Ibu Mentua Mengadu Sakit Lutut, 2 Bahan ‘Hangat’ Tak Terjangka Ni Sangat Melegakan!

Share

Halia sememangnya diakui banyak khasiatnya pada tubuh. Selain sebagai bahan utama dalam membuang angin dalam badan, halia juga mempunyai sifat anti radang yang memberi kelebihan pada tubuh.

Blog syifa.info berkongsi rahsia paling mudah untuk atasi masalah sakit lutut. Bolehlah sarankan pada ibu atau mentua yang alami masalah sakit lutut. Mudah sahaja caranya. Hanya gunakan halia sebagai kuasa utama merawat. Jom cuba.

Kami kongsikan cara merawat sakit lutut menggunakan bahan yang mudah didapati iaitu halia. Halia antara bahan yang berkesan untuk mengurangkan rasa sakit kerana halia mempunyai sifat anti radang.

 

Bahan-bahan:

Minyak zaitun

Serbuk halia atau halia segar

Caranya:

1. Ambil 2 sudu minyak zaitun dan panaskan selama 4 minit.

2. Masukkan 1 sudu serbuk halia ke dalam mangkuk tersebut.

3. Sapu pada lutut atau sendi yang sakit dan cuci selepas beberapa jam.

Boleh juga balut lutut dengan kain pembalut untuk lebih rasa selesa dan kesannya.

Ada baiknya anda mencuba dahulu kaedah ini. Jika semakin berkurangan bolehlah diulangi lagi sehingga makin pulih. Selamat mencuba.

Sumber: www. syifa.info

IKLAN