Pentingnya dalam sebuah keluarga mendidik anak-anak mengenai batas pergaulan antara lelaki dan perempuan. Ia termasuk mengenai perkara yang melibatkan bahagian sulit di anggota badan. Anak lelaki atau perempuan perlu didedahkan sebegini bagi mengelak daripada berlaku masalah pencabulan.
Sebagaimana yang dipaparkan oleh Akhi Fairuz di laman facebooknya mengenai pesanan ringkas mengenai luahan seorang ibu yang terkejut setelah anaknya mengadu diliwat.
Pastinya situasi ini mengudang kerisauan dihati setiap ibu bapa terutama mereka yang bekerja. Moga kisah ini menjadi iktibar buat kita. Dalam pada itu, ikuti juga panduan cara didik anak-anak jika menghadapi situasi sebegini.


Menitik air mata saya baca mesej Puan ni.

Ibu Ayah, Ini Penting! Ajar Anak 3 Langkah Ini Jika Ada Yang Sentuh Tubuhnya, Jangan Sampai Ada Yang Rosakkannya!

Ibu Ayah, Ini Penting! Ajar Anak 3 Langkah Ini Jika Ada Yang Sentuh Tubuhnya, Jangan Sampai Ada Yang Rosakkannya!

Ibu Ayah, Ini Penting! Ajar Anak 3 Langkah Ini Jika Ada Yang Sentuh Tubuhnya, Jangan Sampai Ada Yang Rosakkannya!

Tolong, ajar anak-anak apa itu sentuhan selamat dan tidak selamat

IKLAN

Mana-mana mak ayah yang ada anak kecil pasti rasa tersentak jika kejadian macam ni berlaku pada anaknya. Kita dah jaga dia elok-elok, didik baik-baik, tapi ada orang lain yang rosakkan!

Sebab tu kalau ada ibubapa yang mengadu pada saya pasal ni, yang pertama saya akan minta mereka percaya dahulu apa yang anaknya sampaikan.

Anak-anak sebesar ini takkan sekali-kali menipu bila private partnya (bibir, dada, punggung, kemaluan) disentuh, diraba, apatah lagi dimasukkan zakar.

IKLAN

Please, please, please, buat report polis segera. Kemudian, polis akan guide untuk dapatkan laporan kesihatan di hospital. Doktor perlu periksa kesan tusukan atau koyakan, samada kesan baru atau dah lama (berkali-kali berlaku).

Tolong, tolong, tolong, ajar anak-anak apa itu sentuhan selamat dan tidak selamat. Anak-anak kena tahu bertindak kalau rasa tak selesa seseorang individu menyentuh tubuh badannya.

Ingat 3 step ini, ajarkan pada anak,

IKLAN

1. JERIT kuat-kuat
2. LARI 
3. MENGADU

Bila nak ajar? Seawal yang boleh. Bila anak dah faham arahan kita, terus sahaja ulang-ulang perkara ni. Lama-lama dia akan faham.

Mulakan dahulu dengan memberi nama yang sebenar kepada kemaluan yang lelaki dan perempuan.

Jika dah usaha untuk mencegah, tetapi perkara tak diingini tetap juga berlaku, jangan pernah undur untuk membela nasib anak. Jangan fikirkan sangat pasal pemangsa (apatah lagi si pelaku ahli keluarga sendiri). Anak-anak ini akan nampak kita berbuat sesuatu untuk haknya!

Share post ini. Tag pasangan anda. Biar ramai ibubapa yang alert!

Akhi Fairuz Al-Jengkawi
#TukangCeramahBudakSekolah

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI