Seterika baju adakalanya memenatkan dan memakan masa teutama bagi ibu-ibu yang anak ramai. Selain baju kerja suami, anda juga perlu seterika baju anak dan juga pakaian lain.
Kini sudah tiada alasan lagi untuk malas menggosok baju kerana ada cara yang lebih mudah untuk menjadikan baju anda tidak berkedut.
1. Gunakan mesin basuh baju. Ya mesin baju. Pastikan mesin baju tu kering
Ads
2. Set kan mesin basuh baju anda kepada suhu tinggi. Kalau mesin basuh baju anda takda fungsi ni, masuk kan baju anda dibahagian pengering.
3. Masukkan beberapa ketul ais dan biarkan mesin basuh baju anda spin kira-kira 15 minit.
Ads
4. Apa yang berlaku adalah, ais akan mencair seterusnya membentuk steam / wap. Steam ini akan mengurangkan kedutan di baju, sama seperti konsep iron baju.
Ads
Mudah kan? Boleh lah cuba kalau nak hilangkan kedut baju.
“Seminggu baru detect. Itu pun sebab perasan hidung dia berair sebelah. Dan bila dia bercakap busuk sangat. Ingat sebab dia tak gosok gigi. Tapi bila gosok gigi still busuk.”
Begitulah situasi yang dilalui olah seorang ibu,puan Eradiah Jasmi tanpa disangka, dalam hidung anaknya terdapat bendasing tanpa pengetahuannya. Setelah hampir seminggu, dengan bahagian hidung mengeluarkan bau busuk, barulah menyedari dalam hidung anaknya terdapat tisu. Kejadian itu berlaku ketika anaknya berusia 2 tahun 4bulan.
Menerusi perkongsian menerusi group Kami Suri Rumah, beliau mengimbau kisah anaknya ketika tersumbat tisu. Kini, perkara yang sama terjadi kepada anak bongsunya yang berusia Adik 2 tahun 3 bulan namun kali ini tersumbat biji kacang pula.
Memang mencabar mengasuh anak-anak ketika sedang lasak dan aktif ke sana ke sini. Semoga kisah ini menjadi iktibar buat ibu bapa agar mengawasi anak-anak untuk mengelak daripada perkara yang berbahaya.
Ikuti perkongsian ini.
Siapa pernah anak tersumbat benda asing dalam hidung. Ni anak bongsu saya, dia masukkan kacang tanah dalam hidung. Sebelum ni abang dia juga pernah sumbat tisu ke dalam hidung, seminggu baru detect. Itu pun sebab perasan hidung dia berair sebelah. Dan bila dia bercakap busuk sangat. Ingat sebab dia tak gosok gigi. Tapi bila gosok gigi still busuk.
Dr kata alahan tapi nasib baik check hidung.
Jumpa Doktor, Doktor kata allergic. So Dr bagi ubat allergic tapi sy tak puas hati so saya suruh Dr try check dlm hidung Dia sb kita perasan dia asyik tak selesa dgn sebelah hidung tu Pastu pelik selsema nya sebelah sahaja. Bila Dr suluh memang ada la Tapi senang kepit terus boleh keluar. Memang dah bernanah n berdarah Busuk tu Allah je taw.
Kini adik pula tersumbat kacang dalam hidung Tapi si adik ni, puas pergi semua klinik depa tak ada alat sebab adik punya bulat susah nak kepit. Jadi ada Dr suggest suruh pergi klinik ENT. Jadi sy ke klinik ENT dan depa buat suction. Bila Dr, suction terus kacang tu ke dalam dan hilang.
Dr buh normal saline dan mohon pantau anak ketika dia tidur moga dia punya pernafasan back to normal. Saya berharap tiada apa lah yg berlaku. Dari pukul 6 tadi tidur sampai sekarang tak bangun. Penat meronta dan menjerit sakit agaknya.
Dalam pada itu, beliau turut berkongsi tip jika menghadapi situasi seumpama ini.
Puan-puan, Kalau anak-anak jadi gini. Mohon bagi tengok matahari atau bagi bau lada hitam supaya dia bersin. Atau ibu boleh buat cara mouth by mouth dgn 1 hidung anak ditutup, tarik nafas panjang dan hembus ke dalam mulut anak. Supaya benda asing tu mudah keluar. Kalau tidak boleh juga mohon terus ke hospital. Jgn sesekali guna jari atau alatan yang menyebabkan keadaan makin sukar.
