Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Kehilangan insan yang disayangi sekelip mata bukan sahaja mengejutkan, malah memberi kesan mendalam buat ahli keluarga. Apatah lagi, anak-anak masih kecil dan memerlukan perhatian ibu bapa.
Baru-baru ini sepasangan suami isteri meninggal dunia dalam satu kemalangan jalan raya. Pemergian mereka berdua sekali gus membuatkan 7 beradik kehilangan tempat berpaut. Lebih memilukan anak-anak masih kecil dan kini di bawah jagaan datuk dan nenek mereka.
Terbaru, kisah anak-anak ini dimuat naik dalam satu perkongsian di facebook. Menurut saudari Hajar Jaafar, anak-anak ini memerlukan bantuan daripada orang ramai. Justeru dia memohon sekiranya terdapat individu bermurah hati bagi menghulurkan bantuan terutama dalam bentuk yuran dan pakaian sekolah.
Ads
DERMA KILAT (UPDATED)
Waris terdekat, kakak mangsa shaidah binti idris 011-31410147 Bank Islam : 13044020915749
Gaisss, ingat posting pasal 7 beradik yang kehilangan ibubapa sebab kemalangan jumaat lepas? Ni 5 orang anak mereka, lagi 2 orang di hospital. Hajar nak ziarah yang di hospital dan jumpa waris mereka rabu pagi ni.
Ads
Cadangan hajar sebenarnya nak kumpul tabung untuk Yuran setahun dan persiapan awal sekolah mereka seperti baju dan alat tulis. Semoga sesama kita Hulurkan bantuan buat mereka
Jika ada yang nak beri sumbangan komen love ye. Nanti hajar pm details. Yang nak konvoi gerak sesama pun boleh. Kita ziarah di hospital KT. Hajar gerak dari dungun jam 11 pagi.
Jika tiada sumbangan pun, tolong share post ni ye. Terima Kasih semua💗
Nasi lemak menu paling popular dalam masyarakat kita, tyak kira melayu Cina dan India ramai yang menggemarinya. Bila ditambah dengan menu lain seperti ayam goreng berempah, menajdikan hidangan lebih menarik.
Untuk ibu-ibu yang nak cuba buat Ayam Goreng Berempah, jom cuba resipi yang dikongsikan saudara Ben Safwan. Selamat mencuba!
Sambal nasi lemak, semua dah terror dan ada versi sendiri.Ben bagi resepi ayam goreng berempah jelah di pagi Jumaat ni. Juicy,ringkas dan sedap. Ben suka makan nasi lemak dengan ayam goreng macam ni.
Untuk 4 -6 ketul bahagian ayam
* 4 ulas bawang putih
* 3 batang serai
* 1 cm halia
Tumbuk bahan di atas ini sehingga serai menjadi rerambut halus. Tips untuk dapatkan rempah ayam goreng yang cantik, kerat sekurang-kurangnya 1 cm bahagian serai.Ketepikan.
Gaul ayam yang telah dibersihkan dengan bahan yang ditumbuk tadi dan bahan ini.
* 1 sudu makan serbuk kunyit
* 1/2 sudu makan serbuk kari
* 1/2 sudu makan serbuk cili merah
* 1-2 sudu teh garam/secukupnya
* 2 sudu makan kelapa parut
* 1/2 sudu makan cuka
Perap 40-45 minit,goreng dengan minyak banyak dan api sederhana besar. Untuk elak hangit.
Sedapp buat makan dengan nasi lemak atau nasi kukus.
Nak resepi best-best boleh follow Fb Ben. Semua pasal makan je.
#resepibensafwan
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Meraikan selera anak-anak ketika hari raya ini dengan rasa kek coklat keju yang digemari ramai, tentunya akan membuatkan anak-anak berselera menikmatinya. Untuk menyediakannya juga tidaklah susah dan bolehlah menggunakan resipi yang dikongsikan oleh Eiza Musa ini.
Katanya kek yang dimasak dari air tangannya sendiri itu tidak memerlukan kepakaran untuk hasilkan kek bercorak yang nampak enak dimakan. Semuanya cukup mudah.
Ini perkongsiannya.
COKLAT MOIST CHEESE ni bukan ciplak hak orang lain.. dulang sis beli kat eco sebagai bukti.. nak bagi lagi kuat bukti sis yang masak. sis share resepi sekali..
