Seorang wanita berdepan detik cemas apabila bayi perempuannya yang berusia 19 bulan, hampir menjadi mangsa culik dua lelaki warga asing dalam kejadian di sebuah pasar raya dekat sini, malam tadi.
Dua warga asing terbabit bagaimanapun sudah pun ditangkap polis selepas didakwa cuba melakukan jenayah berkenaan.
Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S Vijaya Rao, berkata dalam kejadian pada jam 7.30 malam itu, wanita berkenaan memaklumkan dia sedang menaiki tangga bergerak di pasar raya itu bersama anaknya serta adik perempuan.
Menurutnya, seorang bayi perempuan berusia 19 bulan hampir menjadi mangsa culik dua lelaki warga asing berkenaan.
Ads
“Wanita berkenaan yang sedang memimpin tangan bayinya tiba-tiba didatangi dua lelaki warga negara asing dari arah belakang yang mana salah seorang lelaki itu bertindak mengangkat anaknya.
“Wanita berkenaan terus menjerit dan menarik semula anaknya manakala dua lelaki berkenaan cuba melarikan diri bagaimanapun berjaya ditangkap orang awam yang berada di pasar raya itu.
Ads
“Dua lelaki berkenaan kemudian diserahkan kepada pihak polis dan kini direman tiga hari bagi siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan dan jika disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara tujuh tahun dan boleh juga dikenakan denda.
Ads
Sebarang maklumat boleh disalurkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara atau mana-mana balai polis berhampiran.
Setiap kali masuk hujung tahun pasti ramai ibu bapa yang mengambil peluang untuk menghabiskan cuti tahunan dengan meluangkan masa bercuti bersama keluarga tersayang kan? Nak bercuti tak semestinya kena pergi ke pusat peranginan atau kawasan tumpuan percutian tau, tapi kat bandar pun boleh!
Kalau anda ada perancangan nak bawa anak-anak bercuti atau ‘staycation’ sekitar Kuala Lumpur, Hotel InterContinental Kuala Lumpur adalah pilihan yang tepat! Nak tahu kenapa?
Hotel bertaraf lima bintang ini terserlah dengan ilham dekorasi moden dan rileks yang pasti membuatkan anda dan pasangan berasa tenang untuk bercuti bersama anak-anak.
Penginapan
Nak memilih hotel, aspek paling penting yang selalu kita lihat semestinya bilik. Setuju tak? Di InterContinental Kuala Lumpur Hotel ini, mereka menawarkan 473 bilik yang direka indah dengan ciri-ciri urban.
Bagi yang berkeluarga, sesuai untuk memilih pakej ‘Double The Family Fun’ kerana ia dilengkapi dengan bilik penghubung. Jadi bagi ibu bapa yang memerlukan privasi atau memerlukan bilik kedua untuk anak yang berusia 6 hingga 12 tahun, boleh la menempah dengan harga yang lebih murah bermula dari serendah RM200 sekarang hingga 31 Disember 2021. Berbaloi sangat!
Jamu Selera
Selain penginapan, aspek paling penting dalam pemilihan hotel semestinya makanan! Sambil berehat di hotel, anda boleh makan malam secara bufet di Serena Brasserie.
Hanya sekali bayar sahaja, anda boleh menikmati hidangan dari pelbagai jenis budaya masakan yang terdapat di Malaysia. Nak makan apa? Sate? Ikan bakar? Semua ada dan semestinya ‘superb’!
Jika anda nak santai-santai minum petang bersama tersayang, anda boleh ke Hidden Gem Afternoon Tea di OneSixFive Lounge. Hidangan set lengkap dari pelbagai pilihan scone, makanan savouri dan juga pastry ini pasti dapat menambat selera anda sekeluarga!
Sambil menjamu selera, anda juga boleh abadikan momen bersama keluarga dengan bergambar di kawasan yang direka khas dengan dekorasi mewah dan mengujakan. Malah, ia juga dilengkapi dengan taman mini di bahagian luar di mana anak-anak boleh bersiar-siar sambil memberi makan ikan koi di kolam yang disediakan.
‘Me Time’ Di Spa
Mak-mak yang berniat nak ‘me time’ sorang-sorang tu, boleh lah lari sekejap ke Sompoton Spa. Sesekali nak manjakan diri apa salahnya! Betul tak? Suasananya yang ekslusif, cantik dan ditambah pula dengan bunyi yang menenangkan semestinya memberi keselesaan buat pengunjung, tenangkan fikiran dan lupakan sebentar segala bebanan kerja.
Tarikan Lain
Hotel ini juga turut mempunyai kemudahan kolam renang yang luas dan semestinya akan membuat anak-anak anda teruja, serta gimnasium yang beroperasi selama 24 jam.
Lebih istimewa, hotel ini menjadi pilihan ramai kerana lokasinya yang strategik berhampiran dengan tempat menarik yang wajib dilawati di sekitar Kuala Lumpur dan kawasan tumpuan membeli-belah.
Hotel berprestij ini terletak di tengah bandaraya berhampiran dengan Menara Berkembar, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), Suria KLCC, Avenue K, Central Market dan Chinatown yang merupakan antara destinasi ideal cuti-cuti dalam bandar dengan gaya urban.
Lokasi hotel yang strategik di tengah bandar hanya memerlukan 3 minit ke stesen Transit Aliran Ringan Taman Ampang (LRT), 5 minit ke KLCC, 40 minit perjalanan ke KLIA & KLIA 2 dan perkhidmatan ulang-alik berjadual percuma ke Kawasan perniagaan utama, KLCC dan bukit bintang.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Isnin lalu, sesi persekolahan bagi tahun 2023 sudahpun bermula. Pelbagai ragam murid-murid dapat dilihat menerusi laman sosial yang dimuatnaik oleh ibu bapa dan juga guru sekolah.
