Lempeng kelapa atau dikenali sebagai ‘Peknga’ jika di negeri sebelah utara ini sememangnya sangat popular dan selalunya dihidangkan sebagai sarapan pagi atau minum petang.
Kali ini menu lempeng kelapa yang dikongsikan oleh Hamizah Othman merupakan versi yang sihat kerana menggunakan ‘chia seed’ sebagai bahan tambahan. Menurutnya, individu yang mempunyai penyakit diabetes juga sesuai untuk mencuba menu ini.
Sekarang ini macam-macam resipi berasaskan belimbing buluh telah ramai kongsikan di media sosial. Sebelum ini viral dengan kek belimbing buluh dan macam-macam lagilah. Jadi kali ini Dr Kamarul Ariffin juga ingin berkongsi resipi berasaskan belimbing buluh bila mana staffnya telah memberinya 2kg belimbing buluh.
Menurutnya, tidak pandai membuat kek jadi belimbing buluh yang diterimanya dijadikan sambal hitam ekspress. Jadi buat anda penggemar sambal hitam ini bolehlah mencuba resipi yang dikongsikan ini.
Cara masakan boleh lihat pada kapsyen setiap gambar. Jom lihat
Sambal hitam ni berasal dari Pahang. Ramuan dia hanya 4 bahan sahaja, tapi rasa dia boleh buat nasi tambah 4 kali
Mula-mula, bersihkan belimbing buluh. Buang jambul dia. Belimbing buluh ni rasa dia sangat masam, manis, dan ada kelat-kelat sedikit. Makan begitu sahaja, memang merembes air liur, mencurah-curah.
Kalau buat sambal hitam, kurang sikit masam dia. Kalau cara tradisi, kena rebus 4-5 jam dalam tin biskut sampai belimbing ni gelap warnanya. Kita buat stail moden. Masak dalam periuk tekanan eletrik. Kenapa?
Sebab guna periuk tekanan, hanya perlu 10 minit sahaja. Letak air ½ cawan, set pada “High Pressure” untuk 10 minit. On! Lepas tu biarkan periuk tu buat kerja sendiri. Tak payah tunggu.
Sementara tu, kita urus ramuan lain. Masukkan ikan bilis, bawang dan cili dalam pengisar. Dah letak dalam pengisar baru teringat ikan bilis belum siang. Haha! Kena keluarkan balik, siang dulu.
Selepas kisar, tumis bahan kisar sehingga wangi dan pecah minyak. Dalam 5-10 dah selesai. Ngam-ngam periuk tekanan pun dah berbunyi.
Lepaskan stim periuk tekanan sampai habis, dan buka! Ni dia belimbing buluh kita, dah gelap sikit tapi masih basah. Lebihan air ni saya cedok dan buang.
Untuk lagi kering, saya set periuk tekanan kepada fungsi “Stir Fry”. Jangan lupa kacau belimbing buluh ketika ni, kalau tidak ia akan hangus.
Selepas 15-20 minit, kebanyakan air dah tersejat. Boleh sambung keringkan dalam periuk tekanan jika mahu. Saya tak mahu, haha, sebab lenguh tangan dalam periuk.
Jadi alihkan semua belimbing tadi dalam kuali yang berisi bahan tumisan. Gaul rata. Kita sambung keringkan di dalam kuali.
Kacau kacau kacau, sampai hancur belimbing buluh kita tadi. Ada orang suka sambal hitam yang belimbingnya betul-betul lumat, ada pula yang suka ada kasar-kasar. Ikutlah citarasa masing-masing. Jangan lupa letak garam jika tak cukup masin, dan sambung masak.
Selepas 15-20 minit, dia akan jadi warna macam ni. Barulah sesuai dengan sambal hitam. Ada orang buat basah sedikit, ada orang buat kering terus. Kalau betul-betul kering, boleh tahan lama sikit.
Masak cara bandar ni, kurang satu jam dah selesai.
OK kita buat “plating” cantik-cantik. Sambal ni rasa dia sikit masam, masin, pedas dan umami! Memang bangkit selera. Kalau buat cara moden ni, dalam satu jam dah siap semua. Jimat masa.
Hidangan puding karamel merupakan antara pencuci mulut yang menjadi kegemaran ramai. Gandingan ideal pudingnya yang berlemak, tekstur yang lembut, rasa pahit manis gula karamel yang lazat, cukup enak dinikmati ketika sejuk.
Sempena bulan puasa ini, apa kata cuba resipi ini buat keluarga sebagai pencuci mulut ketika berbuka puasa nanti. Bahan yang digunakan tak banyak malah cara membuatnya juga cukup mudah.Jom kita cuba
Bahan untuk puding:
5 biji telur saiz B (jika saiz A, 4 biji)
1 tin susu cair (400ml)
150 ml air biasa
4 sudu besar gula
1 sudu kecil esen vanilla
Bahan untuk karamel:
5 sudu besargula
2 sudu besar air
Cara membuat karamel atau gula hangus:
Masukkan gula dan air ke dalam kuali. Hanguskan hingga keperangan kemudian tuang terus ke dalam loyang. Sejukkan.
Cara membuat puding:
Satukan semua bahan membuat puding di dalam mangkuk.
Kacau perlahan jangan sampai berbuih. Cukup sekadar pecah kuning telur dan sebati.
Kemudian tapis adunan tersebut dan tuang ke dalam loyang karamel.
Kukus selama 45 minit atau sehingga masak.
Sejukkan kemudian terbalikkan. Potong dan hidangkan.
Info Ekstra!
1.Puding ini juga boleh dikukus di dalam oven dgn cara waterbath@bain marie. Caranya,letak air di dalam loyang dan tutup loyang puding dengan aluminium foil dan masak selama 45-50minit pada suhu 180 darjah Celsius.
2.Boleh juga dihiaskan dengan buah-buahan seperti hirisan kiwi, anggur, pic atau strawberi.
Sumber : hanamemories.blogspot.com
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Setiap kali nak buat kek ke biskut, mak-mak suka ayak atau tapis terlebih dahulu sebelum guna. Betul tak? Ini kerana mahukan struktur tepung lebih nipis, tidak mudah berketul dan lebih lembut.
Tapi ada satu sebab lagi kenapa pentingnya tapis dahulu tepungnya, iaitu untuk elak sebarang benda lain masuk ke adunan atau ulat tepung seperti yang dikongsikan oleh pengguna aplikasi Tiktok, @cerokdapodotcom.
Ulat kecil yang masih lagi bergerak itu dapat dilihat dengan jelas menerusi video yang telah dikongsikan itu.
Menurut pengguna akaun TikTok ini, penemuan tersebut antara sebab kenapa tepung gandum perlu ditapis terlebih dahulu sebelum digunakan. Biasanya tepung tersebut perlu dibuang saja jika terjumpa ulat seperti ini.
Perkongsian video yang berdurasi 18 saat itu mendapat perhatian warganet di aplikasi tersebut dengan peroleh lebih 800 ribu penonton. Malah ada juga yang berkongsi pernah berhadapan situasi seperti ini. Malah ada yang komen tepung tersebut tak perlu dibuang, boleh dibuat untuk basuh ayam atau kegunaan lain.
Shiera Al-Khaired berkongsi kegembiraan apabila anak sulungnya, Allisya Tahir, selamat melahirkan cucu kedua yang diberi nama Aisa Zaina pada 3 Ogos 2026.