Resepi Coklat moist cheese..
Telur – 2biji gred A @ B
Kalau gred C guna 3 biji
½ cawan gula
1sudu kecil esen vanila
Pukul bahan ni sampai kembang.Bila dah kembang, letak
½ cawan susu cair
½ cawan susu pekat
½ cawan minyak
2 sudu besar air panas
Kaup rata je bahan ni sampai sebati. Bila dah sebati letak.
tepung 1 cawan
½ cawan serbuk koko
1sudu kecil soda bikarbonat
1sudu kecil baking powder
( ayak dulu )
Kaup balik semua ni bagi sebati je. Bila sudah sebati letak dalam loyang.
Bahan cheese ;
Cheese tu sebenarnya sikit je. Lebih buat kek haritu. Tak tau barapa gram. So boleh je letak angaran dalam 50gram cheese. Tepung 2 sudu besar.. susu cair 1 sudu.. susu pekat 1sudu.. pukul sampai cheese jadi warna putih ( kembang )
+ kalau nak banyak cheese, buat je adunan cheese ni 2x ganda.. step tetap sama..
bila dah siap. Letak je atas adunan coklat tadi. Cheese tu memang akan tenggelam masa letak. Tapi jangan risau. Nanti masa masak dia akan naik ke atas sendiri. Takda buat corak pon. Letak cheese tu then kacau-kacau je guna garfu.. biar buruk janji sedap.. kann
kukus 45minit @ sehingga masak.. siap
Hidup ini sebenarnya terlalu singkat untuk kita bazirkan dengan kelalaian diri sendiri hingga tanpa sedar kita kurang menghargai orang yang ada dekat dengan diri kita. Lumrahnya, bila ada di depan mata, kita buat tidak peduli, tetapi apabila sudah kehilangan, barulah tercari-cari.
Sehubungan dengan itu, Ustazah Asma’ Harun melalui postingnya di Facebook ada mengajak kita semua untuk lebih menghargai orang tersayang apatah lagi ketika dilanda wabak Covid-19.
Ini perkongsiannya dan semoga memberi 1001 makna dalam kehidupan kita semua.
LAMBAIAN TERAKHIR
Kadang-kala dalam hidup ini, tanpa disedari, kita kurang menghargai orang yang ada di sekeliling kita. Lumrahnya, bila ada di depan mata, kita buat tidak peduli, tetapi apabila sudah kehilangan, barulah tercari-cari.
Siapa sangka kedatangan wabak COVID-19 benar-benar telah mengubah banyak sisi kehidupan. Segalanya seolah berlaku terlalu pantas. Semakin hari, semakin ramai yang dijangkiti, malahan menemui ajal mereka dalam ujian wabak ini. Allahuakbar.
Tidak terjangkau dek akal fikiran bahawa mereka yang dahulunya ada disisi memberikan sokongan, kini tiada lagi. Mereka yang kita sangka akan sentiasa menemani, rupanya sudah pergi.
Tiada lagi nasihat dan kata penguat yang meniti di bibir, senyuman manis yang menghiasi wajah untuk perjalanan kehidupan, yang tinggal hanyalah sebuah kenangan sebagai bekalan apabila kerinduan.
Allah Ya Qahhar, Allah Yang Maha Perkasa. Apabila Allah berkehendak untuk menetapkan sesuatu, maka hanya cukup Dia melafazkan kalimah-Nya yang agung sepertimana firman Allah SWT:
إِنَّمَا أَمْرُهُ إِذَا أَرَادَ شَيْئًا أَن يَقُولَ لَهُ كُن فَيَكُونُ
Maksudnya: “Sesungguhnya keadaan kekuasaan-Nya apabila Dia menghendaki sesuatu hanyalah berkata kepadanya: “Jadilah!” maka terjadilah ia.”
[Surah Yasin: 82]
Subhanallah, betapa agungnya kekuasaan Allah SWT sehingga jika Dia menghendaki sesuatu, ketika itu juga ia boleh terjadi. Sememangnya COVID-19 telah mengajar kita 1001 erti.
Ia membuatkan kita lebih menghargai mereka yang ada di sisi. Kemungkinan lambaian yang diberikan hari ini merupakan lambaian terakhir daripada insan yang amat disayangi.