Semoga jadi iktibar untuk awasi keselamatan anak-anak.
Sambutan menjelang Aidilfitri tahun ini digambarkan lebih meriah dan berseri apabila kerajaan dalam satu pengumuman bersetuju membenarkan operasi bazar Ramadan, bazar Aidilfitri dan solat tarawih di seluruh negara pada bulan Ramadan ini.
Operasi Bazar Ramadan dan Aidilfitri dibenarkan di seluruh negara sepanjang Ramadan ini dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang lebih ketat dan kemas.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, paling penting prosedur operasi standard (SOP) dipatuhi dan akan ditentukan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negeri masing-masing.
Selain itu jelasnya, kerajaan turut membenarkan solat tarawih secara berjemaah di masjid dan surau di seluruh negara dengan jumlah kehadiran jemaah tertakluk kepada pihak berkuasa agama di setiap negeri.
“Apa yang penting adalah SOP perlu dipatuhi sepenuhnya, antaranya seperti lokasi di kawasan terbuka, menyediakan laluan sehala, pintu masuk dan keluar berbeza, pendaftaran MySejahtera di pintu masuk serta kawalan jumlah pengunjung.
“Selain itu waktu operasi bazar Ramadan dari jam 3 petang sehingga 8 malam dan bazar Aidilfitri dari jam 10 pagi sehingga 12 tengah malam,” katanya semasa sidang media pada Selasa.
Dalam pada itu kata Ismail, Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) merekodkan seramai 5.633 juta orang sudah mendaftar bagi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) sehingga Isnin.
Katanya, bagi mudahkan cara, JKJAV telah memperkenalkan lima kaedah pendaftaran iaitu aplikasi MySejahtera, talian Hotline 1800-888-828, laman sesawang vaksincovid.gov.my; atau hadir ke fasiliti klinik kesihatan awam dan swasta.
Selain itu, aplikasi juga boleh dibuat melalui program bantuan bagi penduduk luar bandar dan pedalaman oleh agensi berkaitan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Dalam pada itu, beliau turut mengumumkan pergerakan merentas negeri masih kekal tidak dibenarkan. Walaupun begitu, rentas negeri hanya dibenarkan untuk aktiviti pelancongan sahaja.
Menurutnya, aktiviti pelancongan daripada negeri PKPP ke negeri PKPP melalui konsep gelembung pelancongan perjalanan pelancongan di dalam negara yang menggunakan syarikat dan agen pelancongan yang berdaftar dengan MOTAC sahaja dibenarkan.
Adat memiliki anak-anak kecil, meskipun telah dipesan berulang kali agar menjaga kebersihan,namun sisa makanan yang tercicir pasti tetap ada didalam kereta. Perkara ini sekaligus mampu mengundang kehadiran serangga perosak seperti lipas.
Geram melihat kemunculan kehadiran serangga perosak ini, kami kongsikan cara mudah untuk memerangkap lipas-lipas kecil yang berkampung di dalam kereta anda hanya dengan menggunakan dua bahan.
BAHAN-BAHAN:
3 senduk minyak masak terpakai
2 sudu kecil marjerin/ Planta
1 sudu kecil susu pekat
CARA MEMBUAT:
1) Sediakan bekas plastik kosong yang sudah tidak digunakan lagi.
2) Masukkan minyak masak terpakai atau minyak masak yang telah digunakan didalam bekas plastik tersebut. Tidak perlu membazir menggunakan minyak masak yang baru.
3) Kemudian, campurkan pula dengan Planta atau majerin.
4) Setelah itu, tambahkan dengan sedikit susu pekat.
5) Letakkan bekas campuran minyak tadi di mana-mana yang anda rasa berpotensi untuk menangkap lipas, seperti bawah tempat duduk kereta.
Tip Ekstra: Seeloknya letakkan bekas tersebut pada waktu malam dan biarkan semalaman, ketika kereta tidak digunakan dan lihatlah hasilnya pada keesokkan hari.
Selamat mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.