Ada yang menangis, ada yang teruja dan ada yang steady memandangkan sudah dilatih untuk ke sekolah. Ada juga murid-murid yang hadir begitu teruja untuk bertemu rakan-rakan baru.
Namun ketika kanak-kanak di sekolah lain seronok berkenalan dengan rakan baru, lain pula situasi yang berlaku kepada seorang murid darjah enam di Sabah, apabila menjadi satu-satunya murid di dalam kelasnya.
Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh guru kelasnya dikenali sebagai Cikgu Aben di Facebook, murid tersebut dikenali dengan nama Errone Erwine dan bersekolah di Sekolah Kebangsaan Ruminding, Sabah.
Seorang sahaja murid saya tahun ini, dia ketua kelas, dia pengawas, dia juga tukang sapu, tukang lap tingkap semua hari-hari. Hari-hari dia, tiada orang lain,” tulis cikgu itu.
Difahamkan juga, jumlah murid yang mendaftar di sekolah itu pada tahun ini adalah sebanyak 10 orang sahaja. Sehingga kini, hantaran tersebut telah mendapat 5,500 tanda suka, 931 komen dan 1,100 perkongsian.
Di ruangan komen mendapati ramai yang terhibur dengan kejadian yang jarang-jarang berlaku ekoran kebiasannya jumlah murid adalah ramai dalam satu kelas.
Kalau dia tidak hadir macam mana? Terpinga-pinga cikgu sendirian dalam kelas,” komen Nasfarina.
Kalau perhimpunan macam mana itu? Tetapi senanglah dia terpilih wakil sekolah untuk sukan olahraga itu cikgu,” komen Stenz Chang.
Untung murid ini. Macam kelas persendirian dan ‘homeschool’,” komen pengguna yang lain pula
Menjaga kanak-kanak sememangnya sukar lebih-lebih lagi jika mereka sudah meningkat umur dan mula panjang akal. Jadi sebagai ibu bapa, kita seharusnya lebih peka dalam menjaga anak-anak lebih-lebih lagi dari faktor keselamatan.
Jangan hanya membiarkan anak-anak bermain tanpa pengawasan kerana di peringkat usia ini, mereka masih belum mengerti akan erti bahaya.
Kisah kanak-kanak maut kerana terkurung dalam mesin basuh sudah banyak kali terjadi dan ini seharusnya menjadi pengajaran buat para ibu bapa semua.
Seperti yang berlaku baru-baru ini, menerusi satu perkongsian di TikTok, wanita bernama Azura Sapari menceritakan detik cemasnya ketika sedang berada di sebuah kedai dobi.
Sewaktu menguruskan pakaian untuk dikeringkan, kebetulan terdapat seorang lagi ibu di sana bersama empat orang anak yang turut menggunakan mesin basuh layan diri yang lokasinya tidak dinyatakan.
Sementara menunggu pakaian siap dicuci di dalam kereta, Azura melihat kanak-kanak berkenaan sangat aktif bermain tolak bakul tanpa ditegur oleh ibu mereka yang ralit bermain telefon.
“Saya masuk baju (dalam mesin) untuk keringkan, kemudian saya masuk kereta yang menghadap bahagian dalam dobi. Jadi masa dalam kereta saya tengok budak-budak tu berlari-lari. Saya biar saja.
“Saya perasan mak mereka asyik melihat telefon. Saya tengok mak dia memang tak ada tegur atau buat apa-apa.
“Saya perhatikan anak-anak dia. Salah seorang duduk atas kerusi, dua orang sedang bermain,” ujarnya.
Pada mulanya Azura melihat salah seorang anak wanita tersebut sedang bermain buka-tutup pintu mesin basuh. Tetapi dia mula berasa bimbang apabila melihat si abang cuba mengangkat adiknya yang kecil untuk dimasukkan ke dalam mesin basuh.
“Ingatkan dia nak main buka tutup pintu saja. Tak terfikir pula dia nak masukkan adik dia dalam tu.
“Jadi saya pun tengok telefon semula sebab masa tu saya tengah video call dengan suami. Masa pandang semula (ke arah dobi) eh ada adik dia dalam tu.
“Saya terus keluar dan beritahu salah seorang kawan lelaki yang ada dekat dobi tu. Kawan saya pun terkejut masa tu. Selepas itu barulah wanita berkenaan perasan yang salah seorang anaknya sudah berada di dalam mesin basuh,” katanya.
Mulalah mak dia menggelepar cari telefon sampai terketar-ketar nak call. Ada juga yang cuba cari spanar untuk ketuk pintu mesin basuh tersebut.
Jelas Azura lagi, wanita itu lantas memarahi anaknya dianggarkan dalam lingkungan usia empat hingga lima tahun sebelum cuba menelefon pemilik dobi tersebut.
Mujurlah tiada sesuatu yang buruk terjadi dan mesin basuh yang terkunci itu boleh dibuka semula dengan selamat, cuma anaknya keluar dalam keadaan berpeluh akibat terkurung.
“Masa tu kita risau oksigen kurang ke apa. Lepas si ibu call tuan kedai barulah dia suruh tutup plug. Selepas beberapa minit pintu boleh dibuka,” imbas Azura lagi.
Tegas Azura, dia berharap agar kisah ini menjadi pengajaran buat ibu bapa di luar sana supaya sentiasa memantau anak khususnya saat berada di tempat awam.
Ibu bapa seharusnya mengutamakan keselamatan anak-anak tidak kira di mana mereka berada kerana risiko dan bahaya sentiasa ada tanpa mengira tempat atau lokasi.
Semoga kisah ini dijadikan ikhtibar buat para ibu bapa agar lebih berhati-hati dan peka terhadap anak-anak.