Jika sebelum ini, kita merasakan ada hari esok untuk bertemu lagi, tetapi kini belum tentu kerana situasi yang tidak sama lagi. Kita tidak tahu siapa di antara kita yang akan dijemput Ilahi terlebih dahulu kerana kematian itu pasti dan tidak akan diketahui bila masanya tiba.
Firman Allah SWT:
كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ ۗ وَنَبْلُوكُم بِالشَّرِّ وَالْخَيْرِ فِتْنَةً ۖ وَإِلَيْنَا تُرْجَعُونَ ﴿٣٥﴾
Maksudnya: “Setiap yang hidup akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu akan kembali.”
[Surah al-Anbiya’: 35]
Firman Allah SWT:
إِنَّ اللَّهَ عِندَهُ عِلْمُ السَّاعَةِ وَيُنَزِّلُ الْغَيْثَ وَيَعْلَمُ مَا فِي الْأَرْحَامِ ۖ وَمَا تَدْرِي نَفْسٌ مَّاذَا تَكْسِبُ غَدًا ۖ وَمَا تَدْرِي نَفْسٌ بِأَيِّ أَرْضٍ تَمُوتُ ۚ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ ﴿٣٤﴾
Maksudnya: “Sesungguhnya hanya di sisi Allah ilmu tentang hari Kiamat; dan Dia yang menurunkan hujan, dan mengetahui apa yang ada dalam rahim. Dan tidak ada seorang pun yang dapat mengetahui (dengan pasti) apa yang akan dikerjakannya besok. Dan tidak ada seorang pun yang dapat mengetahui di bumi mana dia akan mati. Sungguh, Allah Maha Mengetahui, Maha Mengenal.”
[Surah Luqman: 34]
Sahabat, ketahuilah bahawa Allah SWT telah menetapkan kematian setiap hambanya. Tidak akan ada yang terkecuali daripada merasai mati. Ia tetap akan datang dan tidak akan terlewat walaupun sedikit.
Firman Allah SWT:
وَلِكُلِّ أُمَّةٍ أَجَلٌ ۖ فَإِذَا جَاءَ أَجَلُهُمْ لَا يَسْتَأْخِرُونَ سَاعَةً ۖ وَلَا يَسْتَقْدِمُونَ
Maksudnya: “Dan bagi tiap-tiap umat ada tempoh (yang telah ditetapkan). Maka apabila datang tempohnya, tidak dapat mereka kemudiankan dan tidak pula dapat mereka dahulukan walau sesaat pun.”
[Surah al-A’raf: 34]
Tetapkan dalam hati, jika sebelum ini kita kurang menghargai mereka yang berada di sekeliling. Sekaranglah saatnya untuk lakukan perkara yang lebih membahagiakan mereka.
DUHAI IBU AYAH,
Jadikanlah tempoh ‘lockdown’ ini sebagai peluang untuk kembali menyemak solat dan bacaan al-Quran anak-anak jika sebelum ini tiada kesempatan. Hidupkanlah kasih-sayang dengan saling membantu, meringankan kerja-kerja rumah dan mendengar cerita anak-anak.
DUHAI ANAK,
Hargai dan luangkanlah masa sebanyak mungkin ketika ini bersama dengan ibu ayah dan adik beradik. Ambil peluang untuk mendengar nasihat berharga daripada mereka. Usah terlalu leka dengan hiburan dan media sosial yang membuatkan kita lupa.
BUAT YANG BERJAUHAN DENGAN PASANGAN DAN IBU AYAH DI KAMPUNG,
Tautkan kasih sayang dengan sering berhubung dengan mereka. Hantarkan hadiah tanda ingatan dan kerinduan yang berpanjangan. Kuatkan kesabaran dan pergantungan kepada-Nya, insya-Allah semua ini tidak akan lama.
DOA AGAR ALLAH MELINDUNGI KELUARGA DAN INSAN TERSAYANG
أَسْتَوْدِعُكُمُ اللهَ الَّذِيْ لاَ تَضِيْعُ وَ دَائِعُهُ
Maksudnya: “Aku meninggalkan kamu semua dalam pemeliharaan Allah yang tidak akan hilang apa yang ada di dalam jagaan-Nya.”
[HR Ibnu Majah]
Semoga Allah SWT melindungi kita dan semua insan yang disayangi walau di mana jua kita berada. Amin Ya Rabbal ‘Alamin.
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.