Karipap pusing berbeza dari karipap biasa dari segi ‘paras rupa.’ Keunikan karipap pusing terletak pada kulitnya yang mempunyai garisan bulatan, manakala karipap biasa tidak mempunyai apa-apa garisan.

Tekstur kulitnya juga rapuh, menjadikan cita rasanya lebih menarik. Pun begitu, cara membuatnya juga berbeza dengan kulit karipap biasa.

Apa kata kita cuba buat kulit karipap pusing pula? Mesti seronok dan memberikan kelainan ketika memasak karipap di dapur.

Karipap ‘Pusing’ Cantik Berpusar

Karipap ‘Pusing’ Cantik Berpusar, Rangup Bila Dikunyah

RESIPI KARIPAP PUSING

KULIT KARIPAP PUSING

BAHAN DOH A
1/4 cawan minyak
2 sudu besar marjerin
3 cawan tepung gandum
Sedikit garam
Air ais secukupnya

CARA MEMBUAT DOH A

1. Dalam periuk kecil, panaskan minyak masak dan marjerin sehingga berbuih.

IKLAN

2. Tuang minyak masak dan marjerin panas tadi ke dalam tepung gandum. Gunakan sudu, kacau sebati.

3. Masukkan garam dan air ais sedikit demi sedikit sambil menguli. Uli sehingga doh lembut.

4. Ambil sejemput dan bulatkan menjadi bebola kecil. Anggaran berat 120 gram. Ketepikan.

Karipap ‘Pusing’ Cantik Berpusar, Rangup Bila Dikunyah

BAHAN DOH B
120 gram tepung beras
100 gram marjerin

CARA MEMBUAT DOH B

IKLAN

1. Dalam bekas, campurkan tepung beras dengan marjerin. Uli sehingga menjadi doh.

2. Jangan tambah air. Kedua-dua adunan ini boleh jadi doh tanpa air.

3. Ambil sejemput dan bulatkan menjadi bebola kecil. Anggaran berat 70 gram. Ketepikan.

Kulit akan jadi bentuk berpusar seperti ini.

Rangup Bila Dikunyah

CARA MENYATUKAN

IKLAN

1. Ambil DOH A. Jadikan leper dengan gunakan tangan. Ambil DOH B. Letakkan atas DOH A. Satukan kedua-duanya menjadi satu bebola.

2. Gunakan penggelek, leperkan sehingga nipis. Kemudian gulung.

3. Selepas digulung, gelek lagi sehingga nipis. Gulung lagi. Kemudian potong doh ini kepada 6 bahagian. Boleh jadi 6 biji karipap.

4. Ambil 1 bahagian, isikan inti. Kelim jadi karipap. Bolehlah goreng.

Karipap ‘Pusing’ Cantik Berpusar, Rangup Bila Dikunyah

Kulit akan jadi bentuk berpusar seperti ini. Rangup bila dikunyah.

Sumber: Hidayati Hana

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI