangkan pelbagai rawatan alternatif, sebaliknya terus dapatkan dan jalani prosedur rawatan di hospital adalah tindakan terbaik.
Keriangan Famili, jom kita melancong secara maya bersama E-Keluargagader dengan menonton video percutian di The Bentong Farm. Best kalau dapat bawa anak-anak ke sana.
Tengku Amir Shah mengumumkan kelahiran puteri sulung, Tengku Alia Amira Tengku Amir Shah. Berita gembira itu menerima ucapan tahniah dan doa daripada rakyat Selangor.